Thursday, January 31, 2013

Calon Parlimen Jerantut : Tengku Azlan Undur Diri Beri Peluang Calon Muda Berwibawa



















YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut mahu undur diri. Beliau konsisten bila dua kali menghebah kepada media hasratnya.

Beliau mahu undur diri beri peluang kepada orang muda Jerantut yang berwibawa dan komited mengalas tanggungjawab ahli parlimen Jerantut.

Parlimen Jerantut keluasannya 6 kali Singapura memerlukan ahli parlimen yang boleh membangunkan    Jerantut kalau tidak boleh menyaingi Singapura pun ikut majulah Jerantut pun tidak apa.

WZWH telah memujuk Tengku Azlan secara peribadi tapi beliau tetap dengan keputusannya. Cara berfikir dan bertindak hari ini sudah berubah...



















Dalam meeting yang terakhir pun, Tengku Azlan meluahkan perasaannya, "bukan saya yang bertanding parlimen Jerantut kali ini".

Ini keputusan muktamad. Cakap anak raja mesti dipegang. Maka inilah tema posting WZWH kali ini: Calon Parlimen Jerantut Tengku Azlan undur diri beri peluang kepada calon muda yang berwibawa.

Bererti kita semua lah 68,000 pengundi Jerantut yang bertanding!



















Ini membuatkan Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dan Dato' Dr Shukri ADUN Pulau Tawar berpadu tenaga dan usaha bekerja lebih kuat pada PRU 13 nanti kerana mahu memenangkan parlimen Jerantut.

Kemenangan parlimen Jerantut sangat perlu bagi menjamin mandat rakyat diberi sepenuhnya kepada DS Najib bagi menyambung tugas PM. Kalah bererti bukan DS Najib yang kalah, kita semua orang Jerantut dan Pahang kalah.



















Kerjasama dengan sesama komponen BN Jerantut perlu dierat, diperkemas, disusun dengan layout yang menarik pengundi. Dato' Lau Lee, ADUN Damak mengerakkan MCA dan komuniti Cina, MIC mengerakkan komuniti India, Gerakan , Kimma dll turut terlibat.



















Barisan AJK UMNO Bahagian Jerantut kali ini terpaksa mengembelingkan sehabis usaha bagi memastikan BN menang PRU 13 parlimen Jerantut. Kerjasama erat dan mesra adalah kunci kejayaan teamwork.



















Pemuda UMNO Jerantut perlu perkasa, agresif, ke depan memancing undi golongan muda yang merupakan pengundi majoriti itu trend politik negara kini.



Wanita dan Puteri UMNO Jerantut adalah tulang belakang BN. Tugas merayu undi Jalinan Rakyat Wanita dan Puteri mengenalpasti pengundi di setiap PDM adalah sangat penting memenangkan parti.



















Laungan 1Malaysia adalah asas yang menyatukan kita semua orang Jerantut, Pahang dan negara. Kenapa kita perlu bekerja kuat memastikan kemenangan BN Jerantut PRU 13 adalah kerana kita semua yang bertanding sebenarnya......

5 comments:

Anonymous said...

wzwh.....sape calon ganti ku lan
bagitau lah sekarang.... senang nak tolong kempen.....

Kampong man said...

Salam Wan,

Disebabkan Kampong man mengikuti blog Wan dari Jerantut KM sudah ketahui Ku Lan mahu berundur empay l8ma bulan lepas dari rakan rapat Ku Lan di Bangsar bahawa Ku Lan berhasrat undur diri bagi memberi peluang pada orang muda baru pula.

Sekira akhirnya benar dan sudah muktamad maka kita berterima kasih pada beliau yang telah berbakti pada rakyat Jerantut tidak kira dari pahaman politik mana pun .Kita harap pengundi BN boleh menerima calon muda yang baik yang dapat diterima majoriti rakyat Jerantut bagi kesinambungan pembangunan Jerantut dan menerima BN mewakili Parlimen Jerantut seterusnya sekira berjaya di PRU 13 March nanti. Insyaallah.

Anonymous said...

Wan dan anon2 yg budiman,

Memang wajar Ku Lan sebagai anak raja berhenti dari arena politik. Dgn cara bagini Baginda Tuanku Sultan tidak menjadi serba salah, sesuai dgn status Tuanku Sultan yg seharusnya berlaku adil kepada seluruh rakyatnya serta tiada bias dalam politik kepartian.

Dipihak rakyat...mereka tidak lagi terikat untuk menyokong Ku Lan atas sentimen beliau sebagai 'anak raja'..


Nah, sekarang medan pertandingan terbuka luas. Bukan sahaja diantara PAS dan UMNO tetapi dantara kem2 dalam UMNO Bhg Jerantut sendiri. 'Belaga angin' antara orang Wan Mizan dgn orang Sukri pasti berlaku. Masing2 mahu calonnya terpilih...Maaf Wan jika jangkaan saya salah. Saya bercakap berdasarkan persepsi apa yg berlaku masa lalu. Atas sikap 'belaga angin' inilah menyebabkan calon luar terpaksa dibawa masuk...kali ini bagimana???

Bagi PAS, inilah masanya utk mengenengahkan calon yg lebih berwibawa bagi menyaingi calon UMNO yg akan diketengahkan. 'Kewibawaan' sangat penting bagi melawan faktor UMNO sebagai 'darah daging' bagi kebanyakkan orang J'tut. Sebenarnya PAS tidak ketandusan calon2 yg berkelayakan...Dari segi akedamik, memang ada ahli berkelulsan Master dan PhD serta berpengalaman dalam beberapa sektor awam dan koperat. Namun, dgn menyedarai bahawa kita masih lagi berada dalam kelompok dunia dgn amalan politik yg belum matang, kebolehan menyelami hati budi penduduk merupakan pemangkin bagi sebuah kemenangan.

SELAMAT BERTANDING.

Mat Periba

Kampong man said...

Salam,

Kampong man setuju dengan pandangan Mat Periba.Pul8hlah yang terbaik bagi Jerantut.

Anonymous said...

Saya harap ku lan tetap mempertahankan kerusi parlimen jerantut sampai mati

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...