Thursday, January 31, 2013

Calon-Calon DUN Pulau Tawar The All Dr Shukri Men!



















Mohd Aidil Mohd Zain (bersongkok) AJK UMNO Bahagian Jerantut telah disebut-sebut oleh Blog Parlimen 81 bertanding di DUN Pulau Tawar sila klik sini.

Dato' Dr Shukri menyatakan samada beliau berundur dari DUN Pulau Tawar atau naik pangkat bertanding parlimen Jerantut, beliau lebih suka orang-orang beliau menjadi calon DUN Pulau Tawar.

Selain Mohd Aidil Mohd Zain ada seorang lagi orang Dr Shukri yang juga disebut iaitu Dato' Zukarmi Abu Bakar, Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut.


Dato' Zukarmi Abu Bakar juga calon potensi DUN Pulau Tawar.

Mohd Aidil Mohd Zain seorang juruteknik Celcom di Kuantan, merupakan anak jati Kampung Pulau Tawar dan sudah lama bergiat dalam politik dari kilang Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Dato' Zukarmi dulu bekerja di LKWJ yang sekarang ini diswastakan menjadi Syarikat Jengka. Beliau adalah anak kepada mantan ADUN Pulau Tawar Allahyarham Cikgu Bakar.

Terdapat seorang lagi calon yang juga berpengalaman luas dan seorang anak peneroka Felda Sungai Tekam iaitu Dato' Nazri Ngah Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut.



















Dato' Nazri Ngah (memegang songkok) dulu pernah menjawat Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut dan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar.

Ini lah calon-calon DUN Pulau Tawar PRU 13 nanti...

WZWH suka mengingatkan terdapat 4000 pengundi muda 'first time voter'. Apakah langkah dan strategi yang perlu diambil oleh calon-calon ini untuk memenangi DUN Pulau Tawar?

Kelebihan majoriti 3000 undi DUN Pulau Tawar pada PRU 12 akan mengecil atau mungkin tewas pada PRU 13 jika 4000 pengundi muda ini tidak dikenalpasti dan diurus dengan berhemah.

WZWH belum nampak lagi apa-apa gerakan proaktif yang komprehensif untuk menawan hati pengundi muda DUN Pulau Tawar kecuali siri kempen parlimen Jerantut PRU 13 sudah bermula baru-baru ini.

DUN Pulau Tawar itu sebenarnya... lebih kronik dari DUN Tahan!

11 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Dato' Nazri Ngah...he3x.
Mengapa nama Tn Hj Zulkefli bekas pegawai kanan kastam Phg berkelulusan ijazah pengajian Islam tidak ada dalam senarai. Dulu dalam PRU12 kan beria2 sangat nak calonkan beliau sebagai calon MP.

Elok, kasi orang cerdik sikitlah utk jadi calon umno dun PT. Baru ada kelas dan baru boleh bersaing dgn calon PAS Johanis yg nampak lebih kehadapan dari segi ilmu dan keterampilan...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Yohanis sedara WZWH dari Kedondong ke tu? Anak buah Aki Hasan Kedondong. Itu puak WZWH dari Pulau Tawar.

Anonymous said...

Betoilah tu Wan. Kalau benar beliau jadi calon PAS nanti, mintak Wan and the geng tolong kedurlah sikit kempen agar sedara kita ini boleh menang...penghalang nak menang bukan orang PT dan Tebing Tinggi tapi orang Felda....

Anonymous said...

Orang Felda ni bila kata BODOH pasti melenting...marah macam nak rak..

Orang dah kata jangan beli saham FGV nanti rugi...degil. Sekarang apa dah jadi, terpaksa kena potong paysheet RM50 untuk jelaskan utang RM3,800. Terpaksa bayar RM3,800 tapi bila jual balik cuma dapat tak sampai RM3,000.

Orang cakap dah, FGV tak akan dapat bantu peneroka apa2 malah bertambah merana. Sebelum penyenaraian FGV, harga buah sawit RM500-RM600 setan dan setiap peneroka boleh dapat RM4,000 sebulan. Sekarang harga buah sawit cuma sekitar RM350 - RM400 dan pendapatan peneroka menurun kpd RM3,000 saja.

Dulu FGV janji nak batu generasi ke 2 Felda dalam bisness serta nak tempatkan eksekutif kanan syarikat dikalangan anak2 peeroka...apa macam?? Berapa banyak FGV kasi kontrak dan berapa rama CEO dilantik dikalangan anak2 peneroka. Bukan saja tak kasi kontrak malah bilangan CEO dan eksekutif kanan semakan berkurang...

Tak lama lagi koperasi peneroka KPF nak istihar dividen. Tahun lepas sebelum penyenaraian FGV dividen sampai 18%. Tahun ni berdasarkan prestasi FHB...ramai yg menyangka dividen hanya mampu bayar 10% saja...


BODOH dan DIPERBODOHKAN. Mana pergi anak felda...lama tak nampak atau dah faham makna kebodohan...

Anonymous said...

AIDIL...?? Siapa dia tu..?? Layak ke..? Nama je AJK bahagian tapi balik kawasan pun jarang-jarang sekali..macam mana nak mesra pengundi klu muka pun xpernah nampak di kawasan..sekarang ini lah baru nampak bayang itu pun di prog2 tertentu saja..dah terlambat sebab kita kesuntukan masa dh nk buat kerja utk kenal mengenal ni...kalau ini lah calon disebut2 alamatnya Dun Pulau Tawar akan gagal mempertahankan kerusi...

Anonymous said...

Berita terbaru....Dato Nazri Ngah tengah sibuk mengumpul maklumat data DUN Pulau Tawar mungkin sudah dapat lampu hijau kot dia bertanding!!!!!

Anonymous said...

Datuk Nazri Ngah yg kaki memburu tu ker...kalau pergi ke hutan Tekal pasti terjumpa tapak kaki dia...gurau je.

Dia ni baik orangnya. Bini dua kira oklah dan tak boleh jadi isu sebab beliau memang berlaku adil dgn isteri2nya...lagi pun dia dah mula berjinak2 dgn masjid.

Cuma kas rasa sedih sikit sebab dah lama dalam UMNO masih tak faham2 dgn perangai umno...masih berangan2 nak jadi adun. Kas doakan agar dia bukan dapat lampu hijau drp Najib tetapi menerima bendera hijau drp TGNA...mudah2an.

Anonymous said...

Oklah kami pengundi Pulau Tawar, akan memilih Calon yg boleh membantu org kg tradisional dan juga felda, hanya kami berhajatkan anak tempatan akan bertanding jika dibandingkan dengan datang dari Dun yg lain..kena ingat.. Org Pulau Tawar tidak pernah di calonkan.. Seolah2 lansung tak layak.!!!

Kutukandewata said...

orang pulau tawar bukan tak layak.ramai cendikiawan jerantut terdiri drp orang pulau tawar.

cuma dalam politik jerantut,orang pulau tawar tak bina kekuatan sendiri.mereka lebih suka politik hanger bergantung pada orang lain.

kadang-kadang mereka mengharapkan bantuan orang lain untuk menang dalam pemilihan parti tetapi mereka kebanyakan hanya melepaskan diri sedangkan orang yang membantu mereka kalah.

jadi orang lain akan serik membantu mereka kerana mereka tak ikhlas membantu orang yang membantu mereka yg menyebabkab orang yang membantu mereka tak pernah menang.

jadi macam mana mereka boleh jadi calon kalau kedudukan mereka itu diperolehdengan cara yang tak ikhlas.ini kenyataan sejak dulu lagi.

dobit said...

tengok2 bakal calon, alamat tipis ler BN di DUN Pulau Tawar.. Kenal sikit Hj Nazri tu pon sebab orang tempatan. Zuraimi baru ni jer naik dan aidil x kenal pon. Harap jawatan jer AJK Bahagian. Sori kalau nak undi.
Kena ingat, zaman sekarang orang muda terutamanya first voters tengok calon dahulu. kenal pon tidak.minta maaf ler..

Betul cakap tuan tanah. Nampaknya Dato' shukri lebih sibuk untuk mempersiapkan dirinya dahulu. Yer la. Orang nak kena tendang. Kena ikat diri kat tiang dulu.
Itu sebab DUN Pulau Tawar senyap jer.. Nak harap Pemuda. Pandai pegang jawatan ler. Pegang memang bagus. Tapi lebih bagus kalau program tu dibuat secara menyeluruh dan sistematik. Ni bila ditanya, banyak program(tu pon tumpang program orang).. tapi kampung senyap sepi jer...

Puteri dan Wanita , macam sediakala asyik tunggu program orang untuk menumpang. Dulu memula ok dah.. Sekarang Kak Melan dan si Tini ni ke mana pergi. Gerak ler sekarng ni sekuat mungkin. Paling lewat Bulan Jun ni, PRU akan berlangsung. Dah comfirm. Jangan asyik dok mengharap kot-kot boleh terselit nam jadi calon. Mati ler BN kalah teruk.

Anonymous said...

Kas pilih org kg kas.Baru terang jln kg kas sbb bulan br nk berkembang.Harap2 bila dah menang ingat janji2 tu

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...