Wednesday, January 16, 2013

Perkembangan Politik Jerantut Terkini...



















YBM Tengku Azlan dan YB Dato' Dr Shukri banyak memberi dorongan dan galakan serta sokongan kepada Dato' Wan Amizan mengepalai jentera kempen UMNO dan BN buat PRU 13.

Ramai orang Jerantut mahu WZWH kembali menulis politik Jerantut. Mereka rindu kepada posting-posting yang melibatkan ahli politik Jerantut baik BN atau Pakatan Rakyat.

Terutama posting kritik ahli politik-ahli politik tertentu-bab kata mengata...

WZWH cakap PRU 13 sudah dekat tidak elok tulis posting begitu nanti pucuk pimpinan marah. Bila WZWH semakin berumur dan matang banyak perkara perlu difikir sehalus-halus sebelum menulis.

Bagi posting-posting WZWH yang sudah terlepas sejak tahun 2010 lagi bila bab-bab mengkritik dan mengata pemimpin tempatan baik BN dan Pakatan Rakyat maka WZWH ucap banyak maaf jika sekiranya itu boleh menguris perasaan mereka.

Namun sebaliknya ramai yang suka termasuk mereka yang terlibat kerana apa-apa cerita, berita, rumours, gosip mengenai mereka boleh buat mereka popular kerana ramai pengundi Jerantut terutamanya suka membaca dan mula mengenali mereka.

Ramai yang mendesak supaya WZWH menulis dan mengetengah bakal calon-calon terutama dari UMNO dan BN juga ramalan tentang calon-calon Pakatan Rakyat Jerantut.

Ingin WZWH menegaskan disini semua calon-calon baik parlimen dan ADUN telah selesai diputuskan oleh pucuk pimpinan. Tidak perlu lobi melobi lagi.

DS Najib memilih calon-calon baik parlimen atau DUN manakala TS Muhyiddin Yasin menumpu kepada strategi PRU 13.

Sesiapa yang terpilih itu rezeki dan tanggungjawab mereka dan perlu semua ahli parti menyokong. Yang tidak terpilih menjadi calon bukanlah mereka tidak bagus cuma hanya seorang calon yang dianggap 'winnable candidate' dipilih sesuai pada masa ini.

Janganlah bila tidak dicalonkan kita sabotaj parti dan mengarah penyokong kita undi pembangkang!

Berkenaan pembangkang Jerantut pula Pakatan Rakyat belum memutuskan lagi samada PAS atau PKR bertanding parlimen Jerantut.

Calon lama PAS parlimen Jerantut dikata tidak lagi mahu bertanding. Tuan Ibrahim Tuan Man pun tidak berminat bertanding di parlimen Jerantut. Siapa calon dan tokoh PAS mahu diketengahkan di Jerantut.

Yang WZWH nampak PAS tidak ada tokoh mahu ditonjolkan kerana yang lain tidak dikenali oleh pengundi Jerantut dan grassroot. PAS Jerantut jadi buntu sekarang ini membolehkan PKR mahu mencadangkan meletakkan calon parlimen.

Masalahnya PKR Jerantut lansung tidak ada pemimpin yang berkaliber dikenali pengundi Jerantut. 

WZWH meramalkan Pakatan Rakyat akan mengambil calon import dari luar yang kurang atau tidak tahu apa itu budaya politik, ekonomi dan sosial Jerantut.

Sentimen orang Jerantut jelas ini kali PRU 13, "kas sayang Jerantut...kas mahu orang kas".

Maksud orang kas ialah calon yang memahami kehendak semua peringkat golongan orang Jerantut dan laju bertindak buat kerja-result oriented.

Bagi UMNO dan BN Jerantut pula mudah...siapa yang ditunjukkan oleh DS Najib nanti itulah yang disokong dan gerak kerja kempen diperhebat dan all out menjelang PRU 13.

9 comments:

Anonymous said...

wan,

PR juga tiada ketandusan calon local...kalau BN ada calon berketurunan Wan dan Tengku, apa kurang dgn PR.

Saya difahamkan PAS sedang berunding dgn orang local beketurunan Syed untuk mewakili mereka..syed ini bukan Syed Ibrahim Lawyer bekas calon PAS dulu dan tidak juga Syed Mutalib DO sekarang tetapi beliau benar2 anak tempatan, lahir diJerantut, sekolah pun diJerantut, berkelulusan tinggi dan sekarang ini menetap diJerantut. Tunggu Wan..

Kalau ditakdirkan Syed ini dicalonkan dan Wan juga dicalonkan mewakili BN maka akan berlaku pertembngan ala 'adik beradik'..

Walau apa pun...PAS tidak sangat mengutamakan calon local atau berketurunan bangsawan. Yg paling utama, calon mesti bersih dan kelhatan bersih, berwibawa dan ada nilai tambah untk penduduk Jerantut selain mampu memberi sumbangan politik pkt nasional.

Kalu Syed ini tidak bersetju untuk dicalonkan, PR akan ada calon lain...calon dari PKR, bekas pemimpin kanan UMNO Jerantut suatu ketikan dulu. Tunggu Wan...ini mungkin satu kejutan besar....!!!

Listen, Listen, Listen.

Yg penting UMNO boleh ditumpaskan dan PR maju kePutra Jaya. InshaAllah.



Anonymous said...

banyak gerakkan umno jerantut masing-masing hal kenapa wzwh?

Anonymous said...

PAS mungkin bersetuju utk menukar parlimen Temerloh dgn Parlimen Jerantut. Jadi PAS bertanding di Temerloh dan PKR bertanding Parlimen Jerantut. DAP bertanding di DUN Damak.

Ini hok kawah dengor citer dari org PAS dan PKR la.

Dengo citer juga Yohanis naik Parlimen Jerantut, Pengerusi PR Jerantut bertarung di DUN P. Tawar.Katanya nak prepar utk exco.

UMNO/ BN dah pening kepala dengan strategi PR bagi kerusi Parlimen Jerantut.

Memang kawah kagum dgn percaturan pengerusi PR Jerantut.

Munasabahlah beliau dianggap wira Himpunan Kebangkitan Rakyat baru2 ni di Kerdau. Polis2 pun respek kat dia kerana Public Relation dia dgn polis cukup bagus shingga himpunan berjaya dgn cemerlang.

Semuga beliau mampu mengatur strategi yg terbaik utuk memenangkan PR di Jerantut.

Rasanya rakyat tak kesaoh dah sape pun calon PR, kome rakyat jelata akan terus beri sokongan.

Bravoooooo

Anonymous said...

koi nok tamboh sikit weh.klu UMNO/BN pulok, letak sape pun insya allah rakyat akan tolok.

letok dato wan kito, lagi la??!!!

Anonymous said...

Diharap WZ termasuk dalam senarai bakal calon nanti.

Anonymous said...

Assalamualaikum WZWH
Cuba tulis pula kenapa Dato' Wan Amizan dah lama tak ke Kuala Tahan. Orang Kuala Tahan dah rindu amak ke dia.
Tq

Anonymous said...

WZWH, kalau betul la awak akan bertanding di Jantut, saya nak buat pertukaran tempat mengundi ke Jantut, dikawasan awak bertanding.

Anonymous said...

Bg kwn sbg pengudi Dun Pulau Tawar, BN letaklah sesiapa pun dan PR letaklah sesiapa pun, kwn sekeluarga dah bulatkan tekad TETAP undi PR kecuali PR letak Dap

Anonymous said...

Undilah siapa yang anda suka selagi Anuar dan Nik Aziz menjadi ketua pembangkang sampai mati pun keluarga saya di Felda TETAP di belakang UMNO.
Insyallah.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...