Tuesday, January 1, 2013

Aku Sayang UMNO Dan BN



Majoriti rakyat Malaysia masih sayang kepada BN. Orang Melayu masih memerlukan UMNO. Bagi pengundi muda generasi Y dengarlah lagu ini...

Aku sayang UMNO dan BN.

Lupakan protes lalu
Perubahan dan transformasi sudah berlaku
Golongan Tua, Muda dan Belia dibela
Untuk kesejahteraan kita semua

35 comments:

Anonymous said...

Aku pun sayang UMNO dan BN. Tapi itu tidak bermakna aku tak boleh sayang selain dari UMNO dan BN.

Anonymous said...

Ye kita patut sayang UMNO. PR perlu dinyah dari minda kita...

Tengok malam tadi, apa yg terjadi diSelangor..Sambutan ambang 2013 sepatutnya ada joget2, nynyi2, jerit2 dan kondom patut simpan dalam poket tiba2 ditukar dgn majlis tak guna..apalah kerajaan PR ni. Tiada nilai langsung...

Mereka ingat boleh kumpul orang lebih 100,000 tapi yg hadir didataran Shah Alam boleh dikira dgn jari..berbeza sungguh dgn apa yg berlaku didataran Icity anjuran BN cukup hebat dan meriah, kibaran bendera bewarna biru disana sini.. wah hebat sekali...apalah Tan Seri Khalid ni, tak ada kelas langsung..

Ni lagu satu, duk jemput Ustaz Azhar PAS tu buat apa, haramjadahnya...habis anak2 muda yg kebanyakkan yg hadir telah dirosakan. Lebih2 lagi menjelang detika 12 malam, buat apalah diadakan solat isyak ditengah2 padang sedangkan masjid Shah Alam kan ada..

Yg paling bodoh dan kelakar ialah kehadiran Malik Nor dan beberapa pelakun/artis tempatan..buat apalah mereka datang ke dataran Shah Alam kan, patutnya mereka berada bersama TPM di Icity atau Puterajaya atau KLCC atau Dataran Merdeka,..kan lagi bagus...bangak agaknya mereka2 ni.

Wan, aku tetap sokong UMNO dan BN sampai mati...Buat apalah aku nak sokong PR..sokong PR bermakna sokong DAP. Sokong DAP bermakna menyokong orang Melayu jadi keristian...

Program sambutan BN malam tadi membuktikan yg kita tidak pernah ikut cara Keristian menyambut tahun baru masehi...hari kelahiran al maseh.

Ingatlah wahai oarng2 Melayu, sayangkah UMNO sebagaimana Wan sayangkan UMNO...

Anonymous said...

WZWH,

"Lebih2 lagi menjelang detika 12 malam, buat apalah diadakan solat isyak ditengah2 padang sedangkan masjid Shah Alam kan ada.."

"Tengok malam tadi, apa yg terjadi diSelangor..Sambutan ambang 2013 sepatutnya ada joget2, nynyi2, jerit2 dan kondom patut simpan dalam poket tiba2 ditukar dgn majlis tak guna..apalah kerajaan PR ni. Tiada nilai langsung..."

"sepatutnya ada joget2, nynyi2, jerit2 dan kondom patut simpan dalam poket....."

Astarfirullah hal adzim....mamat ni islam ke tidak ni? Bumi Malaysia ni agaknya, pada fikiran dia, UMNO yang buat. Agaknya Allah tu dari puak pembangkang la kot ek?

Sdra-sdra nilailah sendiri mamat ni dari puak mana. Diharap kampongman dapat mempertahankan pemikiran mamat ni dengan hujah-hujah hebat beliau.

Anonymous said...

Ko ke pandir dah wan zuri ni..belampo bodek..jadi la..awk blaja tnggi tp nmpk pandir

Anonymous said...

PANDAI MAMAT 12:08PM buat lawak...PERLILAH tuh!
Yg mamat 1:10PM ni pulak pandir tak tentu hala. Doh suruh KM berhujah mempertahan mamat 12:08PM buat ke mende....MAMAT dah kasi check mate kat Wan.

Anonymous said...

PERUTUSAN TAHUN BARU 2013:

Kalaulah ditakdirkan PR dapat memenangi PRU13 dan berkuasa diPuterajaya nanti, dunia tidak akan kiamat, pertumbuhan ekonomi negara tidak akan terjejas dan rakyat masih boleh hudup macam biasa...orang Islam masih dapat sembahyang dimasjid yg sama, pegawai kerajaan termasuk polis dan tentera tidak akan dibuang kerja. Manakala pokok sawit kekal berbuah dan pokok getah masih dapat mengeluarkan hasil...janganlah takut. Jangan dengar sangat dakyah sahabat2 daripada UMNO/BN. Adatlah, nak mempertahankan kuasa bukan senang...macam2 strategi yg mereka reka dan gunakan terutamakan menakutkan orang2 Melayu. Kononnya jika UMNO kalah maka habislah Melayu, agama Islam akan terpinggil dan kedaulatan raja2 tidak dapat dipertahankan. Ini cerita karut belaka. Kalau ye...adakah dgn pengusaai UMNO selama 56 tahun ini, Bahasa Melayu telah dapat dipertahankan dgn sewajarkan, orang melayu seorang pun tidak dikristiankan dan kedaulatan/kuasa raja2 tidak pernah terusik???

Kontrak mentadbir bumi bertuah macam Malaysia ni tidak hanya diberi kepada BN yg diterajui UMNO. Mengikut perlembagaan persekutuan, rakyat berhak memilih mana satu kerajaan yg mereka suka. Jadi tidak ada apa2yg perlu dikhuatirkan...

Dalam membuat pemilihan, penilaian rakyat pastinya terhadap kerajaan mana pada kaca mata mereka yg akan dapat memberi lebih menafaat dan yg dapat mengurangkan risiko kemudaratan kpd negara....Kerajaan yg dipimpin oleh mereka atau parti mereka yg ada rekod buruk seperti rasuah, menyalah guna kuasa, tidak berlaku adil pastinya akan ditolak.

Kepada orang Melayu, UMNO memang ada rekod baik tetapi kebaikkan mereka tidak terpadam dgn isu PENYELEYENGAN bersekala MEGA. UMNO memang membantu Melayu tetapi banyak kes2 yg UMNO dilihat lebih mengutamakan korni dan nepotism. Sudah tidak nampak KEIKHLASAN dalam memantu Melayu. UMNO hari ini bukan UMNO zaman ayahnda DS Najib..UMNO hari ini lebih kepada mahu kekal berkuasa dan mengaut segala faedah dari khazanah negara. Ini realiti...sahabt2 dalam UMNO tidak boleh marah dgn persepsi kebanyakkan Melayu macam saya...maaf.

Kepada orang2 Melayu, jangan lagi menjadi hamba kepada UMNO dan jangan lagi diperbodohkan oleh mereka2 yg tamak kuasa. Cukuplah pemikiran kita dibonsaikan...cukup!. Sokonglah kepada perubahan. Tak rugi pun.


Sekian,

Drp MAT PERIBA

Anonymous said...

Mat Periba dah memulakan provokasi...

Anonymous said...

WZWH,

Agak lama juga saya tidak membuat komen di sini kerana sebok dengan urusan kerja.

Tiada apa yang khusus hendak saya komen sekadar menyambung maklumat untuk dikongsi bersama.

maklumat saya copy dari tulisan terbaru Dato a.kadir jasin dalam blognya " The Scribe"

Monday, December 31, 2012
Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga

A Kadir Jasin



KALAU kita dengar dan percaya kepada perangkaan, sama ada awam atau swasta, ekonomi kita tidaklah seteruk Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Jurang Ekonomi Melebar Semula

Seperti saya nyatakan dalam ruangan Kunta Kinte Original, Berita Harian 28 Disember bahawa perangkaan menunjukkan pada 2009, jurang pendapatan antara kaum sudah berbalik kepada yang asal yakni pada permulaan Dasar Ekonomi Baru atau lebih teruk. Jurang pendapatan bandar dan luar bandar sudah kembali kepada waktu kita mencapai kemerdekaan pada 1957.

Walaupun jurang pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera dan Cina misalnya, telah menguncup pada1990, tapi ia melebar semula pada 2009.

Pada 1990, bagi setiap RM1 pendapatan Bumiputera, Cina memperoleh RM1.70. Menjelang 2009, jurang ini meluas menjadi dua kali ganda.

Ambil contoh simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) pula. Orang Cina menyimpan 2.4 kali lebih banyak daripada Bumiputera. Orang Cina miliki 5.6 kali lebih banyak bangunan. Pada 2005, hanya 7.4 peratus syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia milik Bumiputera berbanding 58.6 peratus oleh orang Cina. Jumlah ekuiti Bumiputera hanya 18 peratus berbanding 35.8 peratus oleh orang Cina.

Dalam pasaran buruh pula, pekerja Cina peroleh gaji purata 1.77 kali lebih tinggi daripada Bumiputera.

Ini tidak menghairankan kerana majoriti Bumiputera bekerja dengan Kerajaan yang lebih rendah gajinya manakala majoriti Cina bekerja dalam sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Bumiputera.

bagi yang berminat untuk terus membaca artikel ini sila layari

http://kadirjasin.blogspot.com/

.................

Ini pula komen dari seorang pembahas yang saya rasa relevan dan jawapan DAKJ:

Hanif said...

salam dato kadir.

saya rasa ada sikit kesilapan teknikal lah di data jurang pendapatan di antara melayu dan cina di atas tu dato. Kalau kita rujuk data awam dari EPU, memang benar jurang pendapatan telah berganda SEKIRANYA diukur dari segi 'absolute term'. Tapi kalau kita ukur dari segi nisbah, jurang telah berkurangan ke 1.38 pada tahun 2009 dari 1.70 di tahun 1990.

3:53 PM

A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih Sdr Hanif.

2. Untuk memperjelaskan lagi hujah Sdr Hanif, berikut adalah perangkaan Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai jurang pendapatan (purata bulanan) antara Melayu dan Cina.

Melayu (1990)RM940 (2009)RM3,624. Cina(1990)RM1,631 (2009)RM5,011.

3. Perangkaan di atas jelas menunjukkan yang jurang pendapan (income gap) antara Melayu dan Cina semakin luas.

Terima kasih.

4:34 PM

....................

anon 5:05


Anonymous said...

hanya KM,kutukan Dewata dan sang Sapurba je yg sayang B-end...generasi Y pula bukan tak sayang B-end tapi banyak isu generasi Y yg B-end tk mampu selesaikan...
contonhnya:-
1.tv hijrah tiada siaran di dun tahan
2.tv 9 tiada siaran di dun tahan
3.tv 7 tiada siaran di dun tahan
4.tv 8 pun takde juga di dun tahan.
5.tapak rumah untuk generasi ke 2 tiada dun tahan.
6.saham felcra hanya berlegar dikalangan orang tertentu shj.
7.hutang pinjaman ptptn meningkat tiap2 bulan.
8.harga kereta,gula,susu formula anak,pampers,maggi mahal giler.gaji plak tak mahal...
9.harga rumah di jerantut mcm harga rumah di kolumpo..mcm mn generasi y nk beli rumah.

argh!!!!!!!!! letih nak taip lagi.... banyak!!!!!!!!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Itu bermakna spirit of DEB perlu dilipatganda bagi merapatkan jurang. Jika DEB gagal maka perlu dilancarkan DEB ke dua yang dimodifikasi sesuai dengan persekitaran semasa dan future bagi memperbaiki. Mengenalpasti kelemahan DEB 1 adalah langkah yang bijak dan proaktif bagi sukses sesuatu dasar penyusunan semula masyarakat. Success is as a result of many failures!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 10:01,
TV Hijrah,9, 7, 8 itu perlu subscribe Astro. Ramai penduduk Ulu Tembeling melangggan Astro boleh tengok banyak channel.

Beberapa tapak rumah untuk generasi ke 2 dikenalpasti di DUN Tahan. Yang sudah lulus peruntukan RN25 juta yang diumumkan oleh DS Najib di Padang Piol bulan Ogos 2012.

MB Pahang umum premium yang rendah dikenakan kepada pemajau yang boleh bina rumah kos rendah @ mampu milik buat generasi ke 2. DO Jerantut diarah mengenalpasti tanah yang berpotensi.

Saham Felcra akan dinikmati oleh semua orang yang layak di DUN Tahan dengan pembukaan banyak ladang Felcra. ladang GLC Pahang turut membantu.

Hutang pinjaman lepas dapat kerja bayarlah beransur-ansur. Kalau Yayasan Pahang tiada interest dikenakan.

Inflasi di Malaysia masih rendah dan terkawal.

Rumah Jerantut ditentukan oleh market force demand supply. Memang benar pemaju sewenangnya menjual harga mahal tapi ramai pembeli sanggup membayar. Sebab itu MB Pahang buat dasar baru perumahan yang pemaju boleh untung hanya bawah 30%.

Masalah perumahan Jerantut bagi generasi Y akan diselesaikan oleh kepimpinan baru UMNO Jerantut selepas PRU 13. Juga termasuk peluang pekerjaan bagi orang muda Jerantut.

Anonymous said...

wzwh,

"Masalah perumahan Jerantut bagi generasi Y akan diselesaikan oleh kepimpinan baru UMNO Jerantut selepas PRU 13. Juga termasuk peluang pekerjaan bagi orang muda Jerantut."


Mengapa kena tunggu lepas pilihanraya. Masaalah yang timbul sekarang, bukan lepas pilihanraya.

Cerita nak selesaikan lepas piliharaya ni semua orang dah tahu dan dah kena berkali-kali. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri semua dibawah UMNO. Kalau dibawah pembangkang, lain la cerita, UMNO kena menang dulu.

Orang melayu Jantut ni dah menangkan UMNO sejak dari merdeka lagi. nak tunggu apa lagi

Anonymous said...

WZWH,

hehehehe....kalau nak rapatkan jurang pendapatan antara melayu dengan bukan melayu, kena buat DEB ke 2 lagi ye.....dengan pemimpin-pemimpin sama yang buat DEB dulu ke?

Jawabnya hasilnya pun samalah.

Anon 5:05

Kampong man said...

Salam Wan dan sdra semua,

Data sdra Kadir Yasin pasti menarik dan kita terima dulu sabagai betul.Banyak yang cepat menuding jari pada kegagalan kerajaan BN menangani kemiskinan orang Melayu melalui berbagai bagai dasar dan DEB adalah satu daripadanya antara lain.

KM hanya mahu shorkan satu solution dan cara terbaik bagi mengatasi kemiskinan berterusan (Poverty trap) orang Melayu.

1. Jangan terlalu bergantung pada politik untuk menjadi kaya.Gunakan cara lain sama.

2.Janganlah teralalu bergantung pada kerajaan lagi bagi mencari rezeki kerana kerajaan can only do so much sedangkan graduan universiti terlalu lah ramai.Perlu dingatkan kerajaan PR mengikut DAP (LGE) mahu drastically mengurangkan pekerja kerajaan yang dilihat dari kacamata LGE satu % yang tinggi mengikut jumlah penduduk negara.Siapakah pekerja kerajaan ini .Ya, orang Melayu kebanyakannya.Merekalah Polis, askar, bomba,guru guru dan banyak lagi. Penswastaan TNB, Talikom , POS antara lain masih tidak dapat merapatkan jurang kemiskinan dan kekayaan antara kaum.Kenapa ?

Jawapannya mudah datu cara terbaik ialah BERNIAGA , BERNIAGA dan BERNIAGA!!!

Tidak hairanlah maka kita semua tahu 9/10 punca kekayaan adalah diluar sana melalui PERNIAGAAN.

Melayu yang kurang berani berniaga bolehlah makan gaji sampai pencen and it just stop there when you die .The vicious cycle goes on and on like a merry go round not adding value for the their children and their generation.

Jangan salahkan orang cina .Jangan salahkan kerajaan.BN ke PR ke yang memerintah ia tidak akan berubah sekira orang Melayu sendiri tidak mahu mengubah nasib mereka dankaum mereka sendiri.Dengan perpecahan Melayu sekarang ianya langsong TIDAK akan menolong.Maka fikirlah sendiri.

Kita juga mahukan solution lain.Mungkin Anon 5.05 , Zack dan mat Periba boleh dapat memberi solution dan pendapat.Boleh ?

@ Banyak perniagaan orang Cina sekarang adalah hasil dari ketekunanan dan kesungguhan datok nenek dan bapa mereka berniaga dan mereka bersatu dalam apa juga perniagaan dan terus melabur dalam PELAJARAN anak anak mereka sebagai satu priority.Bagaimana pula dengan orang Melayu ?.

Anonymous said...

WZWH dan Pembahas,

Saya pastekan satu lagi komen dari pembaca blog The Scribe yang mengandungi statistik tentang kedudukan ekonomi kita orang melayu untuk renungan semua.

Pembahas tersebut menyebut statistik dari satu kajian yang dibuat tahun 2011. rujukan kepada kajian tersebut juga menyertakan link kepada sesiapa berminat untuk membaca kajian itu sepenuhnya.

Sama-sama kita baca dan renung dan buat penilaian sendiri di sekeliling kita.

.................

TOOLBOX said...

Datuk

In a study on wealth distribution in Malaysia done by Mohammed (2011) found that an average Bumiputera has about one month of financial reserve to cover his monthly expenditure in case of loss of income or employment. About 93% of Bumiputera households have no savings, and about 66% have no financial assets. About 72% of Malaysians who are without wealth are Bumiputera, while 17% are Chinese and 10.7% are Indians. The study also found that the distribution of wealth is skewed, top 10% of Malaysian households per capita control 35% of the country’s wealth, while the bottom 40% own only 8%. More than 96% of wealth comes from real estate, while financial assets contribute 4%. The study also found ethnic disparity in wealth is much higher than the disparity in income. The Chinese have the highest average wealth at RM 128,325, which is respectively 76% and 47% higher than the Bumiputera and the Indians. Wealth inequality is highest among the Indians, followed by the Bumiputera, while the Chinese have the lowest inequality ratio.

Full article can be read here. Another related article can be read here (pdf format).

Toolbox

10:39 PM

links yang dinyatakan diatas:

http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVI/PERKEM2011-1-3A2.pdf

http://www.ukm.my/fep/jem/pdf/2011-45/jeko_45-8.pdf

..............

Anon 5:05

Kutukandewata said...

kekalkan yang pasti.jangan sesekali bereksperimen dengan sesuatu yang pasti.

kita boleh tukar kereta yang meragam dan menyusahkan kita.tetapi kalau ia masih elok kita gunakan terus kereta tersebut.

kita boleh beli kereta baharu tetapi sudah tentu melibatkan kewangan yang besar.bayar ansuran lagi,kadang-kadang tertunggak sampai 3 bulandah dapat surat cinta dari bank.

pakailah kereta yang sedia ada yang tidak menyusahkan kita selagi dijaga dengan elok.kereta yang tidak membebankan hutang kepada kita.

itu pun kalau kau orang faham analogi yang aku berikan ini.orang umno dah lama faham sebab banyak yang cerdik!!!!

Kampong man said...

Salam anon 5.05 dan rakan rakan semua,

KM mengikuti banyak blog termasok A Kadir Jasin bagi melihat fakta fakta dan analysis yang berguna bagi sama sama kita fikirkan.Sekira dalam era tahun 50 dan 60 han Melayu adalah dilabelkan dan di beri persepsi bangsa yang MALAS dan tidak COMPETITIVE .Disebabkan kemiskinan dan tidak punyai peluang environment belajar yang baik yang ada dibandar ramai yang tercicir tidak dapat meneruskan pelajaran di peringkat universiti dan kebanyakan meneruskan karier mereka bekerja makan gaji dengan kerajaan.

Mengikut statistik Faculti Engineering UM era 60 han tidak sampai pun 5% pelajar Melayu di fakulti ini.Kalau ada pun ramai yang terpaksa repeat satu atau dua tahun.Katanya engineering susah .Tanpa good 4 Principal A HSC Science jangan harap mendapat tempat di UM Eng Faculty.

Sekarang Melayu tidak lagi dipanggil malas dan miskin bukan isunya dengan ratusan universiti dan kolej dan PTPTN everyone can go to acquire university education saperti Air Asia- Everyone can fly analoginya.

Malas dan miskin bukan lagi disebut dengan ramainya mereka yang berkelulusan PhD,Masters dan basic first degree sekurangnya dengan usha kerajaan memberi banyak peluang belajar pada semua rakyat.Ada yang perolehi banyak degree ( lebih dari thermometer hehe..) tetapi tidak ramai yang menceburi bidang perniagaan dan mereka tetap memilih bekerja makan gaji termasok A Kadir Jasin.Beliau anak kampong di hulu Kedah nuh..anak petani. Beliau kritis dalam penulisan dan ini bagus.Sampai situ sahajalah kerana beliau bukan ahli perniagaan tersohor.Blogger akan tetap juga blogger termasoklah Sakmongkol dan bro Aspan bukan ahli perniagaan.Maka sudah pasti hanya cukup makan sahaja dan saya kira mereka semuanya ini happy dengan dunia penulisan mereka.Itu sajalah.

Dengan berniaga sky is the limit .Lagi gigih berusha maka hasilnya juga berlipat ganda .Ia tidak terhad dengan gaji bulanan semata mata.Bagi yang makan gaji tidak salah berniaga sambilan di luar waktu kerja dan hari cuti .Berniaga MLM umpamanya (Amway, Cosway,Mona Vie, produk kecantikan dan kesihatan) bagi menambahkan pendapatan keluarga.

Ashik sibuk berpolitik menabur fitnah sana sini dan berpecah tidak membawa kita orang melayu kemana, ingat tu cakap uncle ya !.Selamat berjaya dalam perniagaan.Peduli apa dengan kegagalan kerana itu semua adalah TUTION FEES.Maaf dan Wasallam.

Anonymous said...

Bro Kampongman,

Dato A. kadir Jasin adalah antara contoh yang terbaik yang kita boleh ambil pelajaran bagaimana kita orang melayu boleh berjaya. Beliau menjadi contoh bahawa kita orang melayu, walaupun serba kekurangan juga boleh berjaya jika kita sanggup buat perubahan dan sanggup bekerja keras. kejayaan adalah hasil dari kerja keras, cekal mengaharungi cabaran dan sentiasa berdoa kepada Allah.

kampongman adalah contoh yang baik juga yang kita perlu contohi.

Bro kampongman dan pembahas,

Komen-komen saya selama ini dan terbaru adalah untuk membangkitkan kesedaran kita orang melayu merentasi garis politik sempit tentang realiti dan dimana kedudukan kita dalam skema dunia sejagat.

Untuk menyedarkan kita bahawa kita perlu berubah untuk maju. Untuk mengajak kita semua keluar dari kepompong politik yang sempit yang seolah-olah itulah perkara utama dalam kehidupan kita. Inilah medan yang akan menjamin masa depan kita dan anak-anak kita.

anon 5:05

Anonymous said...

Bro Kampongman,

Dato A. kadir Jasin adalah antara contoh yang terbaik yang kita boleh ambil pelajaran bagaimana kita orang melayu boleh berjaya. Beliau menjadi contoh bahawa kita orang melayu, walaupun serba kekurangan juga boleh berjaya jika kita sanggup buat perubahan dan sanggup bekerja keras. kejayaan adalah hasil dari kerja keras, cekal mengaharungi cabaran dan sentiasa berdoa kepada Allah.

kampongman adalah contoh yang baik juga yang kita perlu contohi.

Bro kampongman dan pembahas,

Komen-komen saya selama ini dan terbaru adalah untuk membangkitkan kesedaran kita orang melayu merentasi garis politik sempit tentang realiti dan dimana kedudukan kita dalam skema dunia sejagat.

Untuk menyedarkan kita bahawa kita perlu berubah untuk maju. Untuk mengajak kita semua keluar dari kepompong politik yang sempit yang seolah-olah itulah perkara utama dalam kehidupan kita. Inilah medan yang akan menjamin masa depan kita dan anak-anak kita.

anon 5:05

Anonymous said...

Dari komen blog AKJ
Terima kasih Dato' kerana membangkitkan isu tercorotnya bangsa Melayu dalam ekonomi negara. Orang melayu memang wajib disedarkan dari masa ke masa mengenai kedudukan mereka yang menyedihkan.

Kalau kita menonton rancangan TV atau ASTRO, kita boleh leka kerana semua rancangan itu menggambarkan kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi kalau pun tidak lebih dari bangsa Cina dan India. Industri hiburan kita memaparkan Melayu yang memandu BMW, tinggal di banglo mewah, anak-anak yang funky dan trendy, suri rumah yang shoping di Paris dan London dan ayah-ayah CEO korporat besar. Hakikatnya, kehidupan sebenar kita adalah semakin terhempet. Nanti, jadilah kita seperti yang berlaku di India, orang-orang masuk pawagam kerena disitu ada escapism dari realiti sebenar yang sedih.

Dato' mengemukakan data berbentuk peratusan menunjukkan terkebelakangnya kedudukan pegangan ekuiti dan pendapatan Melayu berbanding Cina dan India namun seorang OKJ, penyokong tegar UMNO yang mengaku dirinya doktor dan hajj, tak boleh faham dan marah-marah (meracau?). Perjuangan UMNO hari ini telah tersasar dari matlamat asal penubuhannya; UMNO sekarang ditenggek oleh para pembesarnya yang menjadikan parti itu vehicle untuk mereka mengaut kekayaan negara. Tak percaya? Mana ada AJK UMNO bahagian dan pusat yang tidak kaya? Ketua JKK kampung pun kaya, malah ada Ketua JKK taman perumahan yang bertaraf jutawan. Semua peruntukan Kerajaan Malaysia (bukan peruntukan dari UMNO) disalurkan melalui mereka. Selebihnya tuan-tuan faham-fahamlah sendiri...

Mengikut paradigma Dr M, kita perlu membesarkan kek ekonomi negara supaya pemilikan Melayu turut bertambah. Betul dan benar; kita tidak boleh menambah kekayaan dengan merompak orang lain. Maka terjadilah koridor ekonomi disana sini, penswastaan itu dan ini, pembangunan pelbagai infra-struktur tahap mega dan kebanjiran pendatang asing. Maka terjadilah transformasi sosial pada tahap yang menjadikan Melayu seakan-akan fana kerana semuanya berlaku pada kadar yang relatif cepat. Dalam kefanaan itulah Melayu menjadi bangsa yang doyan rasuah dan rasuahlah yang membawa kita ketahap yang ada sekarang, iaitu tercicir semula kebelakang.

Tuan Hj Dr OKJ, I pity you for not seeing things straight. Don't you agree with your idol, Dr M ? He was quoted saying " UMNO is rotten to the core". Well, you may argue that this Dato' Kadir's posting is not about UMNO so why all these nonesense (merepek) UMNO bashings. You go figure.

I pity him.

Kampong man said...

Salam semua,

Setuju dengan anon 5.05 dan sdrs I pity him sepenuhnya.Elok baca The Scribe dan baca banyak komen yang bernas yang kritis POSITIVE dan lupakan blog Sakmongkol dan bro Aspan dan sama dengan nya saperti Papagomo yang menjadi lubuk politikal bashings yang NEGATIVE dan tidak berfaedah.

Tidak ada faedah mengutuk Dr M, beliau DELIVER and always quoted by many.Lihat pembangunan physikal ( Putrajaya,KLIA, Highways and byways,institusi pelajaran Tinggi and the list go on and on....) juga perkembangan dan pembangunan Islam sebagai ugama resmi Malaysia dengqn cambahnya pusat dan tempat ibadah, Tabung Haji , Bank Islam ,Universiti Islam dan berbagai lagi dan pastinya kita di landasan yang baik bagi perubahan .Jangan sebab seglintir opurtunis dalam UMNO membuat kita ghairah magu menukar kerajaan.Mudah, mereka yang korup kita TOLAK.Disebabkan terdapat transformasi kearah kebaikan dan pembetulan dari Najib apa perlu kita tujar sahaja.Apa hebat sangat ke DAP, PKR dan PAS ?

Selain isu Islam apa bqnyak kah isu ekonomi yang PAS bincangkan selama ini ?.Sila baca komen komen diblog AKJ dengan berbagai pandangan membuat kita berfikir mencari solution terbaik bagi memajukan bangsa.

I maintain and i follow kata pelawak Saleh Yaakob.Again i say:

"IF IT AIN'T BROKE, WHY FIX IT ! "

@ Isu Deepak , Musa Hasan dan seumpama itu hanya propaganda politik.Penat mak nak layan nya kata Azwan Ali adik orang kuat PKR Azmin Ali ahem...

Anonymous said...

Bro kampongman,

"@ Isu Deepak , Musa Hasan dan seumpama itu hanya propaganda politik.Penat mak nak layan nya kata Azwan Ali adik orang kuat PKR Azmin Ali ahem..."

mengguna skala yang sama, isu amanat haji hadi, isu kalimah Allah dll yang dijaja oleh UMNO melalui pelbagai media "itu hanya propaganda politik".....

Fair and squarekan?.....

Anon 5:05

Anonymous said...

bro kampongman,

Bercakap pasal Deepak, saya pastekan pandang Din merican dalam blog beliau untuk santapan Bro...sekadar santapan minda, bukan meminta persetujuan.
...........................

“UMNO in survival mode”

dinobeano January 1, 2013 at 6:36 pm

An analyst friend whose contrarian views I respect told me today that UMNO could be in a resurgent mode. He asked me to observe the political games now being played by former Prime Minister Tun Mahathir over the next 2 weeks. Some strange concoctions are being brewed by his team of strategists and spinners.

The Tun has been using surrogates like former IGP Musa Hassan, carpet man Deepak and ex-Information Minister and Utusan journalist Zainuddin Maidin and paid bloggers. The intention is to embarrass Najib so that the Prime Minister either steps down from office of his own accord or will be removed by UMNO. My friend told me that UMNO has the financial resources, organisational infrastructure, mainstream media, and the other advantages of incumbency to win the elections, once Najib (and his wife) are taken out of the picture.

UMNO veterans and party insiders are determined to see the end of the Najib era. After all, according to my friend, they have given him four years to lead the country and the party. He has failed them. Najib’s reliance on a young and educated team of advisors and APCO too has been a millstone around his neck. He should have listened to party elders and insiders, my friend added.–Din Merican

.........................

anon 5:05

Kampong man said...

Salam Wan dan pembaca semua,

Sambil menunggu isteri mengikuti rawatan Kanser sempat KM tulis sikit di blog Pirates of Putrajaya dan tunggu kena belasah dari rakan rakan disana pulak.Mana QD agaknya. Anyway ini dia KM mohon paste di blog Wan untuk kita kongsi.

"Wandering Trouboudour Sir,

I have written a lot here in POP blogs .Just too bad POP as usual play this game hide and seek trying to justify certain issues presumably right for him.I enjoyed the blog though less tbe kutuk of course.Well, it ia about perceptions and how one view and look at things be it politics ,businesses or anything at all..I woulld like to look at it as both can and probably are rights.Democracy and freedom of choice for everyone.We cannot please everyone right ?

Yes, if one looks at a half full glass of water for example.One would say 'The glass is half full ' another bloke come around and say ' No, it is half empty '.they both are looking at the same thing.Both are right so why the fuss.When the time come we make our decision and move on.

The feeling is mutual.Do you honestly think i have not woken up ?.I have reasons to believe BN is the answer for Malaysia again and again and again despite shortfalls which i can agree.Get the PR coalition in order first.Get more malay leaders in DAP, get the new kid on the block PKR Anwar Ibrahim party properly organised first, get the PAS people talk about ECONOMY more than mere parti kebajikan .The irony of it is they are always in constant logger head with DAP and PKR with due respect to Sifu Karpal Singh and certain PAS leaders.For now, they say " We in PR have agreed to disagree " - very comforting indeed but are not being realistic of the country multircial and multireligious nature and demand.No wonder they were NEVER been given even ONE oppurtunity to manage this country. Probably , they will stiill manage to deny BN the 2/3 majority and that is about the best PR can do for march 2013.

In short, PR is not ready and NO GOOD as yet, not for PRU 13 in my view.I do respect differing opinions all the same but i want to be with the winner .No offence, you dont need to believe me either.Awaiting any bashings from the boys and gals.Cheerio folks."

" There is no COMPULSION in religion " Tidak ada paksaan dalam ugama.Kita semua tahu.

Politik pun begitu juga .Teragak nak jadi member DAP, PKR, UMNO, PAS jadilah.Ada siapa yang kisah ? bahasa anak anak sekarang.

Anonymous said...

Kampung man,betul ke Deepak merapek?Kalau tak betul kenapa Najib diam saja?Come on lah you can do better than that.


Kampongman said...

Salam,

Secara jujurnya isu Deepak ni KM sangat kurang arif dan sungguh tidak berminat.sama juga dengan isu moral DSAI .Apa yang berani KM katakan hanya DSAI TIDAK LAYAK menjadi PM itu sahaja.Adakah Deepak merepek ?.Jawapannya saya tak tahu dan tidak layak untuk memberi komen.Pergi tanya Papagomo,Din Marican dan blogger handalan PR dan pro gomen saperti The Unspinners dan banyak lagi.

Jangan terlalu TAKSUB dengan blogger blogger handalan bro.Mereka pun ada yang cari makan.Tak percaya tanya RPK.Tanya juga Sakmongkol yang terlalu terhegeh hegeh puji melangit Tengku Razali dan Tun Daim dua dua orang kuat UMNO tetapi menggigit jari tangan yang pernah berjasa padanya,Najib.Apa masih tidak faham ?.Tolong tanya blogger blogger ni semua.They have good answers for your questions.In the first place do i need to response to anonymous ? i do not normally and am not in the habit of responding to strangers,Get the drift ?Salam.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Isu ekonomi, peluang pekerjaan, pelaburan FDI, pengembangan ekonomi, politik pembangunan, daya saing negara, SME, Entreprenuer, modal insan, ekonomi orang kampung dan orang bandar itu PRIORITI...isu survival bangsa, agama dan negara.

Isu Deepak, Altantuya, yang tidak diketahui sumber sahih bukti dan eviden, dan isu remeh temeh isteri pembesar negara tidak masuk dalam otak WZWH!

Setuju Bro Kampongman, kalau nak tanya cari jawapan pada blogger tersohor pro BN yang Kampongman mention.

Anonymous said...

WZWH,

Isu Deepak dan altantuya tidak diketahui sumber sahih dan eviden pulak....haha

aku selalu was-was bila wan zurik turut sama berduet dengan kampongman berhempas pulas dan beria-ia menafikan sesuatu berita mengenai UMNO dan pemimpin UMNO dengan sekadar cakap-cakap je. Hakikat sebenarnya bila wan zurik atau kampongman kata isu remeh atau tak ada bukti sahih - depa pun tak ada bukti sahih nak kata isu tu remeh atau takde bukti...

Sedangkan Deepak hari-hari bermaharajalela dengan pelbagai tuduhan macam la dia ada lesen besar nak mengaibkan Dato Najib.

nak tahu ada bukti sahih ke tidak, ada bukti ke tidak, Polis kena buat siasatanlah dan umumkan kemajuan siasatan kepada umum. Apa yang polis dok tunggu, laporan polis pun telah dibuat oleh beberapa pihak. Apa yang polis dok tunggu.

Jadi buat masa ni nak kata Deepak bohong siasatan polis belum di buat lagi. Nak kata kampongman dan wan zurik betul, bukti sahih depa tak tunjuk, sekadar cakap remeh atau takde bukti je.

satu-satu perkara yang nampak jelas pada semua orang, Deepak terus menabur tuduhan kepada Najib tanpa sekatan dan halangan, macam dia punya lesen gajah, boleh buat sesuka hati dia.

satu perkembangan baru yang menambahkan kehangatan cerita Deepak ni apabila anak syarikat LTAT pi beli syarikat Deepak yang tak ada projek, tak ada asset kecuali asset hutang deng KFH dengan harga RM 30 juta.

jadi, buat masa ni kata tuduhan Deepak tu betul tak boleh lagi. nak kata tuduhan Deepak tu tak betul juga tak boleh sebab Polis belum siasat lagi walaupun laporan polis dah dibuat. Kita tunggu le hasil siasatan polis ye

hahahahahaha

anon 5:05

ps: Wan Zurik dah bukak posting baru untuk mengelak dari isu Deepak dan Altantuya terus dikomen......hahahaha

Kutukandewata said...

ANON 5.05,

UNTUK BERLAKU ADIL KAU DEDAHKAN PULAK PEKUNG PEMBANGKANG.PEMIMPIN PEMBANGKANG BUKANNYA MAKSUM.

JANGAN KETAWAKAN ORANG TAK BERBAJU SEDANGKAN DIRI SENDIRI TERKOYAK DIKANGKANG!!!!

Anonymous said...

KD,

Mendedah pekung pembangkang UMNO tak pernah buat ke selama ini? Apakah UMNO selama ini dok puji pembangkang melangit ke?

Aktiviti membuka pekung pembangkang oleh UMNO dan agen-agennya sudah menjadi satu industri sejak dari dulu. Contohnya, akhbar-akhbar dibawah kawalan UMNO, media-media elektronik milek kerajaan yang sepatutnya menjadi perkakas kerajaan telah dijadikan perkakas parti.

Tak nampak semua itu? Atau kita boleh burukkan pihak lawan seburuk manapun tak menjadi masaalah. Tetapi pihak lawan tidak boleh samasekali mendedahkan kelemahan dan pekung kita. Pihak lawan hanya boleh memuji kita melambung sahaja....Begitu ke sifirnya, KD?

Ini bunyi macam undang-undang saudagar tamak dalam cerita 3 Abdul je!, Si Sadik Sigaraga...

" Anakanda tak boleh marah! Kalau anakanda marah, anakanda akan dijual dan harta-harta anakanda akan dirampas kesemuanya!....kalau ayahanda marah, tak apa. Itu nasihat! "

Jadi, dalam isu ini, siapakah ORANG TAK BERBAJU SEDANGKAN DIRI SENDIRI TERKOYAK DIKANGKANG!!!!

Bukak spek mata taksub tu....teliti isu Deepak tu secara adil. Mengapa Deepak macam ada lesen besar, hari-hari dok memburukkan Najib tanpa ada halangan. Mengapa polis tak buat siasatan dan bertindak?

Perkara yang dibuat oleh Deepak ni tak pernah berlaku kepada mana-mana Perdana menteri Malaysia dari sejak kita merdeka dulu!....faham betul-betul isu yang sedang berlaku!

Satu bahana pakai spek taksub ni KD, pandangan jadi kabur. kerana spek secara designnya akan menutup pandangan kita daripada isu pokok atau utama. Spek taksub ini hanya membolehkan kita melihat isu-isu kecil dan remeh temeh.

Satu kelebihan spek mata taksub ini terutama dari jenis taksub tegar ialah lain yang berlaku, lain yang dinampak! Tak kiralah pemakainya orang UMNO ke, orang PAS ke, orang PKR ke, Orang MCA ke, orang MIC ke.....sama-samalah kita suluh diri sendiri termasuk saya.

Anon 5:05

Kampong man said...

Salam Anon 5.05 dan Sdra kutukan Dewata (KD) dan semua pembaca,


Kita layan sahaja permainan politik bro 5.05 ni bro.Sama saperti KM layan permainan politik Pirates of Putrajayaya.

Ada baik KM bawa cerita lama KAMBING dan AYAM semula kerana ianya ada kaitan dengan cerita sdra KD .Nah ini dia:

KAMBING (Anon 5.05) dan AYAM (KM) adalah dua rakan baik lama ( dilaman cyber) saling faham memahami sebagai rakanbaik walaupun berlainan specis !.

Maka berkatalah Kambing kepada ayam "Kau ni Yam baju cantik ( Bulu ayam yang cantik ) tetapi KAKI AYAM !!! ".
Pastinya Ayam merasa tersinggung kerana mereka berkawan lama sekampong lagi seharusnya lebih berhemah menjaga hati kawan kerana kambing sebenarnya saorang yang baik tapi suka menyakat.
Satelah berfikir lama sejenak maka sang Ayam pun berkata " Kau ni Bing apa kurang nya, janggut panjang aalim konon tapi NAMPAK TELOR !!! "

Mereka tetap bersaudara dialam maya.The moral of the story is kita harus jaga hati kawan.Kan ke kita sekampong.Kalau benci ke pergi ler kampong Sakmongkol kerana disana banyak kambing bermacam jenis .Ada dari Cina dan ada dari India...Wallahwuallam.

@ Bagi POP,
Lupakan permainan politik kamu.POP tetap dari kampong lain ((Kambing Sakmongkol berselimut bulu ayam).Ayam kampong bukanlah sebodoh itu .You get the drift POP ?

Kelakar mamat POP ni walaupun dulu dia pernah sebak macam baby .SWOT analysis konon .KM suruh dia buat MBA dan Ph D dan pergi berguru dengan Sifu Marketing Mr Philips Kotler dalam SWOT ANALYSIS dan 7 P 's sahaja.Ini semua dah basi tau.

Anonymous said...

Bro kampongman,

hahahaha....saya ayam dan bro kambing?....hahahaha.

kat mana-mana kampong, dimana-mana pun, binatang yang ada dikampong itu pelbagai. Ada ayam, ada itek, ada serati, ada kambing, ada lembu...bermacam-macam jenis.

kadang-kadang yang peliknya, ada yang nak lawan realiti alam, nak suruh semua binatang jenis dia je, ayam nak disuruh jadi kambing, angsa nak disuruh jadi kambing, kerbau pun nak disuruh jadi kambing.

Mana boleh jadi macam tu. Ayam adalah ayam, kambing adalah kambing, arnab adalah arnab. Kalau tidak mula la meracau sana sini, bawak cerita sana sini...hahaha


Anon 5:05

Kutukandewata said...

anon 5.05,

aku pakai spek taksub.taksub kepada kebaikan.aku selalu kutuk pemimpin umno yang sombong dan bongkak.yang selalu rasa dirinya besar.wakil rakyat umno pun aku balun dalam blog aku.sampai aku kena ugut dalam telefon.aku peduli apa?aku benci itu semua tak kira umno atau pas.

tapi kau pulak pakai spek mata hijau tua.rumput mati pun nampak hijau.semua nampak hijau.susahlah nak adil dan rasiaonal.

tapi walau macam mana pun aku suka dan tertunggu-tunggu komen 5.05.

wa caya lu!!!!

Anonymous said...

WZWH dan Kgman,

Pirates of Putrajaya confirm cuba main wayang melaga lagakan leadership UMNO.Biasalah , mereka ini tidak jujur dan penipu.Anu-war ajar...

Anonymous said...

Yer ker umno nie byk kroni2....bukan semua sama jer, pas,pkr,dap pun kroni jugak... Klu aku buat bisnes dah tentu aku akan naikkan taraf kroni2 aku dulu...mana y tak bagus,bimbing bg bagus, klu dah keterlaluan baru cari y lain....semua sama jer...klu pkr tu lagi la.... Ayah mak anak semua barisan tertinggi...tu bukan kroni....????????

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...