Tuesday, January 29, 2013

PAS Perlu Belajar Menjadi "Islam Besar"....


Sewaktu kecil bila WZWH bicara politik dengan Sifu Guru politik WZWH sering WZWH bertanya apa sebenarnya parti PAS ini?

Jawab Sifu...PAS suka mengecilkan kolam...PAS tidak mahu kolam yang besar...

WZWH membaca yang tersirat bahawa PAS memang suka mengecilkan skop dan perspektif Islam. PAS perlu belajar menjadi "Islam yang besar"...

Susah untuk memberi pemahaman kepada ahli PAS baik dari ahli biasa hingga pemimpin tertinggi. Mereka sudah diindoktrin mempunyai pemikiran yang tidak berjiwa besar.

Dikalangan wakil rakyat dan ahli parlimen PAS sudah berbaiah jika lompat parti ibaratnya akan jatuh talak 3 kepada isteri. 

Pemimpin PAS dikatakan bermata satu...bertelinga pekak maksud kata pendeta bestari itu akan berlaku pada akhir zaman pemimpin yang tidak dapat melihat dunia yang luas dengan sepasang mata kerana pemimpin PAS memandang dengan sebelah mata.

Kedua telinga yang pekak tidak mahu menerima pandangan positif berjiwa besar.

Pemimpin PAS yang akhirnya tunduk kepada musuh halus Islam....

Pemimpin PAS yang kuman di seberang sungai nampak tapi gajah di depan mata tidak nampak...

Menarik komen dalam blog WZWH oleh orang muda yang merupakan majoriti pengundi PRU 13 :

Anonymous said...

Main hadis di lidah di tangan.pembohongan yg nabi kata tu pd pengikut PAS, ust Nasha takat ikut PM buat pe smpai nk pecat mjlis syura?dia bukan suh pakai kalimah Allah samarata,dia suh Islam bersatu.kena pecat ke ape ke tak perlu,asal Islam tu bersatu.ni apa jenis pegang prinsip agama kena buang dr pegang prinsip organisasi?sori PR, we r graduated n we just only wanna say, u broke our heart, n we quit


Ustaz Nasha ke Palestine di tendang keluar PAS. ANWAR Ibrahim penyokong Israel di terima PAS.. ADAKAH PAS parti yang perlu disokong rakyat yang berugama Islam.. Jauh pangang dari api.. Hanya tahu mempergunakan Islam sahaja..

PAS ITU KRISTIAN!    KRISTIAN ITU PAS!

Mahathir kata....

PAS perlu melihat penyertaan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah

PAS tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura PAS.

Seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.

Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)…kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai,” !!!...

Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan dibuat pada 13 Jan lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Nik Aziz.

30 comments:

zul 509/11 said...

Salam untuk sahabatku WAn Zamzuri,

Teringat masa kat KPP dulu, walau pun tak pernah bersetuju dengan pandanganmu tapi ketajaman membaca politik semasa dan mengutarakan isu-isu yang sukar di jawab ahli PAS membuatkan engkau akan sentiasa di ingati. Teruskan Perjuangan dan aku akan sentiasa bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pandanganmu.

Anonymous said...

Wan Zurik,

Sdra dan UMNO sepatutnya berterima kasih kepada PAS kerana bersikap bodoh menekan ustaz nasha. inilah yang dikatakan jauhari palsu mana nak kenal manikam.

Sebenarnya kebodohan PAS ini merupakan satu peluang keemasan bagi UMNO dikala UMNO memerlukan seorang ulamak yang berkualiti tinggi yang jauh mengatasi ulamak/ahli-ahli UMNO yang berpendidikan ugama yang sediada. Hatta Jamil Khir sendiri.

Sebenarnya ustaz nasha boleh memberi kredibiliti kepada UMNO untuk mencabar PAS blow per blow kerana beliau begitu arif sekali dengan sepak terajang PAS kerana beliau bukan calang-calang pemimpin PAS. Beliau adalah mantan timbalan presiden PAS.

Melihat kepada gambar-gambar beliau bersama PM di Gaza dan di Mekah dulu, beliau nampak begitu serasi sekali mendampingi PM kita. Apatah lagi, jika kita melihat body language dan signal-signal pada dirinya, beliau ingin bersama-sama UMNO.

damage yang dilakukan oleh hassan Ali dan Ibrahim Ali agak tertonjol juga terutama dengan dengan kegagalan Perkasa meneruskan program membakar injil melayu di Butterworth tempohari.

Disinilah sumbangan ustaz nasha diperlukan. Sebagai seorang yang begitu dekat dengan pucuk pimpinan PAS, beliau tentunya berjaya mengepalai serangan baru untuk menghancurkan kerjasama PAS-DAP.

Wan zurik,

Tektik wan menyerang PAS dalam isu ustaz nasha ni adalah tektik lama yang tumpul. Takkan berbekas apa-apa kepada PAS. Kesannya hanya minima, hanya sekadar menaikkan semangat ahli-ahli parti yang sememangnya tak suka dengan PAS.

Sebagai seorang yang mempunyai line kepada PM, elok sekiranya wan mencadangkan agar PM memikat ustaz nasha secara rasmi bersama-sama UMNO. Masa begitu suntuk. Setidak-tidaknya ustaz nasha bersama-sama UMNO secara tak formal sama seperti Hassan Ali, Zul Kulim dll bekas orang kuat dia orang.

Hidup UMNO!

Agen Kita

Anonymous said...


Dato Asri meninggalkan PAS, Dato' Nakaie meninggalkan PAS, Dato' Hassan Ali meninggalkan PAS dan sekarang mungkin Ustaz Nasha akan meninggalkan PAS. Mereka ini adalah bekas pemimpin kanan PAS.

Pecayalah Wan, kehilangan mereka tidak bermakna PAS akan lemah dan luntur semangat perjuangannya. PAS tetap hidup dan terus hidup..dgn jiwa lebih besar.

Kalau umur panjang, inshaAllah kita akan dapat lihat apa akan terjadi kpd mereka2 yg meninggalkan parti Islam ini selepas PRU13...tunggu Wan. Sama2 kita lihat...

Anonymous said...

Salam,

Mereka yang meninggalkan parti Pas berkebajikan ini tidak pernah dilawa menjadi ahli UMNO .Kebanyakan mereka menjadi NGO memperjuangkan Islam dan Melayu cara mereka tanpa Pas.

Pas lebih sanggup bekerjasama bersama DAP dan PKR/DSAI dari bersama dan bermuzakarah dengan UMNO.

Sekira Pas perasan mereka kuat dan hebat , baguslah.Kita pun mahu lihat kekuatan mereka dan menjadi satu parti yang dominan dalam PR.Sekira ini gagal maka saya melihat Pas hanyalah jaguh kampong sahaja saperti dulu dulu tak kemana.Wallahwuallam.

Anonymous said...

Anon 1:29AM,

Ini sifir mudah. PAS bertanding dikawasan majorit Melayu. UMNO juga bertanding dikawasan majoriti Melayu. Maknanya PAS bersaing dgn UMNO dalam setiap PRU. Jadi musuh utama PAS adalah UMNO dan musuh utama bagi UMNO adalah PAS.

Untuk apa UMNO bekerjasama dgn PAS. Apa faedahnya?? Adakah demi Melayu dan demi Islam.. Kalau ye, sanggupkah UMNO berkorban untuk melepaskan kerusinya kpd PAS dan UMNO cuma bertanding dikawasan campuran dgn penduduk Melayunya kira2 50% saja... Sampai kiamat pun perkara ini tak akan berlaku. Malah apa yg kita lihat sebelum ini, UMNO lebih sanggup menyokong/meletakkan calon MCA atau MIC walaupun menyedari PAS juga meletakkan calonnya dikws MCA/MIC. Adakah Cina MCA dan India MIC lebih Melayu dan lebih Islam berbanding orang2 PAS.

Isu perpaduan ini cuma muslihat UMNO. Manis dibibir...Mulut kata "kita bersatu" tetapi tingkah laku selalu menyakitkan PAS... mahu memerangkap PAS demi mengekalkan kuasanya...

Menjelang PRU13 ini tiba2 saja Najib nak tunjuk pandai kononnya nak satukan Hammas dan Fattah. Hammas kan parti berjiwa Islam (doktrin Ikhwan Muslim macam PAS) manakala Fattah parti berfahaman nasionalis sekular macam UMNO. Kalau di tanah air sendiri pun Najib gagal untuk satukan UMNO-PAS masakan dgn latar belakangnya yg 'tidak comel' boleh menyatukan rakyat Palestin...mengarutlah!!

Ini tidak lain, agar imejnya meningkat pada kacamata rakyat Malaysia..Kalau niat jujur, mengapa tidak iktiraf kerajaan Hammas pimpinan PM Ismail Haniyeh. Mengapa dok iktiraf pimpinan Fattah sedangkan yg menang pilihanrya adalah kumpulan Hammas.

Ustaz Nasha ni satu...tak perasan dia diperalatkan oleh Najib. Najib tau Ustaz Nasha yg memang mempunyai hubungan yg baik dgn pemimpin Hammas semasa beliau menjadi Timb Presisen PAS dulu boleh dijadikan kambing hitam demi kelangsungan politiknya..Semua orang pun tau, Ustaz Nasha ini berpaling tadah sepepas beliau gagal mempertahankan kerusi Timb Presiden PAS. Perangainya lebih kurang sama macam orang UMNO juga...eloklah beliau meninggalkan PAS dan PAS tidak memerlukan orang macam beliau dan Hassan Ali...



Mat Periba

Anonymous said...

Punya bangang orang ameno.
Kalau ameno dapat menjerat Presiden PAS pun, orang PAS dan orang atas pagar tidak perduli.
Itu bukan Masaalah Utama.
Masaalah Utama ialah kerosakan yang ameno lakukan setelah sekian lama. Walaupun pemimpin ameno ditukar lain, penasihat ameno bertukar lain dan sebagainya, ameno kena turun juga.
Analisalah Hadis atau Al Quran mengikut selera sendiri, tapi semua itu tidak Akan mengubah persepsi orang ramai.

Anonymous said...

Pemecatan Ust. Nasha dari Majlis Syura' bukti PAS tunduk kpd desakan DAP. Apa DOSA beliau? Bagaimana PAS ingin perjuangkan Islam jika pemimpin tiada pendirian?Berdosakah mengiringi PM ke GAZA demi Islam?

Pas akan di hukum.Mat Periba tak payah buat alasan.

Anonymous said...

Anon 7:03

"Pemecatan Ust. Nasha dari Majlis Syura' bukti PAS tunduk kpd desakan DAP."

Ini adalah tuduhan liar dan andaian jahat semata-mata. Apa asas andaian anda? Ada kita dengar karpal singh atau mana-mana pemimpin DAP mengulas dan membuat tuntutan Ustaz Nasha dipecat oleh PAS?

Kalau ada, walaupun dalam samar-samar, dah tentu Utusan malaysia dah canang kat muka depan sudah berhari-hari. Siap dengan rekaan-rekaan sekali untuk memanjangkan isu.

Samalah jika direka cerita bahawa najib tak berani tegur Chua Soi Lek apabila dia menghentam Islam kerana Soi lek dah ugut Najib untuk dedahkan pelbagai skandal Najib jika Najib berani menegurnya.

sesiapa pun boleh reka pembohongan sebegini dengan menuduh semata-mata tanpa memberi bukti.

Jadi kena cerdiklah sikit kita ni Anon 7:03. Zaman menipu hangit dah lama berlalu. Zaman ini sikap seperti ini bukan lagi berkesan tetapi sebaliknya memberi gambaran tahap kecerdikan pereka cerita sahaja.

Kita ambil isu kalimah Allah. Mana perginya penyokong-penyokong tegar yang tetiba naik taraf ularsemak apabila Perkasa menganjurkan upacara pembakar injil berbahasa melayu di Butterworth tempohari.

membaca hujah-hujah, patutnya, semua penyokong-penyokong UMNO turun bersama-sama Perkasa hari itu. sepatutnya penyokong UMNO dari sabah pun kena turun bagi membuktikan perjuangan menegakkan islam dalam isu kalimah Allah ini.

Tak payah cerita jauhla, penyokong-penyokong UMNO yang kat Penang, Kedah dan Utara Perak pun tak turun-turun sedangkan Butterworth tubukanya jauh, depa dok boleh pi hari-hari.

Anonymous said...

Adab berjammah dalam Islam kena taat kepada keputusan jamaah. Sebarang masalah atau ada perkara2 yg dimuskilkan perlu dirujuk kpd pimpinan.

Dalam kes Ustaz Nasha ini sepatutnya beliau lebih menutamakan kepentingan PAS dan bukan berada dalam 'perangkap musuh' UMNO. Jadi memang layak beliau dipecat drp menggotai Majlis Sura Ulama'..

Bayangkan jika ada orang kanan UMNO tetiba dok join program PAS...agaknya tak sempat tunggu siang dah kena pecat. Lihat saja apa yg berlaku kpd Tan Sri Kadir Syeikh Fadhir...dipecah sebagai ahli UMNO tau???

Jadi orang UMNO kena cermin diri...

Wan! sejak bila kamu menjadi penyokong tegar Ustaz Nasha..kan dulu ulama' ini juga yg kamu hentam kehulu kehilir...

sang sapurba said...

PAS MEMANG BANYAK PEMIMPIN BERKUALITI.

NIK AZIZ PERNAH CUBA JUAL KALIMAH ALLAH KEPADA KRISTIAN.

HJ HADI 2X5 DENGAN NIK AZIZ.DUA-DUA ULAMAK SU'.

MAT SABU:MAH!BULU MAH MASIH LEKAT KAT RENGKUM ABANG!MAH BAU MAH MASIH LEKAT KAT MUKA ABANG.ABANG TAK BASUH LAGI.

HUSAM JANAPATI.2X5 DENGAN NIK AZIZ.

MAHFUZ OMAR LOW KELAS AKALNYA MERAPU-RAPU.

LAYAKKAH MEREKA INI DIGELAR ULAMA DENGAN KELAKUAN YANG SELURUH RAKYAT MALAYSIA SUDAH TAHU.

KEPUPUSAN ULAMA SEDANG MELANDA PAS SEKARANG.

SUDAH SAMPAI MASANYA PAS GUGURKAN PERKATAAN ISLAM KERANA TAK BERDAYA MENJAGA KESUCIANNYA.

ISLAM BUKAN HAK MILIK PAS.HAK MILIK SEMUA.JADI JANGANLAH PAS MEMPERDAGANGKAN ISLAM DAN MENCEMARKANNYA.

KESIAN MAT PERIBA TAK NAMPAK ITU SEMUA.MASIH LAGI MENJADI PENONTON ANGANAN.

BAK KATA KUTUKAN DEWATA"MENEKA DALAM KESAMARAN"

Anonymous said...

Kadir mamak dipecat ? UMNO tak macam Pas.Kadir mamak malu sendiri sebab dah tak laku lagi lalu sendiri yang keluar UMNO.Gara gara 'Habis madu sepah dibuang'

BN dengarnya akan sapu bersih di Pahang kali ni kerana janji ditepati.

Anonymous said...

Anon 6:59

Betul sekali, kadir mamak memang pecat diri sendiri dari UMNO bila dah tahu diri dia tak laku.

sang sapurba,

purba betul pemikiran tuan, se purba nama sendiri. Awat dok kecoh pasai ulamak PAS palsu, semua orang dah tahu. Sepatutnya ia menjadi satu tuah dan rahmat bagi UMNO. Ulamak yang paling benar semua ada dalam UMNO....pun semua orang tahu.

tak cerdik la kita dok cincang barang palsu yang semua orang dah tahu. Sepatutnya dicanang, diwar-war kehebatan ulamak-ulamak UMNO yang menjadi pemimpin spiritual bani melayu memasuki syurga firdaus dibawah panji UMNO. sang Sapurba agaknya yang akan memegang panji UMNO nanti.

begitu mendalam semangat Islam dan iman tuan. Awat tak turun kat Butterworth baghru ni, kat perhimpunan bakaq injil berbahasa melayu yang dianjurkan oleh Perkasa. Sebab Tok sapurba uzuq syarie tu tak pi kot, depa-depa semua tak keluaq, hatta melayu perkasa penang pun tak turun.

kat penang ni, ahli perkasa dan ahli UMNO adalah sebahagian besaqnya orang sama. kat demo UMNO depa ada. kat program perkasa pun depa ada...muka sama je.

Kutukandewata said...

bakar injil tu di larang oleh agama kita.cuba belajar lagi.
baiklah.aku nak cerita kat hang sejarah islam dulu kala biar hang celik sikit akal tu.

ketika tentera islam berjaya menawan konstantinople,tentera islam gembira amat sangat.

maka trjadi satu peristiwa bila mana pemimpin tentera islam memasuki kawasan gereja seorang tentera islam telah memukul gendang dengan bunyi yang sangat bising mengelilingi gereja.

ketika itu orang kristian sedang beribadat.pemimpin tentera islam tersebut telah naik darah dan mengarahkan orangnya memancung kepala tentera yang buat bising tadi.

akibatnya orang kristian dalam gereja tadi menjerit dan berteriak,
"kami lebih tenang melihat serban orang islam berbanding topi orang rom".

jadi kenapa kita begitu bodoh mahu membakar kitab agama orang lain.orang bodoh dan tak tahu sejarah aje akan ikut saranan dan cadangan kau membakar kitab orang lain!!!maaf jika terkasar bahasa.

Anonymous said...

KD,

Bodoh tak bodoh tu tak tahu lah. Jika tindakan membakar itu satu tindakan bodoh, dah tentu Kerajaan mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan Perkasa apabila membuat kenyataan akhbar dan menganjurkan upacara pembakaran injil berbahasa melayu di Butterworth tempohari.

Tindakan kerajaan, UMNO berdiam diri dengan tindakan Perkasa ini tidak mengambarkan cerita yang KD ceritakan tentang penaklukan kota konstinapel oleh Muhammad Al-Fateh diatas. Beitu juga dengan pembahas-pembahas tegar UMNO dalam isu kalimah Allah ini di blog ini.

Kita tahu dan hanya orang buta sahaja yang tidak nampak bahawa segala tindakan Perkasa adalah untuk meraih laba politik untuk UMNO. Kita semua tahu sebahagian besar ahli-ahli Perkasa adalah juga ahli-ahli UMNO. Semasa isu kalimah ini dimainkan dengan gila untuk maeraih sokongan politik, yang kita nampak Perkasa begitu berani bermain isu ini senada dengan blogger dan pembahas-pembahas tegar UMNO. Islam dimanipulasi sebagai satu ugama yang ekstrimis, sempit dan tidak wasatiyyah langsung.

Apabila KD membangkitkan cerita penaklukan kota konstinapel ini, ia mengambarkan keluasan, kesederhanaan( wasatiyyah) dan kehebatan Islam yang tidak ditunjukkan oleh pembahas-pembahas tegar UMNO dalam isu kalimah Allah. Malah sesetengah pembahas itu seolah-olah tidak sedar atau melupakan tentang batas iman yang boleh membatalkan iman seseorang semata-mata hendak mempertahankan politik kepartian yang sempit. PAS, pada kacamata sang sapurba adalah sesat. Adakah pembahas-pembahas UMNO juga mahu memberitahu UMNO juga sama kelas dengan PAS atau cemburu dengan kekesatan PAS?

KD, kita tak boleh mengamalkan sikap makan keliling, kiri makan dan kanan pun kita makan untuk kepentingan diri kita seorang, begitu juga dalam politik. Apabila laba politik dalam isu kalimah Allah sudah tiada, kita ambil pulak sebahagian dari ciri Islam yang kita buat semasa menyerang untuk megaut laba politik yang maksima...sikap ini orang kata sikap apa?....fikir-fikir le sendiri!

Memandangkan isu kalimah Allah ini sudah kehilangan laba politik disebabkan tindakan Perkasa menipu rakyat dengan upcara membakar injil berbahasa melayu yang tak jadi, elok kita menoleh kebelakang menyoroti apa yang berlaku.

Dalam isu ini pelbagai pihak telah mengeluarkan pandangan dari individu-individu hinggalah kepada parti-parti politik pembangkang diasak dengan begitu rupa untuk menegaskan pendirian tentang isu kalimah Allah ini.

Pemimpin-pemimpin utama PAS, DAP, PKR diasak untuk mengatakan pendirian mereka. LGE, Hj Hadi, TG Nik Aziz, Anwar semuanya sudah mengeluarkan pendirian parti masing-masing dan kenyataan-kenyataan mereka sudahpun digunakan oleh UMNO dan sekutunya untuk meraih laba politik.

Tetapi ada sesuatu yang tak kena dalam episod kalimah Allah ini..MANA PENDIRIAN UMNO! APA PENDIRIAN DAN KENYATAAN RASMI UMNO DALAM ISU INI YANG DINYATAKAN OLEH PRESIDEN ATAU TIMBALAN PRESIDEN ATAU SALAH SEORANG NAIB PRESIDEN????....ada sesiapa pernah membaca atau menonton di kaca tv kat mana-mana?

Alahai...ramai sungguh orang melayu yang tertipu dengan permainan UMNO ini. Kampongman?...dia tu siapa....ketua presiden UMNO ke...xpernah dengar nama jawatan itu!

Zack

Kampong man said...

Salam ,

" SOMETIMES IN LIFE IS BETTER TO REMAIN SILENT AND NOT SAYING ANYTHING THAN OPENING UP YOUR MOUTH AND SAYING THE WRONG THINGS AND BE LOOKED LIKE A FOOL !!"

In this article KM choose not to comment as not to offence anyone and yet "Kampongman ? dia tu siapa...."

Ada yang nipis telinga ? Relaks bro..

Anonymous said...

Perkasa saperti juga orgsnisasi yang lain saperti Hindraf adalah NGO bukan parti politik. Ada NGO menyebelahi satu satu parti politik dalam satu satu isu.

Perkasa ada lah satu NGO yang mempertahankan hsk orang Melayu, ugama Islam dan institusi Raja saperti dalam perlembagaan.Maka tindak tanduk mereka banyak kearah itu.Bagitu juga Zoong Dong yang mempertahankan sekolah aliran Cina.Buat kini adalah lebih banyak NGO NGO yang ada lebih memihak pada udha usha kersjaan yang ada bagi kestabilan negara.

BG

kampong man said...

Salam semua,

Mat periba said...

" Menjelang PRU13 ini tiba2 saja Najib nak tunjuk pandai kononnya nak satukan Hammas dan Fattah. Hammas kan parti berjiwa Islam (doktrin Ikhwan Muslim macam PAS) manakala Fattah parti berfahaman nasionalis sekular macam UMNO. Kalau di tanah air sendiri pun Najib gagal untuk satukan UMNO-PAS masakan dgn latar belakangnya yg 'tidak comel' boleh menyatukan rakyat Palestin...mengarutlah!!

Ini tidak lain, agar imejnya meningkat pada kacamata rakyat Malaysia..Kalau niat jujur, mengapa tidak iktiraf kerajaan Hammas pimpinan PM Ismail Haniyeh. Mengapa dok iktiraf pimpinan Fattah sedangkan yg menang pilihanrya adalah kumpulan Hammas. "

1. KM berpandangan berbeza dalam isu Hamas dan Fatah di bumi Palesine.Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia saperti juga yang di hormati Tun dulu memainkan peranan di arena antarabangsa bagi menyatukan dan memperjuangkan Islam kerana Malaysia di mata dunia dilihat sebagai satu negara Islam yang maju,stabil, harmoni, malah satu model negara yang berjaya dimana kita rakyat Malaysia harus berasa bangga walaupun kita punyai fahaman politik yang berbeza.

2.Malaysia bertuah tidak saperti Palestine yang diancam Israel dibumi mereka sendiri tanpa berperi kemanusiaan.Model kejayaan Najib dalam isu konflik bangsa MORO di Filipina membantu sebagai orang tengah berjaya menyelesaikan daerah bergolak itu akhirnya dan ini perlu di bagi pujian bukan sahaja kita rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat antarabangsa. Syabas Malaysia!!! PEACE to the world.

3. Isu pergolakan selatan Thai yang berhampiran Kelantan serambi Mekah harus dan sepatutnya mendapat perhatian TGNA dari Pas.Sayang TGNA tidak berpengalaman dan berjiwa besar boleh sama sama berganding bahu bersama kerajaan membantu menyelesaikan masaalah mereka sebagai orang tengah.Mereka yang di Selatan Thai ni boleh kecek kelate lagi !!hampir samo mache puak puak puak demer belaka di Kelate gak !! kata orang Kelantan.Sayang TGNA choose to ignore.Isshh..Apa yang kita bolehbanggakan dengan Pas agaknya.TARAK !

4.Benar UMNO akan bertentangan dengan PAS dan PKR di hampir semua kawasan Melayu dalam pilihanraya. Tidak salah satelah pilihanraya kita bersatu demi agama dan bangsa.Kenapa terus berseteru ? bukankah UMNO sudah lama bersedia BAGI bermuzakarah ?.Bad loser ?

5,Tidak hairan dengan sifat NEGATIVE,PESSIMIST sebahagian ahli Pas taksub penyatuan tidak mudah dicapai kerana Pas hanyalah satu parti politik yang mahukan kuasa.Tindak tanduk ini banyak sudah kita lihat yang mereka lebih bersedia bekerjasama dengan DAP yang jelas dan terang terang ANTI ISLAM dalam banyak isu.Pada Pas adalah ABU.Isshhh...

6.Pas bukanlah parti pilihan orang Melayu yang berugama Islam sekira ini sikap mereka berterusan.Tidak hairan juga di PRU 12 dulu mereka hanya perolehi 23 kerusi Parlimen kebanyakan di Kelantan dan Kedah dan TERCOROT dalam Pakatan Rakyat kerana sikap sikap kuno dan negatif begini mereka.Di negeri negeri lain Pas bukan pilihan langsong.Kenapa ?

7.Berbekalkan kronisma dan korupsi yang didendangkan Harakah,Suara Keadilan,Rocket dan akhbar saumpama itu Pas terutamanya tidak akan dapat mengubahkan persepsi rakyat bagi memilih Pas/PR sebagai kerajaan di Putrajaya nanti.Kita akan lihat.

8.Kesimpulannya PR TIDAK LAYAK diberi peluang memerintah negara Malaysia pada pandangan KM.

sekian ,Wassallam.




Anonymous said...

BG,

Memberi contoh Perkasa dan Hindraf adalah satu contoh yang tepat. Kedua-dua NGO bersifat kerkauman tegar yang boleh mengugat keharmonian kaum dan mencetuskan perbalahan kaum. Tuntutan dan arah tuju kedua kumpulan ini membawa mesej hasutan dan jelas mempermainkan akta hasutan.

Sebab itu Hindraf diharamkan dahulu. Antara keduanya, pemimpin-pemimpin Hindraf telah "diburu" serta merta sedangkan Ibrahim Ali dan konco-konconya bebas berbuat apa sahaja.

Keduanya sama-sama bahaya kepada perpaduan kaum dinegara ini tetapi tindakan yang diambil oleh kerajaan berbeza. Tindakan menarik balik pengharaman ke atas Hindraf tidak boleh menghalalkan perjuangan mereka selama ini.

Kampongman,

Kenapa kerajaan PAS bawah pimpinan Nik Aziz tidak mengambil inisiatif menyelesaikan isu pergolakan selatan thai?

Isu pergolakan selatan Thai adalah isu yang lama dan telah lama bermula.

Mengikut logik kampongman, persoalan yang timbul mengapa Kelantan sahaja yang dibebankan oleh kampongman untuk menyelesaikan isu antarabangsa ini?

Mengapa tidak Perlis yang diperintah oleh UBN sejak merdeka lagi diminta juga? Mengapa tidak Kedah yang diperintah oleh UBN dari sejak merdeka sehingga 2008? Jika kerana kedudukan geografi menyebabkan kampongman meletakkan tanggungjawab tersebut Keatas Kelantan? Habis tu Perlis dan Kedah tidak bersempadan dengan Selatan Thai ke?

Kelantan juga pernah diperintah oleh UMNO dari tahun 1978-1990, selama 12 tahun!.....bukan 12 hari!Menggunakan logik kampongman, mengapa kerajaan Kelaantan dibawah UMNO masa itu tidak menyelesaikan konflik Selatan Thai? Kalau mereka menyelesaikan masaalah tersebut masa tu, tidakkah itu satu kejayaan yang kampongman boleh jaja ke seantaro dunia.

kampongman tahu ke tidak tentang salah satu prinsip asas ASEAN...atau sengaja sorok fakta? Antara satu prinsip penting ASEAN yang membolehkan ASEAN terus kukuh sehingga hari ini ialah SETIAP NEGARA ANGGOTA TIDAK BOLEH MENCAMPURI URUSAN POLITIK DALAMAN MANA-MANA NEGARA ANGGOTA YANG LAIN SECARA UNILATERAL. MALAYSIA BERSETUJU KONFLIK DALAMAN DI SELATAN THAI ADALAH MASAALAH DALAMAN THAI. pada yang was-was boleh check dengan Wisma Putra bahagian ASEAN mengenai dasar luar ini!

Jadi siapa kerajaan malaysia sejak merdeka yang menetapkan dasar luar negara mengenai konflik Selatan Thai begitu?

Uncle Kampongman,

Menimbulkan isu konflik selatan Thai dalam meraih laba politik untuk UMNO adalah jauh lebih selamat berbanding dengan membangkitkan isu kalimah Allah tempohari. batas Iman atau perkara-perkara yang boleh membatal ke islaman seseorang tak ada kena mengena dengan isu konflik selatan Thai ini.

Btw, uncle kampongman sepatutnya menjadi orang yang pertama hadir di padang dimana Perkasa bercadang membakar injil berbahasa melayu di Butterwoth tempohari. Sikap menebal dan tegas beliau dalam isu ini menjadi alasan kukuh mengapa beliau sepatut hadir. Pendirian Perkasa dan uncle kampongman dalam isu kalimah Allah ini kebetulan sama.

Uncle kampongman,

BTW kali ke2, mana statemen rasmi pendirian UMNO dalam isu kalimah Allah tempohari? Semua pihak lain telah memberi pendirian rasmi masing-masing, mana statemen rasmi dari pemimpin utama UMNO i.e Presiden UMNO atau Timbalan atau salah seorang naib Pesiden atau sekurang-kurangnya kenyataan rasmi dari SUA UMNO? Any clue to help untuk mencari kenyataan tersebut kot-kot terlepas pandang?

As always - sunyi sepi setelah baling batu sembunyi tangan. Setelah subkontrakkan permainan isu kalimah Allah ini kepada Perkasa dan penyokong-penyokong tegar....tidak begitu uncle?

Zack

Kampong man said...

Salam Zack,

Setuju Malaysia TIDAK boleh mencampurui urusan negara lain bukan sahaja bagi ASEAN malah bagi mana negeri luar pun.The keyword nya adalah sebagai ORANG TENGAH dan ianya harus di jemput sahaja.

Kenapa Kelantan dan tidak Kedah atau Perlis ? Betul jugak ya ! Ini pun mudah jawapannya Kita mahukan kerajaan Pas Kelantan mengambil initiatf juga bersama sama kerajaan menjadi orang tengah saperti Najib bagi Moro dan juga Insyallah Palestine.Must think gloval and big.Rasanya mereka yang berkeliaran dimerata Kuala Lumpur mohon derma mesjid dan pondok kini adalah mereka yang datang dari daerah Naratiwat dan Pattani yang bisa bertutur loghat Kelantan sebagai bahasa utama .In short mereka hampirlah menyerupai saperti rakyat Kelantan juga cuma berbeza negara.Apa TGNA tidak ada perasaan simpati pada isu selatan Thai?.Atau sengaja tidak mahu tahu dan menyumbang kepada kedamaian ?.

Zack,

Sebagai Kerajaan Malaysia yang dipilih secara DEMOKRATIK selama ini pendirian parti UMNO adalah dari Majlis Fatwa Kebangsaan.UMNO hanyalah parti politik tunjang bagik kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu (Yang ini KM kena qualify kerana ada juga ahli UMNO yang bukan melayu dan berugama lain di Sabah tetapi layak menjadi ahli UMNO.Takut Anon 5.05 dan Mat Pendang ulang cerita yang sama pasal UMNO di Sabah.Ok ?)

Tentang bakar bible yang menggunakan kaimahh Allah dalam edisi bible dalam bahsda melayu itu pendirian PERKASA sebagai NGO Melayu,pendesak bagi kepentingan Melayu ,ugama dan raja.Kerana kepentingan kuada politik PAS berani kah menentang celupar LGE/DAP ?.Tak berani kan kerana Pas bukan dominan dalam PR malah terlalu lemah hampir tunduk pada kehendak DAP saperti di Perak dulu di mana Nizar hanyalah puppet on the string.Yang baring atas jalan menyekat kereta Sultsn Perak itu siapa ? Orang DAP ?.

BN tidak perlu risau.Mengikut statistik 2008 akan terdapat MP PR yang akan keluar parti menjadi bebas
dan ini biasa kerana tidak percaya pada perjuangan parti mereka yang kadang kadang tidak demokratik dan memilih bulu.

Sebagai parti terbaik dan dominan dalam BN dan negara yang berbilang bangsa dan agama UMNO /BN harus tidak extreme .Sensitivity kaum dan agama dan kehamonian rakyat adalah priority.Itulah sebabnya demonstrasi jalanan yang menggugat ketetenteraman awam ditangani dengan cara terbaik.

KM bukan ahli perkasa dan tidak perlu bersetuju dalam semua tindak tanduk Perkasa.Tetapi dalam isu kepentingan orang Melayu KM sealiran dengan objectif Perkasa.Ingat, ia tidak membuat penyokong UMNO LESS Islamic.Tak gitu ?

Nampaknya orang Melayu kita ini bertereusan bercakaran demi kuasa politik.

" YANG MENANG DAP.YANG RUGI ORANG MELAYU "


@ Anon 5.05 .Apa pendapat saudara .Lama tak komen .Kita boleh bertukar pendapat.Beza sikit sikit tu biasa lah Maaf dan salam.

Anonymous said...

Uncle kampongman,

There goesto twisted logic again. Now masaalah persamaan loghat pulak yang menjadi alasan mengapa kerajaan PAS Kelantan kena menjadi orang tengah menyelesai konflik selatan Thai.

Dengan logik yang sama, apakah pemimpin UMNO yang memerintah kelantan dari tahu 1978-990 dulu bercakap loghat jerman maka mereka tak ada tanggungjawab yang sama untuk meyelesai masaalah konflik selatan thai mengikut cara uncle?

Tiba-tiba loghat pula menjadi asas utama. Uncle, better make up your mind, perjuangan uncle ni berasaskan loghat ke pulak sekarang?Sebab tu Perlis dan kedah dibawah UMNO sebelum 2008 tak mempunyai tanggungjawab bersama ye? mana hilangnya perjuangan berasaskan meayu dan Islam? dah buang dalam longkang ke?

Tindakan Perkasa untuk menganjurkan upacara membakar injil berbahasa melayu adalah menestation kepada keyakinan bahasa kalimah Allah itu hanya untuk muslim, pendirian yang sama yang dipegang oleh uncle. So,what l am saying uncle should walk the talk....jangan cakap lain bikin lain!

Pendirian UMNO selari dengan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan? Siapa kata? BIla? Did UMNO Presiden or his deputy or any one of the Naib President or SUA UMNO buat kenyataan rasmi semasa isu ini sedang mengila!Or it is you yang cakap?....adakah uncle mempunyai mandat untuk mewakili pendirian rasmi UMNO?

Ironi isu kalimah Allah ni senang je. Puak uncle bangkitkan, jaja, olah, sembur petrol supaya isu ini makin marak, setelah megelirukan dan menyebabkan timbul bibit-bibit perpecahan sesama melayu Islam.....tiba-tiba rupanya puak diam membisu seribu bahasa. Rupa-rupa tak buat apa-apa pendirian rasmi apapun semasa isu kalimah Allah ini sedang mengila memamah kestabilan negara!

No to say kerajaan malaysia telahpun membuat keputusan yang jelas 2/3 tahun sebelum ini dalam isu yang sama!

Menuduh DAP menunggang PAS dsbnya memang mudah apatah lagi tanpa mengemukakan bukti yang kukuh. samalah dengan tuduhan ini - "UMNO telah menggunakan Perkasa untuk membuat kerja-kerja kotornya untuk memecah belah dan melagakan sesama melayu, melakukan intimidasi kepada bukan melayu untuk menggugat kestabilan dan keharmonian hubungan antara kaum dinegara ini dengan tujuan untuk mewujudkan keadaan tidak stabil yang menungkinkan satu perisytiharan darurat dpat dilakukan. Sekaligus menjadi alasan untuk mengelak daripada mengadakan PRU 13. Dengan cara ini akan memastikan UMNO terus menerajui kerajaan persekutuan sehingga satu masa yang tidak siapapun dapat menentukan berapa lama."

Macamana dengan tuduhan begini pulak. The best part is i am not going to show any evidences or basis for my accusation towards ur party, uncle. Just accept wat i said!.Boleh terima?

(Sebenarnya tuduhan diatas bukan tuduhan tetapi realiti yang ada. Semua orang tahu Perkasa buat kerja untuk parti mana:P)

Zack

Kutukandewata said...

zack yang bijak
untuk apa kerajaan perlu bersuara dalam isu kalimah allah sebab yang timbulkan isu ini adalah nik aziz dan haji hadi bukan kerajaan.jadi betullah tindakan majlis syura itu.dan berjaya menutup mulut dua pemimpin pas tersebut.

jadi jelaslah dua pemimpin pas itu bertindak atas kepentingan politik pas bukan atas kepentingan agama.

setelah di tegur majlis syura dua pemimpin pas ini menukar pendirian dan menentang pula apa yang telah mereka cetuskan.kan pelik namanya tu.lebih pelik lagi umno pula dipersalahkan.pelik sungguh.

Anonymous said...

Another point to be debate:

Kalau PAS boleh ambil tindakan keatas ustaz Nasa, kenapa Pakatan Rakyat tak desak DAP ambil tindakan ke atas Karpal Singh, statement dia lagi tak menguntungkan jemaah PR dan lari dari etika berjemaah.

Nampaknya dalam kes macam ni parti Islam terlebih bertolak ansur ataupun asyik kena tolak aje

Anonymous said...

Ada juga orang melayu bodoh saperti mamat hingus Zack mempertikaikan satu NGO Melayu saperti Perkasa yang mempertahankan melayu dan agama.Orang orang liberal macam ini adalah anak muda yng tidak faham perjuangan kuasa politik melayu kerana termakan daiyah pemikiran leberalisma Malaysian Malaysia tajaan DAPig dan Anu-war bagi melunturkan kekuatan politik Melayu dalam UMNO.Mereka ini telah berjaya dalam hidup melalui usha kerajaan pimpinan UmNO.Bodoh.


Batu Giling

Anonymous said...

KD,

Saya buknlah bijak sangat sekadar waras dan cuba menanam kewarasan sesama kita orang melayu kerana pada realitinya kita orang melayu masih jauh ketinggalan dan sering diperkudakan dan diperbodohkan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab.

KD perlu mengambil beberapa langkah kebelakang untuk meyoroti asal mula isu ni. Isu ini timbul 2/3 tahun lalu lagi. Dengan melihat keseluruhan isu kita akan dapat melihat dengan lebih jelas. Satu yang pasti kebenaran dan kesalahan adalah perkara-perkara yang jelas dan tidak boleh disembunyikan selama-lamanya. Diputar, dibelit macamana pun kebenaran dan kesilapan akan terbongkar jua.

Apa fungsi kerajaan, samada peringkat negeri atau persekutuan? Siapa Nik Aziz atau haji Hadi atau Ibrahim Ali dalam konteks pentadbiran Hal Ehwal Islam dalam kerangka pentadbiran negara? apakah kuasa Nik Aziz, haji Hadi atau Ibrahim Ali lebih besar dari kuasa kerajaan persekutuan yang diberi oleh perlembagaan negara?

apakah bukan tanggungjawab kerajaan menangani isu ini sebagai kuasa tertinggi dalam negara? Kerajaan telah membuat keputusan semasa isu ini timbul 2/3 tahun lepas dan berlainan dengan pendirian KD, kampongman, Perkasa dan juga bertentangan dengan Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan! Semak balik...

Persoalan yang berbangkit sekarang, keputusan penggunaan kalimah Allah telah diputuskan oleh Kerajaan 2/3 tahun lepas, MENGAPA IA TIMBUL KEMBALI PADA TIMING DEKAT PRU 13?

Mengapa kerajaan dragging its feet malah membisu seribu bahasa dalam isu yang kerajaan dah putuskan 2/3 tahun lepas?

ini isu-isu yang lebih besar yang berbangkit dari isu Nik Aziz, haji Hadi yang dibangkitkan oleh KD.



batu Giling,

Sepupu sepapat batu Ronson di Blog Aspan. Satu jadi batu api kemudian disambung oleh sepupu dengan mengiling.

saya mengaku saya bukanlah pakar dalam isu perjuangan kuasa politik melayu. Batu giling seolah mengaku sebagai pakar dan amat arif dalam isu ini.

Jadi tolong terang dan jelaskan kepada saya sebagai satu pencerahan minda. Sekolahkan saya dengan fakta-fakta benar yang batu giling arif itu.

saya tunggu penjelasan batu giling...jangan ilang diri plak!

Batu giling datang sini ni, Alam Flora tau ke?

Zack

Anonymous said...

Anon 8:38,

Isu Ustaz Nasha adalah isu dalaman parti PAS yang tak ada kena mengena dengan parti lain atau individu-individu yang bukan ahli parti tersebut.

Bila sebut masalah dalaman parti, ia bukan berlaku kepada PAS sahaja. Parti-parti lain juga mengalami masalah-masaalah seperti yang dihadapi oleh PAS dengan Ustaz nasha termasuk UMNO SENDIRI!

Sdra nampaknya tidak tahu apa yang berlaku di dalam parti sendiri nampaknya.Inilah yang dikatakan oleh perpatah melayu: "Kuman diseberang lautan nampak tetapi bangkai gajah didepan mata tak nampak! "

Maaflah nak cakap, sikap sdra ini memberi gambaran jelas tentang kualiti sdra sebagai ahli parti yang sdra anggotai. Patut le parti sdra diperingkat akar umbi lesu dan letih....tak bermaya.

Saya kemukakan 2 kes yang serupa dengan kes ustaz nasha yang berlaku dalam UMNo yang sdra dan ramai lagi penyokong tegar buta tak nampak.

KES 1 - Dato Lajim haji Ukin

Sehingga hari ini dato Lajim masih menjadi ahli UMNO dan tiada arahan pemecatan di keluarkan oleh Lembaga Disiplin UMNO memecatnya, kalau tak silap saya. dato lajim hanya dipecat dari jawatan Timbalan menteri pusat sahaja.

Sekarang dato Lajim bersongkol dengan Anwar untuk menumbangkan UMNO yang mana dia masih lagi ahli.

KES 2 - Dato Abdul Rahman Mydin.

Dato Abdul Rahman adalah bekas pengerusi MRCB, bekas Yang Di Pertua Dewan peniagaan melayu Malaysia. Dia adalah orang kepercayaan Mahathir dan ditugaskan untuk menerajui MRCB dan menstrukturkan semula MRCB termasuk membeli NSTP,TV3, Alam Sentral dll.

Sekarang dato Abdul Rahman telah menyertai PAS baru-baru ini. Lembaga Disiplin UMNO masih belum mengeluarkan arahan memecat beliau!

SEKARANG DATO ABDUL RAHMAN ADALAH AHLI PAS DAN JUGA MASIH AHLI UMNO!DIA DOK BERCERAMAH DIATAS PENTAS PAS UNTUK MENUMBANGKAN UMNO SEDANGKAN DIA MASIH AHLI UMNO!

Anon 8:38,

jangan lah tertipu dengan isu-isu remeh temeh yang cuba dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengalih perhatian kita dan menipu kita hidup-hidup daripada sebenar.

Isu yang lebih besar yang sdra perlu risau adalah keterangan-keterangan saksi-saksi yang keluar di dalam RCI Sabah.

Cerita bagaimana PATI asing diberi kerakyatan dan taraf MELAYU oleh Mahathir yang akan merampas hak-hak keistimewaan orang melayu melalui Perkara 153 Perlembagaan malaysia!

Kalau perkara ini berlaku di Sabah, ia juga berlaku di semenanjung, dekat dengan kita.

Apa kejadahnya, PATI-PATI ini yang hidup susah dan merempat di negara asal mereka DINOBATKAN SEBAGAI MELAYU DAN DIBERI HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU YANG TERJAMIN DIBAWAH PERLEMBAGAAN?

Tak payah tengok jauh la, tengok disekeling tempat dan bandar kediaman sdra-sdra je betul tak betul.

Penganugerahan ini dibuat secara senyap-senyap. Relakah sdra dan batu giling yang amat arif dengan perjuangan melayu keadaan ini?

Fikir-fikir le

Zack

Kampong man said...

Salam sdra semua,

Zack nampaknya terlalu ghairah mempertahankan keistimewaan orang Melayu dalam masa yang sama menghentam PERKASA yang memperjuangkan hak orang melayu juga.Yang pasti Zack telah graduate dari pemikiran rakan KM bro Aspan dan Sakmongkol yang sangat pakar memperkecilkan Mahathir dan Najib dan Parti UMNO kerana mereka tahu segalanya .Kita semua tahu pencapaian MEDIOCRE mereka dalam politik UMNO kesayangan mereka dulu.Harap kita penyokong kerajaan tidak mudah terpedaya dengan pemikiran mereka yang terdesak ini.Kita biarkanlah kebebasan bersuara ini dipraktikan di blog Wan dan jangan harap di blog Sak tulisan kami boleh diterima.

Berbalik pada isu pembakaran bible.KM ingin mengulangi pandangan idola kesayangan KM negarawan Tun Dr Mahathir yang berfikiran sama dengan KM.UMNO tidak pernah menyokong tindakan membakar kitab bible berbahasa melayu yang menggunakan kalimah ALLAH setahu saya.Malah Ibrahim Ali BUKANlah AHLI UMNO dan bukanlah juga jurucakap UMNO yang Zack fikirkan.

Mahathir dan KM tidak bersetuju dengan apa apa juga percubaan membakar kitab suci Koran dan bible .Kita tidak mahu puak pelampau memainkan isu agama bagi meraih undi.Biarlah pihak yang bertanggung jawab membincangkan secara baik dan tidak mengexploitasikan agama.

Mungkin Zack merasakan PR akhirnya akan GAGAL juga walau apa pun putar belit blogger Saperti Sakmongkol dan bro Aspan memainkan isu memburukan UMNO.Sakmongkol sendiri tidak tahu apakah beliau masih relevan dalam politik DAP yang racis ?.Tengku Aziz tahu kelicikan LGE ,bolehlah dapatkan pandangannya.


@ Apa pulak pandangan my buddy Anon 5.05 ? ahem...

Ada baiknya Kampong man mengigatkan kembali usha usha baik Tun selama beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun !! dalam satu summary yang mudah di fahami.


" POLITICIANS (Like Sakmongkol and the likes) THINKS OF THE NEXT ELECTION.A STATESMAN THINKS OF THE NEXT GENERATION "

Without doubt Tun Dr Mahathir is a STATESMAN ,a NEGARAWAN.

To Tun ,Thank you for your contributions to this beautiful land.May Allah give you good health and long life.Ameen.

Anonymous said...

Uncle kampongman,

KM dan Mahathir tak setuju dengan cara Perkasa ingin membakar injil berbahasa melayu ek.

Siapa penaung Perkasa. hebahan upacara pembakaran tersebut tersebar luas dan dicanang berhari-hari sebelum tarikh ditetapkan. Pelbagai kenyataan berunsurkan ugutan dikeluarkan oleh Perkasa. Remember that uncle.

tetapi idola pujaan uncle duduk berdiam diri. Senyap sedu. hanya apabila upacara itu tak menjadi, apabila kegagalan upacara itu telah backfire kepada Perkasa dan UMNO, BARULAH IDOLA UNCLE BUAT KENYATAAN TERSEBUT!

DIA ADA HAMPIR 2 MINGGU UNTUK MEMBUAT KENYATAAN TERSEBUT SEBELUM TARIKH UPACARA YANG DIMAKSUDKAN BERLANGSUNG. MASAKAN NEGARAWAN YANG PALING TERSOHOR DALAM SEJARAH KEMANUSIAN SEJAK DARI NABI ADAM HINGGA KIAMAT, IDOLA PUJAAN UNCLE TAK NAMPAK IMPLIKASI POLITIK DENGAN TINDAKAN PERKASA ITU.

Lekeh sangat le idola uncle tu rupanya.

KEDUA, CUKUPKAH DENGAN SETAKAT BUAT KENYATAAN YANG SUDAH TERLEWAT INI SAHAJA KAH? TIDAKKAH SEORANG YANG BEGITU HEBAT PATUT MELETAK JAWATAN DAN DIASSOCIATE DENGAN PERTUBUHAN YANG BOLEH MENJEJASKAN NAMA BAIK NYA?

Uncle,

Idola uncle tidak hebat manapun. Baca-bacalah keterangan saksi-saksi dalam RCI Sabah mengenai tindakan yang didalangi oleh idola uncle dalam memberi kerakyatan segera kepada PATI-PATI ( Termasuk indian dari Kerala India) secara gelap, rahsia dan diluar batas undang-undang untuk memenangkan UMNO di sabah.

But, bagi uncle, semuanya cerita bohongkan. Cuba-cuba lah ulas sesuatu dengan lebih menyakinkan berbanding dengan posting terakhir uncle diatas.

zack

Kampong man said...

Salam,

Diantara Mahathir dan siapa juga dari PR termasok idola pujaan Zack DSAI rasanya Mahathir terbukti hebat mentadbir negara.Tak hairanlah Lim Kit Siang/Karpal Singh seumur political career mereka terus menjadi PEMBANGKANG.Bagaimana pula Pas?.Entahlah dengan hanya 23 kerusi parlimen mereka hanya boleh jadi pendengar yang baik / tukang angguk yang tidak vocal saperti Karpal Singh dalam banyak isu penting negara didalam dan diluar Parlimen.

Pengundi Pahang harus bijak jangan mudah tertipu dengan hasutan PR.Tentukan Pahang terus perolehi kesemua kerusi Parlimen dan 85% kerusi DUN dibawah BN.

Pada Zack apa masih mempercayai Sakmongkol dan my dear bro Aspan ?.
Mereka semua tekah diberi banyak peluang oleh Najib dan Tengku Razali respectively.They blew it because they were not smart enough.That is their faults.Not many people were honoured and blessed to have that 'Special' assistance by their bosses.Poor Kampong man has to work his gut out to be where he is today WITHOUT political money ! and surely he is a deservedly proud Kampong man.No ?

Kampong man tidak yakin dengan Pakatan rakyat itu saja.Sekira rakyat majoriti pilh juga PR KM akur dan redha.Tak mungkin kot kerana kami di Melaka tetap dengan UMNO/BN dari dulu lagi.Pahang dengan Najib yang bakal menjadi PM Malaysia harus di beri mandat penuh oleh orang Pahang.

Pedulikan dengan Sakmongkol hanya orang Cina dan Melayu kechewa sahaja yang akan mengundi Sak.Good luck to you Sak if ever you are contesting at all.Cheers Zack.

Anonymous said...

Puas Zack nak tonjolkan isu RCI di Jerantut ni.Orang yang bertanggung jawab dalam masaalah pendatang haram ke Sabah adalah Anu-war Ibrahim pada ketika itu.Biarlah nanti report penuh keluar barulah kita tahu siapa pendalang sebenarnya.Kita mesti fokus bagi kemenangan majoriti UMNO/BN yang lebih besar dari pilihanraya yang lepas.PR sudah mula menggelabah dan tahu sokongan rakyat kini sudah banyak menuju kearah kemenangan BN yang lebih baik kerana PKR tidak boleh diharapkan lagi.

Anak Felda

Anonymous said...

Anak Felda,

Saya telah menjalankan kewajipan saya sebagai orang melayu. Soal ada respon atau tidak tidak menjadi soal kepada saya. Kalau masaalah ini betul terjadi, kita orang melayu sama-sama kena. padan muka kita itu je.

Sekurang-kurangnya saya dan mereka yang memandang serius masaalah ini dimasa hadapan membuat persedian sekadar yang mampu. Kena tetap kena juga tetapi tidak seteruk mereka-mereka yang leka. Itu je.

Zack

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...