Tuesday, May 6, 2014

Berita Politik Pembangunan Kg Ulu Cheka

Ini kampung-kampung di kaki Gunung Benom selalu dipanggil Kashmir Jerantut. Kampung ini dulu bernama Lata Lang sejak 1880 suka diteroka oleh pencari sumbu badak, gading gajah dan emas.

Bila sekumpulan pencari emas mabuk makan buah hutan dan menjadi cika lalu di beri nama Sg Cika. Akhirnya disebut Sg Cheka. Kedatangan peneroka dari Pahang Barat membuka beberapa kampung di Ulu Cheka: Kg Jeneris. Kg Jelai, Kg Berau, Kg Bau, Kg Tanjung Puteri, Kg Koi, Kg Tengah, Kg Perlok dll.

Ada sembilan cawangan UMNO  di kg-kg Ulu Cheka....



















Dato Wan Amizan Wan Razak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut memberi penjelasan isu-isu semasa politik Jerantut kepada kepimpinan politik Kg-Kg di Ulu Cheka




















Yang lebih penting kepimpinan 9 cawangan UMNO Kg Ulu Cheka boleh bermanja dengan ADUN Tahan. Segala masalah dirungkai bersama. UMNO adalah untuk semua bukan untuk keegoan seorang pemimpin.

UMNO ada adat resam dan peraturan pengurusannya . UMNO Bukan boleh diubah sewenang-wenangnya . UMNO bukan harta milik pesendirian.

Motto UMNO adalah Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat.

Pemimpin UMNO perlu mengiktiraf keputusan ahli mengenai kepimpinan dan pengurusan. Pemimpin UMNO tidak boleh bermusuh dengan semua ahli.

Pemimpin UMNO perlu tahu hakikat musuh yang sebenar...

Pemimpin UMNO jangan cuba-cuba mengPASkan UMNO...jangan cuba-cuba mengTalibankan UMNO.

Pemimpin UMNO jangan guna kewarakan dan keagamaan sebagai tarikan kosmetik yang hipokrit.

Pemimpin UMNO be yourself...be humble...be friendly...be sincere...

Pemimpin UMNO jangan takut dengan bayang-bayang sendiri. 

Pemimpin UMNO jangan berasa inferior...

Pemimpin UMNO jangan cuba mengubah nature UMNO kelak UMNO akan mengubah pemimpin...

Pemimpin UMNO boleh sepenggal pergi...



















Suasana mesra santai harmoni itulah sifat UMNO yang sebenar...



















Ikatan sesama ahli UMNO lebih kuat dan jitu bila kita kerap bersama...

Politik pembangunan Kg Ulu Cheka buat masa sekarang antara kawasan yang memiliki pelbagai daya tarikan.

Perkampungan tersebut memilik pelbagai nilai yang boleh dikomersialkan.

Antaranya kesan sejarah kepahlawanan Pawang Nong menentang komunis, peralatan atau barangan lama, Gunung Benom, kawasan mandi-manda Lata Bujang, masjid lama dan banyak lagi selain memperkenalkan inap desa untuk penginapan pelancongan.

Hasrat kerajaan negeri Pahang untuk memperbadankan Perbadanan Gunung Benom adalah satu idea yang baik bagi mengeksploitasi keindahan flora dan fauna Gunung Benom bagi menarik ramai pelancong melawat Kashmir Jerantut ini.

Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok telah ditubuhkan pada 1999 dibawah Jabatan Perikanan Malaysia dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2002 dengan kos keseluruhannya berjumlah RM 17.5 juta.

Ini merupakan pusat pengembangan akuakultur yang terbesar di Malaysia. Dibangunkan di atas tanah berkeluasan 42 hektar PPA Perlok mempunyai pelbagai kemudahan seperti kompleks pejabat, kompleks kolam, hatceri dan kuarters kakitangan.

Sebanyak 12 spesis ikan asli telah berjaya dibiakkan. Selaras dengan fungsi pusat ini untuk memulihkan sumber perikanan darat, PPA Perlok telah melepaskan sejumlah 6.1 juta benih ikan asli ke perairan umum terpilih di seluruh negara sepanjang tahun 2001 hingga 2010.

Sebenarnya Jerantut mendapat 2 projek ikan sturgeon. Selain dari projek ikan sturgeon di Kuala Tahan yang mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan tidak ramai orang tahu di Perlok satu projek ikan sturgeon akan diusahakan bersama membiak dan mengkacuk ikan-ikan tempatan dengan menggunakan teknologi Korea yang jauh lebih murah dari teknologi Jerman.

WZWH harap projek ikan sturgeon Perlok yang diusahakan oleh syarikat tempatan boleh menjana pertumbuhan ekonomi di Ulu Cheka  dan Jerantut amnya.

8 comments:

Anonymous said...

Salam.

Kawasan Ulu Cheka boleh dimajukan kalau jalan dari Damak boleh diperelok dan dilebarkan sampai ke Felda Gugusan Jenderak di Kuala Krau.Bukan saja Ulu Cheka boleh diakses dengan senang lagi,tapi dapat membangunkan Kuala Krau/Jengka sendiri sebagai daerah ke-12 di Pahang.Kuala Krau jadi crossroad Jerantut/Temerloh/Bandar Jengka/Damak.Jambatan Sungai Pahang pun dah ada.

Gunung Benom sebagai aset pelancongan baru Ulu Cheka.Tak perlu datang masuk ikut Sungai Ruan,Raub.

Macam mana susah payah Pawang Nong bukak kampung-kampung ni dulu,kita boleh sambung legasi beliau,bagi orang muda faham sikit pasal sejarah Pahang ni.

Anonymous said...

betul tu, kas sokong sangat!

Anonymous said...

Kas setuju weh

Anonymous said...

sape nk caya cakap aok zurik,kalau kat jantet ni budak kecik pun tau beza yg mana bagus antara dompok dgn hj lan

Anonymous said...

Kat kuala tembeling dan kuala tahan pun tak buat ape,sibuk nak kalo ke ulu cheka,umno tak bertanding wei,bn yg bertanding,peningla rakyat yg bodo dok kena tipu sokmo di puak ni,yang boleh harap buat liga kampung jela

Anonymous said...

buat labu sentral tp kedai dah tutup sebab projek bongok tak pikir panjang

usin malaun said...

anon 2.14 pm,

haji lan ahli syurga!maksum sangat orangnya! rakib dan atib kawan dia.bolehlah buat apa saja ikut suka dia!ahli syurgalah katakan! orang lain buruk belaka!dia aje yang yang betul walaupun banyak tahi yang dia sendiri buat! tuhan tahu!

Anonymous said...

Kalu bukan hj.lan calon aritu,tumbang dah bn kat jerantut ni...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...