Monday, January 21, 2013

Projek IC Sabah : Apa Kesan Jika Anwar Ibrahim Terlibat Sama?


Projek IC Sabah biasanya Timbalan PM yang buat kerja, PM arah saja....!!!

Bagi kepentingan politik Najib, Mahathir dan Anwar Ibrahim perlu dikambing hitamkan dalam isu Projek IC Sabah. Killing two birds with one stone!

Pembangkang kata Mahathir semasa berkuasa sebagai PM secara sulit menjalankan Projek IC Sabah memberi warganegara kepada imigran Filipina dan Indonesia yang beragama Islam supaya boleh mengundi.

Statistik menyatakan orang Cina Sabah telah menjadi kecil bila bumiputera Islam dan imigran Islam boleh mengimbangi orang Cina dan kaum bumiputera Kristian.

Polemik ugama mudah orang Melayu Islam pasti sokong 'idea Mahathir' ini. PAS patut sokong tapi kalau tidak sokong itu siyasah politik PAS segan dan malu kepada DAP dan PKR serta kaum Bumiputera Kristian.

Najib umum pembentukan RCI Projek IC tidak lama dulu bila ahli politik Sabah bising dengan masalah pendatang dari Filipina dan Indonesia. Ada kata orang Pakistan pun diberi IC!

Kalau ikut undang-undang negara kerja Projek IC ini salah sebenarnya. Tapi ahli politik genius ada rasionalnya. Biasalah terus terang WZWH cakap orang Islam menyokong tapi orang bukan Islam tidak menyokong. 

The Law of Majoriti jelas: Pandangan Majoriti menguasai pandangan minoriti. Soal 'to make illegal thing legal' itu pilihan orang politik yang berkuasa!

Katakan jika Najib umum bahawa Projek IC Sabah bahawa bukan Mahathir saja bersalah tapi juga membabitkan Anwar! Apa kesannya?

Ramai orang kata Mahathir akan terlepas sebab dia ahli politik yang licik. Bagaimana mahu buktikan isu 'to make illegal thing legal? Kita tahu apa-apa yang berlaku tiada mana pihak mahu bertanggungjawab.

Orang Sabah patut tahu Anwar Ibrahim yang beriya mahu membawa UMNO ke Sabah semasa beliau dalam UMNO.

Orang Sabah patut syak bahawa Anwar Ibrahim yang menjalankan Projek IC Sabah ini kerana beliau adalah orang kuat Mahathir dulu?

Apa kesan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat sekarang?

Walaupun perhatian kini ditumpukan kepada bekas PM Mahathir atas peranannya memberi kewarganegaraan kepada imigran di Sabah untuk mengundi, ketua pembangkang Anwar Ibrahim juga mungkin menjadi sasaran.

Pengumuman suruhajaya diraja untuk menyiasat perkara itu mungkin menjejaskan legasi Mahathir, namun Anwar yang merupakan bekas timbalan PM juga merupakan sebahagian daripada legasi tersebut.

Ada orang yang masih menyalahkan Anwar kerana membawa masuk UMNO ke Sabah sebelum ini.

Sekiranya Anwar turut terlibat, ketua umum PKR itu juga akan terjejas. Kesan kepada Anwar adalah serius jika siasatan suruhanjaya itu turut mengaitkan bekas orang kanan Mahathir itu.

Anwar kini juga masih aktif dalam arena politik sedangkan Mahathir telahpun bersara.

Ia mungkin menjejaskan UMNO bawah Mahathir yang merupakan generasi lama, tapi generasi baru (pembangkang) akan merana jika Anwar terlibat.

Najib mungkin terpaksa mengumumkan RCI tersebut untuk membendung perkembangan di Sabah, namun ia mungkin memberi peluang kepada PM untuk keluar dari bayang-bayang Mahathir sekiranya berjaya menjejaskan UMNO. 

11 comments:

Anonymous said...

Wan,

Biasalah dalam UMNO yg selalu dipersalahkan tukang buat bukan tukang suruh. Kes, pembnuhan Altantuya..yg didapati bersalah ialah anggota polis yg terlibat membunuh tetapi tuan yg menyuruh bunuh terlepas bagitu saja...

inilah dunia UMNO dan dunia Wan juga...

Anonymous said...

Wan,

Satu pencerahan yang baik.Sabah tetap sayangkan BN.BN ikhlas.

Anonymous said...

Listen, listen, listen
Koner apa pun wan,
Benda lain banyak tak betul

Anonymous said...

Belajar2 lah jadi cerdik en. wan... tulisan awak ni budak tadika pun faham akan pembohongan wan. salam..

Anonymous said...

Sdra Pembahas,

RCI ini adalah sesuatu yang penting dalam sejarah negara. Ia merupakan satu pembongkaran terhadap satu perkara yang besar terhadap negara dan rakyat yang pasti akan mempunyai kesan yang besar kepada negara dan rakyat di masa depan.

Selain dari kesan kepada negara dan rakyat ia tidak dapat lari dari memberi kesan kepada politik. Baik politik UMNO sendiri atau politik nasional.

dari segi politik UMNO, ia adalah satu buah kilas dari Najib dalam percaturan politiknya dengan Mahathir. Kita tahu Mahathir begitu kuat menyerang najib dan cuba melemahkan pegangan politik najib samada dalam UMNO dan kerajaan dimata rakyat. Tidak sukar untuk kita melihat bahawa tindakan mahathir adalah diatas kepentingan politik diri, kepentingan perniagaan keluarga dan kroni-kroninya. Yang terpenting adalah untuk memastikan segala kesilapan-kesilapannya terus ditutup.

hanya penyokong-penyokong yang buta tuli sahaja yang gagal melihat permainan RCI, najib dan mahathir ini.

Wan Zurik cuba mengaitkan Anwar dalam isu pemberian IC di sabah sebagai usaha untuk mengalih perhatian ahli-ahli UMNO peringkat cawangan di jerantut kepada kedurjanaan dan perbuatan khianat mahathir kepada ahli-ahli UMNO sendiri sebagaimana didedahkan di dalam RCI ini.

Setakat ini orang terpenting yang telah memberi keterangan ialah bekas pengarah jabatan imigresen sabah yang telah ditahan di bawah ISA di zaman Mahathir atas tuduhan memberi IC kepada PATI di Sabah.

Jika tuduhan wan Zurik benar, sudah tentu nama Anwar disebut oleh pengarah ini awal-awal lagi bersama-sama dengan nama arwah megat joned. Dalam suasana politik sekarang, sudah tentu pengarah ini akan meletakkan kesalahan terbesar dalam isu ini keatas kepala Anwar, bukan megat joned.

jadi, bagi ahli-ahli tegar UMNO kat sini, fikir-fikirkan lah apa maksud maklumat-maklumat yang didedahkan dalam RCI ini kepada anda, anak-anak cucu anda dimasa hadapan.

Zack

Kampong man said...

Salam Zack,

Welcome back.Mahathir mahu menjatuhkan Najib ?.Untuk apa ya ? Zack termakan dengan politik PERCEPTION Sakmongkol dan bro Aspan bagi melagakan Mahathir dan Najib.Both of them are UMNO haters who are good bloggers but NO GOOD politicians.Ariff was only a one time DUN and bro Aspan was never and not even a DUN and he was merely Tengku Razali ardent supporter. Ask Aspan what was he doing in London for so long? Why do he continue with the defunct S46 struggle hating Tun Mahathir ? If, his boss Tengku Razali himself have so much faith in PERJUANGAN UMNO and back into the UMNO fold why he now choose to be backing DAP when Pas would be more appropriate ?.Let me know your answer.

Sakmongkol sudah tahu PR akan kalah di PRU 13 dan bunga bunga percanggahan antara DAP dan Pas dalam berbagai isu ketidakpuasan DAP pada PAS yang membuat keputusan UNILATERALLY tanpa persetujuan pakatan dalam isu kalimah Allah dan isu dress code untuk wanita di Kedah umpamanya akan menjadi hantu pada DAP.Mat Sabu dan Hadi pulak sudah buat U turn.KM hormat Dr Harun Din sebagai ulama Pas.KM tahu Pas akan terus lemah dan tidak dapat menentang kekuatan UMNO dari segi kerusi Parlimen dan DUN yang akan datang.

Zack, jangan terlalu terpengaruh dengan pemikiran DAP melayu Ariff Sabri.Beliau is a liability to Melayu and Islam, believe me.He is an UMNO dropout anyway..j

Look at SWK , the LOSER .Have to close his blog for attempting to split and divide UMNO leaders . Unfortunately, his tricks DON'T WORK.

Sakmongkol =Pirates of Putrajaya (SWK)

Theory Zack I dont buy.Mahathir wants Najib to be given the full mandate as our PM.I dare say Najib is on the right path and he gets the full support from all UMNO leaders and supporters including Mahathir and TSMY.Insyaallah, UMNO/BN will win convincingly as usual.


@ As for Kelantan why dont we just let the Kelntanese voters decide.Hope Pas survive only for Kelantan ok ?.Thank you and cheers....

Anonymous said...

Uncle Kampongman,

"Zack, jangan terlalu terpengaruh dengan pemikiran DAP melayu Ariff Sabri.Beliau is a liability to Melayu and Islam, believe me.He is an UMNO dropout anyway..j"

terima kasih uncle kerana telah menyelamatkan saya.

Teringat saya kepada pesanan arwah atok sedara saya: "Dalam dunia ni ada segelintir manusia yang begitu kagum dengan dirinya sendiri.

Dalam dunia ni, dia merasakan dirinya seorang je yang bijak, yang cerdik dalam dunia ni dan manusia yang paling hebat, hanya dia seorang je tahu, orang lain semuanya bodoh dan tak boleh pakai.

Dia merasakan apa yang dia bagitau itulah kebenaran mutlak dan semua manusia dalam dunia ni wajib kena terima je apa yang dia cakap sebagai kebenaran yang mutlak walaupun realiti sekeliling sebaliknya.

Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama dengan orang yang soleh dan diredhai.

zack

Kampong man said...

Salam Zack,

Salam Maulidur Rasul.

"WASSATIAH TONGGAK KESATUAN UMMAH."

Perbalahan tidak membawa kita orang Melayu dan Islam kemana.

Uncle bukanlah saorang politician cuma tidak dapat menerima penulisan berbagai pihak umpamanya saperti Ariff Sabri membenci pemimpin negara,Najib dan UMNO bertereusan sejak menyertai DAP bagi memberi satu persepsi yang salah dan tidak benar di alam maya demi mahukan kuasa politik berpanjangan hari,minggu dan bulan sehingga kita menjadi mual dan UNPRODUCTIVE.

Lakukanlah sesuatu yang positif dan menulislah sesuatu yang positif. Bagi KM menulis hanyalah sama saperti kata :

Ramli Sarip :" Bukan kerna Nama " dan hanya "Perjalanan Hidup"

Cuba lihat dan hayati liriknya dari U tube dan itulah yang KM rasa.

KM yakin satelah PRU 13 tiada lagi ada banyak fitnah dan cerita karut tanpa fakta.Wassallam.


@ Dah lama tak dengar Anon 5.05 dan QD.Please contribute your ideas ok ?.

Anonymous said...

Uncle kampongman,

Macamana kita judge atau menilai seseorang. dari percakapan dan perbuatannya. Kalau dia penulis kita nilai dari apa yang ditulisnya.

Bagaimana kita nak nilai hati seseorang sedangkan kita manusia tidak memiliki deria untuk menilai niat dihati seseorang semasa dia bercakap atau menulis?

alangkah senangnya jika kita mempunyai deria itu atau alat bantuan yang dapat membantu kita melihat hati seseorang sedang marah atau mencarut gila babi itu sebenarnya suci bersih, berniat ikhlas kerana Allah.. kan. Atau apabila kita sedang mendengar seseorang tu sedang berbohong hangit tetapi kita dapat melihat hati dia sedang berbohong dengan niat adalah suci dan penuh keikhlasan.

Now, jika uncle begitu tidak setuju dengan tulisan sak atau Pak Aspan adakah uncle terima cara penulisan papagomo kerana saya tidak pernah membaca komen tentang "fitnah-Fitnah" yang dilemparkan oleh papagomo. jadi boleh la saya menanggap uncle setuju dengan papagomo! Disini letaknya ironi sikap uncle.

Sak atau pak aspan tidak pernah disaman fitnah oleh mana-mana pihak kerana "fitnah-fitnah" yang dilemparkan oleh mereka. Sedangkan papagomo sekarang sedang menghadapi perbicaraan kes fitnah di mahkamah tinggi yang di bawa oleh Husam Musa.

Blog WZWH dan blog-blog lain juga samada pro UMNO atau pro Pakatan juga banyak yang tidak didakwa di mahkamah sama seperti blog Sak atau Pak Aspan. Yet cara uncle menuduh sak atau Pak aspan seolah-olah lebih teruk dari papagomo.

saya tidak bersetuju dengan semua posting sak atau Pak Aspan tetapi saya tidak menghukum seperti uncle kerana meraikan demokrasi dan kebebasan bersuara.

Jika kita tak setuju, kita mempunyai hak untuk bersuara samada diblognya atau diblog lain atau kita buat blog sendiri. Saya tidak nampak uncle berbuat demikian. yang saya baca selama ini hanyalah cacian berbentuk 1 atau 2 liner sahaja yang tidak menjelaskan bahagian mana yang uncle tidak setuju dan apa hujahan balas uncle.

Dalam hidup ini kita kena ada satu standard sahaja. Kita tak boleh letak bermacam-macam standard yang orang lain perlu penuhi, manakala kita tak ada apa-apa standard langsung. Tang kita semua boleh, ikut sedap hati kita. hancur lebur le dunia macam tu uncle.

zack

Kampong man said...

Salam Zack,

I am no fan of Sakmongkol anymore now neither I read Papagomo.KM reference is The Scribe A Kadir Yasin and of course yang di hormati Tun Dr Mahathir Che Det among the more decent , sensible and balanced write up.

Sakmongkol has too much hatred for his former boss Najib and his former party UMNO.Try and read most of his recent and past postings it is the same old story of UMNO bashings.He will delete most of the pro gomen comments.No wonder you do not anymore see comments from the usual commentators who speak against him.KM has long lost interest in Sakmongkol blog anyway.

WZWH telah menulis banyak artikal berkenaan Sakmongkol dari Pahang ini dan perjuangan politik dan pem7kiran beliau dalam UMNO sebenarnya .KM is no politician and not even care less to Sak political journey in DAP.

Sakmongkol AK47 harus tidak menghukum Najib berterusan.PRU 13 ini kita akan tahu kemana PR dan kemana Sakmongkol.


Zack setuju dengan Sakmongkol dan bro
Aspan menulis KEBENCIAN dan membodohkan Najib dan Mahathir teruskan .Itu hak Zack. Cheers..

Anonymous said...

Ariff the joker dlm menyambut Maulidur Rasul sempat membaham umno gila gila Sbab dia orng gila mahu mng pilihanraya mcm Anu-war.Tui..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...