Friday, December 14, 2012

45 PKR 40 PAS 40 DAP Itu 125 Parlimen Pakatan Rakyat PRU 13!


100 hari menuju Putrajaya itu moto kongres DAP kali ini. DAP mahu komponen Pakatan Rakyat dapat 125 kerusi parlimen PRU 13.

Pembahagiannya 45 PKR 40 PAS 40 DAP.

Parlimen Malaysia ada 222 kerusi bererti BN hanya diberi 97 kerusi.

Itulah harapan DAP mahu disemai semangat sasaran kepada PKR dan PAS.

DAP menjelaskan bimbang dengan 4 juta pengundi golongan pertengahan yang kurang yakin dengan jitunya Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan yang akhir ini banyak kenyataan berbeza dikeluarkan oleh pemimpin masing-masing.

DAP sedar adalah lebih mudah bagi BN bagi mendapatkan kemenangan majoriti 2 per 3 kerana dari PRU 2008 BN sudah ada 140 kerusi yang hanya perlu ditambah 8 kerusi lagi menjadi 148.

Berdasarkan prestasi dan komitmen  serta kerja kuat DS Najib dan komponen BN adalah tidak mustahil BN boleh memenangi lebih banyak kerusi parlimen lagi.

Kemungkinan besar adalah dalam julat 155-160 kerusi parlimen akan disapu oleh BN.

Masalah Pakatan Rakyat ialah terdapat doktrin politik yang ganjil iaitu "agree to disagree" bila melibatkan kerangka dasar bersama.

Doktrin "agree to disagree" bukan kata pembulat sebenarnya. DAP mahu pluralisme yang disokong oleh Anwar Ibrahim namun PAS berbelah bagi.

Jika PAS menerima pluralisme bulat-bulat ditakuti akan menerima tempelak penyokong PAS akarumbi.

Isu salon rambut tidak boleh cuci rambut pelanggan lelaki, pengasingan penonton lelaki dan perempuan di pawagam, caj khalwat kepada bukan Islam dianggap oleh DAP sebagai undang-undang Taliban. 

Paling DAP tidak suka pemimpinnya dikatakan takut dengan pemimpin PAS mengenai isu-isu ini. 

Begitu juga dengan pemimpin PAS dikatakan takut dengan pemimpin DAP bila banyak komplen diasak kepada undang-undang Taliban ini.

Yang ketara DAP tidak berminat dengan negara Islam dan Hudud yang PAS kononnya mahu perjuangkannya.

Anwar Ibrahim dan PKR dilihat menikus dalam isu ini kerana tidak mahu menyinggung DAP dan PAS.

Namun Pakatan Rakyat bukan saja mahu menang majoriti mudah 112 kerusi parlimen tapi mahu juga menang majoriti 2 per 3.

Ianya bukanlah tugas yang mudah bagi Pakatan Rakyat yang mendapat 82 kerusi pada PRU 12 kerana perlu menambah 30 kerusi lagi hatta  mahu tambah lagi 13 kerusi menjadikan sasaran 125 kerusi!

Dengan berbekalkan modal isu-isu korupsi, perpaduan nasional dan hubungan harmoni antara kaum, keadilan sosial, kesamaan dan kecekapan ekonomi, membasmi kemiskinan dan demokrasi tegar itu semua diharap Pakatan Rakyat boleh memenangi hati dan minda 13 juta pengundi PRU 13.

18 comments:

Anonymous said...

Sebelum ini ramai pencacai UMNO termasuk bro Wan sendiri yg mengganut fahaman, "jika BN kalah maka habislah Melayu, Islam diperkotak katikkan dan Raja hilang takhta". Namun jika mengikut ramalan dan harapan DAP, mereka dijangka menang cuma 40 kerusi. Selebihnya diisi oleh PAS (40) dan PKR (45). Apa maknanya ini???

Maknanya, DAP bukanlah parti dominan dalam PR. Bukan dominan bermakna DAP tiada kuasa untuk menggangu gugat kedudukkan Melayu, Islam dan Raja2 yg merupakan teras dalam perlembagaan Persekutuan...

Kalau bagitu, mengapa UMNO selalu memainkan sentimen yg tak masuk akal ini. Sebabnya, UMNO dah tak ada modal.... Mereka ingat orang Melayu boleh dipandirkan. Mereka ingat orang Melayu boleh lupa akan kezaliman mereka terhadap sahabat sesama agama dan bangsa di Kelantan. Mereka ingat orang Melayu 'bangang' tak boleh menilai akan isu2 berkaitan ketirisan harta negara..penyelewengan dan rasuah bersekala mega..

Kampun Man tak mungkin dapat menilai ini semua, maklum saja beliau seorang Process Engineer yg suka menghafal formula Bonelli's Eqation dan Newton Law yg berkaitan 'Energy Balance'....1+1=2.



Mat Periba

Anonymous said...

Anon December 14, 2012 6:05 PM : 45 kerusi PKR...betul, tetapi adakah PKR mewakili orang melayu/Islam? Tidakkan? Jd kekuatan tu tetap pd DAP. Itu lah yg tersirat.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

DAP akan jadi de facto leader dalam Pakatan Rakyat. Kalau tidak Lim Guan Eng manjadi PM pun boneka Melayu DAP akan dipertaruhkan. Malah jika PKR dan PAS yang jadi PM terpaksa CONSULT DAP...apa yang UMNO cakap itu betul. DAP memerintah pada hakikatnya..!!!

Anonymous said...

Anon 6:18

Tak payah risaulah tentang kerusi PKR tu. teruslah menyokong UMNO, senang cerita.

Dari jumlah kerusi-kerusi parkimen yang ada, kerusi yang dipegang oleh orang melayu dari UMNO,PKR dan PAS tidak memungkinkan DAP membuat sesuka hati. Persoalan ahli-ahli Parlimen melayu kena jawab - sanggupkah mereka mengikut telunjuk DAP dan mengkhianati orang melayu?

Pilihanraya ni setiap 5 tahun sekali. Janji daftar pemilih bersih, rakyat berhak menghukum pengkhianat-pengkhianat yang bertanding.

Tapi, pemikiran sdra sudah tertutup untuk menerima perubahan kan. Jadi, teruslah menyokong UMNO sampai bila-bila.

Kamping man said...

Bro Mat Periba,

Betul apa tuan kata bahawa Chemical Engineer banyak hafal formula.Itu berpuluh tahun dulu di mans tanpa 4 principal HSC tak lepas nak buat engineering degree bro.

Sekurangnya you do recognise that KM is no nonsense man when cime to figures.Nanti ada masa lapang KM sambong.I just love to look at those PR anticipated figures and i will tell you from my analysis why these are just WISHFUL THINKING , oh yeah..Cheers bro.

Anonymous said...

WZWH,

"DAP akan jadi de facto leader dalam Pakatan Rakyat. Kalau tidak Lim Guan Eng manjadi PM pun boneka Melayu DAP akan dipertaruhkan. Malah jika PKR dan PAS yang jadi PM terpaksa CONSULT DAP...apa yang UMNO cakap itu betul. DAP memerintah pada hakikatnya..!!!

December 14, 2012 6:32 PM"

kahkahkah....sape la nak pedajai wan zurik ni, nyamar jadi dia. Baca pun kita dah tahu, ini bukan komen wan zurik, lulusan luar negara dan ada MBA lagik...hahaha

Sejak Depaak dok pedajai Najib hari-hari...nampaknya stail Deepak ni dah jadi ikutan ramai sekarang.

Sabo je wan zurik....saman jangan tak saman....hahahaha

Kampong man said...

Salam semua,

Harap dapat hayati fakta ini sekali lagi:

1. Mana juga parti yang berjaya orang melayu tetap berkuasa .Cuma sekira BN berjaya UMNO lah yang dominan saperti berlaku di semua 12 pilihanraya lepas.Sekira PR berjaya PKR dan PAS lah yang dominan tetapi mengikut acuan DAP kerana KM sangat yakin kerusi DAP (max 40) mengatasi kerusi PAS (max 33) dan PKR (max 20) mengikut analisa KM.Bandingkan expectation PR diatas (PKR 45,DAP 40 dan PAS 40 ?? ) satu satu yang amat MUSTAHIL sekira scenario pencapaian kerajaan pimpinan Najib terkini di ambil kira.Kerana mana mungkin PKR boleh berjaya 45 kerusi mengatasi DAP dan PAS.?.Mana mungkin ?.

2. Kekuatan DAP terserlah diatas sokongan kaum Cina kali ini.Tetapi berapakah banyak kerusi bagi orang Melayu dalam DAP ? Di mana Sakmongkol di calonkan,Raub ? Bukit Bintang ?dan bro Aspan, Seremban? Rasah ? atau non at all ?.DAP mesti jaga hati pengundi Cina lebih dari pengundi Melayu , tak gitu ?.Di 2008 dari 12 kerusi DAP Melayu 8 telah diagihkan kepada PKR kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan bersekongkol dengan racis DAP.

3. Akhirnya, UMNO adalah dilandasan yang baik menerajui kehendak pengundi Melayu di PRU 13.Biarlah pengundi Cina memilh DAP dibandar.Ini nampaknya bertepatan dengan spekulasi KM bahawa DAP akan capai max 40 kerusi.PKR 45 dan PAS 40 ?.Mereka boleh MIMPI.

Sdr Mat Periba,

Apa maksud tuan KM tidak dapat nilai semua.KM ingin tahu.Rasanya KM lebih berpengalaman .Newtons Law KM sudah belajar tahun 1965 dan Bernoulli Equation in Fluid Dynanics sekitar tahun 1968.Mat Periba dah masok sekolah kah tahun tu ?.So dont play play ok.Sorry bro , acah sahaja.Salam hormat untuk semua.Bye.

Sekian dahulu.Tak setuju, sila lah ulas.Terima kasih.

Anonymous said...

WZWH,

kampongman hanya membuat spekulasi bahawa DAP akan dominan dengan 40 kerusi jika pakatan menang PRU 13 nanti. Begitu juga kampongman membuat spekulasi dengan begitu yakin kegagalan PAS dan PKR akan gagal mencapai angka yang juga dispekulasikan.

Yang sebenarnya, tiada sesiapa pun boleh mengatakan dengan tepat keputusan yang sebenar kerana ia bergantung kepada keputusan nanti. Hanya Allah jua yang mengetahui.

Kampongman sebenarnya cuba mengesa agar kita semua memilih dan memangkah UMNO, seolah-olah kita tidak ada pilihan lain selain UMNO. Tidak salah tindakan kampongman itu kerana beliau adalah ahli UMNO dan mahu partinya menang.

Tetapi kita kena ingat, rekod-rekod UMNO selama 55 tahun untuk memartabatkan orang melayu agar setanding dengan kaum lain di negara ini tidak memberangsangkan.

Memilih UMNO dalam PRU 13 ini adalah memilih keadaan dan nasib yang sama sejak 55 tahun yang lalu. Kita tidak berubah dari takuk lama manakala kaum lain makin ke depan.

Apakah kita tidak mempunyai pilihan seperti kata kampongman? Tidak, kita mempunyai pilihan untuk mengelak DAP menjadi dominan seperti hantuan kampongman itu.

Kita ada dua cara yang perlu ibuat oleh setiap orang melayu yang akan mengundi dalam PRU 13 nanti.

Pertama, kita pastikan DAP tidak mendapat 40 kerusi yng disasarkan dengan memastikan DAP kalah dikawasan-kawasan tertentu yang undi melayu( termasuk undi melayu bukan UMNO) mampu menjadi penentu kalah/menang.

Kedua, kita orang melayu( termasuk ahli UMNO) mengundi dan memastikan calon-calon PAS dan PKR( tidak kira melayu atau bukan melayu) menang di kawasan-kawasan mereka bertanding. Kita pastikan mereka menang banyak kerusi-kerusi yang ditandingi, melebihi dari jumlah yang disasarkan.

Kita mempunyai hak untuk memastikan calon-calon PAS/PKR menang.

Dengan memberi kelebihan kerusi yang dominan kepada PAS dan PKR, kita dapat memastikan DAP tidak dominan.

Jadi, dalam PRU 13 ini kita orang melayu mesti membuat pilihan. pilihan untuk terus dalam keadaan daif sekarang atau cuba mengubah nasib bangsa demi masa depan anak-anak kita.

termakan dengan dakyah kampongman bermakna kita telah memilih keperitan untuk masa depan anak-anak kita. Apakah kita mahu mereka juga mengalami keperitan seperti kita hari ini?

Siapa kata kita tidak mempunyai cara untuk mengubah nasib dan masa depan anak-anak kita. Termakan dakyah kampongman, bermakna kita berlaku zalim kepada anak-anak kita.

Anon 5:05

Anonymous said...

Bro KM,

Saya tau subject Apply Thermodynamic dan Operation Units yg susah itu mungkin agak mudah bagi sdr, namun perkara yg lebih mudah seharusnya dapat dinilai dgn lebih wajar...isu penyelewengan adalah benar, isu ketidakadilan bukanlah direka2, isu penggunaan jentera kerajaan utk kepentingan parti adalah benar..Kalau salah, masakan kebanyakkan MB kerajaan BN Selangur sebelum ini terlibat dgn isu rasuah dan salah guna kuasa.

Bro, politik hari ini bukan lagi berkisar kepada 'politik ideologi' tetapi lebih kepada 'politik mesra dan kebertanggungjawaban'. Siapa yg lebih mesra dan lebih bertanggungjawab akan disukai pengundi dan akan mendapat kuasa...mereka tak peduli sama ada ia parti Cina atau Parti Melayu....Pendekatan inilah yg diketengahkan oleh PR dan nampaknya BN sudah tertinggal jauh kebelakang..BN nampaknya masih memainkan isu2 kaum dan agama.

Mat Periba

Anonymous said...

Tujuan kita baik
Orang islam jahat kena kalah
Supaya dapat insaf
Dan tidak dibawa keneraka

Jangan risau
Pemerintahan Melayu
Sebab ALLAH telah beritahu
Orang islam Akan berjaya akhirnya

Kampong man said...

Salam semua,

Kampong man tidak buta dengan penyelewengan yang berlaku dipihak pemerintah dan berleluasa berlaku di luar sana di swasta yang lagi lebih BESAR impak nya pada negara.Money laundering, penipuan,dadah, perjudian, pelacuran, corruption dan banyak lagi yang orang ramai biasa tidak dapat melihatnya .Sebagai saorang enterprener KM nampak ini semua berlaku di pihak swasta .Tidak kurang juga beberapa individu tertentu dalam politik tertentu yang jelas OPPURTUNIST yang harus tidak dicalonkan lagi dan rakyat mesti menolak mereka jika benar merka tidak jujur dan mementingkan poket mereka sahaja.Kita semua tahu Power corrupts Siapa juga yang memerintah ada yang korup terutama pada jenis jenis yang hanya berkiblatkan DUIT dan kebendaan sebagai pegangan hidup mereka.Kita kenal jenis ini asalkan duit..duit dan duit.

Politician yang korup patut malu pada perbuatan terkutuk ini dan jika terbukti berlaku korupsi mereka harus dan mesti dihukum.KM tidak pernah terima dan memberi rasuah.ZERO corruption !!!

Kita sebagai pengundi harus juga punyai kematangan emosi supaya kita dapat menerima perbezaan pendapat dalam isu politik tetapi kita bersatu akhirnya demi ugama Islam dan bangsa kita.Kita juga perlu punyai akhlak islamiah tidak kira dari parti mana kita datang dan yang di perjuangkan.

2.Isu perasangka menjelang pilihanraya kini menjadi jadi dari kedua belah pihak.Sedanfkan kita tidak diminta berperasangka buruk.Tak kan kesalahan sebilangan kecil oppurtunist yang korup ini sanggup kita membakar kelambu dengan adanya saekor nyamok ini.

3 Ramai yang mahukan perubahan berlaku tetapi adakah yang BARU ini hendak kita bagikan mandat penuh sedangkan mereka juga sungguh bercelaru dari berbagai segi.Asalkan ABU kata mereka.Siapa yang rugi ? pastinya kaum yang tidak bersatulah yang rugi.

Oh ya, apakah " MENANG JADI ARANG , KALAH JADI ABU " yang orang Melayu kita mahu ? .Hanyutlah bangsa ini sekira perpecahan ini tidak dapat segera di selesaikan.Jangan marah jika tersinggung .Ada yang tidak kena dengan cara kita berpoliik sekarang nampaknya. Wallahwuallam.

Anonymous said...

Kenapa Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias Tidak Bertanding Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP?

Deklarasi Mat Periba, December 14, 2012 8:06 AM, ini lagunya:

DAP adalah parti Cina dan Cina DAP adalah jenis BAIK. Cina PKR juga jenis Cina BAIK....Cina yg Jahat cuma Cina MCA.

Kerana Cina DAP BAIK maka Melayu boleh masuk pati Cina. Dia akan BAIK macam Cina juga. Mungkin akan jadi lebih BAIK. Shabas Dato' Arif dan Aspan, memandangkan kamu dah masuk DAP maka kamu pasti BAIK dan bukan kapir dan aqidah kamu pasti benar dan tidak songsang.

Kampong man said...

Salam,

KM tidak perlu berkempen saperti peminat 5.05, rakan KM, bro Sakmongkol dan bro Aspan yang full time blogger .KM punyai analisa sendiri melalui keputusan dan trend secara statistic ' interpoation dan extrapolation dan juga linear regression' dan juga sentimen rakyat majoriti menjelang pilihanraya melalui berbagai sumber.

Sdra 5.05 belajar di UK kan.?Ada pernah guna ' slide rule ' atau tahu kah apa itu slide rule ? dan kenapa soalan ini pulak yang KM tanya?.Nanti KM explain ok.Kalau tidak masakan Pirates of Putrajaya tertanya tanya "QD ang Kampong Man is 404 ".Dengan 91 responses dan pukulan kaw kaw pada view KM yang penuh fakta tanpa emosi membuat penyokong PR saperti cacing kepanasan. Phew..!! seronok dengan berbagai hujah berbeza.Kan bagus tanpa DELETION saperti di blog adik Wan Zuri .Keep it up Wan , pedulikan those negative thinkers and tell them to fly kites.WZ jangan terlalu overconfident parlimen Jerantut ya !.The last 2008 was a close one and bukan masanya lagi hendak terlalu gentleman like an english bloke , no more mercy for the opposition.All the best JERANTUT Cheers.

Anonymous said...

kampongman,

"KM punyai analisa sendiri melalui keputusan dan trend secara statistic ' interpoation dan extrapolation dan juga linear regression' dan juga sentimen rakyat majoriti menjelang pilihanraya melalui berbagai sumber."

Tak payah nak kelentonglah...tak pernah tengok analisa statistic, interpolation dan linear progression yang sdra maksudkan sdra bentangkan kat mana-mana blog. Kalau ada blog yang saya tak tahu, nyatakan supaya saya dan sesiapa berminat boleh baca. Cuba bentang analisa tersebut kat blog pirate of putrajaya untuk dikomen oleh pembahas, kalau le memang ade...hahahaha.

Yang selalu saya jumpa hanya modal-modal dan hujah-hujah seperti yang sdra kemukakan kat sini je.

satu lagi....engineer kat malaysia ni rasanya dah ghamai bebeno.....orang dah tak heran lagi.

Anon 5:05





Anonymous said...

anon paling atas,

bila pulak kerajaan menganiaya rakyat kelantan.

cuba kaji statistik perkhidmatan awam

berapa ramai rakyat kelantan jd pegawai awam?

berapa ramai kelantan jd cikgu?berapa ramai kelantan jadi polis?

jangan jd bengong dengan tuduhan dan fitnah kamu.

apa yg nyata orang kelantanlah yang menganiayai orang negeri lain.

berapa ramai orang kelantan naik pangkat kerana ramai ketua jabatan terdiri drp orang kelantan.

berapa ramai pelajar kelantan masuk u walaupun stpm hanya dapat 2.2.sedangkan orang pahang ada 2.8
dan 3.2 tak dapat masuk.

bermakna unsur assobiyyah melarat sampai ke u.

jangan pandai nak tuduh kerajaan zalim kepada orang kelantan.

dasar orang kelantan kebanyakannya tak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada allah.

buatlah baik,berilah bantuan sebanyak mana pun dia tetap gigit tangan kita.

Anonymous said...

Anon 8:20

kwang....kwang...kwang...boleh bagi hujah yang lebih cerdik tak? Orang dah sampai ke bulan tahun 1969 dulu lagii...dah 32 tahun yang lampau! Anda masih terlekat dengan pemikiran era tahun 60an lagi....sekarang ni dah tahun 2012 ler....

Kampong man said...

Salam Anon5.05 yang neutral,

Kampong man mula merasakan anon 5.05 mula beremosi pula.Mula membuat tuduhan kelentong memperkecilkan pandangan orang lain, mentertawakan lagi,mencabar suruh ke Pirate of Putrajaya lagi sedangkan beliau sendiri sebagai pengomen tegar PR tidak nampak muka disana.Kenapa.?Tak baik baling batu sembunyi tangan bro?

Mohon kurangkan bahasa sms dan pasar ketika berdialog boleh ?.Salam and cheers.

Opps satu lagi tolong beri salam sebelum masok rumah dalu ya.That could be our differences .Jangan jahat sangat nanti Travis nampak susah pulak.Cool it babe.Dah sampai negara mana bro flight tadi.Lucky you.

Anonymous said...

kwang,kwang,kwang!!!anon 10.21,

siapa berfikiran era 60an???

kau yang buat tuduhan kerajaan menzalimi rakyat kelantan.

dasar pencacai wali seliper,otak letak kat kangkang gro yang ramainya berasal dari kelantan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024