Thursday, January 10, 2013

Penyelesaian Isu Kalimah Allah Untuk Semua...


Politik Malaysia sudah berubah.

Dulu sebelum PRU 2008 tidak timbul isu Kalimah Allah untuk bukan Islam @ Bible Melayu.

Selepas PRU 2008 isu ini timbul dan menjelang PRU 13 makin nyata...

WZWH akan kupas isu ini dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh. WZWH cuba berlaku adil kepada semua.

Sekarang ini Pakatan Rakyat bersetuju...UMNO tidak bersetuju, komponen BN ada yang setuju, ada tidak setuju.

PAS yang bersetuju tapi grassroot belum tentu bersetuju.

UMNO tidak bersetuju kerana Perundangan diluluskan di Dewan Undangan Negeri-Negeri dan Sultan tidak bersetuju-Royal Decree.

Pada Zaman British tidak ada masalah kerana hal agama Islam British serah dan percaya kepada Raja-Raja Melayu buat keputusan.

Sultan adalah Ketua Agama Islam dan Istiadat Melayu.

Di Malaya dan hanya di Malaya @ Malaysia satu-satunya negara di dunia yang Kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja. Orang bukan Islam boleh guna Kalimah Allah tapi tidak pada Bible Melayu.

Pakatan Rakyat berhujah mengapa Sabah dan Sarawak boleh Bible Melayu guna kalimah Allah?

Sejarah dulu Sabah dan Sarawak dibawah Kesultanan Brunei/Sulu. Pernah satu masa Kesultanan Sulu menguasai seluruh Filipina dan Borneo.

Bila Sepanyol datang dan menakluk Filipina , pengaruh Kesultanan Sulu hanya di Mindanao atau tanah Bangsamoro.

Begitu juga akhirnya Kesultanan Brunei hilang pengaruh di Sabah dan Sarawak kepada Syarikat Inggeris dan James Brooke Raja Putih Sarawak.

Sabah dan Sarawak sudah menjadi negeri tidak beraja/bersultan maka sangat mudah untuk mubaligh Kristian mempengaruhi Syarikat Inggeris dan James Brooke untuk guna kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu.

Bible Melayu ini senang hendak Kristiankan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Semenanjung Malaysia adalah Tanah Melayu yang beRaja dan BerSultan. Pandangan Sultan dan Royal Decree diambilkira.

Kini komuniti gereja Malaysia mahu Kalimah Allah diguna dalam Bible Melayu di Semenanjung.

WZWH sudah cakap Perundangan Dewan Undangan mana-mana negeri di Semenanjung tidak membenarkan dan juga Majlis Raja-Raja Melayu tidak bersetuju.

Secara peribadi WZWH tidak bersetuju kerana 2 sebab:


Orang Islam mewakili 60 %  dari 28 juta penduduk Malaysia. Buat apa kita mahu upset atau timbulkan ketidakselesaan kepada masyarakat kita yang berbilang bangsa dan agama.

Selama ini komuniti Kristian bebas mengamalkan ibadat ugama mereka.

Jika sekiranya Gereja-Gereja Kristian di Semenanjung Malaysia mahu juga Kalimah Alllah diguna dalam Bible Melayu maka WZWH mencadangkan:

  1. Oleh kerana ada historian yang mengatakan bahawa bangsa Melayu adalah The Lost Tribe Of Israel maka perkataan 'Lord' atau 'God' itu bolehlah digunakan dalam Bahasa Hebrew.
  2. Bahasa Hebrew adalah bahasa yang dipertuturkan oleh orang Yahudi maka Kalimah Allah itu boleh ditulis dalam Bible Melayu sebagai 'Yahweh' atau 'Elohim'.
  3. Ini juga bahasa yang digunakan oleh Jesus Christ @ Nabi Isa.
OK maka persetujuan telah dicapai...Kalimah Allah dalam Bible Melayu ditulis...

Yahweh...Elohim...Yahweh...Elohim...Yahweh...Elohim

Semua Paderi Kristian bersetuju...
Lim Guan Eng bersetuju...
Nik Aziz bersetuju...
Hadi Awang bersetuju...
Anwar Ibrahim bersetuju...

DS Najib pun WZWH pujuk bersetujulah... 

23 comments:

Anonymous said...

Wan,

Ini ulasan yg agak baik. Syabas..

Sebenarnya masing2 ulama' (bukan ULA(RSE)MAK) ada hujah...selepas berhujah melalui beberapa displin ilmu...nakli dan akli maka mereka menyatakan pendirian dan pendirian ini merupakan ijhtihad individu yg takutkan Allah. Jadi kita tidak perlu menyanggah pendirian mereka jika tidak ada kebolehan dalam berijhtihad.

Berkaitan dgn ijhtihad ini, ulama' dalam PAS pun ada berbagai2 pandangan. Ada setuju dan ada yg tak setuju. Yg bersetuju sebagaimana yg disebut oleh TGHA bukanlah secara mutlak, ada dgn syarat2 tertentu. Demikian pula pandangan ulama' bebas, ada yg setuju dan ada yg tidak bersetuju. MAZA bersetuju manakala Dr Zaharuddin Abd Rahman dan Dr Zulkefli Al Bakri tak bersetuju...

Yg kita tidak mahu ialah setuju atau tidak bersetuju hanya bersandarkan kpd hujah politik...

Kita pun sedang menunggu pandangan2drp pemimpin2 UMNO..Jangan asyik melaga2kan panadangan diantara ulama'2 PAS sahaja (seperti yg dipaparkan dlm Utusan Melayu hari ini).

Oh ye! Musidul Am UMNO Pak Mahathir, macamana?? Mengapa berdiam diri..Kalau selama ini PAK seringkalai memberi pandangan sebagai seorg ahli politik atau seorang ULA(RSE)MAK, kali ini bagaimana????...

Bagi mencerahkan lagi pengetahuan kita mengenai kalimah Allah, sila berkunjung ke Blog, Che Ahmad-Blog.

Mat Periba

Anonymous said...

Medi uMno menag dalam Isu ini, pas menjadi kambing hitam PR... DAP untung

Anonymous said...

Apa ke sebuk sangat nak pakai Allah juga tu.
Pakai Yahweh..Elohim sudah lah Wok.
Zurik wok, awak ni boleh tahan kreatif. he he he.

Anonymous said...

Isu pengunaan Allah dalam bible melayu harus di tolak.Begitulah juga dengan kurang ajarnya pakatan Rakyat yang mahu tukarkan bendera Jalur Gemilang pada bendera bangsat merupai bendera Singapura dibawah PAP.Hidup PR.Tukar semuanya.

Scorpion

Anonymous said...

Anon 1:48PM baru saja balik solat Jumaat..takkan selepas solat jumaat dah mula buat pembohongan. Bila pulak PR nak tukar bendera. Ini jenis otak Utusan atau TV3...

Anonymous said...

Cuba cari sbb mngapa bndera singapore dan indonesia hampir sama - tanyalh lebai google apa yg dia tau.

Anonymous said...

Ape beza dgn kau, otak harakah atau keadilan. .....Jgn la merapu!

Anonymous said...

Jangpan lupa Kebangkitan Rakyat Huruhara di Stadium Merdeka esok.Fuckatan Rakyat tetap mahu tukar Kerajaan Ameeno.Kita tukar bendera Jalur Gemilang,gunakan Allah untuk semua ugama,LGE boleh jadi PM .Barulah adil.LBGT , kebebasan berugama, bersuara,berkumpul semuanya hak rakyat.Jangan lupa kita mahu satu juta hadhir.Tanpa perhimpanan dan sikit rusuhan kita akan kalah pru 13.

Anonymous said...

Ini jawapan blogger Melayu DAP DUN Pulau Manis dalam blognya dan bandingkan dengan cara bahasa Wan Zurik dari Jerantut.Ada bezanya !

" sakmongkol AK47 January 2013 09:12
anon 19:07

i can do better than cuci pantat LKS. if you show and argue which part of the writing is nonsensical, i will cuci your pantat.
i am sure you cannot- this blog is the Lumpini stadium for Muay Thai, the Madision Square Garden for Boxing, the Wimbledon for Tennis. you and your kind are only fit to play at the TPCA stadium, if UMNO has not demolished and piratized it yet."

Sakmongkol oh Sakmongkol !

Anak Felda



Anonymous said...

Live dari kampung Baru

http://anilnetto.com/

Anonymous said...

Anak Felda,

Tak payah sebuk pasal Sak mencarut...Najib pun pandai mencarut.

Kamu kena sebuk bantu bapak2 dan sahabat bapak2 kamu yg tak lama lagi akan menghadapi masalah pendapatan yg merudum. Harga sawit jatuh..harga getah jatuh, harga air liur burung walit pun jatuh.

Kamu pergilah mengadu kat Isa Samad atau Datuk Mazlan mintak FGV bantu. Kan dulu2 sebelum FGV dilistingkan Datuk Mazlan sebuk berjanji nak bantu para2 peneroka termasuk geng2 awak jika harga komoditi ini jatuh. Inilah masanya perlu tuntut janji. FGV akan tolong punya. Lagi pun saham FGV 820 unit yg Isa Samad kasi tu memang cukup besar dan boleh dijual pada bila2 masa bagi mendapat keuntungan berlipat ganda...jangan risau.

Dalam keadaan susuh ini, janganlah pulak kamu marah kat Najib yg mengharamjadahkan geng2 kome yg tak bersetuju dgn kerja2 pengkhianatan keatas tanah ladang sawit Felda seluas 352,000 hektar tu...Kau teruskanlah kerja memaki hamun kat kome dgn sepuas2nya sebab geng2 komelah yg menyebabkan harga sawit dan getah jatuh sekarang...

Anonymous said...

Salam semua dan anon 8.02,

Harga sawit tanpa FGVH saperti juga komoditi lain tetap turun dan naik mengikut pasaran dunia.Apa ada kena mengena dengan politik.Anda mahu pilih siapa ,itu hak anda asalkan jangan menyalahkan orang lain.Apa yang dilakukan kerajaan adalah satu kesungguhan untuk yang terbaik bagi warga Felda/rakyat.Kenapa berperasangka buruk pada kerajaan pada satu usha yang baik.Siapakah mereka ini yang cuba menghalang usha baik ini hanya kerana politik sempit sedangkan mereka tidak punya visi yang boleh kita banggakan pun.Mereka bersikap negatif.

Ramai yang akan ke Stadium Merdeka dan ramai juga anak bangsa sekarang sedang menghadiri SEMINAR BERANI 2013 ,dikelolakan Dr Azizan Osman di Setia Alam Convention Centre satu motivasi yang baik -saorang Pakar Pemasaran #1 Asia.Paradigm Shift inilah sebenarnya yang diperlukan oleh orang melayu. Bukan berpolitik sepanjang masa!!.

Kita mahu membantu semua orang diatas kejayaan kita bukan hanya untuk diri kita sahaja.Ingat tu, kepada yang berjaya anda punyai tanggungjawab .

Kita tolak segala elemen NEGATIVE dan kita hanya mahukan yang positif dan positif dan positif.Business, business dan business.Tanyalah Dr Azizan ya.

@ Kampong man -Your business Sifu

Anonymous said...

Bro Kampongman,

Wow...orang ramai yang menyertai seminar Dr Azizan Osman pun sampai 45K orang macam yang pi stadium merdeka? Kaya le Dr Azizan...

Dari berita nightline semalam, ramai juga kaum India yang hadir ke Tesco Semenyih untuk menyambut Najib.

Seelok-eloknya, adalah lebih bermanafaat jika kaum india ini dibawa ke seminar Dr Azizan kat Setia Alam convention center. Sekurang-kurangnya mereka dapat pencerahan dan perspektif baru dalam hidup ini. Mereka amat memerlukannya.

Anon 5:05

Kampong man said...

Salam semua dan Sdra anon 5.05,

Alhamdulilah,tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku diperhimpunan di Stadium Merdeka semalam dan ini membuktikan transformasi politik dan kebebasan berkumpul dihormati semua sekira peserta menghormati syarat pihak berkuasa PDRM.Difahamkan 45K hadhir dan Seminar Dr Azizan pula dihadiri tidak kurang dari 3000 orang rata rata semuanya Melayu katanya yang mahukan perubahan hidup dengan BERNIAGA. Saorang motivator saperti juga Dr Hassan Ali, Dr Fadilah Kamsah dan ramai lagi dalam bidang masing masing.Yang pasti Dr Azizan sangat berjaya sekalu dan adalah jutawan menuju billionaire.

Pihak penganjur menamakan perhimpunan semalam sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dan ada yang menamakan dengan nama lain Himpunan Shamsidar pulak.Isshhh..macam macam ada.Malaysia yang berwarna warni.

Walaubagaimana pun pendirian dan pandangan PAS dalam isu kalimah Allah ini masih bercelaru dan hampir 95% ahli PAS menolak pucuk pimpinan parti menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tanpa persetujuan Majlis Syura Ulama dan bukan nya mana mana biro dalam PAS,terutama dari golongan erdogan dan Anwarinas.Keliru juga nampaknya.Satu modal politik pembangkang nampaknya terdesak sanggup menggunakan ugama dalam isu sensitif ini sebagai mainan.LGE dari DAP sepatutnya tidak memainkan isu ini bagi meraih undi kaum Cina dan Kristian terutama mereka di Sabah dan Sarawak yang menjadi penentu kemenangan mutlak PRU 13 nanti.

@Kampong man lebih mempercayai ulama terutama Dr Harun Din.Sudah dengar pandangan beliau di Utube ? Bukan dari Zairil Khir Johari.Lagipun siapalah mamat Zairil ni pun ?

Anonymous said...

Bro KM dan anaknda Anak Felda,

Janji Najib, Mazlan dan Isa bahawa penyenaraian FGV ke Bursa malaysia dulu antara lain bagi mempastikan pendapatan peneroka stabil dan terjamin disebalik fenomena ketidaktentuan harga pasaran minyak sawit global. Nah, sekarang harga sawit (CPO) merudum keparas terendah sekitar RM2,300/mt atau RM380/mt bagi buah sawit (FFB) menjadikan pendapatan peneroka hanya sekitar RM1,500 sebulan (vs sebelumnya RM4,000). Jadi, apa tunggu lagi...bantulah. Tolong tunjukkan kepada ratusan ribu peneroka apakah mekanisma yg FGV boleh gunakan untuk bantu peneroka...adakah dgn 810 unit saham ini sudah memadaikah!??

Bro KM...fungsi FGV sebenarnya tak lain cuma sebagai permis meja judi bagi spekulator membuat duit...jika peneroka sama2 berada dimeja ini pasti akan teperangkap dgn mainan spekulator ini..Kesian pencarum EPF serta beberapa tabung awam yg lain..duit mereka telah digunakan untuk mengstabilkan harga FGV dipasaran saham..sehingga kini telah rugi kira2 RM75 juta melalui kegiatan sepulatif ini..

Yg memain peranan besar bagi membantu peneroka sebenarnya datang drp syarikat FHB yg mana peneroka (melalui KPF-koperasi) memiliki kepentingan 51% didalamnya. Keuntungan PBT FHB sebelum ini yg hampir mencecah 1 billion telah pun menjanjikan pulangan dividen yg lumayan kpd KPF. Pulangan lumayan kpd KPF bermakna para2 peneroka akan menikmati dividen/bonus pelaburan yg terjamin tinggi (selama ini purata dividen 15% setelah ditolak zakat) ..Bayangkan bagi pelaburan mak RM250,000, berapa banyak dividen yg mereka perolehi...

Namun sekarang walaupun FGV cuma memiliki saham 49% dalam FHB tetapi peranannya menghuharakan aktiviti FHB dalam semua sektor sawit (value chain) telah menyebabkan keuntungan FHB terjejas teruk... Sepatutnya FGV lebih menumpu kpd mencari peluang2 baru dalam bisnes bukan merombak aktiviti sedia ada FHB yg ternyata telah memiliki daya saing...

Ini KM dan Anak Felda kena tau dan ambik tau...


Mat Periba



Anonymous said...

.........Sambungan,

Siapa kata harga CPO (minyak sawit) ditentukan semata2 oleh pasaran. Apa yg berlaku hari ini, disebabkan lambakan minyak masak dipasaran, kedudukkan pasaran ditentukan oleh Bayer Market. Cina merupakan bayer market dgn menguasai 45% dalam pasaran import CPO dunia..Demi kepentingan, mereka dgn senang mengenakan sayarat2 ketat terhadap kualaiti RBD PO (minyak yg telah ditapis) iaitu berdasarkan kualiti dipelabuhan mereka... tidak lagi berpandu kpd kualiti yg dikeluarkan oleh pihak pengeksport.
Dalam hal ini, kerajaan M'sia pimpinan Najib seharuskan bekerjasama dgn Indo bagi mengubah kedudukkan bayer market kpd saler market. Kerjasama ini penting memandangkan Indo merupakan pengeluar utama CPO dunia dan mereka walaupun tidak bagitu terkesan dgn kejatuhan harga CPO global kerana kos pengeluaran mereka jauh lebih murah namun dgn populasi rakyat mereka yg tinggi mereka berkuasa menahan CPO untuk tidak dieksport keluar pada tempoh2 tertentu bagi mengelakkan harg terus jatuh…

Setakat ini, Najib nampaknya tidak berbuat apa2 dan seolah2 hilang punca… mungkin terkesan isu Deepak agaknya.

Kampong nan said...

Salam ,

Tidak apa yang boleh bergerak sekira kita bersikap TIDAK BERANI mengambil RISIKO.Pada KM ianya amat mudah dan ia berbalik kepada yang selalu KM sarankan.KM melihatnya begini:

" THE GLASS IS HALF FULL " For the OPTIMIST and

" THE GLASS IS HALF EMPTY " For the PESSIMIST.

Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih !. Tidak ada yang pasti.Wallahwuallam.




Anonymous said...

Kampongman,

Saya tak nak komen mengenai isu kalimah Allah kerana salah satu asas dalam Islam yang perlu kita tahu ialah batas-batas Iman iaitu apa yang boleh menyebabkan iman kita tergelincir atau dengan kata lain boleh menyebabkan iman kita batal.

Saya tidak berani berhujah seperti Bro dalam perkara Islam yang saya tidak mahir kerana takut terjerumus atau terlanggar syarat-syarat yang boleh membatalkan iman.Bro begitu confident,silakan....

Saya telah membaca dan membuat semakan tentang bahasan ulamak mengenai isu ini. Saya agak tertarik dengan kupasan Dr Zaharuddin Ab. Rahman dalam isu ini. Menurutnya, dari segi tafsiran Al-Quraan, kedua-dua pendapat diterima oleh jumhur ulamak.

satu aspek lagi adalah dari aspek dakwah atau menjaga Islam itu sendiri mengikut tempat. Antara kedua pandangan jumhur ulamak ini yang mana lebih utama. dalam soal ini ia jatuh kepada badan yang berkuasa menjaga hal ehwal Islam dalam sesatu negara untuk menentukan pandangan mana yang harus digunapakai. Bukan people like Haji Hadi, TG Nik Aziz atau bro atau saya.

Dalam konteks Malaysia, badan itu ialah Jakim, majlis Fatwa Kebangsaan, Raja dan Sultan serta Majlis Raja-Raja. Persoalan yang timbul sekarang mengapa badan-badan ini GAGAL menangani isu ini sehingga ianya menyebabkan UKA(RSE)MAK_ULA(RSE)MAK KECOH MEMBERI FATWA BERBAGAI KAT ALAM MAYA?Mereka ini telah merampas amanah Allah yang diberikan oleh badan-badan berkuasa ini. Jawablah mereka-mereka ini di hadapan Allah nanti.

Anon 5:05

Anonymous said...

Bro kampongman,

Isu penggunaan kalimah Allah ini bukan isu baru di negara kita. Ia pernah timbul dalam tahun 2010/11 dulu. Cara bro menjaja isu ini, seolah-olah menunjukkan bahawa Bro mempunyai ingatan yang pendek. Kerajaan telah membuat pendirian mengenai isu ini dalam tahun 2010/11 dulu.

Tanpa menghurai dengan panjang lebar isu tersebut, saya ringkaskan dengan menyatakan 2 keputusan penting kerajaan pada masa itu.

Pertama, KDN telah membenarkan pengimpotan bible versi melayu untuk kegunaan penganut Kristian di Sarawak dengan syarat ditandakan dikulit luar dengan something, saya tak ingat apa.

Kedua, tak lama lepas itu, Kerajaan Malaysia telah membenarkan penganut-penganut Kristian di Sarawak menggunakan perkataan Allah dalam upacara-upacara mereka!

Apakah Bro tidak tahu tentang kelulusan yang diberi oleh Kerajaan mengenai penggunaan dan pendirian kerajaan Malaysia kalimah Allah ini?

Mengapa isu ini timbul lagi setelah kerajaan malaysia telah mengeluarkan pendirian dalam tahun 2010/11 dulu?....janganlah kerana nak mengelirukan orang Islam kerana undi dalam PRU 13 sudah la!..sekadar ingatan. Ingat batas Iman dalam Islam.

Yang lebih menimbulkan was-was apabila membaca komen-komen bro, tidak dapat tidak terlihat niat bro mengungkit isu kalimah Allah ini mempunyai tujuan politik! Awas, bro....

Tindakan bro mengasak PAS dalam isu ini tidak tepat. Bro sepatutnya mengasak pertayaan ini kepada pucuk pimpinan negara atau UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan malaysia hari ini....Jakim dan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sebahagian dari jentera kerajaan Malaysia!

Anon 5:05

Anonymous said...

Noted, Thank you.

@Kampong man

Anonymous said...

Wan,
Ini kenytaan resmi oleh Majlis Sura Ulama' PAS...tak payah nak dipanjangkan lagi. Terpulang kepada pihak berkuasa nak ikut atau tidak memandangkan PAS tiada autoriti untuk menentukan atau untuk mengutkuasakannya...

Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Jadi, jangan tabur fitnah lagi sama ada terhadap TGNA atau TGHA atau kepada PAS...

Anonymous said...

Anon 12:42,

rengkasa kepada kenyataan Majlis syura PAS yang panjang tu senang je...MSO, dari blog Tinta Merah menjelaskannya dengan pendek dan terang.

"....Intipati keputusan berkenaan, adalah, kalimah Allah bersifat universal ia boleh disebut oleh sesiapa saja tetapi kalimah itu tidak boleh diterjemahkan dalam apa-apa bahasa asing dan kekal mutlak dalam bahasa Arab...."

Anonymous said...

Baguslah akhirnya selepas Syura ahli dan ketua Pas yang dulunya setuju saperti Hadi Awang, Mat Sabu yang kalimah Allah boleh di gunakan oleh ugama lain kini U turn .wakakaka..

Perhimpunan Shamsidar juga gagal membawa rakyat membenci BN.PAS terus dipergunakan DAP dan PKR bagi tujuan politik .Yang untung adalah DAP .Yang rugi adalah Melayu.

Batu Giling

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...