Sunday, December 16, 2012

Sakmongkol AK47 Lambat Beritahu Lim Guan Eng Kelemahan Implementasi 'Inclusiveness'

Lim Guan Eng perlu dengar pandangan politik Sakmongkol AK47 jika mahu DAP itu 'inclusiveness'.

Oleh kerana Sakmongkol AK47 selalu posting menghentam UMNO, BN dan DS Najib terlalu kerap membuatkan Sakmongkol AK47 gagal mendidik rakyat Malaysia terutama memberi hala tuju DAP kepada orang Melayu terutamanya dan juga kepada ahli Cina DAP.

WZWH selalu memperingatkan Sakmongkol AK47 supaya fokus kepada DAP jangan terlalu UMNO bashing. Oleh kerana Sakmongkol AK47 dalam Biro Politik DAP menarik ramai orang muda Melayu masuk DAP.

Walaupun WZWH orang UMNO tapi WZWH banyak kali menulis bahawa WZWH suka orang muda Melayu terutama yang profesional terutama di bandar-bandar besar pada tidak berparti biarlah elok masuk DAP.

WZWH lebih suka orang muda Melayu profesional ini berperanan aktif dalam kepimpinan DAP hingga satu hari nanti siapa tahu boleh menjadi pemimpin tertinggi DAP.

Mungkin DAP boleh lebih berperanan besar dalam politik Malaysia masa depan jika ramai profesional Melayu aktif berperanan dalam kepimpinan DAP.

Bila 8 calon Melayu DAP gagal mendapat tempat dalam 20 kepimpinan AJK Tertinggi Pusat DAP dengan undi yang rendah 300 lebih ke bawah dari 1823 perwakilan dan undi minimun 824  jika mahu kedudukan yang ke 20.

Ditambah pula calon Melayu yang berjawatan Setpol Lim Guan Eng pun tewas tidak boleh menumpang lansung pengaruh bosnya.

Maka ideal DAP parti multirasial, parti inclusiveness (kerangkuman), parti mahu menarik lebih ramai orang Melayu nampak 'tidak walk the talk'.

Barulah Sakmongkol AK47 mahu bersuara dan menyatakan dengan lambat mahu beritahu Lim Guan Eng kelemahan implementasi 'inclusiveness'.

Bila Sakmongkol AK47 bersuara kepada Setiausaha Agong DAP YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng. Buat pertama kali Sakmongkol AK47 bersuara kepada Lim Guan Eng...

"Perhaps it’s the fault of the candidates and the delegates and also the DAP leadership.

How do we explain what happened? First let’s set aside one issue first. This is not an issue of the DAP leadership abandoning its agenda for inclusiveness. But it has revealed some weaknesses in translating the agenda into practice. 

It shows that the leadership hasn’t done sufficiently in its efforts to educate the delegates and DAP members of the importance of inclusiveness. Unless the DAP leadership has resigned itself to forever be an opposition party as opposed to a party that can be a partner in governing, then, the will not make efforts to cultivate Malay DAP members. 

I was at the congress and listened to the speech given by party secretary general, Lim Guan Eng. It was a as a matter- of- factly speech which did not require enthralling the delegates with histrionics or banshee-like screaming. It would have been better if he had left out bashing the UMNO/BN government and talking like an opposition party at the periphery. He can speak as government now that PR has control of 4 states and will likely evict UMNO from the seat in Putrajaya.

I thought there was a little misreading of the mood of delegates. The majority of the delegates were not accustomed to adjusting their thinking after years of being perceived as Chinese chauvinists. It comes by as second nature if the majority of the delegates felt it wasn’t necessary to be inclusive. If this mood was read correctly, maybe secgen Lim Guan Eng could have applied some moderating influence. 

This kind of thinking, conditioned over the years by the baneful influence of race-centric thinking could be have been moderated. The secgen missed the opportunity to apply some leavening influence in his speech. If the secgen had mentioned that in line with our agenda to evolve into a multiracial party for all Malaysians, he would very much liked it if delegates in the convention also reflect that agenda with their voting".

10 comments:

Anonymous said...

WZWH dan Pembahas,

Meriah sakan no hampa sebab takde calon melayu menang CEC DAP!..Meh kita tengok yang sebelah hangpa pulak.

Mengikut sesetengah pihak, di anggarkan terdapat lebih kurang 400,000 ahli UMNO Sabah yang terdiri dari BUMIPUTRA BUKAN ISLAM, majoritinya Kristian.

Jumlah keseluruhan ahli-ahli UMNO seluruh negara adalah lebih kurang 3.5 juta orang.

400,000 ribu ni adalah lebih kurang 11% dari jumlah keseluruhan ahli UMNO. Berapa peratuslah jumlah orang melayu yang menjadi ahli DAP?....ade sampai 20%?

Dengan keahlian seramai 400,000 orang ini terbit 2 persoalan:

a. Takkan tak ada seorangpun pemimpin dikalangan mereka yang layak dan melepasi kuota untuk bertanding merebut jawatan ahli MKT UMNO?

Sedangkan UMNO Sabah merupakan fixed deposit yang begitu berjasa kepada UMNO selama ini.

b. Dengan keahlian mencecah 11%, mengapa Presiden UMNO tidak menggunakan kuasanya melantik seorang dua wakil dari golongan ini menjawat ahli MKT yang dilantik bagi menunjukkan inclusivity dalam UMNO?

Anonymous said...

Itu lah keputusan dari sebuah parti demokratik di Malaysia.
Hanya UMNO parti yang sanggup kongsi kuasa dan setiakawan.Ini mungkin tidak memberi kesan keatas kerjasama dengan PAS bagi menumbangkan UMNO.
Bro Wan,
Aku dapat rasakan bagaimana moral dari kalangan Melayu yang mendokongi DAP. Politik di Malaysia masih berdasarkan kelompok dan hanya 'coalition' yang jitu dan ikhlas tetap dihati majoriti rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Anon 11.35,
Ahli UMNO Sabah 505,852. Bumiputera Kristian Sabah tidak ramai menjadi ahli UMNO. Dalam MT UMNO ada 4 dari Sabah. Naib Presiden UMNO ada dari Sabah.

Anonymous said...

Anon 11.35 pencacai pr bunyik macam Anon 5.05 ajer...dan anti umno.

Anonymous said...

UMNO adalah United Malay National Organisation atau Parti Melayu Bersatu merangkumi kaum melayu dan bumiputra.Tidak pulak UMNO claim parti ini parti multiracial saperti DAP yang ultra.DAP parti racis.

LS

Anonymous said...

Sekurang kurangnya DAP berani mengadakan pemilihan disaat menghadapi pilihanraya yang kian menjelma. Tidak seperti UMNO yang dah beberapa kali menunda pemilihannya. Alasannya takut berpecah belah. Sebenarnya UMNO itu penakut, pondan lagi dayus. Sikit sikit berselindong disebalik polis la, askar la, kehakiman la, media massa la, sprm la dan pelbagai agensi kerajaan. Malah mat rempit pun diambil kira sama. Mana ada UMNO bergerak diatas kekuatan sendiri. Oh lupa kekuatan fulus ada la. Mana ada UMNO buat ceramah/program tanpa terlibat agensi kerajaan. Oh lupa dengan cabutan bertuah dan hiburan ada la. Mana ada melayu ikut UMNO atas dasar perjuangan. Atas wang ringgit dan kepentingan diri ada la. Melayu tiada tempat dalam DAP konon. Habis melayu apa ada tempat dalam UMNO. Melayu elitis dan pijak melayu lain ada la.

Kampong man said...

Salam.

The message on the wall is clear. elegates of the DAP congress rejected any malay in the CEC outright.

Now i began to wonder whether or not our Sakmongkol be ever be nominated at all as DAP candidate.If it is not it is really unfair.LGE kndly take note please ensure Sakmongkol and Aspan be candidates despite he DAP perlembagaan says othewise ( Must be member for a least two years for any nomnation) .After all in this boleh land DAP boleh maa...

Anonymous said...

Anon 9.46,
UMNO ada sejarahnya. Bukan takut, tapi mesti strategis dan diplomatik. Masakan orang yang takut dapat berunding dan memerdekakan Malaya dari British.
UMNO mesti strategis dan terus mengharungi gelombang mempastikan sebuah negara maju yang unik multirasial, tidak terlepas kapada pihak yang boleh merosakkan kedamaian dan keharmonian yang dikecapi selama ini.
Apakah ertinya demokratik yang tidak mencerminkan perpaduan saperti yang ditunjukkan sebuah parti. Bolehkah dipercayai untuk mentadbir Malaysia.

Anonymous said...

anon 9.46,
anda melayu yang sudah hilang jati diri.aku percaya nama bapak kau mungkin kau masih ingat.tapi aku gerenti nama datuk kau pasti kau dah tak ingat!!!!

Anonymous said...

Kwang..kwang ..kwang Pirates of Putrajaya tutup blog .Belum bertarong dah kalah.Tak lama nanti banyak ler blog pr tutup..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024