Friday, May 23, 2014

BINALAH JAMBATAN UNTUK ORANG KUALA TEMBELING DAN UNTUK LEMBAH TEMBELING



Pekan Kuala Tembeling hari ini sudah malap dan suram. Kegemilangannya hanya kenangan masa lalu. Buat orang Sungai Tembeling, orang Sungai Jelai dan orang tepi Sungai Pahang yang berhampiran pasti ingat nostalgia Kuala Tembeling.

Posting ini WZWH cuba memanggil nostalgia lama Kuala Tembeling untuk kita kenang bersama dan WZWH outlinekan masa depan Kuala Tembeling. Bagaimana mahu membangkitkan kembali Pekan Kuala Tembeling dari tidur.

Sebelum itu WZWH coretkan satu komen dari pembaca blog WZWH yang menyentuh nostalgia Pekan Kuala Tembeling.

Anonymous said...

Jangan cerita Kuala Tembeling ( KT ) jika tidak berminat 
Untuk memajukankannya.Dari segi geografi, KT terletak di
Lokasi yang tersepit di antara Tanjung Bungor ( Lipis ) , jalan
Kereta api, jalan roller coaster dan sungai iaitu
dimana Sungai Jelai dan Sungai Tembeling menjadi
Sungai Pahang.

Boleh Dikatakan dalam tahun 1940-1980 KT merupakan
pelabuhan sungai yang tersibuk Di semenanjung 
Malaysia. Apabila terbinanya jambatan feri dan seterusnya jalan
Felda Padang Piol sampai ke Kuala Tahan, pelahan lahan 
KT menjadi mundur.

Tiada lagi hasil pertanian dari Tembeling Tengah Dan akhirnya
hasil dari Ulu Tembeling hanya di hantar ke Kuala Tahan.
Ini menyebabkan KT menjadi mundur dan kedai batu yang
dibina lewat oleh PKNP Iaitu ketika KT mula mundur hanya
menjadi gajah putih Dan amat tidak bermaya.

Episod seterusnya kedai lama kayu diarah untuk dibongkar
oleh kerajaan Jerantut dan semenjak itu KT hanya tinggal lama.

Walaupun KT terletak di tepi jalan diantara jalan Jerantut dan 
Kuala Lipis dimana merupakan trafik untuk ke Kota Bharu,
Ia belum cukup untuk memajukan KT.

Sejarah lama KT merupakan Lembah Tembeling. Terdapat 
Hubungan rapat Dari segi kekeluargan, memori dan kawan.
Tanpa Lembah Tembeling, KT tidak akan hidup. KT
hanya tinggal sebagai kampung PAKR yang tidak bergeran
dengan balai polis dan Klinik Kesihatan yang besar
Untuk kampung biasa.

Apa yang diperlukan Oleh KT hanyalah sebuah JAMBATAN 
Dan dengan adanya jambatan, sudah tentu KT akan
maju semula sekurangnya tempat Orang Tembeling Tengah
Untuk shopping Dan minum kopi. Towkey getah, Ikan 
dan kedai akan kembali.

Itulah sejarah KT. Sejarah tentang orang Kampar, Wan,
Kelantan dan Ulu Tembelng.
Ketika zaman kegemilangan dahulu, duduk Di jetti sudah
cukup menghiburkan hati Dan apatah lagi jika ada Geng berborak
biasanya terdiri dari WH, WS, WI, HA, HH dan banyak
Lagi yang kebanyakannya telah menjadi arwah.

BINALAH JAMBATAN UNTUK ORANG KUALA TEMBELING
DAN UNTUK LEMBAH TEMBELING.

WZWH banyak posting mengenai perlunya sebuah atau beberapa jambatan untuk membangunkan semula Kuala Tembeling sila kliks article di bawah:





Bila kita sudah bina jambatan Kuala Tembeling menghubungi seberang Pasir Tambang atau ke Tanjung Jelai serta sudah ada rangkaian Jalan Jerantut-Ulu Tembeling-Terengganu ditambah dengan Jalan Jerantut-Mela-Lipis diupgrade hingga Perak dan Kelantan diharap Pekan Kuala Tembeling akan bertenaga segar semula.

9 comments:

Anonymous said...

Kuala Tembleing ni perlu jambatan berkembar menyeberang 3 sungai.Baru hidup Kuala Tembeling.Berapalah sangat kos dia bandingkan dengan impak ekonomi pada Kuala Tembeling ni

Anonymous said...

di Mela dah bust..sedang dalam pembinaan..memang susah dah di Kuala tu..sbb dkt Sgt..Cuba komen sket cikgu

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ingat tak peruntukan RM16 juta nak buat jambatan kecil Kuala Tahan tapi ditentang oleh ahli politik kuat sabotaj maka sebab tidak guna peruntukan itu di guna menampung Projek Jambatan di Mela itu.

Anonymous said...

ingat2..itu lab..koboi benar dah Kuala tu skrg...

Anonymous said...

sabotaj projek tahan lagi,jangan mcm geng aok sabotaj ahli parlimen dari parti sendiri.ingat zuri zaman geng aok nak berkubur dijerantut dah kian hampir,satu persatu jawatan geng aok tuhan dah tarik,insaflah.....

Anonymous said...

Yang aok terasa ahli politik kuat sabotaj itu apa hal yg Zuri maksudkan itu projek sebelum PRU 13 tidak ada kena dgn ahli parlimen Jerantut sekarang ha ha ha

Anonymous said...

Kuala Tembeling ni kena " balance" dengan cara menghubungkan semua daerah Tembeling iaitu Kuala Tembeling, Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling.
Resort-Resort persendiriaan patut dibina sepanjang sungai Tembeling dan juga Kuala Tembeling. Terdapat banyak permintaan dari orang orang kaya dari bandar bandar besar yang ingin tempat rehat yang lebih tradisional.
Mungkin sautu masa ada pihak yang mahu membina rumah rumah rehat ditepi sungai Tembeling berserta dengan kemudahan memancing dan bot untuk pengangkutan.
Jalan pesisir sungai dari Kuala Tembeling ke Jerantut juga patut dibina.
Dengan kemudahan jalan raya yang cukup untuk lembah Tembeling,taman-taman perumahan dapat dibina di Kuala Tembeling dan juga di Tembeling Tengah. Langkah ini dapat membendung harga rumah yang melampau tinggi di bandar Jerantut.
Yang ini orang poliyik Jerantut tidapa dapat fikir .

Anonymous said...

mahu atau tidak mahu,lebih banyak jambatan perlu dibina di Pahang.Beberapa jambatan telah dibina baru baru ini di Cenor, Bandar Lipis, Mela dan Kuala Krau. Pahang memerlukan lebih banyak jambatan iaitu di Kuala Tembeling, Labu , Tebing Tinggi atau Pulau Tawar,Sg Isap , Mengkarak dan Maran. Barulah ekonomi orang kampung dapat dapat digerak sepenuhnya.
setakat ini Jerantut tidak dapat sebiji pun jambatan setelah jambatan Jerantut Feri dan ini agak malang untuk satu daerah yang sangat luas. Mungkin masa ini digunakan untuk membuat jalan di Ulu Tembeling sahaja.

Anonymous said...

Kita berharap jela ada jambatan nak buat tapi tengok cara dema berbalah ahli parlimen memang takde harapan lah,zaman umno jerantut dah berlalu dan kita tunggu umno jerantut akan berkubur sehingga penggal ni,yang bodoh piang je lagi nak sokong umno,busuk umno sampai ke usus,parti yang rasis dan selalu mencela bangsa cina sedangkan ekonomi cina naik sebab umno juga,betullah cakap orang umno ni parti celaka dan tak sedar diri,bila nak jatuh je macam-macam mereka lakukan,memang umno gila sama ahlinya

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...