Thursday, December 6, 2012

UMNO Mahu Memerintah 500 Tahun lagi....



UMNO baru berumur 66 tahun, mula memerintah 'de facto' Malaysia sejak 1957 bererti sudah 12 PRU dilalui.

Pun begitu penganalisis politik dunia merasakan UMNO yang sudah 55 tahun mentadbir dan mengurus Malaysia sudah lama usia.

Apa lagi pembangkang Pakatan Rakyat mahu lihat PRU 13 ini exit untuk UMNO.

UMNO mahu dan boleh memerintah 500 tahun lagi.

Tidak mustahil.

Kerajaan Roman Empire berjaya memerintah 500 tahun. UMNO boleh mengambil contoh Kerajaan Srivijaya Empire pun memerintah lebih 500 tahun.

Kesultanan Kedah berusia lebih 1000 tahun. Kalau UMNO mahu ambil sejarah kesinambungan Kesultanan Kedah.

Mungkin UMNO mahu 1000 tahun lagi.

Bagaimana Roman Empire dan Srivijaya Empire berkembang tamadun membina kota-kota baru, bangunan-bangunan, jalanraya-jalanraya, jambatan-jambatan, infrastruktur asas ketamadunan, pengembangan perdagangan.

Srivijaya Empire membina lebih banyak Port pelabuhan, menaiktaraf kapal-kapal dagang, perniagaan berkembang makmur menjadi Kerajaan Srivijaya bertambah kuat kaya dan makmur.

Oleh kerana peluasan kuasa sudah berubah tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mencabul hak-hak kedaulatan negara lain maka kuasa kerajaan diserah kepada rakyat untuk memilih.

Pada masa sekarang demokrasi adalah amalan norm. Mungkin ratusan tahun akan datang demokrasi tidak lagi relevan. Mungkin minda rakyat boleh dikawal dengan super mega komputer menguasai media sosial.

UMNO perlu lihat kebangkitan Roman Empire dan Srivijaya Empire disokong oleh rakyat kerana pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan yang cekap dan berkesan.

Rakyat suka....rakyat sokong. 

Rakyat kagum...rakyat ikut kerajaan.

Atas apa segala permasalah sosial, ekonomi dan politik boleh diselesaikan oleh UMNO.

Masalah ekonomi, punca pendapatan, pekerjaan, perumahan mampu milik, pengangkutan awam, peluang ekonomi, dasar ekonomi pengalak dan pemangkin.

Rakyat mahu kerajaan yang aman dan stabil.

Jika setakat beberapa fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Rakyat dan individu tertentu kepada Perdana Menteri itu tidak boleh membina ketamadunan lansung.

Fitnah tidak membina negara. Fitnah tidak boleh menyakinkan rakyat. Adalah menjadi kesilapan pemimpin PKR, DAP dan PAS mahu menggunakan fitnah-fitnah menjatuhkan kredibiliti DS Najib dan UMNO serta kerajaan BN.

Fitnah perlu ditolak. Salam 1Malaysia Tolak Fitnah. 

Walau Fitnah-Fitnah berleluasa bertiup dibawa angin Pakatan Rakyat itu tidak boleh menghalang UMNO mahu memerintah 500 tahun lagi!

12 comments:

Anonymous said...

WZWH,

" UMNO perlu lihat kebangkitan Roman Empire dan Srivijaya Empire disokong oleh rakyat kerana pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan yang cekap dan berkesan."

pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan yang cekap dan berkesan apa, setelah 55 tahun memerintah, 8 juta atau hampir separuh orang melayu berpendapatan kurang daripada RM 1,500 sebulan!

Wawasan 2020,ia itu 8 tahun lagi kita akan menjadi negara. Katanya pendapatan rakyat akan meningkat kepada RM 3,000 sebulan, termasuk orang melayu le gamaknya.
Selepas 55, pendapatan separuh dari orang melayu, paling kuat RM 1, 500 sebulan. Yang kurang dari RM 1,500 lagi melambaklah.

Biaq betul Wan Zurik,....boleh ke dalam masa 8 tahun lagi dapat meningkat pendapatan rakyat termasuk orang melayu kita termasuk di jerantut kepada RM 3,000 sebulan? Kalau mengikut track record yang ada, mahu le 55 tahun lagi, kalau tengok kepada gaya cara UMNO dok memerintah sekarang...

Anon 5:05

Anonymous said...

Berpendapatan < RM1500 pun pendapatan juga rezeki Allah yang penting bersih, halal usaha titik peluh sendiri.

Di Jerantut nanti industri Caviar akan meningkatkan pendapatan orang Jerantut lebih RM3000 insyallah...

Anonymous said...

Anon 2:24

Ingatkan kat Mesia ni, semua benda UMNO yang bagi...

Anonymous said...

Anon 2:24
Industri caviar? Apabenda caviar ni. Adakah industri caviar ni bersangkut paut dengan industri pemerosesan minyak dan gas saperti yg dirancangkan kat Pekan tu?

Anonymous said...

Bro Wan Zurik,

Tamadun merujuk kpd sesebuah Negara atau wilayah atau jajahan takuk. Bukan parti! Jadi dgn tumbangnya UMNO atau BN, Malaysia tidak akan lenyap dipeta muka bumi ini malah tetap berdiri sebagai sebuah negara bangsa yg lebih gah.

Kalau tamadun dirujuk sebagai suatu bentuk gabungan kemajuan fizikal dan spiritual bagi sebuah masyarakat di sesebuah negara bangsa, adakah UMNO berjaya mentamadunkan bangsa Malaysia khususnya bangsa Melayu?? Jawapannya, masih jauh.

Kebanyakan orang Melayu masih tertinggal dibelakang...nampak saja maju dari segi fizikal namun sebahagi besar mereka berpendapatan rendah, < RM1,500 sebuln (rujuk statistik yg dikemukakan oleh anon 5.05) malah kehidupan mereka diselubungi dgn masalah hutang. Mengikut statistik yg diberi oleh Ketua Pemuda UMNO M'sia, lebih 100,000 muda mudi telah diistiharkan muflis.

Dari segi jiwa pula...orang Melayu khasnya bolehlah diistilah sebagai kontang jiwanya...lihat sahaja kebanyakkan anon2 disini apabila berhujah, pengisiannya penuh dgn kata nista sehingga sampai ketahap mencarut.

Demikian pula dari sgi gejala sosial...hiburan melampau, penagih dadah, mat rempit dan kes buang bayi. Siapa yg menjuarainya..orang Melayu tau!!!

Siapakah yg membentuk Melayu menjadi 'lagu ni'...PAS ke atau PR ke...kan kita selalu mendengar hujah bahawa kalau nak tau perangai/budaya rakyat maka lihatlah perangai PEMIMPINnya. Jika Pemimpin rasuah..rakyat turut rasuah, pemimpin minat hindustan maka rakyat terkinja2 menari dan menyanyi lagu hindustan...!!!

8 tahun lagi M'sia diwar2kan sebagai sebuah negara Maju dan dgn gah menyatakan bahawa sebahagian besar orang Melayu yg sekarang ini berpendapatan cuma RM1,500 sebulan berjaya ditingkatkan kpd RM3,000 sebulan. Malulah... apa bezanya RM1,500 sekarang dgn RM3,000 apabila berstatus negara maju. Kuasa beli masa sama disebabkan kenaikkan harga perkhidmatan dan harga barang keperluan...

Orang2 UMNO bolehlah beranggan...

Mat Periba.

Anonymous said...

UMNO akan self destruct dalam 4 bulan.Sabar semua,hari kiamat UMNO dah dekat nak sampai,jeng jeng jeng

Anonymous said...

Tak payah le 500 thn, kalau bagi lagi 10 tahun ke UMNO, MELAYU tinggal gigi dgn gusi je, itu pun kalau ada

Anonymous said...

ko lame ko kerayan artikel aok cikgu.

Anonymous said...

WZWH,

Wan, puak-puak aok ni kalau kata bodoh..bangang...marah sampai mencarut maki hamun orang.

Tun mahathir pun kata baru-baru ni...selepas 55 tahun merdeka, orang melayu merempat di tanah air sendiri. < RM 1, 500 sebulan tu merempat laaaa...ke dah jadi jutawan?

Anonymous said...

Agaknya di takdirkan PAS memerintah Malaysia 55 tahun mungkin kita semua jadi masyarakat petani dan mundur saperti Kelantan dan Kedah.Tengok Kelantan 22 tahun mmerintah kalau tak ada wang ikhsan rakyat Kelantan berhijrah ke negeri lain kot.
Hudud pun tak boleh nak di laksanakan.Apa macam.Orang Kelantan di KL balk ke Kelantan bayar zakat tau...punyalah kuat Kenegerian depa.tut...tut..

Anonymous said...

salam.pas tak akan dapat memerintah negara kerana doanya hari2 mintak jahanamkan negara.aku orang pas pun dah nak keluar dari pas takut jahanam.masuk DAP lagi bagus.tak makan rasuah macam umno.DAp parti yg pentingkan rakyat dan akan memakmurkan negara.DAP juga yg akan pertahankan kaum orang melayu yg selama ini ditindas oleh bangsa lain.hidup DAP.

Anonymous said...

anon 5.05,

nak pendapatan tinggi kena lah rajin.aku ni bukan ahli umno tetapi pendapatan aku tetaplah 4000 sebulan. nak pendapatan tinggi suruh kerajaan yang bagi.apalah punya bangang 5.05 ni.bukan kerja kerajaan bagi kau pendapatan tinggi.tapi usaha sendiri yang penting.anon 5.05 ni pemalas sbb tu lah jadi tukang kebun sekolah dapatlah 500 sebulan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024