Sunday, January 27, 2013

Bantuan Sekolah Dan Masalah Rumah Penduduk Mukim Pedah DUN Tahan

Ini posting WZWH tentang bantuan sekolah, bantuan Yayasan Pahang dan masalah rumah penduduk mukim Pedah DUN Tahan. Mukim Pedah adalah bahagian paling hilir DUN Tahan dekat dengan bandar Jerantut bersempadan dengan DUN Damak.



















Ini SK Tanah Rom dalam mukim Pedah. Anak-anak murid yang bersekolah di SKTP dari kampung-kampung berdekatan seperti Kg Tanah Rom, Kg Tanah Nyior, Kg Pedah, Kg Paya Gunung, Kg Paya Rajin.

YB Dato' Wan Amizan menyampaikan bantuan sekolah RM100 dan bantuan Yayasan Pahang RM300 kepada 85 murid.



















Ini sekolah kurang murid (SKM) dengan 14 guru dan 85 pelajar. Sesuatu perlu dilakukan untuk meramai murid sekolah. Kawasan penempatan dan perumahan baru perlu disediakan oleh kerajaan. Cadangan itu akan dilaksanakan diatas tanah seluas 300 ekar yang bersempadan antara mukim Pedah dan DUN Damak.



















Basikal tergantung disiling adalah satu inisiatif motivasi yang disumbang oleh ADUN Tahan kepada murid SR Tanah Rom pada tahun 2011 bagi mencapai 5A UPSR. Akhirnya 6 orang murid berjaya mendapat 5A. Tahun 2013 ada 10 orang murid mengambil UPSR. Hadiah laptop kepada murid yang berjaya kali ini.



















Tok Empat Pedah, Hj Raimi membawa ADUN Tahan meninjau rumah penduduk dalam mukim Pedah yang perlu penambah baikan kerana uzur.



















Ini rumah En Mohd Nizam bin Itam di Tanah Nyior. Tok Empat telah mengemukakan nama-nama penduduk yang rumah uzur tapi malangnya tidak berjaya mendapat kelulusan. Minta saham Felcra walau dua kali menghadiri temuduga pun tidak lulus dan layak!



















Ini pula rumah En Jamsari bin Itam. Rumah ini adalah model rumah Felda yang kesemua kayunya dibeli dari seorang peneroka di Chenor dan dibina semula. En Jamsari ini berkahwin dengan seorang perempuan Cina mualaf. Pun tidak mendapat saham Felcra. Sebab itu saham Felcra perlu utamakan penduduk tempatan yang tinggal berdekatan jangan diambil penduduk yang jauh kadang-kadang dari DUN lain!



















Ini sebuah rumah yang paling uzur dan tunggu masa hendak runtuh tapi masih berpenghuni di Kg Tanah Rom dekat Pedah. Tak kan rumah macam ini masih tidak layak diberi bantuan?



















Ini ialah sebuah rumah yang diduduki oleh 3 buah keluarga di atas sebidang tanah yang merupakan tanah reserve. Bersesak dan tidak selesa. Ada ibu tunggal yang mempunyai 2 anak turut menumpang.

WZWH ingat penduduk Ulu Tembeling sahaja yang susah namun sebenarnya masih ada lagi penduduk yang memerlukan bantuan perumahan di sebelah hilir DUN Tahan.

Penyelesaian bagi isu ini boleh dipecahkan kepada jangka pendek dan jangka panjang.

Dari segi jangka pendek bantuan yang ada seperti:

  • Bantuan Rumah Kasih Felda
  • Bantuan Rumah SPMB
  • Bantuan Rumah Risda

Cuma perlaksanaan bantuan ini perlu adil kena pada sasaran yang sepatutnya dan jangan tertinggal.

Untuk jangka panjang seperti pembukaan tanah 300 ekar untuk perumahan rakyat yang dicadangkan diatas.

7 comments:

Anonymous said...

Bantu salah tak bantu salah...

Tetap bila bantuan datang dekat PRU pasi menimbulakn persepsi negatif...mesti ada udang sebelah mee. Masakan nak tunggu rumah dah nak runtuh baru nak tolong...UMNO, UMNO.

Yg peliknya, tak berapa jauh drp rumah yg dah nak runtuh ini, ada sebuah rumah banglo besar yg terbina > 10 tahun lepas. Difahamkan rumah ini, kepunyaan orang kuat UMNO Jerantut (sekarang DO Bera)..Kalau melihat keadaan fizikal luaran rumah, rasa2nya tak kurang ada 10 bilik. Siaplah yg nak duduk...mungkin puaka Pulau Dedari suka menumpang salah satu bilik gamaknya...

Anonymous said...

Baru perasan agaknya ameno ada rumah buruk menunggu masa nak roboh di daerah Jerantut, atau baru ada orang melapurkan,
Tolong semua orang miskin yang tak berdaya termasuk OKU dan ibu tunggal.
Tapi asal usulnya biarlah orang PAHANG , jangan orang luar cuba atau diberi peluang.

Anonymous said...

Anon2 diatas jom kita mengetea mlm ni kat hijrah jerantut .....boleh sama2 jd bdn pemikir politik jerantut ni ..moh la

Anonymous said...

Kas sebeno nye malas nak komen ... tp kas membaca tulisan penulis buat kas rasa pelik..... banyok pulok pungko nye....Besiko tu kome yang beli... 3 buah ...kitnye hanya 2 orang dapat 2A hak se lg kome gantung la.... rumah buruk tu mana ada di Tanah Rom... kas malas nak ceta la..... sebab kas lebih tau.....deme faham ajelah dah dekat nak raya ni....

Anonymous said...

Terima kasih kerana jemput minum teh, tapi kome ni memang orang Jerantut tapi tak duduk la di Jerantut.

Anonymous said...

Ntahlah..., koi pon bukannye pandai sanget, mende2 beginih. Sejak koi jadi pengiku Amano duluh2le, adeler puak2er Amano tuh nyer berkate2 kalar tak dapat 10% komeh tak buat keje2 tuh. Bila demeh (puak2er) tuh dah dapat claim (tuntutan) yang benar ker yang tipu ker wallahuallam bisawob. Kutu rayau yang mendapt upah tak seberapa tu akan melaporkan kan pulak kepada ketua tadi (puak2er) di bagus benar untuk dapatkan prujit baru pulak. Itulah pusingan 360% puak2er menjahanam agama, bangsa dan negara.

Wallahualam bisawob...

Anonymous said...

Kesian orang Kuala Tahan.Dua kali kena tipu oleh ADUN sendiri dalam masa seminggu. Letih pengurusan sekolah (Rendah dan Menengah) berurusan untuk majlis Penyerahan Bantuan Awal persekolahan 2013.Tiba masanya tork datang juga.hantor wakilnya saja.....(ketua Cawangan Kuala Tahan).Lantok gun la eh.......

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...