Sunday, January 20, 2013

Kempen PRU 13 Sudah Bermula Di Parlimen Jerantut...



















Bila topi BN dipakai oleh WZWH..itu tanda kempen PRU parlimen Jerantut sudah bermula...

Pada WZWH, kempen PRU sudah bermula sebelum DS Najib umum bubar parlimen dan DUN terutama di Jerantut.

Tanpa menunggu penamaan calon, ahli politik yang pro aktif perlu bergerak ke depan. Berjumpa dengan seramai lapisan masyarakat dan buat program 'finishing touch'.

Ramai ahli politik tak mahu buat program sebab tak ada duit dan tak mahu habis duit. Kalau kedekut duit jangan masuk politik lebih baik main dengan anak bini di rumah!

Ahli politik yang bijak buat program tanpa guna duit. DS Najib selalu cakap kepada ahli politik UMNO buat program sebenarnya tak perlu pakai duit.

Pemuda UMNO Jerantut boleh buat Karnival Jerantut bajet RM2 juta tanpa keluar duit! WZWH akan tunjukkan bagaimana?....

















Ini motto Karnival 1Malaysia Parlimen Jerantut : Kas Sayang Jerantut...Moh Ke Jerantut Wehh !! bermula 19 Januari hingga 24 Februari 2013.



















Ada lagi program-program yang tak perlu pakai belanja...contoh ini majlis perkahwinan di Dewan MDJ boleh jumpa ramai orang.



















Kenduri aqiqah anak orang kampung di Kg Jerantut Feri.

Kena turun bersama rakyat bercampur dengan mereka di bawah.

Kenduri kahwin di Kg Kekura Tembeling Tengah.

Kejohanan Bola Sepak DUN Pulau Tawar anjuran Pemuda UMNO Jerantut sebagai permulaan pada 19 Januari 2013 di Felda Kota Gelanggi 3.

Selepas ini Kejohanan Bola Sepak DUN Damak pada 26 Januari 2013 di Kg Ulu Cheka.

Diikuti Kejohanan Bola Sepak DUN Tahan pada 2 Februari 2013 di Felda Sungai Retang.

Akhirnya 8 pasukan terbaik setiap DUN akan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Parlimen Jerantut pada 9 Februari 2013 di bandar Jerantut.

Disamping itu Kejohanan Futsal setiap DUN juga serentak berlansung selepas Kejohanan Bola Sepak DUN.

Akhirnya Kejohanan Futsal Parlimen Jerantut.

Permainan lain seperti bola jaring, badminton, takraw, dan bola keranjang diadakan peringkat Parlimen Jerantut.

Acara-acara lain sepanjang karnival ialah Youth Job Fair melibatkan  500 syarikat swasta dibawa turun oleh YB Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Anak-anak muda Jerantut dan dari seluruh Pahang boleh datang memohon pekerjaan.

100 syarikat telekomunikasi akan dibawa memberi rebat telefon smart phone untuk orang muda Jerantut.

Program kebudayaan, hiburan juga di adakan. Dikir Barat, persembahan artis-artis Astro, Battle of The Band.

DSD Adnan Yaakob MB Pahang akan turun dengan program pendidikan melibatkan penyertaan Yayasan Pahang dan beberapa universiti di Bandar Wawasan Jerantut.

Acara kemuncak DS Najib akan turun sehari ke bandar Jerantut dari pagi hingga petang berjumpa rakyat Jerantut. BRIM 2.0 akan diberi kepada semua orang Jerantut.

Tidak ketinggalan DS Rosmah Mansor juga turut berminat turun ke Jerantut dengan program yang tersendiri.

WZWH menjangkakan 100,000 orang akan mengunjungi Karnival Jerantut. Ini perhimpunan besar bagi orang Jerantut.

Urusetia Pemuda UMNO dan Belia Jerantut mengurus Kejohanan Bola Sepak peringkat DUN dan Parlimen Jerantut.

Tendangan penalti bagi menentukan tempat ke separuh akhir di padang bola SR Felda Kota Gelanggi 3.

Perlawanan menarik antara pasukan Felda Jengka 12 dan PUTA (Pulau Tawar).

Sesi bergambar sebelum perlawana akhir antara pasukan Felda Jengka 8 dengan PUTA ( Pulau Tawar) 


YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia berucap mengalu-alukan 16 pasukan yang terlibat.

Sebenarnya Dato' Wan Amizan walau beliau ADUN Tahan tetapi beliau juga adalah Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 12 dalam DUN Pulau Tawar. Dato' Wan Amizan adalah anak peneroka Felda Jengka 12.

Beliau mahu semua pemuda dan belia melibatkan diri dalam program-program yang akan diadakan sepanjang Karnival Parlimen Jerantut malah program akan berterusan sehingga parlimen dibubarkan.

Pasukan Veteran Felda Kota Gelanggi 1 tempat ke 4 menerima wang tunai RM700.

Pasukan Felda Jengka 12 tempat ke 3 menerima wang tunai RM1000.

Pasukan Felda Jengka 8 tempat ke 2 menerima wang tunai RM2000.

Pasukan PUTA (Pulau Tawar) johan menerima wang tunai RM3000 dan medal. Dato' Wan mengalungkan medal kepada kapten PUTA. Kelihatan Pegawai Belia Jerantut yang aktif mengerakkan belia Daerah Jerantut iaitu Encik Wan Jaimi.

Dato' Wan Amizan selaku Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 12 ( dalam DUN Pulau Tawar ) perlu juga melayan anak-anak buah makan malam di Restoran Kesidang di Simpang Jengka 8. Disamping menumpukan hal rakyat di DUN Tahan. 

Berbalik kepada persoalan bagaimana Pemuda UMNO Bahagian Jerantut boleh menjayakan Karnival 1Malaysia Parlimen Jerantut dengan bajet RM2 juta tanpa guna duit 1 sen pun!???

Kita kena melibatkan semua..ahli parlimen, ADUN, Ketua-Ketua Jabatan, GLC, syarikat-syarikat swasta dan kerajaan serta sokongan orang ramai.

Tiada alasan untuk tidak buat program di bumi Malaysia...Itu yang DS Najib selalu pesan kepada ahli politik UMNO dan BN...sebenarnya kalau mahu buat program untuk rakyat tidak perlu pakai duit keluar duit belanja ahli politik.

Maka kita semua pertahankanlah UMNO dan BN parti paling lama memerintah dalam dunia. Jangan biarkan musuh mahu memadam dan menghuruharakan kestabilan dan kemakmuran politik, ekonomi dan sosial negara serta keharmonian agama dan hubungan kaum berbilang bangsa di tanah paling diberkati Allah dalam dunia-Malaysia.

17 comments:

Anonymous said...

Lepas pru toke2 ckp "latok gua manyak tlong sama lu.itu aa kasi bikin karnival.latok talak keluar itu wang.itu karnival aa rm2juta loh.sikalang UMNO BNsdh menang maa.gua mau latok kasi aprov itu tanah aa,belakng itu balak aa gua mohon1k ekar,kasi aprov la latok.nanti pru ampat belas, gua kasi tolong lg ma.you help me i help u.tq latok

Anonymous said...

In three weeks time the parliament will be dissolved. Eligible voters are able to exercise their rights and freedom to choose their Administrator.

In Jerantut, the voters have decided. Barisan National/ Umno is their justifiable choice.

The victory is directing toward Barisan National to continue administrating the Nation for further progress and stability. The politics of hatred is unacceptable to the voters with rational behavior takes precedence over emotion and illusion.

People Up-Roused Rally organized in Kuala Lumpur by the opposition had gone by, aimed at the ruling party of Barisan National for defeat. The manifesto is simply mischievous: BN is dead , KO BN , down to Najib and posting up the offensive-sordid slogans of simplicity damming the  Nation when it is at its pick to positively take off for further economic progress and political stability. By that, the opposition is marked for taking the order of seeding hatred in justifying their political campaign.

However, noting can to stop this ugly rally because Democracy and Freedom are alive and triumph in this administratively and orderly country. The so-called partiality of branded freedom lineal to insurrection justifying the opposition is permissible and tolerated  even though it is an expense of peoples' peace and harmony.

The belligerent movement has long begun already. Their march to Stadium Merdeka were the final demonstration  of such leadership of the opposition elites goaded the sheep to political melee of preemptive justification for victory. Nevertheless, the antithesis of the movement in waiting, would be totally damped for defeat against the decisive might of  peoples' will of rationality and wisdom.

The big mistake had been their desperate leaders who in their speeches were in bigger hurry to create the momentum of political sentiment of hatred toward the voters' democratic will.

They flagged up the theme of aversion in their campaign was in turn locked into politically backlashes. As claimed, for the sake of their freedom, their brand of freedom are under going realization that freedom of expression is not absolute. In con-thinking that it is absolute, their supporters realized that their votes to the opposition will devastate political stability in reality of the multicultural environment which was once carelessly conceived by them.

At the moment there are abundant evidences by the oppositions' campaign of hatred to realize the voters what will happen happened  to this country if they lead Putrajaya. This realization has begun already not only to the fence sitters but the hard-core members of the opposition. The realization of truth rather than lies will in turn be converted to votes conveying the result of the status quo of the 2004 General Election.

In the nut shell, their belligerent campaigns had  resulted more fear among the voters, especially the younger voters, distrusting the integrity of the opposition leaders and their leadership. The realization in need for a political stability has come to its grip and has taken its cause for Barisan National/Umno peoples' victory.

Anonymous said...

Senario yg dikemukakan oleh Azrul menyebkan ahli ekonomi BIMB ini digantung kerja oleh majikannya (atas arahan tuan politik).

Diantara senario yg paling memedihkan hati pemuka 'demokrasi ala M'sia' termasuklah...

Senario dengan kebarangkalian yang rendah:
• Kalah teruk untuk BN, mendapatkan hanya 82-92 kerusi parlimen (kemenangan besar bagi PR: 130-140).
• Kegagalan untuk menawan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
• Hilang pengusaan di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Pahang.
• Menang tipis untuk mengekalkan Johor dan Melaka.
• Kalah teruk di Sabah dan Sarawak.


Syabas Azrul...anak muda seperti anak Mat Periba sentiasa bersama kamu dan bersama kebenaran...

Anonymous said...

Lihat di mana sahaja mana lagi ada politik kebencian. Pro pembangkang yang tidak diketahui jumlah bilangan dan status quo termasuk dari jaringan kerajaan yng berintregriti pembangkang melihat satu perkembangan positif ke arah pengambilan alih Putrajaya dengan majoriti mudah oleh pihak pembangkang. ajusteru menpen termasuk hari2 kini terakhir pasti masih belum memebrikan keyakinan kepada satus pengundi muda dan gulungan hard core di mana mereka tidak akan berganjak walaupun mereka digula2kan. Mereka ambil gula2 tapi anak2 muda mereka yang berpendidikan tinggi merasakan kejelekan pemimpin dan kerakusan berterusan tidak "mahu dengar cakap" mereka bosan dengan kerenah pemimpin yang dikatakan celik tapi buta pendengaran dan idea.

Sila ambil perhatian...

Anonymous said...

LISTEN, LISTEN, LISTEN,

INI POLITIK BERTARAF NASIONAL

"Bila (Tun Dr Mahathir Mohamad) kata Tunku (Abdul Rahman) melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India," kata pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari.

Mahathir (ikon KM) sekarang dalam keadaan tersepit dgn isu pemberian kewarganegaraan segera kpd warga asing bertujuan memenangkan BN Sabah oleh beliau suatu ketika dulu...

POLITIK BERTEARF JERANTUT...buat carnival-main bola kemudian sumbang piala pusingan, pergi kenduri kawin dan bawa 2 kampit beras 95%, hadir kemajlis aqiqah dgn tak lupa merenjis tepung tawar kekepala bayi...Yg paling best, buat konsert panggil Ela atau Awee sama2 nyanyi sampai pagi...

Anonymous said...

Ni baru wakil rakyat , selalu turun padang mendengar keluh kesah penduduk tak kira DUN . Sanggup berhabis jutaan ringgit demi pemuda ..

Mana dr syukri dan mana tengku lan ni .. sejak pilihanraya 2008 brapa kali sgt dia org turun padang mendengar keluhan penduduk yg ada hanya dollah kicap dan kuncu2 nya mengaut keuntungan ..

Pada pimpinan harap tiada lg pemimpin seperti ini di masa akn datang .. dengar apa mslh akar umbi .

Anonymous said...

Dalam keadaan terdesak Pembangkang telah lebih berdamping dengan informasi dan cerita dongeng politik yang dipetik dari ahli tilik politik mereka. Apa yang ditilik oleh Azul yang cuba menterjemakan hasil kiraanya, kononnya akan memberi keyakinan kepada pengundi yang pembangkang akan menang tipis. 

Ini adalah lumrah pembangkang untuk mengambarkan bahawa mereka kononnya telah mendapat sokongan padu. Sebaliknya, pengundi sedar pembangkang sungguh dalam keadaan terdesak untuk mehampiri Putrajaya.

Pengundi tahu siapa dia Azul. Rupanya Azul salah seorang penyelidikan pasaran dari Bank Islam dan juga seorang ahli jawatan kuasa kepada parti politik , PKR Bahagian Putrajaya. Azul ialah juga salah seorang yang difahamkan juru kader daripada 128 propagandis, hantu raya politik kepada Anwar.

Apa yang dijanjikan oleh Anwar kepada Azul  adalah satu pertanyaan. Sampai Azul berani mengadaikan kerjayanya kepada Anwar, mungkin Shamsidar lebih tahu apa yang dijanjikan. 

Anonymous said...

Anon 9:12,

Kamu duduk cerita pasai Azrul kononnya beliau sebagai 'barua' Anwar. Apa cerita dgn barua2 Najib pulak...berapa ramai Prof di IPTA dan CEO GLC yg kerjanya tak lain asyik menyonyot puting tetek Najib yg tak bersusu tu..Mereka2 ini bukan ahli UMNO kah...sebagai contoh, kamu tolong check siapa dia Dato' Sobri Ahamd, Group Presiden FGV dan FHB dan apa jawatannya dalam UMNO...

Prof2 kangkung ini bukan saja bertaraf hantu raya malah boleh dikelaskan sebagai pontianak... Sanggup melaporkan perkara2 yg boleh menyenangkan hati tuannya. Sebagai habuan...angkat mereka jadi VC atau sekurang2nya DVC di mana2 IPTA...

Anonymous said...

pekong telah pecah berbah habis. wzwh telah buka pekong, toi awakil yang paling ahebat kelas dunia, banyak jawatan di sandang selainya Tim ketua AMANAU bhg jantet, kppamanu bhg jantet, eksko ppamanu m'sia. wow banyak prujit, masukkkk........ Calaim jangan tak klim, selepas GE13 ort lain pula kebas PR menawan putrajaya. Nanti jika tak tentunya menayut panggtilan Ialahi, palin g tidak menayut panggilan sprm atau pihak berkuasa yang lain pdrm atau LHDN, Laporan audit Negara. tunggu....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:33,
Nak komen tulislah ejaan baik-baik, pening kepala membaca maksudnya...

sang sapurba said...

bodoh,budak sekolah tadika pun nak mengomen di sini.belajar lah menulis sampai pandai.ini tunggang langgang nak baca pun susah.

tunjuk pandai pulak tu.serupa aje dengan nik aziz dan hj hadi.ilmu sikit tapi angkuh.last-last kena sembur dgn majlis syura.

Anonymous said...

I can't help but agree Jerantut voters will deliver Jerantut to UMNO/BN helmed by the two Wans. They deserve this. I have seen and heard myself this ADUN ( Wan something with a short neck )berating in a cofee shop in KL surrounded by awe-looking imbecile listeners. I was told the listeners entourage are mostly from Jerantut. This ADUN is loud, I mean really loud but empty loud.

As for the other Wan, I have not heard him speak but from his blog postings ( especially the ' palsu ' photo of HKR112 rally participants converging on the trees and rooftop of Stadium Merdeka )I say, Jerantut folks can have this man.

My deepest sympathy and bon vovage.

Anonymous said...

Wzwh kas nk tanya ngan oak ni , kenapa bila wan mizan buat liga dun pulau tawar tiada seorang pun wakil bahagian umno jerantut yg turut serta bagaimana pula dengan dun damak dan dun tahan nanti agak nya . Yang ada segelintir sahaja pemuda yang tiada apa2 jawatan dlm exco pemuda bahagian . Bila bercakap di kedai kopi sampai mati pun aku pangkah umno , pada kas la ini semua budaya kopak mengopak ( mengampu , bodek dan sebagainya la ). Bagaimana kita nk menang pru13 nanti , tak kan nk berlawan bila nk sampai penghujung nya nanti . Pada pimpinan atasan bahagian tak kira la tercalon atau tidak yang adalah parti dan bersyukur di lantik sepenggal atau berpenggal2 . Pada ahli parlimen pulak , sekejab nk bertanding sekejab tak nak bertanding , buat malu umno bahagian mcm tun mahathir pulak kejab keluar umno kejab masuk umno patut la keluar dalam akbar india tempohoh hari . Renung2 kan lah semua ini demi parti yang kita dokong selama ini demi bangsa melayu dan maruah kita sendiri .

Anonymous said...

Wakil Bahagian @ AJK UMNO Bahagian yang lain suka duduk rumah main kote dan batu...

Anonymous said...

Anon 4.23 pm .

Beretika bila bercakap tu , mana sopan santun kita bangsa melayu . Kan dah dpt dosa kering hari ini . Dapat pahala pd org yg anda maksud kan ...

Anonymous said...

kalu tengok gambo, hok tengah tu besor-besor blako. Guano boh????? Kalu menang PRU 13 KOHO BESOR LAH WEIIIIIIIIIIIII

Anonymous said...

UMNOBEND KALU TAKDOK DUIT TAK BUAT KEJE BOH.dAPAT 20 PUTUH PALE PN TAKPE.............

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...