Monday, January 21, 2013

Bagaimana Tunku Dan Anwar Ibrahim Mengurangkan Kuasa Orang Melayu?

Komponen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu; Raja Melayu, UMNO dan Pesuruhjaya British
UMNO melalui Tunku bersedia menerima 1 juta kerakyatan Bukan Melayu tanpa diproses.

Mahathir menyarankan agar diadakan Suruhanjaya Khas RCI bagi mengkaji 1 juta kerakyatan yang diberikan kepada Bukan Melayu oleh Tunku.

Ini  bukti bahawa orang Melayu ‘murah hati’ bersedia untuk berkongsi tanahair mereka dengan mereka yang dianggap ‘orang asing’ dan 'Stateless Persons'.

Tanpa proses permohonan dan saringan menentukan layak atau tidak untuk dipertimbangkan.

Golongan ‘Tidak berkerakyatan’ (Stateless Persons) ini bukan sahaja mendapat kerakyatan, mereka juga secara automatiknya mendapat kuasa memerintah melalui sistem demokrasi Raja Berperlembagaan.

Anak cucu mereka yang menikmati kehidupan dalam keadaan aman, makmur, sejahtera dan diberi pintu peluang sepanjang hampir enam puluh tahun ini dengan hak sepenuhnya sebagai warganegara perlu sedar semua ini datang kerana ehsan Raja Raja dan orang Melayu.

Bukan sahaja ada hak penuh, mereka bebas mengekalkan identiti, budaya, bahasa dan adat resam mereka, disamping bebas untuk melakukan apa apa aktiviti ekonomi termasuk berniaga dan mengumpulkan harta. 

Adalah amat tidak sopan untuk mereka yang suatu masa dahulu menumpang sebagai immigran ekonomi, kini berusaha sistematik dalam pelabagai cara dan keadaan untuk melakukan provokasi, menghina, menyakitkan perasaan, dan menyingkirkan ‘tuan rumah’ yang telah pun menunjukan murah hari, toleransi dan kesediaan berkongsi tanahair mereka tanpa sebarang pra-syarat, apatah lagi meminta apa apa.

Sejarah telah membuktikan sikap kompromi dan toleransi orang Melayu merupakan asas terpenting negara ini lahir ditanahair nusantara ini.

Sikap trend mereka mula nampak tidak menghargai kompromi dan toleransi orang Melayu membuatkan majoriti orang Melayu hari ini merumus bahawa ada dua perkara yang amat merugikan bangsa Melayu:

1. Tunku yang sangat murah hati hingga Melayu menjadi kurang kuasa

2. Anwar Ibrahim yang amat busuk hati gilakan kuasa telah mengurangkan lagi  kuasa orang Melayu

Penjajah British membawa masuk pekerja Cina dan India bagi mengeluarkan hasil bijih timah, getah dll untuk kilang kilang mereka yang memerlukan bahan mentah sejak mulanya Revolusi Industri atau Industrial Revolution di pertengahan abad 19. 

Di Amerika, pekerja Cina yang di bawa masuk sebagai buruh membina landasan keretapi Trans-Amerika dan buruh menggali emas California Gold Rush telah di hantar pulang berkapal kapal apabila siap pembinaan dan selesai Gold Rush itu. Dan membawa kapada pembikinan undang undang Chinese Exclusion Act yang tidak membenarkan orang Cina tinggal di Amerika.

Di negara ini, bila penjajah British mula leraikan empayar mereka dengan memerdekan India, soal menghantar pulang pekerja Cina dan India yang sudah beranak pinak itu tidak langsung timbul di kepala otak penjajah British itu.

Timbul Tunku di arena politik kemerdekaan negara ini, seorang yang murah hati, dengan senang sanggup menerima bukan Melayu sebagai rakyat, kemudiannya sanggup memberi Singapura kapada Lee Kuan Yew dengan percuma, tidak mahu bersusah payah, umpamanya, mengistiharkan darurat di Singapura dan menggunakan tentera mengawal. 

Maka pendatang Cina dan India menjadi rakyat sehingga Melayu sekarang hanya 60% penduduk negara ini.

Anwar Ibrahim pula telah memecah belahkan kaum Melayu dengan ketara, sanggup buat apa saja asalkan ada peluang menjadi Perdana Menteri. Walau pun bertentang pendirian dengan parti PAS dalam beberapa perkara, dia cuba sedaya upaya menggembeling tanaga Melayu di dalam PAS dan di dalam partinya sendiri, PKR, melawan Melayu yang berteraskan kapada UMNO sejak 60 tahun yang lalu.

Orang Melayu amat perlu mencari jalan mempertahankan dan mempertinggikan maruah dan tentukan jangan sekali kali kehilangan kuasa.

Di Fiji, penjajah British biarkan pendatang menjadi majoriti, tetapi walau pun kaum pendatang di situ menang pilihan raya, mereka tidak di benarkan berkuasa – Tentera Fiji rampas kuasa. Ini cara yang keras dan kita perlu fikirkan cara-cara supaya sentiasa memegang kuasa secara demokratik.

26 comments:

Anonymous said...

SAYA SETUJU DENGAN PEMIKIRAN ANDA. KITA DAH SEPERTI ORANG PALESTIN BAGI RUANG PADA ISRAEL.TAPI KITA MAAFKAN SAJA PERKARA YANG LALU KERANA PADA MASA ITU KITA PUN TIDAK ADA DAN ORANG MELAYU DULU2 TIDAK SEPERTI MELAYU SEKARANG. MAKASENYA, JIKA UMNO MENANG BESAR SELEPAS DARI PRU13, PERLULAH UMNO DUDUK SEMEJA ORANG-ORANG MACAM KITA FIKIRKAN PERKARA-PERKARA SEBELUM MENJADI CANCER TAHAP 4. MANA-MANA AHLI POLITIK YG SEPERTI ANWAR ( SEPERTI DURI DALAM DAGING) HENDAKLAH DISINGKIRKAN LEBIH AWAL KERANA ORANG SEPERTI INI KALAU DIA DAH SEDAP DUDUK DITEMPAT YANG SELESA TIBA-TIBA IA DISINGKIR DIA AKAN SIMPAN PERASAAN DENDAM DAN MULA MEMBUAT STRATEGI SEPERTI API DALAM SEKAM. SO BETUL KATA TUN M, MELAYU AKAN MUDAH LUPA BILA DIA DALAM KEADAAN SELESA. KITA PERLU KAJI SEPERTI ISRAEL, UNTUK MENJATUHKAN SESEORANG PERLU BERFIKIR TELUNJUK IBLIS/SYAITAN APAKAH KELEMAHAN MANUSIA ITU. ITU FORMULA YANG MEREKA PAKAI. APABILA USAHA-USAHA TELAH DIAMBIL, KITA KENA REDHA BAHAWA ADA SESUATU ITU BERLAKU TIDAK MENGIKUT KEHENDAK KITA KERANA ADALAH KEHENDAK ATAU KETETAPAN ALLAH SWT YANG TAKDIR DITENTUKAN OLEHNYA. SO TAWAKAL JE LAH.

Anonymous said...

SAYA SETUJU DENGAN PEMIKIRAN ANDA. KITA DAH SEPERTI ORANG PALESTIN BAGI RUANG PADA ISRAEL.TAPI KITA MAAFKAN SAJA PERKARA YANG LALU KERANA PADA MASA ITU KITA PUN TIDAK ADA DAN ORANG MELAYU DULU2 TIDAK SEPERTI MELAYU SEKARANG. MAKASENYA, JIKA UMNO MENANG BESAR SELEPAS DARI PRU13, PERLULAH UMNO DUDUK SEMEJA ORANG-ORANG MACAM KITA FIKIRKAN PERKARA-PERKARA SEBELUM MENJADI CANCER TAHAP 4. MANA-MANA AHLI POLITIK YG SEPERTI ANWAR ( SEPERTI DURI DALAM DAGING) HENDAKLAH DISINGKIRKAN LEBIH AWAL KERANA ORANG SEPERTI INI KALAU DIA DAH SEDAP DUDUK DITEMPAT YANG SELESA TIBA-TIBA IA DISINGKIR DIA AKAN SIMPAN PERASAAN DENDAM DAN MULA MEMBUAT STRATEGI SEPERTI API DALAM SEKAM. SO BETUL KATA TUN M, MELAYU AKAN MUDAH LUPA BILA DIA DALAM KEADAAN SELESA. KITA PERLU KAJI SEPERTI ISRAEL, UNTUK MENJATUHKAN SESEORANG PERLU BERFIKIR TELUNJUK IBLIS/SYAITAN APAKAH KELEMAHAN MANUSIA ITU. ITU FORMULA YANG MEREKA PAKAI. APABILA USAHA-USAHA TELAH DIAMBIL, KITA KENA REDHA BAHAWA ADA SESUATU ITU BERLAKU TIDAK MENGIKUT KEHENDAK KITA KERANA ADALAH KEHENDAK ATAU KETETAPAN ALLAH SWT YANG TAKDIR DITENTUKAN OLEHNYA. SO TAWAKAL JE LAH.

Kampong man said...

Salam Wan dan pembaca yang saya hormati,

Kampong man boleh menerima mereka yang di beri kerakyatan dengan amat mudah sekali pada zaman Tengku dahulu kerana ini adalah satu pengorbanan besar orang Melayu ketika itu. Kaum Cina dilayan lebih baik di Malaysia ini dari negara lain di dunia saperti Singapura,Thailand,Indonesia, Filipina ,Amerika malah negeri Cina itu sendiri. Misalannya kelonggaran sekolah Cina yang di beri peluang beroperasi di sini dengan gahnya yang tidak terdapat di negara lain dan malah juga diberi bantuan kerajaan lagi dan perarakan kematian yang langsung diharamkan di Singapura tetapi dibolehkan di Malaysia.Sungguh tinggi sifat TOLERANT kita orang Melayu ini sebenarnya. Tetapi sayang buat kata ikon KM Tun ‘ MELAYU MUDAH LUPA ‘.Mereka terlalu complacent mereka tidak bersatu dan terus menjadi lemah walaupun mereka majoriti dan disebabkan SIKAP orang Melayu beginilah membuatkan mereka terus ketinggalan dan ada yang menyalahkan parti dan kerajaan.Apa lagi yang TIDAK di buat bagi kita orang Melayu ?


Mengikut sejarah dan buat kata Tun lagi apabila British membawa ramai orang Cina dan orang India dari kedua benua ini bekerja di lombong bijih dan di ladang getah orang Melayu tidak turut bekerja di lombong dan di estate.Mereka suka cari jalan yang mudah dengan hanya suka melihat dan sekarang mereka akan kehilangan KUASA politik pula sekira mereka terus alpa dan seronok bertengkar menyalahkan parti itu dan parti ini.Maka akan tergadailah Persekutuan Tanah Melayu ini dengan perlahan perlahan melalui masa.Apa yang di hairankan walaupun bangsa YAHUDI adalah satu bangsa yang kecil, mereka boleh menakloki dunia melalui PROXY.Ini kita tahu .Parti mana dan NGO mana yang di taja oleh Yahudi bagi menggulingkan kerajaan BN yang dipilih secara demokratik pun kita tahu .Tak tahu Tanya DSAI dari mana beliau punyai wang bagi meneruskan perjuangan politik beliau.


Peruban SIKAP ini yang selau KM mahu tonjolkan dan hanya melalui satu parti yang telah TERBUKTI adil pada semua rakyat Malaysia.Tuan tuanlah yang akan menenentukannya nanti.Masa untuk berubah itu betul tetapi BERUBAH SIKAP SEBENARNYA.


“SOME PEOPLE SEE AND WATCH THINGS HAPPEN.
SOME PEOPLE MAKE THINGS HAPPEN and
SOME PEOPLE DON’T KNOW WHAT HAPPEN



Lets we Malays make things happen and you have to with little choice.Lets not point your fingers .You decide and determine your DESTINY.Politically,KM remain loyal to UMNO and BN because they are the BEST choice for all Malaysians.Yet,i still can respect your choice.Wassallam.

@ Kampong man- Peminat pemikiran Tun DR Mahathir.

Anonymous said...

Bro KM,

PEMIKIRAN TUN MAHATHIR = Islam sikit2 + Sosoalis sikit2 + Kapitalis sikit2.

Ambil Islam separuh2 dan tinggalkan separuh2...Islam terpakai kerana mahu melawan pengaruh PAS dan mahu menampakkan yg UMNO juga sebagai pejuang agama..

Inilah pemikiran Tun Mahathir yg bro PM puja dan jaja2...tak apalah ini hak anda...

Mat Periba

Anonymous said...

Wan dan Pencacai UMNO

Jika nak menambahkan suara dan kuasa Melayu bukan dgn menipu dlm PRU...(mewarganegarakan pendatang asing utk memangkah BN). Ini kerja jahat yg melanggar aspek perlembagaan dan boleh diistilah sebagai pengkhianat negara.

Kalau Tun M jujur, mengapa proses pensempadanan semula kawasan pilihan raya semasa beliau berkuasa dulu tidak melibatkan kawasan majoroti Melayu...Kelantan dan Kedah telah dinafikan hak untuk menambah bilagan kerusi parlimen. Sepatutnya kawasan parlimen yg ada majoriti Melayu dan bersaiz besar dipecah saja menjadi dua supaya jumlah atau bilangan kerusi (yg pasti milik Melayu) bertambah dalam parlimen.

Ambil contoh Jerantut...dgn penduduk kira2 90,000 org serta antara kawasan parlimen yg terbesar diSemenanjung, rasanya tidak menjadi masalah untk dipecah menjadi dua kawasan parlimen, satu mungkin Parlimen Tembeling dan lagi satu Parlimen Jerantut.

Ini tidak jujur...tujuan semata2 nak pastikan kelangsungan BN agar terus berkuasa...Jika dipecah dua takut2 orang Melayu memangkah serta memenangkan PAS dan PAS akan menggantikan UMNO. Sepatutnya ini tiada masalah...terpulanglah kpd orang Melayu nak memangkah siapa sebab PAS berlawan dgn UMNO kalau UMNO kalah orang Melayu PAS masih ada suara dalam Parlimen dan suara Melayu dalam parlimen bertambah...


Mat Periba

sang sapurba said...

awak keje kat imegresenke mat periba.atau dengar kelentong pas yangmemang kaki kelentong.

muhasabah diri wahai mat periba.tuduhan tanpa bukti hanya earsay menjerumuskan kamu ke neraka jahanam.

Anonymous said...

Kalau UMNO ikhlas nak bantu Melayu, mengapa selama 55 tahun memerintah baru sekarang nak bina Universiti di pantai timor yg majoritinya melayu. Mengapa tak bina aje lebuhraya yg sudah tentu manafaatnya dinikmati majoriti org melayu. Mengapa hasil minyak dari bumi melayu (terengganu) tapi universiti dapat kat Perak. Semua ni kuasa politik tak ada kena mengena dgn Melayu.

Anonymous said...

Kepada saudara muda berbangsa Melayu: agenda Melayu berpegang kepada kenalan diri bangsanya. Dan kita tidak boleh lari dari politik perjuangan Melayu. Walaubagimana adanya pencengahan dalam fahaman politik, Melayu tidak boleh menafikan yang ia saorang Bangsa Melayu dan berugama Islam. Dalam kaadaan yang mana kedudukan Bangsa Melayu sentiasa terancam oleh kerana perpecahan berpolitik, maka besar kemungkinan Bangsa Melayu akan hilang kuasa politik yang memperjuangkan Melayu.

Kota Rome tidak disiap dalam masa satu hari tetapi Rome dimusnahkan  dengan sekejap masa. Kemajuan Bangsa Melayu akan melalui masa dan dijangka bertaraf maju pada tahun 2020 nanti. Ini bermakna, kemenangan Barisan National/Umno dengan kepimpinan Najib di PRU 13 akan membawa satu anjakan lebih positif dalam ekonomi Bangsa Melayu dan untuk kejasteraan semua.

Namun, tepuk dada tanya selera, selama 55 tahun kita masih boleh berjalan  segak, bebas dan boleh menkeritik dengan bebasnya, ini kerana kuasa politik Melayu berpartikan Barisan National/Umno masih menjadi kuasa pememerintah. Dan tiada jaminan bahawa pati pembangkang akan seterusnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Bayangkan jikalau kemerdekaan dan pelembagaan kita berasaskan kepada prinsip negara berepublik. Hari ini bangsa Melayu akan merempat ditanah airnya sendiri.
Tiada bangsa lain yang akan memperjuangkan nasib bangsa kita. Saudara yang berpelajaran tinggi sudah merasahi bertapa pahitnya  hendak mendapat satu satu perkerjaan  digedung mereka. 

Apatah lagi, jikalau sistem pelajaran tidak ada seperti sekarang ini, dan pasti anak Melayu tidak akan dapat bantuan dan pelung untuk anak ke persekolahan pelajaran tinggi. Apatah lagi bagi anak Bangsa Melayu yang tidak bersekolah kerana kemiskinan akan menjadi sampah masyarakat dan pengamis ditanah air mereka.

Dalam 55 tahun itu, Bangsa Melayu akan menimpa kemiskinan. Peluang hanya sebagai kuli buruh untuk menampong syarikat gegasi mereka. Tiada Felda dan Felkra, tetapi ladang kelapa sawit kepunyaan mereka, bangsa Melayu hanya menjadi pekerja mengait buah sawit. 

Tiada Mada dan Keda untuk membantu menjayakan keluaran padi miliki Bangsa Melayu. Tiada subsidi minyak untuk 35 ribu nelayan berbangsa Melayu dan lain lain lagi.

Dalam keadaan demikian Bangsa Melayu bertuankan kepada bukan Melayu tetapi 'yellow skin man'.  Jarak kekayaan (bangsa bukan Melayu) dan kemiskinan (Bangsa Melayu) lebih jauh dengan ketaranya. Juga, hanya satu pilihan yang ada ketika itu, ialah kepada Bangsa Melayu, adakan revolusi.

Sebab itu datuk moyang kita menentang Malayan Union habis habisan untuk menentukan Bangsa Melayu tidak pupus dengan adanya sistem melalui  demokrasi berparlimen, sistem Raja-Raja, keistimewaan Bangsa Melayu dan juga hak bangsa bukan Melayu tidak diketepikan yang mana termaktut dalam perlembagaan.
Lebih lagi pemerintahan Barisan National yang diterajui oleh Umno telah membangunkan infrastuktur ekonomi dan kemasyarakatan untuk kepentingan Melayu, Agama dan juga warga Negara Malaysia amnya. Ini kita tidak boleh dinafikan.

Tidak payah kita berperang dan bertikam lidah sama sendiri. Pilihlah dalam fikiran aman, dengan erti kata,  "Apa itu kaca dan Apa itu permata".

Pencacai Melayu


Anonymous said...

Tulah aku suruh kome sokong TSMY. Dah terhantuk baru tergadah

Anonymous said...

Pencacai Melayu jenis Melayu yg telah dibantutkan fikiran oleh UMNO.

Kamu sentiasa berpegang kpd ajaran 'sesat', "UMNO adalah kerajaan dan kerjaan adalah UMNO. Tanpa kerajaan UMNO, maka habislah Melayu". Sampai bila kepercayaan jenis ini mahu terus bersarang dalam minda bawah sedar anak2 Melayu macam kamu...

Sdr, orang Melayu tiadk pernah memberi kontrak tanpa tarikh luput kpd UMNO untuk terus menjaga Melayu. Cukuplah kontrak telah disambung2 semejak merdeka dan harus ditamatkan pada PRU13 nanti...cukuplah, dah 12kali dah...

Alasanya, UMNO tiada sehebat mana dalam menjaga Melayu. Dibawah UMNO, Melayu tiadk bertambah hebat pegangan Islamnya...ratusan ribu (maklumat drp Mufti UMNO) org Melayu yg telah dimurtadkan. Ratusan ribu juga orang Melayu telibat dgn dadah. Tak kurang juga dgn jumlah kes buang bayi dimana anak muda Melayu yg menjadi juara.

Ini tidak termasuk dgn kes2 penyalahgunaan kuasa dan rasuah dikalangan pemimpin Melayu yg bernaung dibawah UMNO. Lihat hampir semua bekas MB Selangor terlibat dgn penyalahguaan kuasa...

Jangan cerita pasal tanah reserve Melayu dari lebih 3 juta hektar semasa mula2 merdeka dah tinggal 1.9 juta hektar pada 2010..ini kerja siapa?? Sementara itu kita dikejutkan dgn kenyataan, 'Orang Johor lebih miskin berbanding orang Kelantan', sebagaimana didedahkan oleh presiden DPMM.. ini apa ceritanya...siapa yg perintah Johor dan siapa pula yg perintah Kelantan.

Satu lagi, kamu tahu tak statistik terbaru menunjukkan 80% orang Melayu dinegara ini berpendapatan bawah RM1,500 sebulan. 80% bermaksud 7 juta orang Melayu berpendapatan hanya cukup makan.
Angka RM1,500 merupakan angka purata...termasuk Melayu UMNO yg kaya raya dan CEO lantikan UMNO yg menerajui Syarikat GLC yg bergaji tak kurang RM100,000 sebulan. Jika ditolak mereka2 ini maka kebanyakan Melayu cuma berpendapatan RM1,000 sebulan...nakan apa weh Takkan asyi makan sambal lempen biji getah...

Ingat bila UMNO kalah DAP yg menang...mana kamu pakai formula ni. Oii pencacai UMNO, kamu tak tau ker yg melawan UMNO adalah PAS mana ada DAP lawan UMNO dalam PRU. Jika UMNO kalah PAS yg menang...PAS akan jaga MElayu malah jaga Islam sekali.

Lagipun perlembagaan Persekutuan yg berkaitan dgn hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan dan kedaulatan raja2 bukan senang untuk dipinda dan diganggu gugat kecualilah dgn cara revolusi...ini pun jika askar dan polis Melayu jadi pak pandir...mustahil.

Kalau dgn cara buasa, Raja2 Melayu pula berhak menahan sebarang pindaan perlembagaan kecualilah jika mereka dah bertukar menjadi Rajakapor...

Percayalah Si pencacai UMNO, jika UMNO kalah buah sawit tetap berbuah dan getah tetap mengeluarkan getahnya. Guru dan polis bebas bekerja dan tidak terikat untuk menyokong mana parti...

Kamu jangan asyik duduk bawah gelas...nampak kat luar tetapi buat2 tak namapak...masih berpegang dgn kepercayaan karut kamu.

Anonymous said...

Maaf, terlupa....anon 10:22Pm ialah Mat Periba.

Anonymous said...

Like Mat Periba.

Kampong man said...

Salam pencacai PR dan SWK,

Rasanya ada baik nya KM ulangi ini:

"MY CATS DIE, I BLAME UMNO"

Dalam kesungguhan DS Najib menggerakan TRANSFORMASI masih terdapat pemcacai PESSIMIST yang berfikiran NEGATIVE memainkan proganda politik yang tidak sihat bagi perpaduan kita orang melayu.

UMNO /BN tidak perlu menang di Kelantan kami di Melaka berasa iri hati melihat Kelantan di akan diber:

1.RM50 Million Mosque.
2.SOTA Stadium di Kota Baru.
3.UITM Urban Campus.Yang ini sungguh hebat.
4.Highway Kuala Krai ke Kota Baru.
5.3000 rumah mampu milik.
6.Pengangkutan Rapid Kota Baru.
7.KM tak ingat.

Inilah yang di panggil kejujuran. Sebenarnya parti Pas berkebajikan ini adalah terlalu LEMAH kerana punyai MB yang tidak berminat kepada pembangunan.Maka tidak hairan parti ini sentiasa diperkudakan PKR dan DAP.Liha5 di Penang, Perak dan Selangor sudah.Apa sudah jadi pada parti yang berfikiran sempit ini agaknya.Jangan marah.I am talking facts here.Berapa mesjid sudah Pas bina di Kelantan selama berpuluh tahun
memerintah ? 3? 5?.

UMNO/BN menang kah atau kalah tidak penting.Kita tahu orang Kelantan punya fanatik pada TGNA .Puak puak demer ni gak kok boleh balik Kelantan dua cara;
a. HARI RAYA (Haji).
b.PILHANRAYA.

Tidak salah Anuwar PM wannabe pernah berkata:

Quote" IF DON'T GIVE KELANTAN ANY MONEY , THE PEOPLE WILL NOT SURVIVE 'Unqoute. Anuar di SK Batangerbau, Jeli semasa jadi TPM.

Bedebah betul si Anwar ni.Issshh...

@ To you SWK you are a LOSER .Grow up and be a man no more Sob sob ok.Salam.

Anonymous said...

KM, lebih baik Melaka pangkah PR. Melaka pangkah BN pun tak dapat 7 projek saperti yg awak senaraikan diatas. Kelantan pangkah PAS Najib bagi projek,apalah orang Melaka ni....

Han Jhe Bat

Anonymous said...

KM, projek no 7 yang awak tak ingat tu ialah projek " Lu tolong gua, gua tolong lu "

Han Jhe Bat

Kampong man said...

Opss ..projek ketujuh itu baru KMteringat.Menyelesaikan masaalag air bersih di Kelantan .

KM baru balik dari Hospital Putrajaya bagi follow up treatment untuk cancer treatment.Hebat sungguh Putrajaya ini sebagai pusat Adminisration Kerajaan Malaysia ilham ikon KM ,Tun Dr Mahathir yang menjadi kebanggaan negara dengan dua mesjid tersergam indah.Kini menjadi rebutan BN dan PR.

Hang Jebat, kamu mungkin hebat tetapi kamu menderhaka pada sultan. hehe.. Biarlah aku menjadi Tuah aku setia pada Raja.

KM tidak boleh berbangga kerana Melaka tidak punyai sultan lagi..rasakan KM !!

DS Najib, you should continue to do your BEST and you will achieve SUCCESS !!
JANJI DI TEPATI .Cheers..






Anonymous said...

Bro KM,

Jika standarad Islam ialah dgn membina masjid maka di zaman baginda Rasulallah SAW di Madinah dulu pun ada orang Munafikun yg suka buat masjid.

KM, Islam bukan tertegak dgn terbinanya banyak atau cantiknya Masjid....lebih dari itu ialah dgn menilai berapa ramai orang yg mengimarahkannya. Agaknya masjid2 di Melaka, subuhnya macam solat Jumaat manakala masjid di Kelantan hanya ada 3 orang..tok imam, tok bilal dan tok siap setiap kali solat 5 waktu...

Cerita pasal bekalan air ini bro KM...kamu ingat Kelantan (sengaja diperbesar2kan) saja yg ada masalah...di Phg apa kurangnya. Tak percaya tanya anak felda. Masalah air digugusan Bera dan Jengka masih belum selesi2 lagi. Dalam keadaan Felda yg tolong support > RM100 juta kpd jabatan bekalan air Phg (sekarang syarikat PAIP) pun bermasalah bayangkan jika Felda buat 'bodo'...macamanalah agaknya...

Anonymous said...

KM, Di Selangor banyak rumah urut, disco, pusat hiburan berkembang jadi 3100 macam cendawan sejak 4 tahun Pr memerintah. Dulu hanya < 900 saje.Bila Pr memerintah kelulusan senang.Peduli apa dengan Islam dan mesjid.Jom undi Pr weh...

BG.

Anonymous said...

Harap KM cepat sembuh.

Kampong man said...

Salam SWK,

Maaf,KM tidak jelaskan dengan betul.Isteri KM sebenarnya dua kali cancer survivor ( relapse).Perlu continuos treatment.

Pusat Kanser Negara terbesar hampir siap bersebelahan Hospital Putrajaya dan pasti menjadi tumpuan seluruh negara pada pengidap kanser.

Istimewanya isteri KM terlibat pada peringkat awal dulu dengan Perancangan Perang Besar Estate sekarang di panggil PUTRAJAYA. Cara terbaik rasanya relocating saja ke sana. Thinking seriously about it.PJH 'Fera ' would be exciting facing the lake.Hmmm...

Anonymous said...

Mudah2an isteri bro KM diberi kekuatan dan ketabahan. Moga cepat sembuh.

Mat Periba

Anonymous said...

Salam,

KM mengucapkan berbanyak terima kasih pada SWK dan Mat Periba atas DOA beliau pada isteri KM.Ameen.

@ Kampong man

Anonymous said...

kampongman,

KM izinkan saya menjernihkan sedikit ketaksuban sdra tentang Kelantan.

Sejak merdeka, PAS dan UMNO telah diberi peluang untuk memerintah kelantan.

Kelantan adalah satu-satunya negeri di Malaysia ini MEMBERI PELUANG KEPADA PAS DAN UMNO MEMERINTAH DAN MENGHUKUM PAS DAN UMNO MELALUI PRU APABILA RAKYAT KELANTAN MERASAI PAS DAN UMNO TELAH MENGKHIANATI AMANAH YANG DIBERI.

Sebagai seorang yang taksub dengan UMNO, izinkan saya beri sedikit tips bagaimana UMNO nak menang di Kelantan. Usah dok nak temberang besar dengan 7 janji yang dibuat oleh Najib kerana orang Kelantan dah tahu perangai dan hati budi PAS dan UMNO.

22 tahun diumpan dengan pelbagai projek pembangunan yang menjadi hak orang kelantan dengan syarat menangkan UMNO dalam PRU. 22 tahun juga umpan itu ditolak.

Ceritanya senang, UMNO memerintah Kelantan selama 12 tahun setelah diperintah oleh PAs sejak merdeka selama 18 tahun - apa Kelantan secara mendadak maju dibawah UMNO? 12 tahun bersamaan 2 rancangan malaysia, takkan tak nampak apa-apa kesan jika UMNO membawa pembangunan yang maha hebat semasa menjadi kerajaan negeri kelantan selama 12 tahun!

yang orang Kelantan pasti, jasa dan kehebatan kerajaan negeri dibawah UMNO selama 12 tahun ialah HUTANG DENGAN KERAJAAN PUSAT SEBANYAK RM 800 JUTA LEBIH!Hutang ini telah lama dilangsaikan oleh kerajaan negeri yang ada sekarang....cuba compare dengan negeri melaka!..Hutang RM 800 tapi last year cuma bayar RM 180k jer...

jadi, cara Najib nak tawan Kelantan ialah buat dulu projek-projek yang dijanjikan tanpa syarat. Tunjukkan bahawa UMNO dibawah pimpinannya bukan seperti UMNO dulu-dulu. Lagipun projek-projek yang dijanjikan itu adalah merupakan hak kelantan sebagai salah sebuah negeri yang menganggotai Persekutuan tanah melayu dulu. Juga adalah tanggungjawab kerajaan pusat kepada Kelantan untuk menyamaratakan pembangunan dibawah konsep federalisma.

menuduh orang Kelantan taksub Tok Guru atau Pas adalah satu tuduhan yang pendek akal. Fakta menunjukkan kedua-dua PAS dan UMNO pernah diberi mandat dan pernah ditentang dari kuasa negeri. Sifir orang kelantan dalam politik senang sahaja - pilih yang lebih baik dari keduanya. Siapa yang khianati mandat, angkuh, sombong, bongkak, kaki balun kekayaan negeri yang melampau, depa tendang keluar, tak kira PAS, tak kira UMNO.

22 tahun Kelantan ditadbir oleh PAS atas dasar ini. Tengoklah kualiti kepimpinan UMNO Negeri dan bandingkan dengan kepimpinan PAS. Disitulah jawapannya.



Anonymous said...

Syabas Anon 4:38
Anda mempertahankan kerajaan PAS khususya orang Kelantan dengan hujah yang baik. Kami yang bukan orang Kelantan senantiasa mengalu-ngalukan pandangan yang berbeza dengan apa yang kami dapat dari media kerajaan.

Anonymous said...

Anon 4:38

Saya tidak mempertahankan kerajaan Pas. saya hanya menyebut fakta mengenai kedudukan Pas dan UMNO dalam sejarah politik kelantan yang mungkin tidak diketahui oleh ramai terutama bukan rakyat Kelantan.

hakikatnya rakyat kelantan tidak taksub kepada mana-mana parti, samada PAS atau UMNO. Yang penting adalah siapa yang layak diantara keduanya yang harus diberi mandat memerintah negeri kerana kedua-duanya adalah parti melayu. begitu juga apabila tiba untuk menghukum kerajaan negeri yang menyeleweng mandat yang diberi. PAS atau UMNO akan menerima nasib yang sama bila menyeleweng.

Umpan pembangunan atau wang sukar untuk mempegaruhi undi orang kelantan. Sebabnya senang sahaja. Sejak dahulu lagi rakyat kelantan tidak bergantung kepada ihsan pemerintah untuk mencari rezeki harian mereka. Mereka mencari rezeki dengan kederat usaha mereka sendiri walaupun terpaksa merantau meninggalkan negeri. Sebab itu sejak dari dahulu lagi orang kelantan terdapat dimerata tempat. Itu sifat dan jatidiri mereka.

Mengikut satu versi sejarah, Lubuk Kawah dibuka oleh haji Ab. rahman atau ayah man, seorang ulamak berasal dari kelantan. Ayah Man adalah guru kepada Tuan Tulis, seorang ulamak dan wali Allah yang terkenal dari Kula Pilah.

Sekian.

Article said...

salam

cume nak berkongsi pengalaman, saye pernah menetap di parit sulong,kuala lipis, jitra, manjung, keramat, kepong, kajang... dan pernah melawat kelantan dan terengganu... pelbagai situasi dan karenah... cume pendapat saye "pembangunan yang tiade kawalan dan melampau menyebabkan kerosakan modal insan dan akhlak bangsa" saye lebih tertarik dengan kelantan dan kawasan luar bandar kerana di kurniakan alamsemulajadi yang belum terganggu, suasana masyarakat yang tolong menolong, agama terjaga, adat terpelihara, ekonomi yang stabil... dan ikhtiar hidup yang sangat menarik... tanpa riba', rasuah, dan gile kuase.. bagi saye malaysia adalah negara maju pada kulitnye tetapi miskin dari segi ekonomi rakyat, akhlak , modal insan, dan agama pade isinye. dari segi pemerintahan pendapat saye british sudah balik puluh2 tahun dahulu tetapi kenape sistem disini masih mengamalkan sistem mereka dan mengambil mereka sebagai role model. malayu ade islam sistem pemerintahan islam cukup sempurna tetapi kenape ambil sistem barat sebagai amalan. kite kene rujuk balik siape umno dan siape pas .... adakah kite setuju buat pembangunan negare maju tetapi tergadai agama, bangse, dan modal insan yang suatu mase dulu melayu cukup gah dengan ikatan agama, adat dan tamadun melayu.... ini pendapat saye sahaja. maaf jika tersalah dan silap.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...