Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, May 21, 2014

26,000 Ekar Ladang Getah DUN Tahan Pemangkin Industri Asam Rong Negara


Gulai rong ikan kenerak dan sayur rempah rampai.

Asam rong atau asam rom merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut, Pahang dan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya. 


Gulai rong siput sedut.

Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala Lipis, Maran, Raub dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji getah yang dikutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rong.


Originally asam rong dibuat dari biji perah tetapi oleh kerana buah perah adalah buah hutan yang semakin sukar didapati maka orang Tembeling menggunakan alternatif biji getah pada tahun 1930an.

Harga sekilo asam rong ialah RM35. Bekalan asam rong pun payah dapat sekarang. Pengusaha restoren masakan asam rong pun mengeluh. Pekebun kecil tidak mampu membekalkan asam rong kerana banyak tanah sudah dimajukan dan kayu getah ditebang disamping menunggu tanaman getah baharu.


Packaging asam rong.

26,000 ekar ladang getah di DUN Tahan boleh menjadi pemangkin dan mengembangkan industri asam rong bukan sahaja bagi bekalan kepada rakyat Pahang tapi bagi industri asam rong negara. Sila klik article dibawah:


Berita Politik Pembangunan Ulu Tembeling : Kg Mat Daling


Biji getah adalah bahan utama asam rong.

26,000 ekar ladang getah yang diusahakan oleh GLC seperti Felcra dan Yayasan Pahang perlu mengadakan MOU untuk membekalkan biji getah bahan utama membuat asam rong.

Pelaburan membina kilang asam rong dengan cutting-edge-technology bagi menghasilkan produktiviti pengeluaran asam rong. Ini boleh menjana pekerjaan kepada orang-orang muda.

Rakyat Pahang berjumlah 1.5 juta perlu menyokong usaha murni ini dengan mula mengemari masakan asam rong.

Asam rong bukan sahaja perlu diperkenalkan di seluruh Malaysia tapi kalau boleh dieksport ke negara-negara Asean dan dunia.

Brand pun sudah ada nama Eropah -asam rong- 'Rome Paste'

Masakan asam rong perlu dipromosi agar terkenal ke seluruh dunia.

DUN Tahan boleh menjadi hub industri asam rong negara.

2 comments:

Anonymous said...

Gulai paling sedap di dunia.

Qila Nisa said...

salam, saya foodtech student from unisza, terengganu. saya berminat utk buat research tentang asam rong dari biji getah,
boleh saya tahu di mana mahu beli komersial asam rong ?