Wednesday, January 30, 2013

Mengenali Pemimpin-Pemimpin Pelapis Dan Muda Jerantut

Sebagai blogger Jerantut WZWH perlu memperkenalkan pemimpin-pemimpin pelapis dan muda Jerantut kepada umum.

Terutama kegiatan orang-orang muda baik NGO, Belia, GPMS dsb di Jerantut. Mereka ini sebenarnya pemimpin-pemimpin pelapis dan muda Jerantut.

Baru-baru ini pada 27 Januari 2013, Ahad malam berlansung program GPMS Malam Penyatuan Berlian "Adat Berbudi, Berwadah Bakti" di Hotel Darul Makmur Jerantut menghimpun pemimpin-pemimpin muda dari mahasiswa, wakil belia dan NGO, pemimpin UMNO, Pemuda, Puteri dan veteran Jerantut.

Majlis diisi dengan sesi perbincangan dan bertukar-tukar fikiran serta penghargaan kepada pemimpin-pemimpin. WZWH paparkan berapa keping foto ihsan dari GPMS Jerantut.

Faiz Mahayudin, Dato' Wan Amizan, Azhar Sulaiman dan Ahmad Shah Jamlus.

Ahmad Shah Jamlus Pengerusi GPMS Jerantut, Dato' Wan Amizan, Dato' Zukarmi, Tn Hj Nazlan, Dato' Bazain dan Cikgu Pian blogger Jerantut.

Orang kuat GPMS Jerantut; Azman, Fasal Jamlus, Faiz dan Zuan.

Zamri SU Pemuda Jerantut, Sofi dan AJK serta Hartini Ketua Puteri Jerantut.

Zarul Penerangan Pemuda Jerantut nampak ketrampilannya berbicara pandangan,

Amir anak Arwah Dato' Khairuddin Kawi sedang melontarkan idea-idea bernas.

Wan Jaimi Pegawai Belia Daerah Jerantut aktif membantu kegiatan belia dan Pemuda UMNO Jerantut.

Dato' Zukarmi bakal calon DUN Pulau Tawar, Hj Nazlan mencongak peluang bertanding di DUN Tahan atau parlimen Jerantut, Dato' Bazain. Dato' Mustapa Long sibuk SMS merancang politik Pahang....gamoknya.

Boleh ke Dato' Wan Amizan naik pangkat?...Itu kena tunggu keputusan DS Najib dulu.

Antara pemimpin-pemimpin muda yang hadir dari wakil mahasiswa, belia dan NGO Jerantut.

Sejak ada Hotel Darul Makmur ini meriah juga acara sosial Jerantut. Tahniah Majlis Ugama Islam Pahang kerana pandai berniaga korporat.

Penghargaan kepada Dato' Wan Amizan ADUN Tahan pemimpin yang begitu memahami semua golongan masyarakat Jerantut. 

Ahmad Shah Jamlus menyampaikan penghargaan kepada Dato' JP Bazain Mahmud seorang pemimpin veteran UMNO yang sangat aktif dengan kegiatan belia sejak beliau masih muda lagi. Mantan ADUN yang masih lagi aktif berpolitik di Jerantut.

Ahli GPMS dan pemimpin bergambar kenangan.

5 comments:

Anonymous said...

Salam 1Malaysia WZWH.
Penduduk Lembah Tembeling mohon jasa blogger seperti WZWH agar menulis pula tentang bakal calon DUN Tahan iaitu Wan Halim yang mula disenangi oleh penduduk Lembah Tembeling setelah wujudnya KAWAT yang kini ahlinya sudah mencecah 3ooo orang terdiri dari orang lama dan anak muda.
Terima kasih.

Anonymous said...

Harap WZWH dapat jadi calonl.


Perayau Jln Jernantut Maran

Anonymous said...

hebat sy respect gpms Jerantut

Anonymous said...

Ingatkan dah habis yang paling gedempoi, tapi masih ada lagi yang terlebih gedempoi dan dempak selain dempok.

Helang Putih said...

Saudara WZWh
Kas ni pengundi DUN TAHAN juga,sdr W Halim ni kas rasa populer diUlu Tembelingn aje,belah ilir, kas rasa tak berapa org tahu,betul tak

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...