Friday, January 4, 2013

WZWH Jawab Sakmongkol AK47: Isu Projek Puspahanas

Gambaran artis Puspahanas. Kalau macam ini Projek Puspahanas bolehlah dipindahkan ke DUN Tahan Jerantut.

Blogger Sakmongkol AK47 marah WZWH kerana kata dia spin. Dalam posting blog terbaru Sakmongkol AK47 mencabar WZWH...

"Janganlah kita, bila sudah tak dapat jawap pendedahan yang kita buat, menuduh kita buat spin,"...
"Bila tak boleh jawab pendedahan kita, tuduh sebagai pencuci pantat Lim Kit Siang dan sebagainya."...
"Tolong jawab- mana nya Puspahanas? Duit sudah pemimpin UMNO songlap, pusat penyelidikan RM100 juta tu mana wok?"...

Sakmongkol AK47 pakar dalam spin dan speculate corporate exercise memberi persepsi kepada rakyat bahawa isu yang dicetus oleh Deepak adalah kesalahan kerajaan BN.

Sakmongkol AK47 tidak cuba memberi gambaran cerita sepenuhnya supaya rakyat faham isu yang berlaku.

Projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara (Puspahanas) adalah projek lama tahun 1971. 

Dari tahun 1972 hingga 1985, kerajaan telah meneruskan dengan pengambilalihan tanah. Pada tahun 1980, Persidangan Angkatan Tentera meluluskan projek. Pada tahun 1993, Lembaga Maktab Pertahanan Angkatan Tentera memutuskan untuk diswastakan. Pada tahun 1996, Kementerian Pertahanan memohon kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk penswastaan.

Pada tahun 1997, Kabinet meluluskan secara prinsip penswastaan projek Puspahanas kepada Awan Megah sebagai pulangan bagi 223 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja yang akan dipindahkan kepada syarikat tersebut untuk pembangunan komersial.

Pada Ogos 1997, Panglima Angkatan Tentera pada ketika itu, Jeneral Tan Sri Ismail Omar berkata kerja-kerja pembinaan Puspahanas akan bermula pada akhir tahun 1997 dan dijangka akan siap pada tahun 2002.

Walaubagaimanapun, projek tersebut tidak berjalan kemudiannya.

Projek Puspahanas pada asalnya bertujuan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan kemudian ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Ketujuh disebabkan oleh beberapa masalah.

Awan Megah Sdn Bhd bersetuju untuk bina pada tahun 2005. Pecah tanah projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara atau Puspahanas sudah dilakukan pada 21 November 2008 oleh PM DS Abdullah Badawi.

Kerajaan mahu projek itu menjadi pemangkin kepada hubungan pertahanan dan kerjasama di kalangan negara-negara di rantau ini dan di peringkat antarabangsa selaras dengan komitmen kerajaan kepada usaha memelihara keamanan serantau dan antarabangsa.

Awan Megah, yang sebelum ini diusahakan dengan perjanjian rumit dengan peniaga permaidani Deepak Jaikishan untuk membiayai pembinaan Puspahanas.

Pengusaha kontroversi tersebut telah membawa Raja Ropiaah ke mahkamah apabila perjanjian gagal dan Ketua Wanita UMNO Selangor itu sebaliknya melakukan usahasama pembangunan dengan pembuat barangan plastik.

Berlaku penyelesaian dimana syarikat beliau, Astacanggih Sdn Bhd menjual 80 peratus saham syarikat kepada Boustead Holdings Bhd (BHB) dengan harga RM30 juta.

BHB juga membayar RM130 juta kepada Awan Megah bagi pembelian tanah tersebut.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mempunyai 60% kepentingan dalam BHB.

BHB semalam mengatakan meluaskan simpanan tanahnya sebagai sebab untuk membeli Astacanggih, sambil menambah ianya merupakan keputusan komersil semata-mata.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, BHB berkata skala ekonomi boleh dicapai dengan menggabungkan tanah dengan tanah 283.28 hektar bersebelahan dimiliki oleh Jendela Hikmat Sdn Bhd, dimana Kumpulan Boustead dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama-sama memegang 60 peratus faedah ekuiti.

Berdasarkan pengalaman, BHB berkata mereka yakin pengambilalihan tanah pembangunan akan dapat menjana pulangan ke atas kos pembangunan sebanyak 25 peratus daripada pelaburan RM160 juta.

Raja Ropiaah telah diberi peluang penswastaan untuk bina projek Puspahanas sejak tahun 1997 lagi tapi malangnya atas sebab-sebab tertentu gagal berbuat demikian.

Namun Raja Ropiaah memiliki tanah 223 ekar di Bukit Raja, Selangor yang tersangat bernilai sekarang pada tahun 2013.

Apa yang BHB buat corporate exercise dengan membeli tanah 223 ekar itu adalah satu keputusan yang sangat menguntungkan BHB dalam jangka panjang kerana pelaburan yang menguntungkan.

Apa sebab Pakatan Rakyat mahu bising jika LTAT yang memegang 60% saham BHB pun boleh merasa keuntungan pelaburan itu?

Kenapa Pakatan Rakyat mahu meletakkan semua kesalahan daripada masalah keputusan Kabinet Kerajaan yang lalu SEMUA ke atas DS Najib?

Kenapa pula mahu melibat sama isteri PM?

Ini yang WZWH kata " aokme seme suka spin!"

15 comments:

Anonymous said...

Sdr WZWH,

Kalau dah Najib, LTAT, Raja Ropiah berurusana secara profesional dengan Deepak... apa ke jadah pula Si Deepak ini suka suka terlibat dengan SD 1 Bala yang berkait dengan kes pembunuhan Altantuya.

Sejak bila Deepak mengenali Bala? Adakah Deepak suka suka dan memang hobi untuk kenakan Najib?. Dan kalau sudah Deepak melampau menuduh Najib dan Rosmah..kenapa susah sangat Najib dan Rosmah nak menjelaskan keadaan sebenar atau setidaknya membawa Deepak ke muka pengadilan?. Susah sangat kah untuk lakukan ini?

Boleh saudara WZWH jelaskan kenapa Najib dan Rosmah rela berdiam diri sedangkan langkah ini cuma memburukkan keadaan dan menyebabkan orang ramai beranggapan Najib terlibat. Selaku orang yang kuat Najib, kenapa WZWH tidak menasihati Najib mengambil tindakan sewajarnya?.

Orang ramai tidak mahu mendengar temberang WZWH yang panjang lebar membela Najib. Warga Malaysia mahu Najib dan Rosmah selaku tuan tubuh yang terlibat bersuara dan mengambil tindakan sewajarnya. Bukan jawapan kelentong panjang lebar umpama cerita penglipur lara WZWH yang mereka harapkan!

Warga UMNO mahu pun rakyat Malaysia tidak memerlukan manusia yang lebih sudu dari kuah atau manusia jenis spesis sokong yang membawa rebah kerana UMNO berada dalam situasi sukar sekarang disebabkan terlalu ramai manusia jenis ini dalam pertubuhan Melayu tertua Malaysia ini. Ini yang harus diperbetulkan.

Sila jenguk komentar tentang WZWH di http://www.blogger.com/comment.g?blogID=2421942182916883926&postID=7193146319333929009

Anonymous said...

APA YG JELAS, SETIAP PROJEK KERAJAAN MESTI MENJADI LABA KEPADA PEMIMPIN2 UMNO. UMPAMA SEMUT...'DIMANA ADA GULA DISITU ADA SEMUT'. INILAH POLITIK UMNO. KERANA 'BENDA', BERGADUH SESAMA SENDIRI KEMUDIAN BERPECAH BELAH...YG TURUT MENJADI MANGSA IALAH PAS KONON PENYEBAB PERPECAHAN MELAYU...

Anonymous said...

BOLEH NANTI BILA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH PUTRAJAYA NANTI SEMUA PROJEK KERAJAAN BAGI SEMUA KEPADA UMNO SEBAB PKR, DAP DAN PAS TIDAK MAHU LABA....!!!

Anonymous said...

Dasar Penswastaan Malaysia @ Malaysian Incorporation adalah mahu mahu usahawan Bumiputera menceburi dalam perniagaan bersaiz besar pada awal tahun 1980an. Ramai yang berjaya dan ada yang gagal. Kira Raja Ropiaah ini melalui Awan Megah gagal lah. Nak menjadikan satu dasar itu berjaya pasti menempuh halangan dan kegagalan dulu baru boleh berjaya sesuatu dasar kerajaan itu.

Mark Dean said...

Sejuk sejuk saja Raja Ropiah dapat tanah 223ekar sedangkan Puspahanas tak buat buat pun. Buta buta saja Depak ditipu 30 juta. Sebab itu dia mengamuk sakan. Sia sia saja Wang Pencen Askar diperabih beratus juta untuk tutup mulut Depak. Boduh boduh saja beli syarikat yang tiada asset.

Melayu Insaf said...

Gambaran artis Projek Puspahanas. Projek macam ni beratus juta ke? Patut la hutang Malaysia 500 billion. Patut la orang muda mula bergurau Malaysia telah kena jual.

Anonymous said...

Kalau Saktongkol takk mencarut kata 'Pantat ',baghal,bodoh dan yang sama bunyi cam tu aku boleh respeklah bro.Itu sebab dia tidak sesuai jadi member PAS sebab tak boleh maki hamun.WZ guna bahasa kelas lagi.
Mana Saktongkol berani bertanding di Pahang Mesti kalah punya.

Anonymous said...

anon 7:10

Sakmongkol pun tak minta hang respek dia pun. Kalau hang respek dia pun bukannya boleh dapat gelaran tan sri pun...macam ni punya orangpun ade ke?

Anonymous said...

WZWH,

Apa yang wan zurik jawab mengenai artikel sakmongkol? Bila aku baca artikel Sakmongkol dan baca artikel diatas, yang aku faham, sorang bercakap pasal itek dan dijawab pasal ayam.

Udah-udah le nak spin pun sebab orang boleh buat bandingan dengan membaca kedua-duanya.

Anonymous said...

Kalau banding blog Sak dengan WZ,jauh beza sekali.Satu blog interlek,satu blog spin macam budak main pasir.Kalau komen tak payah compare.

Anonymous said...

Setuju sekali dengan Anon 2.35.Blog Sak memang tidak intellect lebih spin - blog orang ex UMNO yang tak laku .Asyik meroyan macam orang gila talak.Orang Pahang bersama UMNO bukan DAP racis.Kira undi CEC pun tak betul nak komen Suruhanjaya Pilihanraya .Malulah DAP racis.

Anonymous said...

anon 6:19

Mengata Blog sakmongkol meroyan adalah tuduhan.

Habaq mai apa isu-isu meroyan yang sak bangkitkan? Habaq sama versi tak meroyan lagu mana? Kalau tak, ia jadik putar belit namanya.

Kalau tahu meroyan, hang dah tau tang mana, perkara apa yang dimeroyankan. habaq mai supaya semua orang tau.

mat perai

SANG SAPURBA said...

bukan meroyan tapi gila babi.serupa aje dengan mat perai yang gila talak!

Anonymous said...

Dari apa yg aku faham dari tulisan WZWH ni. Kerajaan bagi 223 ekar tanah kepada Awan Megah sebagai balasan untuk membangunkan Puspahanas. Tapi Puspahanas gagal dibangunkan. Kenapa Kerajaan tak ambik balik tanah tu? Bukan setakat tak pulang semula tanah tu pada kerajaan, boleh jual tanah tu pulak.

Anonymous said...

replica bags blog link k2h95c7w69 replica bags vancouver replica bags forum these details j2m47f8l16 replica bags dubai this link n9b34b4i36 Louis Vuitton fake Bags replica ysl bags australia

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...