Thursday, January 10, 2013

Selepas Petronas...Malaysia Perlu Eksploit Rare Earth Mengembang Ekonomi

800px-Thulium_sublimed_dendritic_and_1cm3_cube

Minyak telah memakmurkan ekonomi Malaysia. Membuatkan kerajaan melupakan projek loji tenaga nuklear.

Tapi rezab minyak makin berkurangan akan pupus satu hari nanti. Alternatif renewal energy yang lain  hidroelektrik menjadi opsyen kini.

Kehadiran Lynas dengan supply rare earth yang banyak dari Australia membuka lembaran ekonomi baru. Teknologi Lynas perlu ditransfer, ditambah studi untuk Malaysia eksploit rare earth.

Kini rare earth metal (REM) sumber strategik terpenting. 17 elemen REM boleh didapati pada gadget berteknologi tinggi dari teknologi canggih tentera hingga telefon mobile.

China menguasai 90% pengeluaran dunia. Bila China mengurangkan eksport menyebabkan banyak syarikat berteknologi tinggi pindah ke China.

Banyak negara juga melabur dalam explorasi dan pengeluaran REM. India umpamanya risau monopoli REM China.

Geopolitik REM menyebabkan persaingan di Asia. Rare earth akan menjadi "the next oil". 

Keputusan Putrajaya dan kerajaan negeri Pahang mengusahakan industri REM di Gebeng, Kuantan menjadi perintis kepada perkembangan REM.

Isu yang menarik tanpa REM yang banyak diguna dalam teknologi pertahanan akan menyebabkan proses pengeluaran moden warfare seperti jet pejuang, drone dan peralatan canggih kawalan komputer menjadi lambat dan panjang.

China  yang memonopoli sumber REM menjengkelkan US dan Eropah. 

Deng Xiaoping pemimpin China berpandangan jauh 20 tahun dulu bila berkata "Negara Arab ada minyak manakala China ada rare earth.."

China ada 55 megaton deposit REM. US 13 Mt manakala India 3.1 Mt. Paling menarik Australia dakwa ada 59 Mt deposit rare earth.

Menyedari kebergantungan kepada bekalan sumber REM dari China memaksa US dan India meningkatkan pengeluaran bagi kegunaan sendiri memenuhi pertumbuhan industri.

Kerajaan Malaysia perlu mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Australia dan syarikat-syarikat perlombongan rare earth Australia Lynas dan lain-lain lagi.

Pada 2010 bila China menghentikan penghantaran REM ke Jepun selama 2 bulan selepas krisis diplomatik menyebabkan industri high-tech Jepun terencat. Jepun terpaksa menanggung subsidi US500 milion.

Jepun pengimport REM terbesar dunia terpaksa deal dengan Lynas Corp Australia dan Molycorp US serta baru-baru ini MOU dengan India.

Selepas minyak Petronas, Malaysia perlu eksploit rare earth bagi mengembang ekonomi negara. Lebih banyak kilang rare earth dibina, lebih banyak technology transfer, lebih banyak research centre, bila sampai satu masa applikasi teknologi REM boleh diamalkan di Malaysia maka itu satu quantum leap dalam ekonomi negara.

Apa menarik minat WZWH dalam 17 elemen REM ada satu elemen yang dipanggil thorium adalah alternatif kepada uranium yang perlu bagi mengaktifkan loji nuklear menurut pandangan saintis dunia.

8 comments:

Anonymous said...

Wan,

Dua perkara yg saya boleh ambil drp artikel rengkas diatas, pertama, sebagaimana sdr akui kemakmuran M'sia banyak bgt kpd terdapatnya sumber minyak dari perut bumi M'sia. Tanpa minyak mungkin M'sia berada sama taraf dgn Bangladesh atau Filipina. Jadi momokan selama ini bahawa Malaysia maju dek kerana kebijaksanaan pimpinan UMNO menjana ekonomi melalui kelbagaian sumber bolehlah dipertikaikan.

Cuma saya boleh bersetuju bahawa Dr Mahathir mempunyai kebijakan dalam menggunaan wang dari sumber petroleum ini. Berapa banyak2 syarikat GLC atau syarikat yg ada kepentengan yg hampir runtuh telah di'bill out' oleh Dr Mahathir menggunaan wang Petronas ini...Termasuk syarikat milik anaknya Konsotium Perkapalan. Demikian pula, harga petroleun untuk pengunaan domestik relatifnya adalah dikira tinggi bagi sebuah negara pengeluar minyak...

Ke2, berapa banyak perut bumi M'sia mengandungi nadir bumi.. Kalau ada, mengapa Lynas perlu mengimport bahan ini dari Australia. Yg menjadi kepelikan kita mengapa Australia tidak menafaat sepenuhnya bahan berharga ini untuk diproses dinegarnya sendiri???

Wan, ini bukan isu politik tetapi lebih kpd isu keselamatan AWAM. Kilang memproses nadir bumi bagi menghasilkan produk komponan peralatan elektronik bernilai tinggi tidaklah merbahaya. Yg bahaya ialah bahan buangannya yg mengandungi thorium, suatu bahan radioaktif. Sifat thorium ini pd asalnya sangat stabil namun selepas melalui fasa proses ia menjadi tidak stabil lalu memgeluarkan radio aktif yg sangat bahaya. Bagi rakyat M'sia kita mungkin boleh katakan 'yes' kpd kilang nadir bumi yg mungkin dibina dibumi bertuah kita ini tetapi mesti berkata 'TIDAK' kpd bahan buangannya. Jika industri ini mahu diteruskan, pastikan bahan ini dilupus keluar dri bumi kita...

Anonymous said...

Komen diatas oleh Mat Periba.

Anonymous said...

Anon-anon sekalian,
Apa saja benda kalu nak dibuat akan dispin macam-macam mengikut kepentingan kita.
Jadi sapa yang betul sebenarnya.
Bailout lah, strategi ekonomi, keselamatan awam dan bagai-bagai lagi.
Nampaknya pembangkang fikir kalu dia perintah boleh buat yang terbaik.
Tapi Wan, tak usah cakaplah, dia akan ikut kepentingan dia juga. Baik hal balak Kelantan, undi Cec DAP dan masaalah air di Selangor dan sebagainya.
Kalu gitu baik je pangkah yang dah ada ni. Tahu dah jasa-jasa atau pun sikit2 kelemahannya.

Anonymous said...

Satu perkara yang menjadi tanda tanya aku... Seperti jugak Anom 2:16 diatas. Jika betul benda ni amat penting pada masa depan, mengapa perlu Australia tidak memprosesnya dinegara sendiri? Apa yg kurang di Australia hingga memaksa mereka memindahkan kilang ini ke Malaysia?

Anonymous said...

Australia aktif melombong rare earth disana. Pendapatan rare earth adalah 1/4 GDP Australia. Memang ada kilang memproses rare earth di Australia. Malaysia dipilih sebab faktor kos dan transportation rendah dan strategik dan faktor kelebihan politik, ekonomi dan sosial Malaysia.

Anonymous said...

Faktor kos dan transportation rendah dan faktor kestabilan politik ekonomo dan sosial di malaysia boleh di pertikaikan.

Kos transportation lebih murah jika di proses di kilang dimana nadir bumi ini dilombong. tak adalah kos untuk menghantar bahan nadir bumi ini ke malaysia. lagipun mereka sudah ada kilang disana, tidak logik untuk enanggung kos pengankutan jauh dan membina kilang baru di malaysia.

kestabilan politik, ekonomi dan sosial Di Australia jauh lebih baik dari malysia.

Yang kita dengar Lynas ada masaalah dengan kerajaan Australia.

Sisa buangan radio aktif itu memang bahaya. Ia memerlukan pemantauan dan penguatkuasaan yang ketat sepanjang tempoh kilang itu beroperasi.

Di sini letaknya kelemahan Malaysia. Pemantauan dan penguatkuasaan oleh agensi kerajaan di Malaysia ni hancur lebur...jenis hangat-hangat tahi ayam je. Itu hakikatnya.

Ini perkara besar. dalam isu-isu kecilpun hancur lebur. Kita ambil contoh yang paling mudah dan senang. Bagaimana peniagaan di pasar Chow Kit boleh di kuasai oleh pendatang asing. Chow Kit dah jadi macam negara asing. Pemantauan dan penguatkuasaan oleh DBKL dalam hal ini bukannya melibatkan teknologi tinggi pun. Pun dah terbarai.

banyak contoh-contoh lain yang boleh diberi dalam hal ini.

Anonymous said...

Boleh bgtau nama kilang kat Australia tu? Saya Google tak jumpa. Lagi satu boleh explain tak camne Lynas nak uruskan sisa-sisa kilang tu? Dengar citer tak boleh diexport. Kalau gitu nak buang kat mana? Betul ke nak buang dlm lombong sg lembing?

sang sapurba said...

KAMBING BERBINCANG TTG CARA HARIMAU MEMBURU!

KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHAKAHAKAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...