Sunday, May 25, 2014

Politik Mengurus Tenaga, TNB, IPP, Tenaga Baru, Subsidi dan Tarif Elektrik


Bila tarif elektik mahu dinaikkan maka rakyat bising. Kenaikan harga bahanapi-gas, minyak, arang batu dunia menambah beban.

Di Malaysia TNB diberi tanggungjawab mengurus tenaga. Pengkorporatan menghasilkan IPP pengeluar tenaga. Sejak tubuh IPP pada awal 1990an, kerajaan berabis subsidi lebih RM20 bilion.

Kapasiti tenaga Malaysia:

Semenanjung 21,749MW  Maximun Demand 16,562 MW reserve 24%

Sarawak 1237MW

Sabah 1141MW

Singapura 11,506MW

Brunei 695 MW

Pecahan pembekal tenaga 2013:

TNB 6540MW (31%)

IPP 14571MW (69%)

Jumlah 21,111MW

Ternyata kerajaan banyak bergantung kepada IPP. Rakyat kritik Perjanjian PPA yang mengikat TNB dan IPP berat sebelah membebankan TNB dan akhirnya rakyat terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi.

WZWH beri fakta bahawa TNB tidak boleh buang IPP kerana IPP sebenarnya bantu bekal tenaga kepada negara.

Cuma rakyat mahu kerajaan lebih cerdik sedikit bila tempoh Perjanjian PPA tamat cuba negotiate supaya Perjanjian PPA lebih balance dan adil.

Zaman ahli politik tamak guna IPP untuk lebih kaya melampau sudah berlalu.

Siapa IPP itu? Berikut senarainya:

  • Genting Sanyen
  • Port Dickson Power
  • TNB Jana Manjung
  • Teknologi Tenaga Perlis Cons
  • Malakoff Portpolio
  • YTL Portpolio
  • Powertek Portfolio
  • Nur
  • Jimah

Kita faham sumbangan IPP ini membantu membekal tenaga untuk negara.

Sumber tenaga itu dari mana? Kita lihat data 2013:

CCGT-Gas, minyak  pelbagai 9149MW 43%
Thermal-Arangbatu 7755MW 37%
OCGT-Gas 2338MW 11%
Hydro 1869MW 9%

Jadi kita nampak gas fired power plants sangat dominan 54%

Kita patut bersyukur negara kita kaya dengan sumber gas asli dan juga minyak.

Bila harga bahanapi ini naik seluruh dunia maka harga tenaga menjadi mahal walau kita ada kaya dengan sumber gas asli itu. Tapi sampai bila reserve itu boleh bertahan. Kita berdepan dengan risiko bila reserve kita habis nanti.

Begitu juga sumber termurah arangbatu harganya meningkat naik yang kita banyak import. 

Tenaga solar hanya sedikit membantu.

Kita perlu tingkatkan sumber tenaga dari hidroelektrik tapi banyak mana sungai-sungai kita yang sesuai.

Kita bercadang mungkin guna tenaga nuklear satu hari nanti yang boleh menyumbang 10% bekalan tenaga berdasar pelan nuklear negara sekurang-kurangnya.

Negara Perancis 40% sumber tenaga berdasarkan sumbangan tenaga nuklear.

Tenaga nuklear kalau mahu bicara mungkin dianggap taboo di Malaysia. Lambat laun 50 atau 100 tahun lagi kita tiada pilihan.

Bila kerajaan bercadang mahu mengurang subsidi tenaga maka tidak mahu tidak tarif elektrik terpaksa dinaikkan.

Apa pilihan kita? 

THE LANDSCAPE OF FUTURE FUEL MIX IS VERY MUCH DEPENDENT ON FUEL AND TECHNOLOGY COSTS

Efficiency power plant (EPP) initiative itu AGENDA DASAR TENAGA NEGARA.

Cukuplah WZWH menulis politik mengurus tenaga buat posting ini.

4 comments:

Anonymous said...

ape ko cite ni? kalau tak tahu, belajar dulu bukannya mengajar dulu...

kalau ko nak tau ko kaji dulu semua tender janakan kuasa dan berapa kali tnb pernah bida... kalau tnb tak mampu, masakan tnb akan bid tender tu.. dahtu camne tnb boleh tewas? ko kajilah.. baru betul...

pastu cer cite.. camne genting, ytl dll boleh kena award? masa mula2 dulu depa pernah ade experience ke, knowledge ke.. tu masa dulu, skrg ni dah ade - so mcm mane? oh, ke kena ade sifat power sharing...

karut marut semua ni... tak caya? kaji tender dgn bida..
tak tahu? tak boleh nak buat?,tak dibenarkan?,kalau camtu jangan komen.. pasal nanri org akan kata..
"Hang ni nampak cerdik bila hang dok diam"

Anonymous said...

Nama pun umno,kalau tak bodoh jangan panggil ahli umno,sedang ketua penerangan umno malaysia pun bodoh,ada ke patut buat teh tarik suruh pakai gula,nampak sangat bingai umno ni,belum cerita panda lagi,makin hari makin bodoh pemimpin umno

Anonymous said...

Saudara WZWH,

Negara Perancis menjana lebih dari 70% keperluan tenaga mereka dari loji tenaga nuklear dan export tenaga elektrik tersebut dengan keuntungan 3 billion Euro setahun.

Malaysia sepatutnya sekarang telah mendirikan penjana elektrik dari nuklear untuk tujuan komersial, selepas kajian mendalam.

Adakah keuntungan dari jualan minyak dan gas negara telah dilaburkan untuk masa depan rakyat Malaysia?

Terima kasih.

usin malaun said...

Saudara wan zuri jangan nak menipu rakyat la hidup2 org zaman sekarang dah semakin cerdik.keuntungan TNB dah berbilion dan kenapa taarif elektrik masih hendak dinaikan?untuk pengetahuan pembaca blok semua ini bukanlah kehendak TNB tetapi kehendak pemimpin2 BN yang boros.ini adalah fakta dari saudara aku yg bekerja dengan TNB.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...