Thursday, January 17, 2013

Selagi Sakmongkol AK47 Belum Disahkan Calon...Selagi Itu Membantai Najib Dan UMNO!



Sakmongkol AK47 @ Arif Sabri tidak puas menjadi YB sepenggal. DS Najib disalahkan kerana tidak pandai menghargai kebijaksanaan genius kepimpinannya.

Barangkali Sakmongkol AK47 tidak sesuai jadi ADUN Pulau Manis yang rata-rata Sejarah UMNO Bahagian Pekan suka meletakkan guru sebagai YB.

Kalau Sakmongkol AK47 mahu jadi ahli parlimen tidaklah boleh sebab DS Najib masih tercokoh di Pekan sebagai ahli parlimen. Lainlah parlimen Pekan dibelah dua.

Sakmongkol AK47 keluar UMNO masuk DAP itu hak dia berpolitik di Malaysia. Bila begitu teruk membantai dan menghentam UMNO dan DS Najib sampai tahap maksima itu sudah lebih...

Sakmongkol AK47 nak masuk DAP masuklah. Nak cium bontot LGE dan LKS itu dia punya suka. Keturunan Tok Gajah sanggup bertuankan Cina kerana mahu kuasa buat malu moyang aje.

Tapi bila suka memburukkan dan memfitnah DS Najib maka itu buat Orang UMNO dan Orang Pahang marah.

Dendam Sakmongkol AK47 kepada DS Najib sampai kiamat agaknya. Orang Melayu dan orang Pahang terutamanya merasa pelik dan janggal dengan perangai Sakmongkol AK47 anak Melayu Pahang keturunan Tok Gajah tapi perangai tidak mencerminkan peribadi jati diri anak pahlawan.

Sakmongkol 47 yang dikurnia Dato' oleh Tuanku Sultan sepatutnya menjaga etika Orang Besar menghormati gelaran OB4 OKIS DS Najib kalau tidak mahu respek PM dan Presiden UMNO & BN.

Sakmongkol AK47 akan mencemuh ini sebagai budaya silam Pahang yang kolot dan ketinggalan zaman lagi purba. Budaya feudal katanya.

Nak mengajar Sakmongkol AK47 mudah saja tarik balik Dato'shipnya. Biar Tuanku Sultan mengajarnya!

Pemimpin 'renegade' dan leftist Pahang seperti Tok Bahaman, Mat Kilau, Ibrahim Yaakob, Pak Sako, malah komunis Abdullah CD tidak mengajar anak-anak Pahang menjadi seperti ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Hamzah Jaafar pemimpin PAS Pahang pun masih menghormati DS Najib sebagai PM yang boleh membangunkan Kuala Krau dan Jerantut dengan cepat.

Leong Ngah Ngah pemimpin popular DAP Pahang pun tidak mengambil pendekatan seperti Sakmongkol AK47 membenci dan menghina DS Najib sebegitu sekali.

Sebab itu Leong Ngah Ngah YB  DUN Triang itu lebih layak bertanding parlimen Raub dari Sakmongkol AK47 atas tiket Pakatan Rakyat (DAP) kerana keperibadian yang lebih unggul.

Sakmongkol AK47 berperangai hodoh begini kerana dia mahu buktikan 'in trial DAP'nya. Maka kena selalu hentam UMNO dan DS Najib. Kuat lagi hentam walau banyak fitnah dari fakta.

DS Najib dikata ikut perangai Shaitan, kuat makan komisen, bunuh perempuan maka sebab itu DS Najib tidak layak diberi mandat rakyat pada PRU 13.

Tuduhan dan fitnah ini tanpa bukti dan fakta. Maka meroyanlah Sakmongkol 47 menulis posting-posting sebegitu rupa untuk:

  • Cuba menambat hati LGE dan LKS mendapat tempat parlimen terutamanya.
  • Cuba mempengaruhi orang atas pagar.
  • Cuba meracun pemikiran first time voters.

Sakmongkol AK47 sudah jadi macam Deepak gayanya. Tak kan keturunan Tok Gajah Pahang setaraf dengan keturunan Si Kitol?

Selagi Sakmongkol AK47 belum disahkan calon DAP parlimen terutamanya...selagi itulah  Sakmongkol AK47 membantai DS Najib dan UMNO...!!!

Maknanya LGE dan LKS belum bersedia nak letak Sakmongkol AK47 bertanding parlimen mahu pun ADUN setakat kini....

28 comments:

Anonymous said...

Bro, orang begiru marah kerana merasakan pada PRU ke 13 ini,terdapat tanda-tanda majoriti orang Melayu akan terus menobatkan UMNO/BN.
Sebabnya gagasan BN adalah lebih baik pada keseluruhannya dibandingkan dengan apa yang akan dijangkakan oleh orang Melayu terutamanya bila PR memerintah.
Rakyat memandang kapada model keamanan dan keseimbangan sosio-politik yang telah terbukti sekian lama.

Anonymous said...

Dato' Ariff Sabri dah kenyang makan duit kuari PASDEC, balak LKPP dan lombong besi kurniaan Kerajaan Pahang. Tapi nafsunya masih belum puas kerana hanya dapat jadi ADUN sepenggal sahaja. Orang mcm ini memang kuat nafsunya, sebab itu sanggup tinggal isteri utk kejar pramugari. Apabila nafsu dah menguasai diri maka, akal fikiran yg cerdik pun sudah tidak berguna.
Biarlah Sakmongkol terus membalun Najib kerana orang bingai saja yg akan percaya cakap mamat ni yg sudah buncit perut membaham kekayaan Pahang atas nama UMNO dan BN.

Anonymous said...

Zurik,

The don has spoken. Najib's days are numbered. Tukar kem cepat weh...

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/empty-victory-if-bn-gets-smaller-win-at-polls-says-dr-m/

Umai

KAMUNTING CENTRAL said...

Salamm Boss... Hebat Blog Boss... Mohon dapat dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog boss.. Terima Kasehhh Boss...

Kampong man said...

Salam semua,

PRU 13 telah hampir, diramalkan March.Hasil Kajian dari ramai dan berbagai Professor baru baru ini menunjukan 125 kerusi adalah kerusi tetap ( confirm seat ) bagi BN daripada yang 140 yang dimenangi di PRU 12 dulu.Di Sarawak pula kajian juga mendapati 75% pengundi Sarawak mahukan BN terus memerintah meneruskan pembangunan dan menolak PR.

Walaupun kaum Cina telah nekad berpihak pada DAP di kawasan urban, masih terdapt anggaran 30 ke 35% kaum ini yang tetap memihak pada BN.
Pertukaran kerajaan akan membuntukan perancangan pembangunan yang hebat diushakan dalam TRANSFORMASI kerajaan
pimpinan DS Najib, BN.

Bagi Sakmangkol pula adalah tidak bijak bagi beliau berterusan menghentam DS Najib dengan berbagai fitnah saolah beliau itu hebat.Kini Sakmongkol sudah mula mengutuk Tun Dr Mahathir.Siapalah Sakmongkol dalam politik negara ?.Yang pasti orang Melayu tidak akan memberi support pada parti DAP yang racis, chauvanistik dan sentiasa celupar dalam banyak isu agama Islam kerana mereka fikir mereka hebat, mereka terus arrogan dan kadang kadang biadab.Sakmongkol sejak memilih DAP kini akhirnya perolehi DNA jahat parti multiracial ini kononnya. Realitinya DAP tidak akan ADIL dan tetap akan extreme walaupun pengasasnya DAP adalah Daven Nair saorang dari kaum India. DAP adalah pecahan dari PAP Singapura yang mahukan Malaysian Malaysia samarata dan samarasa sama bagi di bandar dan luar bandar.Sakmongkol harus perbaiki diri belau sendiri sebelum mengutuk pemimpin UMNO parti beliau dulu.

Rakyat Pahang terutama orang Melayu akan tetap MENOLAK Sakmongkol sekira dicalonkan.Apakah beliau akan di calonkan ? kerana kehebatan beliau
hanya dalam bloggging sahaja kerana menulis kebencian pada UMNO dan pemimpunnya.Kaum Cina TIDAK mudah menerima Melayu dalam DAP pula.Ini amat jelas dan semua tahu dalam pem8l8han CEC baru ini.Apa masih tidak faham ?.Sakmongkol to me is NOT relevent politically.Kita lihat nanti ya.

Penulisan Sakmongkol sudah tidak ada KELAS lagi jika dibandingkan dengan penulisan Wan Zuri yang lebih balance .Pada KM penulisan Sakmongkol adalah hanyalah propaganda DAP bagi mengkaburkan pengundi melayu.Yang pasti ramai blogger hantu raya adalah dibayar.Kenapa tidak kutuk Tun Daim atau Tengku Razali?.Kenapa Tun dan Najib .Very selective ehh..Apa masih tidak faham?.Catch the drift baby?.

YANG UNTUNG DAP dan YANG RUGI ORANG MELAYU.

Anonymous said...

Orang melayu tidak boleh lihat Melayu lain kaya.Mereka senang kalau semua orang melayu terus miskin.
Ada orang cina kisah kalau kaum mereka kaya raya.Pada mereka tidak ada yang haram.Wang adalah tuhan.

PR akan kalah teruk sebab perhimpunan Shamdidar gagal capai sasaran 1 juta dan rakyat benci cara gitu.Huhuhu.. 45k saje ?.Saktongkol tu pedulikan ,dia orang gila kuasa dan gila duit tak kesampaian.Biarlah dia merapu .

Anonymous said...

anon 11.27 am
mmg himpunan shamsidar gagal sbb himpunan tu TMY yg umumkan.
yg berjaya adalah HKR112,sbb yg tu Md Sabu yg umumkan.
Tu la,masa sekolah dulu kuat monteng,dah jadi tak cerdik dalam buat analisa.

Anonymous said...

Kah kah kah...Mat Sabu yang tuduh polis langgar motorsikal semasa Perhimpunan Kotor tu ke.Yang kata pejuang kemerdekaan adalah pengganas komunis dan yang kata kalimah Allah siapa pun boleh guna dan kemudian buat U turn .Yang ada skandal tu ke.Kalau ini rupa penolong Presiden Pas,susah kita nak terima sebagai menteri nanti.

Anonymous said...

WZWH,
cer tolong kaji ttg siapakah gerangannya Mat Kelantan yg bersama Mat Kilau menentang british di kuala Tembeling...mungkin ini akan eratkan hubungan yg telah lama terjalin diantara org tembeling dgn org kelantan.

Anonymous said...

Bro,
Bila jawab sikit, dia kata baru nak jawab. Kalu tak jawab, dia kata tengok tak jawab.
Banyak senang lah nak kata orang macam gitu. Konon nya ini kali ler. Hai weh.

Kampong man said...

Salam semua,

Dalam kesibukan berkempen menghadapi PRU 13 jangan lupa mengikuti BICARA MINDA di mana yang berhormat Tun Dr Mahathir berbicara satu topik menarik dan kita orang Melayu di minta menghayati dan fikirkanlah bersama.


"MASA DEPAN MELAYU & ISLAM SALEPAS PRU 13 "

Anjuran Kumpulanmedia Karangkraf.Di siar di Astro Awani .Wassallam.

@ Hidup Melayu.

Anonymous said...

tun mahathir 100% melayu ko?
hidup KM,pejuang melayu terakhir.sbb lps ni slogan dari hidup melayu akan di tukar kpd takbiiiiiiir....

Anonymous said...

Mahaharaja lawak dari boboi bilang mahu LGE bilang takbir.. pada melayu Zairil Khir Johari.Hehehe..

Anonymous said...

Bro Kampun Man.

...Maka berjayalah UMNO dan Tun Mahathir membonsaikan otak Melayu. Dgn kejayaan ini maka mudahlah Melayu diperkotak katikan.

Jiwa Melayu telah hilang rasa. Apa saja yg UMNO katakan, 'ye' belaka. Mereka lupa, UMNO berlawan dgn PAS. Jika UMNO kalah pasti PAS yg menang. Masakan jika UMNO kalah DAP yg menang. Takkan DAP yg bertanding 51 kerusi boleh menerajui negara.....

Bro KM,
Orang Melayu tidak pernah memberi kontrak sepanjang hayat kpd UMNO untuk menjaga Melayu, Islam dan Raja2..Cukuplah sebanyak 12 kali kontrak bersambung..., masih ada 15juta lagi Melayu yg tidak menjadi ahli UMNO yg berkebolehan untuk menjaga Melayu, Islam dan Raja2...

Mengapa termakan dgn kata2, jika UMNO kalah maka habislah Melayu, Islam dan Raja2..Oooi, ingat senang ke nak menganggu gugat Perlembagaan Persekutuan yg berkaitan dgn Hak Istimewa Melayu, Islam agama Negara serta Kedaulatan Raja2...kan Majlis Raja2adalah kuasa tertinggi untuk menerima/menolak pindaan perlembagaan. Raja2 Melayu bulanlah bodoh macam Rajakapor...

Orang muda melayu dah cerdik...mereka mahukan politik cerdik dan segar. Politik Tun Mahathir dah tak main..Isu2 keadilan, urus tadbir negara yg baik tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa, penglestarian alam sekitar dan yg lebih utama ialah jaminan masa depan yg lebih makmur kdp mereka dan negara...yg menjadi pilihan mereka.

ORANG MUDA juga, tidak suka warga asing diberi kerkayataan dgn mudah agar menyokong BN dlam PRU sebagaimana berlaku di Sabah dulu..mereka mahu politik telus tanpa pulus..Menang bukan kerana penipuan tetapi kerana kehebatan...

Mat Periba.

Anonymous said...

Kalau la betul pendapat awk ni, kenapa Najib tu masih takut nak bubarkan parlimen? X pernah lg dalam sejarah, parlimen terbubar sendiri. Atas asas apa pendapat awk ni mengatakan begitu. Kalau x kerana ameno dah merasa goyang, x kan ada bantuan spt Brim, tayar teksi, durian runtuh kat penerokanya. Syok sendiri je la.

Anonymous said...

Dalam keadaan hidup melayu, hidup ameno, pemimpin korang habis jgk tanah2 sapu kat cina. Kalau x, takkan Wan Mizan dah gemparkan dalam sinar harian? Bukan Jerantut je, habis semua tpt yang ameno kuat, itulah keadaannya. Membela melayu ke pemimpin membela perut sendiri? British tinggal kat tanah melayu dgn rezab tanah melayu brp juta hektar dan skrg tinggal brp? Dap ke yang kerjakannya?
Kalau apa yang dikatakan Dato' Sakmongkol ttg Najib tu fitnah, kenapa x saman? Selama ni pun Najib hanya membuat penafian yang x berfakta sahja. Yang terbaru ttg Deepak, Najib hanya kata Deepak seorang x boleh dipercayai. Itu je? Deepak tu siap tunjuk bukti bertulis la.
Bab negeri pahang, saya ada diberitahu oleh seorang bekas pengurus ladang lkpp (dah pencen) bahawa dah byk tanah2 lkpp dijual kpd orang cina. Siapa yang menjual tanah ni? Ameno ke Dap? Siapa orang ameno jerantut yang x kenal Lim Ah Chap? Tanah kat Gua Gelanggi kononnya nak projek herba tu brp ekar bg kat Lim Ah Chap? Sekarang dah tanam sawit pun. Dap ke yang bagi?

Anonymous said...

Perhimpunan Shamsidar? Awk ni bukan bodoh tetapi tolol. Ada brp kali dlm perhimpunan tu sebut nama shamsidar?

Orang melayu skrg mmg dah jadi kelas ketiga selepas cina dan india. Siapa yang memerintah 55 tahun ni? Dap ke? Bodoh

Anonymous said...

Kes polis langgar dia, benda tu dibawa ke mahkamah pun. Habis siapa yang memperjuangkan kemerdekaan? Ameno? Puiih!!! Ameno Lama diwujud pada tahun brp? Dia lwn British bukannya lawan raja2. Bodoh. Ameno ni ditubuh kerana menentang Malayan Union je. Siapa yang buat Malayan Union? Kena bijak untuk menilai benda2 ni baru kita tahu cerita sebenarnya. Kalau x faham lg, kena tanya orang2 lama. Jgn hanya bergantung kpd buku teks je sb ianya diselewengkan oleh penjajah jgk.
Bab kalimah Allah tu tuntut ilmu dulu kalau nak bercakap. Sekurang2nya kena faham ilmu sifat 20. Adakah yang kita sembah tu nama? Perkara ni x jadi masalah langsung jika semua orang Islam di Msia dididik dalam ilmu akidah. Tetapi sistem pelajaran hari ni, adakah mendaulatkan mata pelajaran Islam? Tulisan jawi pun dimansuhkan, aspek jawi ni penting kerana asas utk membaca Al-Quran. Kalau x reti baca jawi, adakah reti baca Al-Quran? Ini semua salah Dap kerana Dap lah yang memansuhkan tulisan jawi

Anonymous said...

Melayu Johor JAUH LEBIH MISKIN vs Melayu Kelantan kata YDP DPMM Syed Ali Al Attas...Ingat! ini buka Mat Periba cakap..

Macamana? Bagini kot...

Melayu Kelantan berpendapatan RM1,500 sebulan tetapi harga beras, ikan, kain...dan macam2 perkhidmatan adalah lebih murah. Manakala Melayu Johor walaupun berpendapatan RM2,000 sebulan tetapi harga2 barang keperluan jauh lebih mahal kerana terpaksa bersaing dgn org S'pore.

Melayu johor dah banyak hilang tanah.. Tanah di Felcra Tebing Tinggi Gelang Patah umpamanya telah dipaksa jual dgn harga murah utk projek Iskandar Malaysia. Dan banyak lagi tanah2 Melayu terlepas termasuk di Marjedi, Wadi Hassan Kelantan PAS yg perintah, sedangkan Johor UMNO yg perintah...Melayu kedua2 negeri penyokong tegar parti masing2.malah Felda Cahaya Baru ...Melayu Johor mula merempat...Melayu Kelantan masih boleh tersenyum kerana tanah di Kota Baru masih menjadi milik mereka...


Bro KM...tolong ulas sikit fenomena ini...andakan pakar kerana berada dalam kelompok parti yg suka tolong "Melayu"..

Kalau tanya Mat Periba jawapannya...Lu Fikir2lah sendiri!!!

Anonymous said...

Anon 10:09 AP, Kas nak sampuk sikit..

Era 40an dan 50n, British dah tak sanggup untuk menampung kos perbelanjaan mentadbir tanah jajahan mereka termasuk Tanah Melayu...ekonomi mereka dah tak berkembang. Banyak belanja digunakan masa perang Dunia pertama dan ke 2 dan mereka dah hampir muflis.

Jalan terbaik ialah dgn dgn membebaskan tanah2 jajahan mereka ini. Sebelum diberi kemerdekaan, Gurka2' yg terdiri drp anak watan dipilih dan dilatih mengikut cara British...kena belajar undang2 di Lincon Inn agar undang2 sekular dapat dipraktiskan..undang Syariah biar Sultan yg tau dan terpakai dalam hal2 yg berkaitan dgn pembahagian harta pusaka, nikah kawin, dan kematian saja. Undang2 jenyah, muamalat, syiasah dan berbagai2 lagi mesti guna British punya...

Kalau ada mana parti2 Islam mahu memperjuangkan kemerdekaan...haramkan dulu. Sumbat pemimpin mereka dalam penjara atau buang negeri..

Malah sebelum kemerdekaan war2kan kpd sekelian rakyat bahawa...Mat Kilau jahat, Tok Bahaman pengkhianat, Tok Janggut tak guna..Ahmad Bustamam Komunis...Dr Burhanuddin, Pak Sako Syed Seikh Al Hadi, Tok Guru Gunung Semanggol semuanya penjahat2 belaka......Yg baik2 ialah pemimpin UMNO termasuk Tun Dr Mahathir...

Setelah Meredeka..cita2 British termakbul...Jadilah Melayu yg suka tonton Maharaja lawak...ketawa terbahak2 asal dapat makan dan minum depan TV sambil baring2 kira oklah..Apa nak terjadi kepada masa depan negara, itu kena serah kpd orang politik kerana dah terbiasa dgn fahaman 'Politik dan Agama' mana boleh campur...

Kampong man said...

Salam semua,

Forum Islam dan Cabaran Semasa.Semua di jemput hadzir.

" POLEMIK ISU KAL8MAH ALLAH "

Tarikh : 20 Jan 2013 (8.30 pagi -1:00 ptg)

Tempat :Auditorium Utama,Universiti Islam Antarabangsa ( UIA), Gombak.

Anjuran Pertubuhan -Pertubuhan Pembela Islam (PEMBILA)

Masuk Percuma.

@Kampong man


Anonymous said...

KM
Awak sekarang dah jadi walking bilboard untuk Mahathir ke? Forum yg awak wawarkan ni, masuk percuma tapi saya rasa bila keluar banyak yg perlu dibayar. Kalau ada Samsung Galaxy percuma saya pasti datang, tapi mestilah diberi sebelum forum ye..

Anonymous said...

Salam sdra,

Sdra boleh hubungi WZ dan saya bersedia memberi sdra sabuah galaxy percuma.

Ia tidak ada kaitan dengan Mahathir.Maka ia diadakan di UIA satu institusi yang bebas dari politik. Berlain di UNISEL Shah Alam tempoh hari dalam isu FGVH sebelum di senaraikan dimana PR menggunakannya bagi menghalang pesenarain FGVH.Bro Sakmongkol was involved but failed to convince participants.Not good enough ground to justify otherwise.

UNISEL masih digunakan untuk tujuan pilitik.Anda pasti tahu kisah UNISEL di Batang Berjuntai dimana asrama kini dibaik puleh ?.

@ KM -Yang baik elok kita war warkan.Tak suka mahu hadhir tidak perlu hadhir.Kawan KM dari Pas akan sama sama pergi.See you there.

Anonymous said...

Bro KM,

Anda nampaknya mersungguh2 membawa pemikiran Mahathir ke dalam blog Wan ini..

Bro,

Pemikiran orang tua ini sudah bercelaru..."kalau Tengku boleh buat mengapa saya tak boleh buat perkara yg sama" katanya. Ini kata2budak berumur 6 tn kerana takutkan dimarah oleh emaknya maka diapun gunakan ayat ini utk mengenakan abangnya. Adakah anda mahu dituduh bercelaru macam beliau juga...

Lihat dalam isu tuntutan Pilihan Raya Bersih yg menjadi ajenda pejuang2 BERSIH termasuk oleh Puan Marina anak Mahathir sendiri...Mengapa Mahathir marah sangat dgn BERSIH sedangakan ternyata beliau mengamalakan pilihanraya tak bersih...mana ada intergeriti. Kalau di Sabah boleh berlakau penipuan atas arahan Mahathir maka adakah ada jaminan perkara yg sama tidak berlaku dimana2 terutama di Selangor dalam PRU12 nanti...Najib kan berguru dan bertalaqi secara berlutut dgn Mahathir, takkan sanad yg Mahathir turunkan Najib tidak memparktikkannya...mustahil!!

Sudahlah KM....PEMBELA yg anda katakan berkecuali drp politik kepartian. Anda pasti...Lihat siapa dia peneraju PEMBELA??

Mat Periba

Kampong man said...

Salam semua,

Kita semua mahukan pilihanraya yang telus, adil dan bersih.Dalam scenario yang tidak adil PR memenangi beberapa negeri di Semenanjong.Besar kemungkinan bertambahnya negeri yang boleh ditawan PR sekira BERSIH yang dianggap KOTOR boleh memberi harapan yang besar pada PR menaklok banyak lagi negeri, satu kemungkinan tetapi boleh kah ? dengan huruharanya pakatan rakyat dalam ketidaksefahaman dalam parti DAP dan dalam pakatan itu sendiri tidak terdapat adanya unity.

Sayang, BERSIH telah di HIJACK parti politik dari PR.Anuar yang sungguh hebat dapat memperdayakan pengikut dengan demonstrasi jalanan ala Arab Spring yang akhirnya GAGAL dan backfire.Jangan lupa baca artikal terbaru sdra A Kadir Yasin ada cerita isu pendatang di Sabah dan peranan sdra Anuar.Read read .

Terbaru Karpal Singh dari DAP mencabar Hadi supaya Pas tukar pendirian penggunaan kalimah Allah dan mengecam Kedah dalam isu dress code bagi wanita.Tak habis habis Karpal Singh berkonflik dengan Pas.Karpal mesti ingat PRU 13 sudah hampir.Dont rock the boat for PR.

KM tetap akan menonjolkan pemikiran Tun di blog Wan.Sekira sdra Mat Periba tidak seuju kita boleh berbincang bersama.Di blog sahabat saya bro Aspan ada banyak kutukan untuk Mahathir. Mungkin disana lebih baik untuk pembenci Tun dan UMNO.Freedom of choice , democracy at play.Salam

Kutukandewata said...

ALLAH AKAN NAIKKAN KERAJAAN YANG DIA SUKA DAN AKAN JATUHKAN KERAJAAN YANG DIA TAK SUKA.

BUKAN KAU ORANG YANG TENTU KAN UMNO ATAU PR YANG MENANG.DOSA KERING PUN KITA TAK DAPAT SEBAB KITA TIDAK MEMBURUKKAN PERIBADI ORANG LAIN.

KAU ORANG TAK MATI KE???

jidi babi said...

Saya menganggap penulis 2 blog ni orang2 yang shok sendiri, dah tak ada vihicle nak salur pikiran dan tulis dalam blog. Mereka anggap mereka pandai sangat.

Orang menulis blog ni semuanya dah tak ada tempat lain nak kemuka fikiran, Sebab itu lah pakai tulis ikut emosi saja. Hentam situ sini dan bina logic sendiri

Anonymous said...

kabonye amno champing bab pembangunan. tapi tengok jambatan kg budu masih lg yang zaman jepun dulu.
kecik & tak boleh selisih. tak kan nak nanti amno lg buat yang baru, elok lah tukor ke gambo yang lain pulok.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...