Monday, December 17, 2012

Hevea Pahang Plantation Buka 16,000 Ekar Ladang Getah Di DUN Tahan


Revolusi perladangan sudah bermula di DUN Tahan terutama di hutan Ulu Tembeling. Selain Felcra Berhad membuka 10,000 ekar ladang getah, satu lagi anak syarikat Yayasan Pahang iaitu Hevea Pahang Plantation membuka 16,000 ekar ladang getah.

Kedua syarikat ini membuka ladang getah fasa demi fasa. WZWH menyokong usaha dua syarikat ini kerana sememangnya hutan Tembeling sudah tidak berkayu kecuali sebelah Taman Negara. Program 'reforestation' atau tanam semula pokok perlu dilaksanakan.

Diharap penanaman 26,000 ekar ladang pokok getah adalah aktiviti 'reforestation' yang mempunyai serampang dua mata. Ekonomi negeri Pahang berkembang selain hutan Tembeling terpelihara.

Hevea Pahang Plantation adalah anak syarikat Yayasan Pahang. Selain syarikat Yayasan Pahang Plantation yang mengusahakan ladang kelapa sawit hampir 135,907 ekar yang merupakan penjana ekonomi Yayasan Pahang.

Yayasan Pahang mahu diversifikasi dan mengurus risiko dengan mempelbagaikan ladang tanaman getah selain kelapa sawit.

Yayasan Pahang yang ditubuh oleh DS Najib semasa menjadi MB Pahang pada tahun 1983 telah dikembangkan semasa Tun Khalil dan lebih pesat pertumbuhan semasa era DSD Adnan Yaakob.

Kalau pada awal penubuhan Yayasan Pahang hanya RM1.5 juta diperuntukkan setiap tahun. Kini di era DSD Adnan Yaakob MB Pahang peruntukan telah bertambah sebanyak RM200 juta setiap tahun.

Hingga kini lebih RM1 bilion dihabiskan untuk pinjaman pendidikan dan biasiswa kepada 750,000 pelajar dan murid Pahang.

Berbalik dengan 16,000 ladang getah yang diusahakan oleh Hevea Pahang Plantation memerlukan 5000 pekerja ladang, kerja-kerja kontrak ladang kepada kontraktor tempatan, dan berbagai bisnes ladang yang kontraktor tempatan perlu menyertai.

Juga 10,000 ekar ladang getah Felcra diharap memberi peluang bisnes kontrak ladang kepada kontraktor tempatan. Perlu diingat kesemua 26,000 ekar ladang getah yang diusahakan oleh Felcra dan Heves Pahang Plantation di Ulu Tembeling.

Apa peluang ekonomi yang boleh dinikmati oleh penduduk Ulu Tembeling selain dari pada pengagihan saham Felcra dan saham Yayasan Pahang khas kepada mereka? Apa sinergi pembukaan ladang getah ini kepada kepentingan penduduk Ulu Tembeling?

Apa infrastruktur dan public amenities yang boleh disumbang oleh Felcra dan Hevea Pahang Plantation sebagai sosial obligasi kepada penduduk Ulu Tembeling?

WZWH berharap satu kepentingan bersama yang positif dan memberi manfaat kepada penduduk Ulu Tembeling perlu difikirkan diawal perancangan.

Gambaran ladang getah dan Jalan Ulu Tembeling yang siap nanti.

9 comments:

Anonymous said...

Nak buka ladang bakalah tetapi jangan kasi rakyat 1 engkau ambik seibu, nak tebang balak tebanglah tetapi jangan sampai kayu sebesar betis pun habis disapu, nak lombong besi lombonglah tetapi jangan sampai sungai2 menjadi kuning dan lesu.

Aku bercakap soal realiti...ini kerja2 pihak yg rakus atas nama untuk bantu Melayu. Yg kaya raya pasti Cina yg bersekutu. Akan muncul bukan shj Tengku Wong tetapi banyak lagi Tengku2..


Perasaan Deepak dan Musa mula meruap, isyarat agar Najib kena menjawab. Kalau tidak rakyat berkata PM terlalu lembab, Akhirnya orang berkata dia bersalah...

Apabila BN tumbang, ladang Getah tetap bergetah, pokok sawit tetap berbuah, maka jangan bimbang untuk BERUBAH.

Mat Periba

Anonymous said...

Tidak dinafikan semua hasil lembah Tembeling telah hilang. Yang masih dijaga dengan baik setakat ini hanyalah kawasan Taman Negara. Itupun terdapat pencerobohan secara kecilan oleh penduduk kampung.Kawasan hutan telah hilang termasuklah semua haiwan seperti rusa, kijang, seladang, gajah, harimau dan termasuklah ikan2 bernilai tinggi yang menjadi semakin mahal.Sebab itulah banyak jutawan segera di daerah Jerantut, bukan disebabkan pandai meniaga tapi pandai memnggunakan kuasa dan lobi untuk mendapatkan hasil hutan. Dan kini mereka berebut kepada " tanah amang" .

Tidak dinafikan amat baik jika Yayasan mengambil tanah untuk membuat ladang sawit.Walaupun ia bakal mengimport ramai pekerja lombok Dan bangla.Jangan harap untuk orang ulu Tembeling untuk berkerja sebagai buruh diladang walaupun mereka duduk dipendalaman. Peluang pekerjaan hanyalah dar mandor, jaga, kerani, pemandu Dan pengurusan. Itupun belum tentu orang Jerantut yang dapat. Silap- silap orang negeri lain yang dapat.
Peluang2 lain ialah sebagai kontraktor untok memotong buat, lori untuk membawa buah dan kontraktor pembinaan kemudahan asas yang sudah tentu akan dibolot oleh orang kaya.Yang tinggal hanya peruncit kecil seperti penjual bahan dapur dan dan baju bundle.
Harap akan muncul orang kaya dari ulu Tembeling yang dapat mengambil peluang dari pembukaan tanah ini.
Setakat ini, pujian patut diberi kepada Yayasan yang telah banyak memberi bantuan kewangan kepada orang Pahang dan juga orang islam luar negera. Semuga Pahang dapat menjaga tanah2 ini dan tidak mengambil jalan mudah dengan menjualnya kepada pihak lain.
Jagalah hak milik orang Pahang.


Anonymous said...

Gua sokong Anon 1.30.
Kalau ada kerja atau kontrak atau saham Felcra,
patut bagi 06 bin 06 sahaja. Kecuali kerja mahir la.
Saham Felcra ma, banyak orang miskin atau kurang upaya kawasan Tembeling bagi semua. Bagi semua la pada orang ulu Tembeling, orang Tembeling Tengah, orang Kuala Tembeling dan orang Sepial.
Tapi mesti 06 bin double 06 ma.
Orang Tanjung Bungor tak boleh ma, itu Lipis ma.
Itu macam la.

Anonymous said...

Jgn jadi mcm LKPP sudah la. Ladang LKPP dah makin sikit bantai dak puak2 ameno jual ke cina

Anonymous said...

Orang lain jangan dipedulikan. Nak lingkup kamu punya pasal, janji bila buka prujit baru, poket aku dan kunvu2 lebih2 lagi para pemimpin hampir2 nyawa2 ikan menjelang GE13 yang akan kojol after 13 dapat hidup mewah bersama ahli keluarga. Kow urang menanggis air mata darah sekali pun tidak akan terbela sampai bila2 pun.

Lantoi...

Anonymous said...

Kawan nak juger weh. Kawan dah lama menagih peruntukan sedemikian. Kalar tak dapat kawan pun pandai juger meroyan weh.

Anonymous said...

Orang Tembeling , sabor!
Jangan berebut saham Felcra.
Bagi kat orang miskin saja.
06 berbin 06+06

Orang kerja kerajaan tak payoh bagi,
Tiap tahun Ceupacs minta bonus dan kenaikan gaji

Orang Professional Dan Pengurusan Tinggi jangan mintok,
Buat malu je.

Orang yang lanjut usia, jangan berangan
Tak payoh cadang keanok-anok
Buat brrgaduh anak beranok

Kontraktor jelas apo pun,Jangan mintok
Malu kat orang miskin

Anok beranok Tok Penghulu Dan Ketua Kampung
Jangan sapu habis
Sampai besan dari Kelantan pun dapat
Bior cari yang miskin sungguh

Orang Felcra, cukup2 dapat satu bagi satu keluarga

Baru comel, ngoyat Ustaz Azhar Idrus.

Anonymous said...

bile bercerite bab TANAH/KAWASAN sy rase org2 tempatan lebih paham dan mengerti..mungkin belajar dari pengalaman agaknye.Orang yg tak pernah rase kehilangan memang takkan pernah wujud rase sedih,hiba dan marah.Tatkala org yg mengambil akan sentiasa mengambil.Meraikan kejayaan yg dianggap mutlak d sisi keluarge dan konco2.Sambil tersenyum seraya berkata ini hasil penat, titik peluh ayah/ibu.HALAL..HALAL..Org kite slagi rezeki tak berkait dengan arak dan judi,nampaknye semua jadi bersih dan halal..

saye sbg org tempatan jerantut akan sentiasa berjuang dgn hal2 ni..takkan pernah berhenti!!walaupun tiada kuasa,wang dan kenalan berpangkat, tp selagi ada agama dan ALLAH, Insyaallah akan ku sentiasa berdoa.

sememangnya selagi tidak mendapat hidayah dr ALLAH,setiap projek yg dijalankan akan menghancur dan semakin menggguris perasaan rakyat setempat..

Unknown said...

salam semua apa nak dibisingkan kayu balak dah habis patut masa dia org ambil kayu balak tu perlu bising apa org ulu tembeling dapat sampai terang bukit sempadan tu 30000 ekar melayang.apa org kerajaan buat apa tok penghulu buat mana jkk kampung tapi apa yg aku nak buat ada yg halang tanah lot kat tembeling tengah apa jadi tanya so dan tok penghulu kerja ke tidur....kalau dah kosong biarlah sia org buat felcra ke ladang getah ke tapi pastikan manfaatnya sampai kat penduduk setwmpat yb kan ada ko orang yg pilih mintaklah dia pastikan...jgn ingat org kampung kolot sangat kome ni pun kerja ladang takkan hasil sawit kat tembeling tengah tu teruk sangat minyak pun hilang ke.....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024