Sunday, May 11, 2014

Wan Amizan Mahu Puteri Jerantut Aktif, Kreatif Dan Inovatif Lonjakkan Parti Menuju PRU 14



Selfie Wan Amizan bersama kepimpinan Puteri UMNO Jerantut dan ahli-ahli Puteri dari 3 DUN dalam parlimen Jerantut

Dato' Wan Amizan ADUN Tahan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut menatang Puteri UMNO Jerantut bagai minyak yang penuh sejak penubuhan awal pada tahun 2001. Seperti Pemuda UMNO Jerantut yang telah sebati dengan kehidupan politik beliau, adalah wajar Wan Amizan adalah bapa kepada tiga sayap utama UMNO Jerantut; Wanita, Pemuda dan Puteri.



















Wan Amizan mahu Puteri UMNO Jerantut aktif, kreatif, dan inovatif melonjakkan parti menuju PRU 14. Kursus Puteri UMNO Jerantut di Rainforest Resort Kuala Tahan.



















Puteri UMNO adalah jambatan kepada pengundi dan masyarakat. Ada 41,000 pengundi wanita bawah umur 35 tahun dalam parlimen Jerantut.Tugas utama Puteri menarik minat pengundi menyokong parti.

Wan Amizan melontar tiga  cabaran kepada Puteri UMNO Jerantut untuk menjadikan Puteri lebih efektif dan efisien sebagai jentera sayap yang ke depan.

Pertama dapatkan tarih hari lahir birthday semua pengundi wanita bawah umur 35 tahun. Berikan kek cup kepada pengundi sebagai tanda ikatan

Kedua Puteri perlu mengadakan pertandingan renang kanak-kanak bawah 12 tahun dengan melibatkan ibu bapa. Di Jerantut kolam renang di PPTR sangat sesuai.

Ketiga Puteri perlu merapatkan diri dengan berbagai program dengan seluruh pelajar SPM dan STP di Jerantut.



















Wan Amizan sungguh berasa gembira kerana Puteri UMNO Jerantut telah kembali aktif mengadakan berbagai program melibatkan 3 DUN dalam parlimen Jerantut.

Beliau mahu Puteri UMNO Jerantut lebih kerap lagi buat program dan mengerakkan tiga cabaran yang dilontarkan.

Wan Amizan menyumbang RM20,000  kepada tabung Puteri. Sahutlah tiga cabaran yang beliau lontarkan kepada Puteri. Jika tidak cukup beliau mahu tambah lagi.




Wan Amizan, Ketua dan Naib Ketua Puteri UMNO Jerantut dan Abdul Jalil Rahman Ketua UMNO cawangan Kuala Tahan.



















Wan Amizan sempat singgah melihat seorang ibu yang penglihatannya kabur tidak dapat melihat kerana diseliputi cataract yang tebal. Beliau mahu menolong ibu ini menjalani pembedahan mata semoga sembuh kembali dan menceriakan keluarga ini.



















WZWH pula mengambil kesempatan mengambil beberapa foto jalan Kuala Tahan yang rosak teruk yang  memerlukan repair dan maintenance. Foto-foto ini akan diberi kepada DS Najib bagi mendapat kelulusan segera melalui ADUN Tahan.

Sebelum ini permohonan untuk membaik pulih Jalan Jerantut ke Kuala Tahan anggaran RM25 juta sedang dalam proses.

Photo: Meninjau kerosakan jalan ke kuala tahan berdekatan kg merting

Mungkin secara kebetulan selepas itu Nazlan Idris ahli parlimen Jerantut pun tiba untuk memeriksa keadaan jalan yang rosak teruk itu.

Ini yang WZWH mahu ADUN Tahan dan ahli parlimen Jerantut bekerjasama mencari peruntukan memulihkan jalan yang rosak itu dengan segera.

Siapa yang untung? Sudah tentu orang kampung Kuala Tahan dan kampung-kampung berdekatan dan pengguna jalan itu yang merupakan gateway to Taman Negara.



Demikianlah  keceriaan dan keriangan Wan Amizan dan Puteri UMNO Jerantut.

Selepas ini  Wan Amizan mahu mengerakkan Wanita UMNO Jerantut pula...

14 comments:

Anonymous said...

Pertandingan Renang?????
Ish ish ish....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Pertandingan renang kanak-kanak bawah 12 tahun. Jangan salah faham Anon.

Anonymous said...

Tak ada pertandingan lain ke?
Olahraga pun OK...

Anonymous said...

Lagi pulak ...
12 tahun Nak ngundi goner?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

boleh juga pertandingan lain. Tapi Jerantut mahu melahirkan perenang-perenang yang hebat.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon kanak-kanak itu datang dengan siapa? sudah tentu dengan ibu bapa yang berumur majoriti 35 tahun ke bawah...mungkin datuk, nenek, pakcik dan makcik akan ikut serta lihat cucu-cucu, anak sedara-anak sedara berenang.

Anonymous said...

Entahlah Zuri..
Kala deme rasa molek teruskanlah..
Keknya kas rasa kena gelak de pembangkang je aktiviti gini gaya..

Kas rasa lagi molek kala buat program yang berunsur ilmiah atau berunsur ekonomi sikit.

Lagi molek Dan bermanfaat pada kas la.

Anonymous said...

Angan belekerr...ermmm yb boleh intai utk 3 calun yg masih kosong.....pu3 ha3...uat gedek..pasang body boleh laaa.....

Anonymous said...

buatlah zuri menda patut biornye puak pr nampok geng deme geng pandir

Unknown said...

sy dtg smlm sbg peserta dr dun p.tawar .. sy bangga dgn idea datuk dn sy hrp kepimpinan pu3 umno bhg jrntt dpt lksanekn .. pdulikn kte2 org lain slg ap yg kite buat tidak mnyalahu undang2 dn ajran islam ..

Unknown said...

sy dtg smlm sbg peserta dr dun p.tawar .. sy bangga dgn idea datuk dn sy hrp kepimpinan pu3 umno bhg jrntt dpt lksanekn .. pdulikn kte2 org lain slg ap yg kite buat tidak mnyalahu undang2 dn ajran islam ..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Terima kasih Puan/Cik Dayah Hassan kerana memberi feedback yang positif dan membina mewakili pihak peserta.

WZWH percaya lebih ramai lagi ahli Puteri UMNO Jerantut yang bersemangat untuk turut serta.

Tahniah dan syabas lagi sekali WZWH ucapkan.

Anonymous said...

tork kira mentainamce ker repair ke baik pulih ker janji masyuuukkk. jalan buat siiit koreknyer banyak. getah urang dah besar hujung betis tapi tanahnyer kena ambil diserikat dia pulok katernyer.

Anonymous said...

Malaysia ni sebabnya ada puteri umno je lagi,kalau tak dah lama umno ni tumbang,biasala hati permpuan kecil dan senang diugut,lebih lebih buat program bola jaring sudah memadai bagi mereka,hatinya kecil sekecil otaknya juga memikir,kadang kadang kesian kaum wanita dari muda sampai ketua ditipu oleh umno,masih tak nampak lagi negara dah makin melambung hutang kerana keborosan pemimpin mereka sedangkan puteri umno dok bersorak di kampung kampung umpama buat program bodoh seperti berenang,nasib baik tak buat pertandingan main guli,kalaula otak puteri umno terbuka sedikit pandang dgn hati yang luas tak adala nak menyokong umno ni,tapi apakan daya,masing masing mngejar program umno buat dapat seratus dua dengan bangganya,puteri umno memang otak kecil,senang cakap jahil la,kalau ke arah agama memang mereka tidak suka,lebih lebih pasal pemakaian,diaorang suka pakai ketat ketat legging bagai,sedih anak melayu ditipu umno hingga ke hari ini

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...