PRU 13 Parlimen Jerantut memberi peluang kepada 68,000 pengundi memilih parti mana yang dipercayai boleh memenuhi kehendak majoriti pengundi.
Dengan 80% pengundi Parlimen Jerantut terdiri dari orang muda yang berumur 21-45 tahun maka kemenangan mana-mana parti adalah ditentukan oleh cita rasa pengundi muda.
Ditambah lagi dengan kehadiran pengundi muda pertama mengundi seramai 13,000 adalah faktor penting bahawa BN dan Pakatan Rakyat perlu meletakkan calon-calon Parlimen Jerantut orang muda.
Calon-calon tua yang bakal diketengahkan nanti walau skema tidak kira berideologi tinggi mahu pun tahalul siyasi Islamis warakok bukan prasyarat yang boleh memikat hati dan minda majoriti pengundi muda Jerantut.
Pengundi muda Jerantut mahu calon orang muda yang boleh bercakap isu-isu yang mudah menyentuh kepentingan kehidupan orang muda Jerantut.
Isu-isu Perumahan dan Pekerjaan adalah kunci kemenangan PRU 13 Parlimen Jerantut. Lain-lain isu terutama isu-isu Kuala Lumpur cuma membazir masa orang muda Jerantut mendengarnya.
Jerantut memerlukan lebih banyak perumahan mampu milik untuk orang muda. Bukan mahu menafikan hak perumahan mewah namun masih ada banyak tanah di Jerantut yang boleh diperuntukan.
Memang terdapat banyak taman-taman perumahan dibina, sedang dibina dan bakal dibina di Jerantut tetapi harganya sangat tinggi lebih tingggi dari Kuantan bandar ibu negeri Pahang dan bawah sikit dari Kuala Lumpur.
Namun rumah-rumah ini habis dibeli sold out macam goreng pisang panas. Pembelinya ramai dari anak-anak Jerantut diperantauan dan orang luar yang mahu menghabiskan masa pencen di Jerantut. Bila ramai orang beli maka ini menggalakkan lagi pemaju perumahan membina perumahan berharga tinggi.
Apa yang tinggal kepada orang muda Jerantut? Majoritinya tidak mampu untuk membeli rumah yang berharga tinggi.
Ada 16 kawasan Felda dan beratus kampung tradisional di Jerantut. Dimana orang muda Jerantut mahu tinggal? Maka tinggal dengan ibu bapa peneroka generasi pertamalah akhirnya menyesakkan rumah bila generasi ke dua dan ketiga tinggal sebumbung.
Generasi ke dua kampung tradisional pun resah bila anak isteri tinggal sebumbung dengan ibu bapa mertua. Keresahan dan ketidakselesaan ini ada asasnya yang boleh menyebabkan beberapa masalah sosial.
Perumahan kos rendah lebih kepada orang yang sudah berkeluarga. Jarang kita dengar perumahan kos rendah untuk orang muda terutama yang bujang.
Jika kita mahu orang muda Jerantut mampu memiliki rumah baik rumah komersial hatta rumah mewah, apa pekerjaan yang sepatutnya mampu disediakan kepada orang muda Jerantut?
Pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan kebolehan mereka. Bagaimana mahu menyediakan pekerjaan yang berpendapatan sederhana dan tinggi kepada orang muda Jerantut?
Bagaimana menyediakan persekitaran yang kondusif kepada kerancakan orang muda Jerantut yang bekerja sendiri terutama di sektor pelancongan Jerantut?
Isu pekerjaan berkait rapat dengan pelaburan bernilai tinggi ke Jerantut. Berapa banyak pelaburan bernilai tinggi yang sudah berjaya dibawa ke Jerantut?
Pelaburan bernilai tinggi memerlukan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang menyokongnya. Penyediaan prasarana dan infrastruktur yang berterusan dan komited perlu bagi Jerantut menarik banyak pelaburan sederhana dan bernilai tinggi.
Siapa pemimpin yang mahu dan mampu bukan sahaja memikirkan ini semua malah berani merancang dan cuba menjadikan apa yang WZWH tulis diblog ini menjadi kenyataan.
Berapa komitmen BN dan Pakatan Rakyat cuba untuk mengatasi 2 isu pokok Perumahan dan Pekerjaan yang WZWH sentuh ini adalah kunci isu kemenangan Parlimen Jerantut PRU 13 kerana itulah yang sebenarnya kehendak dan cita rasa pengundi muda Jerantut.
Siapa pengundi muda Jerantut yang membentuk 80% dari 66,000 pengundi mahu pilih parti mana dalam PRU 13 parlimen Jerantut nanti?
19 comments:
Wan Zurik,
Perumahan dan peluang pekerjaan adalah 2 perkara yang penting bagi setiap rakyat.
Kedua, malaysia adalah sebuah negara kecil yang mempunyai penduduk yang kecil,29 juta orang dan merupakan sebuah negara kaya dengan pelbagai sumber alam.
Soalan yang bermain difikiran kebanyakan rakyat ialah mengapa selepas 55 tahun kita masih lagi tidak mampu menyediakan perumahan dan peluang pekerjaan kepada rakyat kita.
Akhir tahun 70an dan awal 80an, Taiwan dan Korea selatan duduk lebih rendah dari kita. Rakyat mereka lebih ramai dan tidak mempunyai sumber asli seperti kita, semua bahan mentah kena impot.
Kedudukan ekonomi kita pada era itu jauh lebih baik dari mereka.Mengapa kita begitu jauh ketinggalan - taik kuku depa pun kita tak sampai sekarang?
Setiap kali pilihanraya, gula-gula nilah yang ditabur oleh UMNO sejak 30 tahun yang lalu.
Anon 5:05
Perumahan??? sangat perlu ke?
rasenye dekat jerantut terlalu banyak dah perumahan.
berape byk lagi kawasan yang dperlukan utk ditebang,digondol untuk buat projek ni??
sape yang akan menguruskn projek2 ni?
tak wajar idea ni diketengahkan.Jerantut adalah sumber air kpd negeri kome..
tebang pokok > tnh runtuh/cuace panas > sungai kotor > rakyat merane caj air n air selalu xde..
sokong kenyataan untuk tambah peluang kerja..tapi kene tulus dan tiada kroni dlm pemilihan nye..
orang jerantut dah bagi peluang pada umno/BN sudah 55 tahun tapi kenapa sekarang baru orang umno/BN nak fikir semua tu?
Biasa je idea ni...
Org,kalau tgh sakit,baru hendak taubat...
Parti pula kalau tgh nazak,baru nk buat keje..
itu sbb,kita sbg rakyat,jika mahu pimpinan politik melihat kita,jgn biarkan parti politik menang besar,baru jurang rakyat dan sang penguasa menjadi rapat...
Kpd sang penguasa," terus lakukan,bukan memberi idea shj sbb kekuasaan ditangan anda ketika ini..
Kami anak kelahiran dan pengundi jerantut mengimpikan Jerantut akan terus membangun dr segi rohani dan jasmani tidak kira siapa yg mentadbir...pru 13 ni,kami sudah tahu siapakah tokoh dan parti yg wajar memimpin jerantut...
INILAH PETUA MENGUNDI BAGI MANUSIA YG MELETAKKAN OTAK DALAM KEPALA LUTUT!!
Undi sajalah UMNO,
Kan Orang UMNO selalu berkata, kalau tak undi UMNO...habislah Melayu, Islam tak terjaga dan Raja hilang takhta...
Undi sajalah BN,
Kan orang UMNO selalu buat lawak jenaka, kalau tak sokong BN....habislah pokok2 durian dan sawit menjadi mandul belaka. Getah pula pasti tak berharga.
Jangan undi PAS,
Kalau undi juga, nanti kakitangan awam, polis dan tentera hilang kerja. Negara yg aman sentosa akan jadi huru hara.
Jangan menyokong PR,
Anwar, Hj Hadi kan bodoh2 belaka...
Nanti Yahudi, Amerika dan talibarutnya akan menawan negara dan buat angkara.
Sokong jangan tak sokong.
MAT TEMIN
Cerita Rumah dah basi dah. Ini cerita yg lebih sensasi, "Deepak mahu terbit buku tentang Rosmah, Altantuya" kata Malaysiakini.
Wan pasti kate, "ini fitnah". OK fine!
Kas ada borak dgn pimpinan DAP yg terlibat dlm Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP) baru2 ni. Kas ada tanya siapa py idea yang buat tawaran 6+3 pd mlm HKRP. sebab kas nampak HKR negeri tak de isytihar apa2 tawaran. Pengisytiharan tawaran memang bagus. Baik py idea jika dibandingkan dgn ucapan pemimpin semata2.antara tawaran yg menarik ialah tawaran tapak rumah dan penempatan generasi kedua di Felda Plantation.
Jadi jawab pimpinan DAP tersebut, itu idea Dr. Hamzah Jaaffar, bekas Calon Parlimen Jerantut. Dia Pengarah Program HKRP. Kas cuba dapat pengesahan dari pimpinan PKR. memang sah lah idea Dr. Hamzah.
Kalau gitu keadaannya elok sgt lah Dr Hamzah bertanding di Parlimen Jerantut. Kas nak tgok dan harap dia dapat buat apa yg dia cadangkan itu.
Cuma tak silap ingatan kas, dlm blog wzwh jg menyatakan Dr Hamzah tak nok bertanding doh. Dia minat berniaga je. Klu tidak memang elok sgt lah dia tolong anak muda jerantut spy dapat lot rumah.
Kalau betul dia tak nak bertanding doh, elok jg lah org mcm dia tu dilantik sebagai perancang utuk pembangunan org muda di Pahang atau untuk pembangunan Pahang atau paling tidak di Jerantut. Sekurang2nya atas nama dia YDP PAS Jerantut.
Pandangan je weeh.
Anon 3:46, Dr Hamzah tidak boleh bertanding di parlimen Jerantut kerana beliau didapati BANKRUPSI. Biarlah Dr Hamzah menyelesaikan masalah bankrap dengan menumpukan kepada perniagaan dari politik di Jerantut.
Kelantan yang hampir 23 tahun diperintah oleh ular-ularmak tu pun gagal menyediakan perumahan dan pekerjaan kepada rakyatnya hinggakan ramai yang terpaksa berhijrah ke negeri lain. Inikan pula rakyat nak percaya kepada janji omega fuckatan.
Kedah yang diperintah oleh lebai-lebai malang pun gagal dibangunkan sebaliknya banyak hutan-hutan balak digondol. Duit balak masuk poket PAS, sungai tercemar,ladang rakyat tak jadi, rumah rakyat pun tah ke mana perginya. PAS dan fuckatan hanya pandai cakap dan songlap duit jer la.
Kelantan nak buat cam ne....
Rakyat kelantan nak keje lebuhraya tapi BN halang lebuhraya di kelantan...
Rakyat kelantan nak keje kilang/industri tapi BN sekat pelaburan di Kelantan..
Ramai rakyat kelantan layak bekerja di bidang oil and gas tapi minyak dan gas kelantan 'dicuri' dan dibawa lari ke thailand..
Walau bagaimana di seksa oleh BN rakyat kelantan masih kuat semangat dan terus menyokong PAS..
sebabnya mereka tak sanggup melihat BN merompak wang rakyat..tengok sajaj MB BN selangor..baru jadi MB dah mampu bina mahligai...
lepas 22 tahun memerintah TGNA masih tak mampu nak beli umah lain dan masih mengajar di masjid2...
Isu rmh &tnh dah jdi darh dging gologn muda..byk kali d utra kpd pemimpin.. FIKIR SENDIRI LH..mls ckp dah...
Megat Alam Gempita,
Sdra ni sebenarnya Megat Malam Gelita sebab sdra lupa UMNO juga pernah memerintah Kelantan selama 12 tahun dari 1978-1990.
12 tahun tu lama, bukan macam 12 hari! Apakah semasa UMNO memerintah Kelantan 12 tahun dulu, negeri Kelantan ni maju macam Amerika ke?
Kalau hebat sangat mengapa dalam PRU 1990, UMNO kalah semua kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi?...Dapat teloq ayam amsa tu dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan tak lain dan tak bukan ialah orang melayu yang paling hebat pernah menjadi PM malaysia dari mula dunia ni wujud dan sampai akhirat - Dr Mahathir!
Jawab apa yang UMNO buat semasa menjadi kerajaan negeri kelantan selama 12 tahun dulu baru sdra ada hak nak komen pasal kelantan. Pasal apa boleh telor ayam je dalam PRU 1990 kalau hebat sangat?
Bagi balik duit royalti kami dulu, tengok apa kami boleh buat dan bandingkan dengan kemajuan Terengganu yang juga dapat royalti minyak!
Soalan akhir - UMNO memegang sabah sejak tahun 1993 lagi. Duit royalti minyak yang sabah dapat pun banyak. Tu tak kira duit dari sumber alam lain yang banyak, belum kira duit peruntukan dari kerajaan persekutuan lagi- mengapa sabah masih lagi mundur dan merupakan negeri termiskin di malaysia?
Kang kalau dikatakan bingai, bodoh kena tipu dengan UMNO, marah! Orang yang berfikiran seperti sdra memang patutpun menjadi penyokong tegar UMNO kerana begitu senang nak ditipu hidup-hidup
Anon 5:05
Anon 5:05
Usah bimbang, UMNO meletakan harapan dan bergantung pada individu-individu yg berfikiran spt Mat Gelap Gelita inilah untuk membantu mereka memenangi pelihanraya.
Sebab itu UMNO tidak boleh melahirkan golongan pemimpin pelapis yg berpandangan kehadapan kerana sokongan yg mereka dapat adalah dari species-species spt Mat Gelap Gelita ni. Sekalipun ada pemimpin mereka yang boleh digolongkan sebagai bijak, sangat sukar bagi golongan ini untuk mengenengahkan idea mereka kerana terlalu ramai Mat-mat Gelap Gelita dikalangan kumpulan mereka yg tidak dapat menerima sesuatu buah fikiran secara terbuka.
Saya yakin Mat Gelap Gelita ni hanya membaca diantaranya Kosmo, Metro, BH, Utusan, Mangga, Betek, URTV dan menonton TV1, TV2, TV3, Bernama. Lebih malang lagi jika dia hanya mengetahui satu bahasa saja.
Salam semua,
Kampong man bukan orang Jerantut dan harap warga Jerantut dapat membuat pilihan yang tepat nanti. Kami di Melaka tetap dengan BN.Di Kelantan rasana masih di kuasai PAS/PR.Kelantan tetap hebat
tanpa BN.
Tidak ada yang baru yang KM mahu ulas dan komen kerana terlalu banyak propaganda dari kedua belah pihak dan isu pun isu tang sama dan recycle.Masa untuk memilih wakil Jerantut telah hampir.Mengikut bomoh kami di kampong Melaka katanya March salepas CNY.Kita tunggu.
Isu Oil royalty dah berbuih KM tulis kerana KM orang minyak.Realiti sebenarnya Kelantan TIDAK berhak menerimanya dari segi perundangan .Harap maklum.
Anon 5.05 ,
bacalah Pirates of Putrajaya dan analyse memang betul mereka kaw kaw pukul KM dan mereka sungguh gembira.Sayang those single liners are but boys and girls and babes yang sangat marah dengan fakta yang KM selitkan.Kelakarlah dia orang ni.Yang anih gheng lama ahli PAS dari Melaka tidak muncul cuma berselindung dibelakang anons.
Anyway, Malaysia is not good enough for the Suzuki AFF kali ini. Kita cuba lagi 2014 samalah juga sekira PR berjaya memerintah Pahang kita semua harus boleh menerimanya begitulah juga sebaliknya. Cheers.
opps..terlupa nak tambah sikit lagi.Anon 5.05 ini TIDAK lah NEUTRAL sebagaimana yang di sebarkan.Pengikut tegar PR lah mengikut penulisan diatas.Tak salah pun sebenarnya kerana ini adalah hak individu memilih. Malaysia yang demokratik.Sakam.
Anom 6.25,
Anda terus salahkan semua akhbar harian, tv Malaysia dan biasalah itu salah ini salah.PDRM salah, SPR salah, Judiciary salah.Yang betul 300,000 rakyat asing telah diberiikan kerakyatan kerana di paksa undi BN.Yang betul adalah Suara Keadilan, Roket , Harakah, Malaysiakni dan TV Pas.
Tidak hairan PR sekira PR akan terus nukan pilihan rakyat majoriti kerana sikap mereka yang negative ingin perolrhi kemenangan secara berfitnah. Hidup PR !! Hidup Anuar !!
kampongman,
Grow up...kita orang yang dah berumur ni kena berfikiran luas,matang dan menjadi contoh kepada orang-orang muda. Kita jangan cuba nak katak tempurungkan minda anak bangsa...
Meroyan sebab kena belasah sakan kat blog pirate of putrajaya ke...kena belasah sikit merajuk meraban mengalah budak tadika.....hahahaha.
Itu je kelas jawapan komen diatas. hahahahaha.
Anon 5:05
kutuk ke pemilek blog pirate of putrajaya sebab benar pembahas-pembahas belasah bro macam kat blog sakmongkol dan Aspan...hahaha...ade berani?
Salam bro 5.05.
You were never there , were you ? and the champion yorur pal @ gheng lama from ny state Melaka was not there ehh..? Those boys and gals are there too.Thought you are NEUTRAL !!. I believe you write nothing there ehh..
Yes .anon 7.33 is Kampong man indeed.Thanks bro.
Kampungman jangan layan sgt budak anon 5.05 tu.Dia pencacai PR tau.tengok bahasa kita tau.ha..haa.
Post a Comment