Selepas keputusan PRU 12 yang mengejutkan Pakatan Rakyat (PR)-menang 5 negeri, terlalu sibuk berpolitik mahu menawan Putrajaya.
PR berhempas pulas cuba merosakkan imej BN sehabis teruk. Banyak janji-janji manis ditabur. Tidak cukup dengan ceramah diadakan pula demontrasi bersiri.
Selama penggal 2008-2012, kerja-kerja PR dapat dilihat melalui berbagai demonstrasi oleh NGO-NGO yang matlamatnya mahu menumbangkan BN antaranya termasuk:
- Bersih 2.0 Julai 2011
- Bersih 3.0 April 2012
- Himpunan Janji Demokrasi menjelang 31 Ogos 2012
- Himpunan Hijau bersiri Anti Lynas
- Himpunan Royalti Minyak Kelantan
- Himpunan 901
- Himpunan bersiri Kebangkitan Rakyat
- Himpunan bersiri Oren Anti FGVH listing
Strategi PR mudah mahu meningkatkan momentum politik dekat PRU 13.
Tapi bila kerap berpolitik demo akhirnya PR letih kerana 'overdone' sebab PRU lambat lagi!
Demontrasi demi demontrasi PR semakin lama tidak mendapat perhatian. Himpunan Oren 28 Disember hanya hadir kurang 1000 sedangkan sasaran 30,000.
Begitu juga Himpunan Hijau ( Mogok Lapar ) Disember 27-30 menjanjikan konvoi 10,000 kenderaan bermotor yang menyertai cuma 50! Yang mogok lapar pun mencuri makan sungguh memalukan!
Nampaknya strategi PR ini sebagai harapan terakhir meningkatkan momentum politik dekat PRU 13 ternyata gagal.
Semua orang tahu Himpunan Oren = PAS, Himpunan Hijau = DAP dengan PKR sebagai 'cover' memulakan provokasi. Sokongan rakyat kepada PR boleh dinilai dari kegagalan demontrasi bersiri ini.
Kehadiran rakyat yang kecil menyokong himpunan demonstrasi ini membuktikan PR semakin merosot pengaruh dan jatuh perlahan-lahan.
PR tumbang kerana berbeza prinsip, matlamat, kacukan rasis dan extremis, liberalis, dan kepimpinan kuku besi itu memberi masalah kepada pakatan dari mula.
Masa kian suntuk untuk PR membaiki kerosakan. Di mata rakyat kredibiliti pemimpin PR semakin nipis.
Akhirnya strategi kuno iaitu fitnah digunakan oleh PR dituju kepada pemimpin BN bagi mengalih isu-isu kerosakan dan meraih sokongan rakyat.
Kerosakan yang dilakukan oleh PR di negeri-negeri yang diperintah:
- Hutan ditebang sewenang-wenangnya tanpa menghirau nasihat Jabatan.
- Pasir dikorek sehabis korek mengakibatkan pencemaran dan malapetaka alam.
- Bumiputera diasingkan.
- Pusat hiburan berleluasa tumbuh bagai cendawan tanpa kawalan.
- Tanah dijual kepada orang asing dan funder politik
Rakyat perlu sedar gejala-gejala kerakusan PR mahu berkuasa dalam masa singkat berebut harta!
2013 PR menuju diambang kekalahan...
11 comments:
Memang betul Wan, sepatutnya pemimpin mana2 parti mesti terima keputusan PRU. Selepas PRU masing2 sepatutnya tumpu kpd hal2 yg berkaitan pembangunan utk rakyat. Ini tidak, asyik berpolitik...hari2 dok fikir macamana nak jatuhkan lawan. Tengok apa yg berlaku kat Selangor , Kedah & P.Pinang...hari2 kerajaan yg dipilih oleh rakyat secara sah diganggu dgn permainan politik kotor...Yg paling dahsyat berlaku diPerak..kerajaan yg sah digulingkan ..
Sekarang dok serang Kelantan kononnya TGNA kasi tanah kat pemimpin DAP...yg geng awok tu duk kebas balak beribu2 ekar dihutan simpanan Taman Negara kira ok pula...ini dipanggil dauble std. Nak cakp wan pandang2lah sikit.
Isu Amanat TRHA direcycle lagi...dah takde modal lain agaknya..
SEPATUTNYA WAN & THE GENG tolong jwb tomahan DEEPAK TERHADAP PM YG MEMANG BOLEH MEMUDARATKAN NEGARA.
Awang Perian
Lupa pulak nak ucap SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 semoga BN inshaAllah berada dibarisan PEMBANGKANG selepas PRU13. Ameen
KONFIDEN TANPA FAKTA KUKUH HANYALAH MAINAN HATI PENYEDAP RASA.
TERUSKANLAH MENYEDAPKAN HATI SENDIRI!!!
ORANG LAIN PUN ADA STRATEGI SULIT DAN CANGGIH.
DUA ULAMAK YANG KAU ORANG PUJA2 TU JELASLAH ULAMAK SU'.
Kenapa bila ada sesuatu perkara yg buruk dibongkar selalunya puak PR kata kenapa dulu isu dalam kerajaan BN boleh. ........?
Rase hairan bin ajaib ye......! kalau dah janji kerajaan PR yg telus maka jgn la jadi pi mai pi mai tang tu....:-(
Mana PAS dalam isu kalimah Allah, negara islam, murtad, hudud....?
Diam je....takut siape nie.....? Allah ke dunia...?
Jgn taksub membabi buta ye........
Nak ucap tahun baru konon. .....ukur la baju tu dulu! Jgn bongkak. ......tengok la keliling sikit! dah byk janji kerajaan PR tak ditepati. ...
Rakyat menilai siapa yg berkebolehan.......kita tunggu PRU13 ni........kita lawan cukup cukup tengok la siapa yg kena. .....
Salam Wan dan semua,
Ucapan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua.Semoga kita semua mendapat ketenteraman , keamanan dan keberkatan dari Allah.
Teringat pada demonstrasi jalanan dan rusuhan teringat KM aktivis sdra Anuar Ibrahim saorang pakar demonstrasi dari zaman pelajar di universiti Malaya dulu lagi.Muka muka ini (DSAI) juga bersama dengan Hishamudin Rais(Tukar Tiub) memonopoli Speakers Corner UM dulu dengarnya.Masa menimba ilmu digunakan bagi meraih sokongan kepada isu isu remeh.Tidak hairan muka muka ini tidak pernah berjaya dalam perjuangan mereka.DSAI tidak mungkin dapat diterima rakyat majoriti sebagai PM .Cuma DAP dan PKR sahaja yang bersetuju yang lain termasok PAS tidak boleh menerima DSAI.Hishamudin Rais pula tersadai di London berbelas tahun terbuang.Untuk apo Jang ?.Buang maso ajo kata orang nogori.Ini semuo yang ese dan rakyat yang cintokan keamanan bonci !
Berdemo ,berpiket,merusuh dan demonstrasi jalanan ala ARAB SPRING bukan budaya kita rakyat Malaysia. Tidak hairan rata ratanya ia tidak mendapat sambutan- gagal !.Ini akan diterjemahkan dalam undi di PRU 13 march nanti memihak kepada BN juga akhirnya.
Walau apa juga tuduhan dan fitnah kepada mantan PM Tun Dr Mahathir memburukan beliau dan UMNO Tun DELIVER .Hanya yang gagal dan mereka yang punyai attitude ANTI ESTABLISHMENT akan terus berasa sentiasa tidak puas hati dengan berbagai bagai KEBAIKAN dan usha yang dilakukan kerajaan.Bekalan mereka semua ini hanya untuk kroni dan semuabya korupsi.Apalah agaknya jasa DSAI kepada negara ? Jawapannya hanyalah HURUHARA demi kuasa politik dan ghairah kerana beliau mahu menjadi saorang Perdana Menteri juga.Maaf bro Anwar anda TIDAK LAYAK sebagai ketua kami rakyat Malaysia.Mungkin KM salah ,anda fikirlah baik baik supaya anda tidak mudah terpedaya dengan janji PR yang menggunung. Kita tolak PR kerana mereka tidak jujur , tidak tepati banyak janji,mereka membawa budaya benci membenci, budaya samseng jalanan.Mereka sebenarnya belum lagi bersedia meneraju negara pada pandangan saya.Wallahwuallam.
@ Di Selangor kini terdapat lebih 3000 pusat hiburan, perjudian dan persundalan lahir termasok di Shah Alam bandar di Raja satelah PR memerintah empat tahun berbanding tidak sampai seribu satelah BN memerintah 55 tahun !.Terima kasih DAP yang bijak menggunakan PKR dan PAS dalam
banyak isu termasok di gereja dulu.Takhniah PR.
Komen saya diblog Aspan tempoh hari dalam isu bola tanggung tidak disiar - kebebasan berduara DAP/PR.Maka izinkan saya tompang diblog ini sebagai rekod sahaja.
"Sdra Aspan dan pembaca,
Penulisan bebas sdra kali ini membuat pengundi berfikir begini saya setuju satelah beberapa penulisan sdra banyak yang menghentam UMNO dan Mahahir sahaja. Ini tidak berkesan sebenarnya malah UMNO sendiri telah banyak berubah dan transform by the day for the better respinding yo the rakyat demand.
Berbekalkan korupsi, kronisma salah guna kuasa perkara ini telah berjaya diputarkan saperti piring hitam lama.Zaman sekarang masa berubah dan teknologi juga berubah .Apa yang perlu saya buat pada pirang hitam lama ini ?.Saya masih simpan buat kenangan.Bagitu juga dengan parti politik, saya tetap setia pada pegangan saya dan saya hormati yang berhijrah mengikut selera semasa mereka.Kita hormat mereka.AKU TETAP AKU bersana UMNO/ BN tidak akan berubah.
Biarlah UMNO tersugkur rebah dan aku juga turut rebah, tidak akan aku berpalng tadah.Bertukar ganti pemerintah perkara biasa dibanyak negera .Cuma diMalaysia ini yang unik BN memerintah sudah 55 tahun !.Pastilah BN ini hebat.PR diberi bola tanggong tetapi masih lemah membalas balik dengan penuh berkesan membuatkan PRU 13 walaupun getir bukanlah isu 50:50 yang diharapkan PR, far from it.Itu aku kata.Peduli apa .
Kedua pihak lawan telah buat yang terbaik dan hanya menunggu masa mengundi dengan penuh debaran.Isunya:
1.Adakah PR betul betul sudah bersedia menakloki Putrajaya dengan mudah ?PAS, PKR dan DAP sudah seia sekata ?;
2. Adakah sekarang rakyat sudah boleh menerima Anuar sebagai PM negara ?.Tolong cari aternatif boleh ?
.3.Apakah benar rakyat majoriti sudah bangun dan akan gila gila kali ini menentang kerajaan BN yang kononnya rasuah to the core ? (Pandai pulak quote Mahathir yang rasuah- USD40 Billion bukan kecik anak beb.Tunjuklah bukti dan dakwalah atau ini satu fitnah sahaja ?
4. Tidak dapat di nafikan Sabah dan Sarawak akan menjadi penentu assuming Semenanjug is even.Siapa yang dapat menawan Sabah dan Sarawak merekalah akan menang, ini pasti.Berbekalkan hanya dua kerusi DAP di parlimen Kuching dan Kota Kinabalu tanpa satu pun PAS dan PKR di 2008 apakah mudah ini di terbalikkan dan BN tersungkur rebah disana ? .Kita bukan orang sana sikap pengundi di sana jadi banyak yang kita tidak tahu .Anda tahu ?.
4.Ceramah demi ceramah telah dilakukan hari hari di merata ceruk kampong dan bandar dan bagi kita yang hantu cyber kita semua telah pun membuat pilihan, mudah saja.Ceritalah apa yang hendak di telanjangkan , keputusan sudah pun dibuat.
Tambahan pula aku menulis " Bukan Kerna Nama"- kata Ramli Sharif.Hayati sendirilah lyrik lagu in.Mudah.
Saya yakin tulisan ini disiarkan atas nama freedom of opunion.Terima kasih.
Linn Sondek
Linn Sondek dan Kampong Man.
Apa pendapat awak tentang tindakan Boustead ( syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera ) membeli 80% saham syarikat Astacangih milek Deepak dengan harga saperti yg dilaporkan berjumlah RM130 juta. Apakah ini ( satu contoh terkini dari berpuloh2 contoh2 lain ) tidak mencerminkan ketidakupayaan UMNO untuk diamanahkan kuasa olih rakyat, dalam kes ini anggota-anggota tentera.
Limah Senduk
Salam sdra Limaj Senduk , ahem...
Saya tidak arif dalam isu Deepak dan Bousted dan tidak berani memberi pandangan.Maaf ya.Tidak semua kita berminat nak komen. Saya yakin dalam isu Allah dalam bible melayu saranan sdra LGE kita perlu pakar yang arif juga memberi komen.Setuju ?.
Bro kampongman,
"Saya tidak arif dalam isu Deepak dan Bousted dan tidak berani memberi pandangan.Maaf ya.Tidak semua kita berminat nak komen. Saya yakin dalam isu Allah dalam bible melayu saranan sdra LGE kita perlu pakar yang arif juga memberi komen.Setuju ?.
January 1, 2013 2:08 PM"
hahahaha.....hari ni 1 april ke,Bro?....pandai bro buat lawak.......hahahahaha
Anon 5:05
Anon 5:05
Anon 5:05
Mungkin mereka akan hantar bekas anggota tentera yg bertopi tu ( ketua tarian bontot depan rumah Ambiga ) aka pelakon tambahan dlm drama air Selangor bersama ahli-ahlinya membuat tarian bontot depan pejabat LTAT besok. Kampong Man kurang arif benda-benda begini bro.
Limah Senduk
Post a Comment