Wednesday, January 9, 2013

Masa Untuk Fokus Politik Jerantut: Karnival Jerantut 19 Januari-17 Februari 2013


Kini  masa untuk WZWH fokus politik Jerantut. Bercerita berdegar-degar hal politik nasional dan semangat mahu mempertahankan pemimpin negara  pun tidak bererti dan bermakna jika kubu atau kandang sendiri bolos.

Parlimen Jerantut dan 3 DUN mesti dimenangi. Tidak ada alasan untuk kalah lagi. Menang mesti dicari.

Pengundi baru 13,000 first time voter mesti dipikat...

Pengundi muda dan pertengahan mesti dirapat...

Pengundi tua pun  mesti didekat...

Kesemua 68,000 pengundi mesti dicari...

Karnival Jerantut dari 19 Januari hingga 17 Februari untuk mengadakan aktiviti-aktiviti:

  • Sukan
  • Budaya
  • Aktiviti Belia
  • Job Fair Pemuda UMNO Malaysia melibatkan penyertaan swasta.
  • Pendidikan Pengajian Tinggi
  • Aktiviti sosial

Adalah diharap Karnival Jerantut ini dapat menarik pengunjung, terutama orang Jerantut, pengundi Jerantut dan orang muda.

See what UMNO and BN Jerantut can offer? Young people please grab these opportunities.

Yang penting Karnival Jerantut dapat mengeratkan silaturahim hubungan kekeluargaan dan teamwork UMNO dan BN Jerantut.

Time to be serious on field and grassroots level...

17 comments:

Anonymous said...

Wan,

Kalau nak kasi ramai pengunjung senang saya. Buat macam karnival sure heboh. Ptg buat kuliayah agama dan malam buat konsert, panggil penyanyi Awee atau Amy...kasi hangat dgn rock kapak.

Semasa kuliyah agama, suruh ustaz baca skrip mengenai haramnya jika mengundi pembangkang serta cerita juga pasal haram mengenai pergaulan bebas muda mudi...

Kemudiannya sebelah malamnya pula, biarkan saja anak muda dari Ulu Tembeling, Ulu Ceka, Kg Pagi, Sg Retang, J12 dan seluruh pelusuk kg, lepak2 kat tapak kinsert atau stesen bas atau kalau takde tempat nak lepak menunggu matahari terbit suruh mereka lepak2 kat Bukit Istana atau bekas tapak UKK..

Buat jangan tak buat...

Pasal pencerobohan Hutan Simpan Tekai, Kg Bantal dan Kg Mat Daling yang melibatkan 700 hektar jangan disebut. Pasal projek jalan Benta-Jerantut dan jalan Sg Tekam-Maran yg tak siap2 jgn disentuh..
Pasal tanah Temin seluas 500 terlepas kpd Mr Goh juga jangan diungkit2...

Wan juga boleh promote projek2 baru seperti projek pemeliharaan ikan bagi menghasilkan telur bernilai tinggi, projek pembinaan Universiti Kolej di Temin, Projek Hidroelektrik, Kilang Simen dan berbagai2 lagi...biar orang Jerantut ternganga2 mendengarnya.

Jangan lupa, cerita juga pasal permohonan2 tanah2 yg tertangguh semejak sekian lama akan diselesaikan sebaik selesai saja PRU13 nanti..

Anonymous said...

karnival tu program nak menang kan Wan Mizan je..bodo tak habis!

Anonymous said...

Wan,

Orang J'tut dah nak berubah...UMNO buatlah apa saja tapi orang J'tut tetap mahu berubah. Berubah bukan kerana PR bagus sangat, berubah pasal UMNO dah lama menerajui J'tut. 55 tahun dah...naik menyampah. Nak cuba dgn PR pulak...mungkin lebih baik. Jika mereka tak mampu tunai janji dan buat kerja sama macam BN buat...kita tukar pulak. Kesah apa...

Wan ingat dgn tukar kpd PR orang Melayu hilang KEMELAYUAN dan KEISLAMAN...Kalau ini hujahnya, dgn UMNO sekarang ini pun ramai Melayu dah tak macam Melayu dan tak kisah dgn agama. Berapa ramai pemimpim UMNO yg kaki tunggang... Betapa ramai anak muda remaja yg berzina...buang anak. Ribu2!!! Tak usah cerita pasal bilangan Melayu yg murtad. Jadi apa yg perlu bangga sangat dgn UMNO...Kita tukar saja..

ooi Wan, Perlembagaan Persekutuan tidak mensyaratkan UMNO atau BN saja yg boleh mentadbir negara. Lagipun mana ada syarat nak jadi Melayu mesti jadi ahli UMNO dan bila jadi ahli UMNO mesti pangkah BN dalam pilihan raya..tarak2.

Politik hari ini Wan, bukan politik kasi percuma ubat KK atau politik BR1M atau politik pasang bendera parti tinggi2 sampai atas pokok kelapa...bukan juga Politik Rais Yatim atau PERKASA...lebih drp itu masyarakat mahu melihat yg baru. Politik cerdik...berkaitan kebebasan bersuara, Indek rasuah dapat diturunkan, hutang negara (terkini yg sangat menakutkan melebihi RM400,000,000,000) yg perlu dikurangkan, penglestarian alam sekitar, urus tadbir negara yg cekap tanpa penyelewengan dan tanpa rasuah, pengharapan anak2 muda tentang masa depan mereka, nilai2 demokrasi yg terjaga...

Wan kena ingat ini, UMNO boleh hilang, pemimpin UMNO juga boleh pergi. Demikian juga parti pembangkan dan pimpinannya boleh hilang dan pergi. Yg tak hilang kecuali kiamat ialah negara kita M'sia. M'sia mesti diurus oleh sesiapa saja yg cerdik dan yg beramanah...

Simbul kepada 'SEMANGAT UNTUK BERUBAH' ini akan dijelmakan dgn PERHIMPUNAN RAKYAT DIKL pada 12 Jan 2013 nanti. Muda muda Jerantut pasti tak akan terlepas peluang...
Wan jangan ketar lutut atau terkencing melihat ribuan anak2 muda, orang tua....berbilang kaum, agama, latar belakang dan NGO2 yg akan berhimpun di Stadium Merdeka (tempat yg disyurkan oleh PM) nanti menyatakan hasyrat dan selogan yg sama, 'BN PERLU DITUMBANGKAN' dan 'MENUJU MALAYSIA BARU'...

Bercerita sikit pasal politik pembangunan, bandar J'tut memang kelihatan membangun tetapi bangunan yg ada milik Cina...Supermarket yg dibangun pula milik taukeh2 Cina juga. Kalau ada Melayu pun cuma Melayu Kelantan atau Melayu dari jenis bekas ADUN dan Tok Penghulu atau Melayu luar.

Sikit lagi bandar ini akan menjadi malap...ekonominya yg sangat bergantung kpd Sawit dan Getah pasti terkesan disebabkan kejatuhan harga komoditi tsb. Orang Felda tak boleh nak 'aik' lagi...pendapatan selama ini yg mereka kecapi sekitar RM4,000 sebulan pasti terjejas teruk. Silap2 haribulan bayaran ansuran kereta tak dapat dilunaskan...Pasti 'FGV' BANTU PUNYA. Hahaha...perli.

Penjanaan ekonomi melalui sektor perusahaan rumah burung walit yg pada suatu masa dulu mempunyai impak yg tinggi hanya tinggal kenangan...harga merudum keparas RM800 sekilo.

Jadi, 'POLITIK BENDA' yg dijanjikan BN/UMNO pun tak menjamin masa depan maka apa lagi mahu diharp dgn BN ini...


Drp: Anak Mat Periba.

Anonymous said...

Jerantut takkan maju jika masih pilih pemimpin berfikiran zaman logam....
hiburan,hiburan,hiburan dan hiburan...

Anonymous said...

Like "Anak Mat Periba".

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Mat Periba,

Berikan peluang WZWH and the team memberi sinar dan harapan baru politik Jerantut.

Aokme tak percaya ke sedara ke?

Anonymous said...

WZWH, saya sangat setuju dengan kata Anak Mat Periba tu. Awak nak penduduk Jantut berikan peluang kepada awak memberi sinar dan harapan baru politik Jantut? Pas tu nak main modal kaum sedara pulok.

WZWH, dah 55 tahun diberi peluang, nak lagi? Tamoknya awak. Berilah kat sedara kawan pulok, yang takde nama Wan didepan namanya. Main bagi kat Wan je, naya.....

Anonymous said...

Adik Wan, Bro Kampung Man dan Bro anon 5:05,

Politik ideologi hanya laku kpd orang macam kita yg pada bila2 masa saja akan 'pergi' meninggalkan mereka..Peratusan yg berpegang kpd politik ideologi ini tak sampai 20% pun...10% UMNO dan sebihnya penyokong tegar PAS dan PKR...

Apa yg Anak Mat Periba luahkan merupakan insepari drp sebahagian besar anak muda kini. Anak muda yg mewakili 65% drp penduduk dinegara ini. Sebahagian besar mereka berada di'atas pagar'. Mereka tak peduli sangat dgn UMNO, PKR mahupun PAS. Yg hu hah hu hah tu, setengah bukan ahli mana2 parti pun malah masih ada yg belum mendaftarkan diri sebagai pemilih..

Yg mereka pegang adalah siapa yg boleh atau dapat menawarkan jaminan tentang kehidupan mereka yg lebih baik utk masa kini dan masa depan mereka. Siapa yg boleh menyelesaikan masalah kerjaya, masalah rumah kediaman, masalah belanja kawin, masalah hutang hatta masalah bayaran pre paid...akan terpilih. Pihak yg kelihatan boleh memudaratkan mereka, yg sombong dan bongkak dan suka mempamirkan kekayaan akan direject..


Anonymous said...

Baru kas dengar ramai anak Jerantut cerdik walaupun ada juga yang tidak cerdik walaupun diberi peluang belajor tinggi.
Syabas orang Jerantut.Kas suka sangat.

Kutukandewata said...

anak mat periba serupa macam ayah dia juga.asyik berangan nakkan pembangkang.maka semua pemimpin negara ni tak berguna.

penyokong pembangkang akan sentiasa memburukkan kerajaan.tapi pandai pulak menyorok keburukan pemimpin mereka.baru 5 tahun memerintah negeri dah nampakbanyak keburukannya.

nak memerintah malaysia konon.

pemimpinnya kaki jantan betina.
pemimpinnya perosak agama.
pemimpinnya rasis tahap dewa.

kes mahkamah peribadi libatkan rakyat anjur perhimpunan samsidar nak halang proses perundangan.kalau dia jadi perdana menteri sah akan sama dengan pm filem tamil yang terlalu bebas menggunakan kuasa dan tak boleh di dakwa di mahkamah.ingat malaysia ni mak bapak dia punya?

anak mat periba tak tahu penyokong parti pembangkang hanya ada 15% aje,bn ada 25%.silent majoriti ada 60%

silent majoriti tak ambil pot pun dengan apa yang dilakukan oleh parti politik.hanya parti politik aje bising-bising sebab tak dapat apa yang dia hendak iaitu kuasa.

silent majoriti hanya mahu keamanan yang di kecapi ini terus berkekalan untuk meneruskan hidup yang masih panjang,silent majoriti hanya mahu pastikan yang pasti.yang tak pasti dia orang tak berani mencuba.

yang pasti kerajaan yang ada hari ini dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian.

yang tak pasti ialah kerajaan pakatan mampu atau tidak memerintah negara?

tukar baju.silap-silap tukar kena panau dan kurap.

Anonymous said...

Terima kasihlah bro KD,
Kas memang terima apa yg dema kata, 'Anak Mat Periba' sama macam ayoh dia...

Maksud sama ialah berpaksi kpd satu matalamat dgn pendekatan berbeza...itu saja.

KD tak perlu memanjangkan fitnah bahawa pemmpin pembangkang memiliki segala macam sifat kejahatan. Jika kita mahu berbahas soal fitnah bentuk ini, saya pun mampu menyenaraikan segala macam keburukan yg dimiliki oleh pemimpin UMNO dulu dan yg ada pada pada hari ini. Termasuk pemimpin J'tut. Ada yg besekala MEGA. Saya bukan orang baru dalam politik UMNO. Bergelumbang berpuluh tahun berjuang bersama UMNO...tahu sangat bab UMNO serta perangai PEMIMPINNYA...

Kita perlu berbahas bentuk politik yg lebih segar...Politik harmoni yg tidak melibatkan soal remeh temeh atau isu2 yg telah lapok. Jangan ikut style media arus perdana yg mempunyai pendekatan usang...

Anak2 muda serta majoriti rakyat mahukan sebuah kaerajaan yg dapat menjamin masa depan mereka dan negara yg lebih baik...

Dalam hal ini, mereka mahukan Najib dan Anwar bersemuka dalam forum atau debat...Rakyat mahu tahu serta mahu menilai pihak mana pada pandangan mereka yg dapat menawarkan vissi, pelan strategik dan inisiatif yg lebih baik yg boleh memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Majoriti rakyat juga mahukan, sistem dua parti diamalkan secara saksama agar berlaku suasana 'check and balance' diantara kedua pihak.

Bagi menjamin pembangkang (tak kira siapa yg jadi pembangkang PR atau BN) dapat berpungsi sebaik mungkin maka 3 perkara pokok mesti dinilai kembali:
1) Sekatan2 bersuara melalui akta2 lapuk perlu dihapuskan...
2) Beri peluang seimbang dalam media arus perdana.
3) Semua jentera kerajaan tidak patut disalah gunakan. Ia seharusnya berfungsia sebagai agensi yg dapat melaksanakan apa juga missi kerajaan untuk kemakmuran rakyat bukan untuk kelangsungan parti yg memerintah.

Soal Melayu, Islam dan Raja2 akan dipinggirkan apabila pembangkang dapat menggantikan BN tidak timbul sama sekali. Ini disebabkan struktur kuasa tertinggi dan terjamin mengikut perlembagaan Negara iatu Yg DiPertuan Agung masih wujud. Manakala majoriti askar dan polis masih ditangan orang Melayu Islam...tak payahlah bimbang atau jadikanya suatu dakyah yg tidak ada asas akedamik.


Sekian adanya.

Mat Periba

Anonymous said...

Ha ha ha
Kas tak main politik pun.
Kas silent majority.
Tapi kas kuat membaca.
Dari sekolah/u lagi kas mula membaca, dari kes Renong, Perwaja dan sekarang macam2 kes. Yang paling dasyat kes 207 billion duit pampasan. Bukan sikit tu.Tak lepas sedikit pun ke mangsa buruh Jepun. Itu belum campur dengan kes maksiat, salah guna kuasa, keadilan, kaya tiba2, dan macam2 lagi.
Kes Tempatan pula macam3. Banyak orang dah komen dan banyak orang dah tahu. Belum campur kes agama Islam Dan putar-belit.

Tapi hairan orang ameno tak nampok walaupun ramai dah cerdik dan ada kemudahan internet dan kominikasi.
Sebob itu orang tak boleh mengharapkan ameno lagi.Umpama tikus tidak diharop membaiki labu.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 8:06,

Kerajaan Jepun melalui Kedutaan Jepun telah menafikan pembayaran RM207 bilion bagi mangsa kereapi maut. Ternyata Nizar berbohong. Orang jerantut cakap pungkar.

Anonymous said...

Japan did not pay RM207bil’

PETALING JAYA: Japan never paid RM207bil to the Malaysian Government as compensation for victims of the Death Railway project in the 1940s, according to the Japanese Embassy.

Its Second Secretary Takaharu Suegami, responding to PAS working committee member Datuk Seri Nizar Jamaluddin who was reported to have said so, said the latter's claim was “outside the involvement and knowledge of the Government of Japan”.

“All questions arising out of the unhappy events with regard to Malaysia have been fully and finally settled under the San Francisco Treaty which entered into force in 1952,” he said in a statement yesterday. Nizar was quoted by Harakah Daily as saying that the embassy had confirmed that the money was handed to the Malaysian Government in 2004.

The report stated that the money had yet to be distributed to families of the estimated 30,000 Malaysians who were forced labourers of the project between 1942 and 1946.

Suegami said both countries had also signed an agreement on Sept 21, 1967, whereby Japan agreed to supply services and products to Malaysia totalling RM25mil.

The grants, he said, had been used to build two ships, among other projects, but there was no transfer of an undisclosed amount of money.

“Malaysia agreed that any question from the events of the Second World War that might affect our good bilateral relations would be fully and finally settled with the agreement.

“All the supply in accordance with the agreement was completed by May 6, 1972,” he said.

Anonymous said...

Kes rm207 tak betul, kes lain berlambak menunggu.

Anonymous said...

Boleh tuju lagu??

Anonymous said...

kutukan dewata jilat dimpok nampak

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...