Wednesday, May 7, 2014

Berita Politik Pembangunan Pinggir Bandar Jerantut

Pinggir bandar adalah suburban. Sudah tentu tidak ada masalah kemudahan asas atau infrastruktur kerana dekat bandar. Apa yang perlu bagaimana mengurus perbelanjaan dan mencari pendapatan yang lebih.

Pinggir bandar Jerantut seperti perumahan murah, Mat Kilau, LKNP, Batu 1, Padang Saujana. Taman-taman perumahan di Jerantut semakin berkembang kepada lebih 130 . 

Bandar Jerantut yang kedudukannya sangat strategik di tengah negeri Pahang menjadikannya sentiasa sibuk siang dan malam. Pembinaan jambatan Kuala Krau memberi kemudahan kepada penduduk di Felda Jengka-jengka datang berkunjung ke Jerantut.



















Dato' Wan Amizan merasmi UMNO cawangan Bandar Baru Jerantut.

Beliau berjanji akan mencari peruntukan membina sebuah dewan orang ramai atas permintaan ahli-ahli UMNO cawangan itu memandangkan tapak tanah sudah ada.

Bila siap dewan orang ramai nanti barulah balairaya yang sedia ada boleh diupgrade menjadi kedai-kedai kecil menjual kuih muih dan cendol. Ini boleh membantu pendapatan isi rumah kaum wanita.

Sukar untuk mencari kuih muih dan cendol di bandar Jerantut pada waktu petang. Kesempatan ini perlu diambil oleh ibu-ibu berniaga membantu pendapatan keluarga.

Beliau memberi sumbangan peribadi RM10,000 bagi tabung kegiatan UMNO cawangan Bandar Baru.



















"Agenda Melayu Bandar" adalah menyentuh secara amnya agenda Melayu bandar diseluruh Malaysia dan Melayu bandar Jerantut secara khasnya.

Kita tahu UMNO dan BN mendapat sokongan yang semakin meningkat di luar bandar, Felda dan kampung pedalaman. Orang Melayu luar bandar menyokong UMNO dan BN secara konsisten.

Tetapi orang Melayu bandar kalau berdasarkan PRU 1999, 2008 dan 2013 tidak berapa padu menyokong UMNO. Kenapa? Apa masalah yang buat Melayu bandar menjauhi UMNO? Adakah Melayu bandar tersangat cerdik?

UMNO perlu tahu apa masalah dan kehendak Melayu bandar. Melayu bandar menghadapi kos sara hidup yang makin meningkat. Kenaikan harga barang-barang keperluan yang samada disebabkan oleh faktor global atau domestik. Kenaikan bahanapi petroleum, elektrik dan utiliti, tol mencengkam Melayu bandar dan juga rakyat bandar yang lain. 

BRIM cuma sekadar meringankan sahaja.

Begitu juga sewa rumah dan perumahan kos sederhana di bandar. Juga peluang-peluang tapak perniagaan bagi orang Melayu bandar. Kerja-kerja untuk kontraktor kelas F dan D bagi usahawan Melayu yang baru sudah makin lama mengecil peruntukannya.

Sistem pengangkutan awam yang cekap dan berkesan amat diperlukan oleh golongan Melayu muda bandar yang rata-rata tidak mempunyai kenderaan sendiri. Disamping pertumbuhan ekonomi di kawasan bandar yang digerakkan oleh kerajaan mahu pun swasta yang membolehkan banyak peluang pekerjaan.

Melayu Bandar itu adalah masyarakat Melayu yang tinggal atapun bekerja di Bandar. Aspek Agenda Melayu Bandar ini besar dan luas sebenarnya dan merangkumi segala aspek yang lebih menyeluruh termasuk, Ekonomi, Pendidikan dan Sosial.

Kenapa perlukah kita membezakan di antara Melayu Bandar dan Melayu kampong ataupun Luar Bandar? Perlu UMNO dan BN ingat ada 222 kerusi parlimen. 75% terletak di luar bandar. Ini bermakna terdapat 25% kerusi parlimen bandar.

Jika pun di kawasan 40 kerusi parlimen yang majoriti lebih 65% kaum Cina dan 30 kerusi parlimen bercampur, diharap sokongan Melayu bandar meningkat kepada BN yang boleh memenangkan MCA dan Gerakan atau MIC. Atau pun sekurang-kurangnya mengurangkan undi majoriti parti pembangkang seperti DAP dan PKR di kawasan parlimen bandar.

AGENDA MELAYU BANDAR ini adalah kejayaan perjuangan politik UMNO yang berterusan kerana Bandar itu tidak terbit secara tiba – tiba tetapi sebenarnya ianya adalah evolusi dan perkembangan sesebuah desa atau kampong secara perkembangan yang positif dan semula jadi. Ini berteraskan kejayaan dasar kerajaan UMNO sendiri di dalam mengimplimentasikan program-program ekonomi, sosial dan politik.



No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024