Wednesday, January 9, 2013

Negeri Pahang Sudah Advance Dari Pakatan Rakyat Mengajar Bukan Islam Menyebut Ya Allah Tanpa Benarkan Bible Guna Kalimah Allah!


Pemimpin Pakatan Rakyat kata boleh bukan Islam guna kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.

Sememangnya Bible versi Bahasa Melayu boleh guna kalimah Allah di Sarawak dan Sabah kerana amalan sudah lama.

Sultan Selangor telah bertegas melarang penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam di Selangor. Decree sudah dititah pada 2010.

WZWH percaya pendirian Sultan Selangor ini juga boleh jadi pendirian yang sama oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga melarang hanya Allah untuk orang Islam pada 2008.

Nik Aziz dan Hadi Awang kata orang bukan Islam boleh berjinak dengan Islam bila dibolehkan mengunakan kalimah Allah.

Jadi Nik Aziz dan Hadi Awang bersetuju sangat dengan kehendak Lim Guan Eng.

Ini yang Anwar Ibrahim mahu 1Allah @ Allah 1Malaysia untuk semua kaum di Malaysia tanpa mengira agama!

Kalau mahu membiasakan bukan Islam dengan penggunaan kalimah Allah, WZWH beri fakta sebenarnya negeri Pahang telah lama mendidik orang bukan Islam menyebut Ya Allah lebih 50 tahun dalam lagu anthem of Pahang.

WZWH tulis lirik lagu negeri Pahang:


Old Lyric

Ya Allah Yang Maha Kuasa,
Lanjutkan Usia Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia,
Dirgahayu, Darul Makmur,
Aman dan Bahagia Sentiasa,
Ya Allah, Selamatkan,
Ke Bawah Duli Raja Kami

[edit]New Lyric

Ya Allah Yang Masa Kuasa,
Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia,
Dirgahayu, Darul Makmur,
Aman dan Bahagia Sentiasa,
Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami

[edit]Literal English Translations

Old version
O God the Most High, the Merciful,
Give a long life to His Exalted Highness
Long live to you, our Land of Tranquility
Grant us peace and happiness
O Almighty Lord, save His Majesty, our beloved King
New Version
O God the Most High, the Merciful,
Grant a long life to His Majesty
Long live to you, our Land of Tranquility
Grant us peace and happiness
O Almighty Lord, bless His Majesty, our King


Tapi biasalah anak-anak bukan Islam mula-mula sebut 'Ya Allah' pelat sikit Yala Yala Yala....

16 comments:

Anonymous said...

Wan, isu penggunaan kalimah Allah ini bukan isu politik. Jadi tak payah dipanjang2kan...

Saya bimbang jika ada mereka2 yg tak arif dalam hal ini akan cuba memberi komen yg bukan2...sehingga melanggar batas2 keimanan.

SUDAHLAH WAN, JANGAN BUAT DOSA KERING. Full stop!!!



Anonymous said...

anon 12:14,

Yang tak arif pasal Ugama Islam akan mencacatkan lagi ugama Islam bila sudah melepasi kemampuan ilmu yang dia ada.

Sebab itu aku kata...jangan jadi ULA[RSE]MAK.Kita mahu ULAMAK YANG BERMUTU ramai-ramai untuk mempamerkan keindahan Islam. Bukan ULA[RSE]MAK-ULA[RSE]MAK yang akan menghodohkan Islam. Ramai yang termakan cili naik hangin dengan aku...angan-angan tak kesampaian !( aku balun semua sekali tak kira puak mana!)

Kampongman dan Pembahas,

Islam itu indah dan hebat. Islam itu luas tidak sempit. Itu hakikat Islam, sebab itu kita orang Islam percaya, islam itu sesuai dengan segala keadaan, masa dan tempat.

mari sama-sama kita jangan hodohkan, sempitkan, kunokan Islam kerana motif-motif diatas dasar kepentingan yang sempit. Islam adalah milek mutlak Allah. Dia tidak suka kita memperlakukan Islam dengan tidak sepatutnya.

saya mengingatkan diri saya pertama-tamanya. Juga mengingatkan sdra-sdra se Islam saya.

Islam accomodate semua, manusia,binatang,alam sekitar dsbnya. Disinilah letaknya kehebatan Islam dan menifestasi kebesaran dan keagungan Allah.

Bagi kita orang awam ada ruang lingkupnya. bagi yang kaya ada ruangnya. bagi yang miskin ada bahagiannya. bagi bijak pandai ada ruangnya.Begitulah seterusnya. jangan kita melangkaui ruang lingkup kita dengan membabi buta. Kita akan memusnahkan sesuatu yang indah, sumber kebaikan untuk kita dari Rabbul Jalil.

sama-sama kita hayati dan menumpang berteduh seketika di hayat dunia ini dibawah naungan dan lembayung Rahmat dari Maha Bijaksana, Tuhan Sekalian Alam, yang mencipta alam ini. jangan sesekali kita melakukan kemusnahan pada alam yang bukan kita yang punya. Apa yang kita ada hari ini hanyalah pinjaman dariNya....Dia pemilek mutlak bukan kita...janganlah kita taksub dan menyombong diri. dari Dia kita datang...Kepada Dia kita kembali dengan hanya ditutupi oleh kain kapan sahaja.

yang kita bawa adalah amal ibadat dan sedekah jariah. Kita tak bawa bendera parti kita ke dalam kubur yang akan kita kibarkan apabila berhadapan dengan Mungkar dan Nangkir dengan soalan-soalannya.Kita tak bawa kekayaan atau kemiskinan kita. Kita tak bawa pangkat dan gelaran berjela-jela yang diberi oleh manusia semasa hayat di dunia. bendera PAS pun tak laku...!

anon 5:05

Anonymous said...

wzwh,
lagu pahang dah senada dengan keputusan TGHH dan TGNA,
Apa kata kita PAS kan seluruh rakyat Pahang,baru lagi hebat nadanya...

Anonymous said...

Didahului dengan ribuan Maaf Wzwh,

Kampongman dan pembaca

Hey Pak 505, dah nak jadi Imam pulak, Si Beruk tua ni!!
Bukan kah Anon 12:14 kata, SUDAHLAH WAN, JANGAN BUAT DOSA KERING, FULL STOP!! 

Yang Si Beruk ini nak beri ketubah pulak, kenapa? " ..angan-angan tak kesampaian !( aku balun semua sekali tak kira puak mana!) Rupanya Imam 505, Imam kaki BALUN tak kira [PUAK MANA]." Sudah bagus betul niat Si Beruk ini!! Lepas tu nak beri kutubah pulak.

Imam 505 ,"mari sama-sama kita jangan hodohkan, sempitkan, kunokan Islam kerana motif-motif diatas dasar kepentingan yang sempit. Islam adalah milek mutlak Allah............ Kita tak bawa pangkat dan gelaran berjela-jela yang diberi oleh manusia semasa hayat di dunia. bendera PAS pun tak laku...!"

Bagus juga IMAM ini, dah insaf dan mungkin sudah bertaubat , selepas selama ini asik MEMBALUN kaw kaw, tak kira siapa. 

Oooops! Imam 505 misti balas balik, kalau tidak, Imam Si Beruk tua ini nanti tidor tak lena, kah kah kah. Teka tiki: ada kah jawapan yang akan diberi Imam 505 dari jati diri (self esteem) atau isu , kegunaan perkataan Allah yang dibangkitkan oleh WZWH?

Anonymous said...

Anon 4:18

Tak ada apa yang nak dibalas balik. Sekadar melihat telatah dan perangai anda dari parti yang di pilih Allah (menurut Reezal Merican). Parti mana ye...sesiapa tahu?

anda tidak menghina saya,.Anda hanya menunjukkan kebodohan diri anda sahaja !

Anda mempersenda apa yang saya cuba kata, saya tak rugi apa-apa. Kepadanya kita semua akan kembali satu hari nanti.Siapakah yang saya perkatakan? Fikir-fikir le...

Anon 5:05

Anonymous said...

KESIAN BANGSAKU BERPECAH SEBEGINI HEBAT KERANA DENDAM DAN NAFSU BERKUASA.
AKU AGAK DANGKAL ILMU AGAMA. NAMUN SEUMUR HIDUPKU TAK DAPAT MEMBAYANGKAN MASA AKAN MENENTUKAN BAHAWA PERKATAAN ALLAH ITU JUGA BOLEH DIPAKAI KAPADA TUHAN AGAMA LAIN DARI TUHANKU YANG MAHA ESA.

Anonymous said...

En.zurik belejor2 lah jadi cerdik.

Anonymous said...

Tuan 5;07, lain kali belajar lah lebih sikit, takbelajar berserta suka menunjukkan kelemahan tak bagus. Mana yanG tuan maksudkan bangsa melayu berpecah?

Kutukandewata said...

salam semua.

kalimah allah adalah hak ekslusif umat islam sejak lebih 1500 tahun dahulu.

azan membuktikan lagi bahawa kalimah allah hak milik islam.puak kristian tiada pulak melaungkan nama allah sejak dulu lagi.

pihak vatican pun melarang penggunaan kalimah allah oleh kristian.hanya gunakan god sahaja.

isu ini adalah permainan puak kristian.mereka melihat islam di malaysia sudah lemah dan berpecah belah.jadi perlu ambil kesempatan.

bible versi melayu kalaudibaca oleh anak muda islam yang kurang didikan agama mungkin akan terpengaruh kerana terdapat kalimah allah di dalamnya.inilah agenda kristian yang hj hadi dan nik aziz tak nampak.yang dia orang nampak hanya lah undi puak kristian.

sebagai ualamak seharusnya hj hadi dan nik aziz tahu hukum.

membenarkan kristian menggunakan kalimah allah bermakna hj hadi dan nik aziz mengikhtiraf konsep triniti.

jelaslah nik aziz dan hj hadi telah menghina allah sedemikian rupa.

mana tidaknya?allah hendak digunakan untuk ruhul kudus,tuhan bapa,dan tuhan anak!!!

nik aziz dan hj hadi bukan setakat menduakan allah tapi telah pun meng'empat'kan allah ia itu allah taala,allah ruhul kudus,allah bapa,dan allah anak.

inilah yang membuatkan dia orang berdua ni beria-ia sangat melayan puak kristian sebab mereka sudah menghampiri bibir telaga syirik.

lam yalid walam yulad.

tidak beranak dan tidak diperanakan.

hj hadi dan nik aziz jangan terlampau berani menghina allah dengan menyama tarafkan allah dengan tiga tuhan kristian.

nanti di dunia ini lagi kau orang akan mendapat bala.

Anonymous said...

KD,

Antara Haji Hadi, NIk Aziz, KD, WZWH....siapa yang lebih buta tentang Islam?

Tolong pergi baca kupasan Dr. zaharuddin Ab. Rahman, seorang pakar ekonomi Islam dan pensyarah UIA, tentang isu ini dahulu. Dapatkan maklumat seimbang . Soal aqidah bukan perkara kecil. Silap-silap langkah boleh menjejaskan iman seseorang, untuk apa?.

link Dr. Zaharuddin Ab. Rahman :
http://www.zaharuddin.net/

Kutukandewata said...

ROSAK KE AKIDAH AKU NI BILA MANA AKU MEMPERTAHANKAN NAMA ALLAH SUBHANAHUWATAALA???

ALLAH BAGI UMAT ISLAM IALAH ALLAH YANG MAHA ESA.

JANGAN NAK CUBA MEMPOLITIKKAN ISU INI.

ALLAH YANG MAHA ESA.QULHUALLAHUAHAD!

ALLAH BUKAN UNTUK TRINITY.JANGAN KERANA NIK AZIZ YANG BAWA ISU INI KAU ORANG NAK BELA DIA.

BENAR TETAP BENAR SALAH TETAP SALAH.

SEJAK BILA PULAK CINA KRISTIAN NAK GUNA NAMA ALLAH DALAM BIBLE VERSI MELAYU?

TIDAK KAH AGENDA MEREKA MAHU ORANG MELAYU BACA DAN YANG KURANG DIDIKAN AGAMA AKAN TERPENGARUH KERANA ADAKALIMAH ALLAH.

PUAK CINA DAN INDIA KRISTIAN TAK BACA BIBLE VERSI MELAYU.BERAPA EKAR AJE FASIH BAHASA MELAYU.

KEBANYAKKAN WAKIL RAKYAT DAP ADALAH KRISTIAN.MEREKA BIJAK GUNA KESEMPATAN UNTUK MENGEMBANGKAN AGAMA MEREKA.TAK MACAM PEMIMPIN ISLAM USAH KAN NAK MEMPERTAHAN DAN MENGEMBANGKAN ISLAM MALAH KALIMAH ALLAH DI GADAIKAN KEPADA KRISTIAN.

ANON DI ATAS USAHLAH NAK MEMPERTIKAIKAN IMAN ORANG LAIN.JANGAN INGAT KERANA ADA IJAZAH DARI MADINAH DAN DEOBAND INDIA DIA AJE YANG BETUL?DIA AJE YANG LAYAK BICARA TTG ISLAM.ISLAM HAK MUTLAK SESIAPA.ISLAM HAK SEMUA.

KAJILAH SEJARAH BAL'AM BAURA,SEORANG ULAMA DAN WALI ALLAH YANG HANYA KERANA MENJAGA KEPENTINGAN PUAKNYA DIA AKHIRNYA DILAKNATI ALLAH!!!!




Anonymous said...

Kalau orang Islam kuat akidah ,apa nak takut?Bagus lah kalau orang lain pakai nama "Allah"ini menunjukan "Allah is all powerful dan bukan sebaliknya.Sangat memalukan orang2 yang kononnya Muslim.
Ugama lain tidak melarang sesiapa memakai apa jua ayat pun,ini menunjukan betapa confident terhadap ugama masing2.

Anonymous said...

KD,

Bersabar dan bertenang. Fahami dahulu apa mesej yang saya katakan. Niat yang baik sahaja bukan satu-satu syarat nak mencapai sesuatu kebaikan.

Saya faham ayat mana yang saya tulis yang menaikkan darah KD. ayat itu sengaja ditulis dengan tujuan tertentu. Saya mempunyai beberapa pilihan ayat jika saya sekadar hendak mengulas tanpa sesuatu tujuan.saya akan jelaskan.

Jauh sekali ayat itu ditulis bertujuan merendahkan niat KD atau merendahkan KD. Malah saya sudah menjangka reaksi sdra. Saya sering membaca blog sdra dan saya sengaja tidak membuat komen. Saya hanya memberi komen pada sesetengah komen KD di blog ini sahaja. jadi sedikit sebanyak saya dapat memahami KD secara kasar.

Sekarang jam 3.33 ptg. Kebetulan saya ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Insya Allah saya akan cuba menjelaskan, mungkin belah malam sikit.

Anon 5:05

Kutukandewata said...

ANON 5.05,

SAYA TIDAK MARAH.CUMA SAYA EMOSSI SIKIT.SAYA MEMANG ANTI DAP.SAYA LANGSUNG TIDAK ANTI PAS.SAYA TEGUR PAS PUN BILA PEMIMPIN NYA PADA PANDANGAN SAYA ADA BUAT SILAP.ITU AJA.

SAYA ANTI DAP KERANA AMBIL KESEMPATAN CIPTA ISU YANG MEMBUATKAN UMAT ISLAM SEMAKIN LUAS JURANG PERPECAHANNYA.

SAYA KESAL KERANA DAP SELALU DAPAT APA YANG DIIDAMKAN ATAS SOKONGAN PEMIMPIN PAS.

JANGANLAH ANON 5.05 TERASA DENGAN APA YANG SAYA TULIS.SAYA BUKAN MARAH CUMA TEGAS SIKIT.

Anonymous said...

KD,

Saya faham maksud KD dan saya dulupun muda. Saya sentiasa cuba untuk rasional dan diajar untuk bersikap rasional sejak dari kanak-kanak.

janji tetap janji.Kita orang Islam wajib menunaikan janji apabila berjanji. Cuma perlu masa sedikit kerana urusan kerja yang penting perlu diselesaikan. Semalam tak siap lagi

Anon 5:05

Anonymous said...

Since the admin of this web site is working, no doubt
very shortly it will be famous, due to its feature contents.


Also visit my page :: Payday Loans Online

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...