Monday, May 19, 2014

Itu Bukan Mimpi Tapi Realiti : Terima Kasih Kepada Pemimpin Dulu Hingga Kini



Orang tua-tua kita yang majoritinya sudah pergi mengimpikannya...

Lebih 50 tahun menunggu

Pemimpin datang dan pergi memperjuangkan mimpi

Mimpi mahu dijadikan realiti

Mimpi yang mungkin terus bermimpi

Pemimpin dulu mahu realiti ini memangkinkan pertumbuhan

Menyenangkan kehidupan membina masa depan

Dari Jalan Lepar yang tidak berkesudahan

Hingga Jalan Tepi Sungai yang dibiarkan

Kini ini Jalan Realiti bukan mimpi...













Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Kg Tuit - Kg Pagi 22km

Sedap mata WZWH memandang walau jalan baru tar separuh. WZWH cakap bulan Ogos baru tar dan jalan siap hujung tahun 2014

Tapi sudah tar bulan Mei

Ada 4 jambatan yang 3 sudah siap hanya tinggal 1 lagi sedang dipasang macam mainan transformer

Bila Jalan siap nanti kita panggil Tuanku Sultan atau DS Najib potong riben

Melepaskan kenderaan melalui Jalan Realiti yang ditunggu sejak lebih separuh abad

Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin dulu hingga kini yang berjuang merealisasikannya.

Namun mimpi masih ada...

Bulan Jun 2014 kita sambung Projek Jalan Fasa 2 Kg Pagi - Kg Mat Daling 41km lagi

Insyallah tahun 2016 siap...tidak sesusah dan rumit seperti Projek Jalan Fasa 1

Mimpi itu tidak habis...

Kita akan sambung lagi sampai ke Terengganu dari Kg Mat Daling sejauh 55km

Itu bukan mimpi tapi realiti

Inilah jasa dan hasil kerja YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan

Sejarah akan merakam ini pemimpin yang suka menjadikan mimpi-mimpi menjadi kenyataan

Inilah KPI prestasi

Inilah ahli politik yang sebenar

Berjasa kepada masyarakatnya


TO LEADERS SHOW US  YOUR WORKS

POLITICS WITHOUT SERVICE ARE NOTHING MEANINGLESS!!!

10 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada yg brkerja keras,mimpi sudah jd kenyataan,lihatlah dgan mata hati,jangan melihat mngunakan nafsu,yg betul kita kena ckp betul,tahniah dan trima kasih byk2 adun tahan,dato wan amizan,nama yg akan dikenang penduduk alur tembeling sebagai bapa pembangunan alur tembeling.

Unknown said...

Bestnye. Xsabar tgu jln siap nk blik kg. Dok bndr ni cuti, org blik kg. Kte xblik sbb jauh. Skrg ada jln senang nk balik kg.

Anonymous said...

Best nya tak sabar nak lalu dgn kereta saya.

Anonymous said...

Bila boleh digunakan jalan ni wzwh. Ya allah syukur kepada mu. Mcm mimpi rasanya.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Hujung tahun ini insyallah siap sepenuhnya...boleh guna dari Kuala Tahan sampai ke Kg Pagi...bulan Jun kita start buat jalan dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling insyallah lagi 2 tahun siap.

Anonymous said...

Atas kejayaan ini elok org jerantut hantar memo kpd PM agar menggantikan Tok Nan dgn Tok Wan Mizan sebagai MB baru..

Unknown said...

Alhamdulillah... Boleh la balik selalu jenguk tok kt kg... Tapi sangat merindui jalan air

Anonymous said...

Alhamdulillah..bakal MB kita insyaallah..very soon...

Anonymous said...

sambil menyelam sambil minum air...itu perumpamaan sebenar bagi ADUN Tahan...bukan nak ke projek sangat tapi lebih kepada berkehendakkan hasil mahsul di atas muka bumi yang bakal dijadikan jalanraya..

Unknown said...

assalamualaikum.wbt
pembinaan jalan tar ke kg mat darling telah dirancang berpuluh tahun dulu....realitinya sudah ramai yb yg telah mencadang dan menyokong projek ini .....jgn nafikan jasa org terdahulu cuma mungkin inilah masanya....jalan tar ini berjaya dilaksanakan....betul kita akan kehilangan sebahgian hasil hutan dan alam sekitar yg bersih tapi impaknya lebih pisitif kepada pengembangab dan pembangunan ummah di kawasan hulu tembeling khasnya...semoga segalanya dipermudahkan.....ingat lagi jawapan lawak dalm mesyuarat tindakan daerah....jalan ni lambat lagi siap sebab....sampai je kat kuala tahan...projek terhenti kerana kena tahan....nak mula kerja kat kampung pagi....tak boleh buat sebab pagi sokmo org blm bangun...nak sambung jalan sampat kg bantal....projek stop lagi...org dok sibuk cari bantal...bila nak sampai.....teringat zaman dulu.dulu....tahniah.semua

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...