Thursday, January 24, 2013

Ikatan WZWH Dan Muḥammad ibn ʿAbd Allāh ibn ʿAbd al-Muṭṭalib ibn Hāshim


Ini posting mengenai bos WZWH yang no wahid (1). Beza umur 1443 tahun lampau.

Ini sebenarnya pemimpin agong WZWH. Ini pemimpin was a religious, political, and military leader from Mecca who unified Arabia into a single religious polity under Islam.

Ini nabi @ rasul sangat kubra dan berpengaruh. Mempunyai makam makrifat yang tertinggi dekat kepada Allah dihormati para anbiya, malaikat, wali.

WZWH adalah umat Muhammad. 5 kali sehari pasti menyebut dan mengingati lelaki paling mulia, suci, maksum dan berpengaruh dalam dunia.

Jika benar cerita usul orang tua-tua bahawa keluarga WZWH dari keturunan Bendahara yang moyangnya bergelar Habib @ Al-Idrus dari Hadralmaut. Baca susur galurnya sampai ke Hussein yang dipotong kepala di Karbala, Iraq.

Hussein cucu Muhammad Rasullulah...

Memadailah menjadi umat Muhammad adalah nikmat yang paling berharga dalam hidup WZWH.

Rasullah menyuruh buat yang baik tinggal dan jauh yang dilarang. Ikut Al-Quran dan hadis sebagai pedoman. Dengar bicara dan pandangan ulama...

Bila WZWH fikir....Muhammad pesan jangan berpecah belah bersatulah umat demi kebaikan orang Islam dan umat...

Tapi orang yang sifatnya ulama seperti Nik Aziz dan Hadi Awang tidak boleh mengikut nasihat mudah dan simple Rasullulah!!

UMNO ajak PAS bersatu....tapi PAS tak mahu..

60 tahun dulu...PAS ialah Biro Agama UMNO. Biro ini minta 10 kerusi parlimen diberi kepada ulama dari Tunku Rahman.

Tunku tidak layan sebab bukan semua kerja ahli parlimen baca doa...

Maka merajuklah Biro Agama UMNO ini tambah lagi kalah ketuanya Ustad Fuad tewas kepada Tunku Rahman merebut jawatan Presiden UMNO.

Lalu Biro Agama UMNO ini minta pada British tubuh parti baru. British sokong sebab ini boleh memecah belah orang Melayu. Lahirlah PAS pada 1951.

Apa yang British jangka itu memang betul PAS banyak celaru.

Rasulullah kata taatlah kepada pemimpin. Dalam konteks Malaysia taatlah kepada DS Najib dan Raja tapi walau mudah pesan nabi ramai juga orang Islam tidak ikut terutama orang PAS.

Orang PKR pula tak payah sentuh sebab Rasulullah tidak mengaku umat kalau mengikut pemimpin yang suka meliwat...!!!Rujuk keputusan mahkamah yang hakim percaya aktiviti liwat berlaku...

Ikatan WZWH dan Rasulullah diharap kekal hingga akhirat. Mari kita umat Islam menyambut Maulidul Rasul yang ke 1443.

Ingat pesan Muhammad Rasulullah....

29 comments:

Anonymous said...

Wan,

Kamu berhujah, "Rasulullah kata taatlah kepada pemimpin. Dalam konteks Malaysia taatlah kepada DS Najib dan Raja tapi walau mudah pesan nabi ramai juga orang Islam tidak ikut terutama orang PAS".

Saya nak soal balik...
Ada baginda Rasulallah SAW suruh kita bersyiasah cara Malaysia. Adakah menjadi sunah wajib atau sunah sunat memilih pentadbir Melayu/Islam/M'sia mengikut cara demokrasi berpalimen. Siapa yg mencipta dan pengamal setia sistem ini....PAS kah. Pastinya UMNO yg berguru dgn British bukan!!!?.

Jadi kalau kamu sudah memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai kaedah memilih pemimpin kemudian dalam masa yg sama kamu pulak cuba menafikan hak memilih pentadbir melalui pilihanraya yg merupakan sebahagaian drp sistem yg kamu tunjangi ini....apa ni. Wan, terpulng kepada rakyatlah hendak memilih siapa PM...ini kuasa rakyat...tak timbul isu ketaatan kepada Najib. Kalau bagitu suruh ahli2 UMNO jangan buat kacau bilau nak menukar presiden. Wan, setahu rakyat yg wajib diberi ketaatan hanya kepada Sultan dan Raja2 sebab rakyat tidak diberi kuasa untuk memilih DYMM raja2 dan Sultan. Lagipun kebawah duli tuangku telah di amanahkan oleh sistem ala British ini untuk menjaga Agama ISlam dan Melayu..

Oh, kalau ini menjadi hujah syarak, mengapa orang2 UMNO dok melawan TGNA...kan dia ketua dan pemimpin sebuah negeri Islam yg berdaulat...Malah geng2 kamu nampak bersungguh2 mahu menjatuhkan kerajaan yg dipimpin orang Islam di Perak dan Selangor...tolong kasi hujah kamu Wan.

Kalau kamu beria2 sangat nak pakai sistem ini, kita bubar saya perlembagaan Persekutuan warisan penjajah Britih kufar ini dan kita wajib beralih kepada sistem khilafah dimana kahlifah dilantik sebagai ketua negara...sistem satu parti....Sebagaimana diamalkan semasa zaman keagungan Islam semejak zaman sahabat, kerajaan Umiyah, Abbasyiah dan kerajaan Islam Othmaniyah dulu..Dalam keadaan ini kita memang diwajibkan mentaati khalifah...

Mat Periba.

Anonymous said...

seorang guru yang teramat pandir...

Anonymous said...

Sebelum dia Jadi guru, masa kecil dulu memang dia pandir. Belajar tinggi tapi tak cerdik.

Anonymous said...

Ayat 124 surah al baqarah. Hanya keluarga Ibrahim yang tak zalim (beriman) sahaja yang layak menjadi pemimpin (imam).

Sapa yang keturunan Rasulullah (mereka yang berhak mendapat selawat dan diharamkan menerima zakat & ada DNA Rasulullah) adalah calun-calun yang tersenarai.

Kampong man said...

Salam Wan,

Syabas Wan dan Mat Periba anda berdua dan rakan lain membuat KM teruja melawati blog Jerantut hampir setiap hari. Sekurangnya kita sama sama dapat mempelajari sejarah lampau dan mengingatkan kita semua supaya sentiasa bersama mengingati Rasullullah dalam urusan harian kita. Yang pasti banyak research yang Wan buat bagi kepelbagaian dalam blog ini.KM tabik.

@ KM sangat juga teruja semalam menonton astro program Sentuhan Jiwa melihat satu perbualan penghijrahan
sdra Sham Kamikazi dulunya pemuzik hebat dan saorang anak seni mendekati islam dengan lebih mendalam.Tidak semua orang mendapat hidayah begini.Syabas juga kepada Sham dan pada mereka yang berhijrah kepada kebaikan.Alhamdulillah.

Anonymous said...

Nasib baik anak-anak aku tak belajar di sekolah dia ni...

Anonymous said...

" Bila WZWH fikir....Muhammad pesan jangan berpecah belah bersatulah umat demi kebaikan orang Islam dan umat... "

WZWH, adakah awak berpendapat pesanan diatas membawa maksud PAS mestilah bersatu dibawah UMNO demi kebaikan Islam dan umat...??

Apakah umat Islam di Msia hanya boleh bersatu jika PAS besengkokol dibawah telunjuk UMNO?
Apakah Nabi Muhammmad tidak bersetuju jika umat Islam di Msia mencapai penyatuan ummmah dibawah kepimpinan PAS, yakni orang Islam menerima dan sama-sama berjuang dibawah naungan PAS. Ooo, kalau UMNO dibawah PAS, itu tidak bersatu. Hanya jika PAS berada dibawah UMNO barulah bersatu namanya, begitu ke?

Anonymous said...

UMNO diberkati Allah dengan berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan Malaysia. Hanya ada satu UMNO parti paling lama memerintah di dunia yang menjadi iri kepada musuh islam. Kenapa PAS mahu meruntuhkan kuasa UMNO? Kenapa tidak bersatu kembali kepada UMNO? Rakyat sudah nampak PAS lemah bila bersama Pakatan Rakyat kerana tidak boleh memperjuangkan pendirian dan hak. UMNO tidak sempurna tapi itu pilihan terbaik umat Melayu Islam di Malaysia.

Anonymous said...

WZWH

Apabila membaca tajuk posting kali ini aku ketawa sakan, geli hati tak tak dapat nak cerita.

Agaknya puak-puak UMNO ni silap faham ajaran yang dibawa oleh Rasullullah tentang rasuah yang sedang bermaharajalela dikalangan mereka dan dah jadi satu institusi kukuh sebagai ciri utama negara Islam Mahathir.

Agaknya hangpa ni dok faham rasuah dan memakan rasuah ni termasuk dalam amal soleh kot. Tu dok mengila rasuah sana, rasuah sini. Kalau tidak masakan rasuah dan amalan rasuah begitu sinonim dengan UMNO.

Anonymous said...

Perghh...sekarang Wan kata mungkin dia keturunan Rasulullah pulak, dulu keturunan Mat Kilau. Ini sudah kira package yg baik untuk orang Jantut pilih Wan jadi pemimpin, UMNO lagi pulak tu.

Wan, benda-benda macam ni toksah lah buat main-main walaupun pilihanraya dah dekat. Kalau bukan musim pilihanraya, lagilah tak boleh...

Cucu Saudara Adik Angkat Sepupu Tok Gajah

Anonymous said...

Sila Pilih WZ sebagai calon Parlimen Jerantut..grenti menang.

Anonymous said...

WZWH, dari mana awak dapat ayat

" was a religious, political, and military leader from Mecca who unified Arabia into a single religious polity under Islam." ni?

CKTC

Anonymous said...

Kawah piut Adam, kawah tak kisah. Sama Kita semua.
Yang penting Iman.
Keturunan Nabi Muhammad tetap terjaga. Dan baka Hussin Dan baka Hassan Akan bertemu satu masa nanti iaitu Imam Mahdi.
Sesiapa yang Ada Bawa baka Hussin atau Hassan,
elok cermin diri sendiri.
Bukan semua keluarga Nabi Muhammad terjamin masuk dalam surga. kecuali mereka yang beriman.

MMI said...

Salam mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

Anonymous said...

Wan tuduh Ulama UMNO yg keluar UMNO dan menubuhkan PAS kerana mereka ini gila jawatan serta hanya pandai baca doa...ye ker??

Wan, ini cerita sebenar mengapa mereka keluar UMNO. Sebenarnya mereka tak tahan dgn perangai pemimpin UMNO ketika itu yg lagaknya lebih Mat Saleh drp Mat saleh....selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi mereka adakan majlis makam malam. Biasalah zaman itu, arak menjadi menu utama dan perempuan pula menjadi perkara biasa. Takkanlah ulama' yg beramal dgn ilmunya nak ikut perangai pencanai Loard Reid...

Ke dua....sebelum bersetuju menyertai UMNO, ulama2 ini mendapat jaminan bahawa Persekutuan Tanah Melayu yg hendak dimerdekarkan nanti akan menerimapakai undang2 Islam. Malangnya, gulka2 dan barua British yg dialtih di Lincon Inn menolak mentah2 cadangan ini...mereka lebih bersedia menerima sistem pentadbiran sekular....

Dalam hal ini, Wan kena tahu dan tolong beritau kpd sekelian Ahlul Bait yg seketurunan dgn Wan agar meninggalkan UMNO yg sekular itu...berjuanglah bersama PAS. Di Mesir Ikhwan Muslimin (PAS Mesir) yg memegang tampuk pemerintahan. Demikin pula di Turki...dan sekarang Hammas yg sama fikrah dgn ikhwan Muslimin dan PAS Malaysia mahu menubuhkan negara Islam...walau apa keadaan sekalipun. Itu sebab mereka beri warning kat Najib agar jgn memandai2..

Anonymous said...

Wan Zurik,

Pedulikan dengan parti lemah yang konon perjuangkan Islam dan sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR yang tidak pernah perjuangkan Islam.Dalam isu Allah pun mereka tak sehati apatah lagi isu hudud dan agama.Pas yang tidak mahukan perpaduan demi kuasa politik .Biarkan Pas terus diperkudakan DAP dan PKR.Mereka tidak ada kekuatan mempertahankan kerusi yang ada pun.Pas yang sinonim dengan tidak bijak dan suka berpolimik saje.


BG

Anonymous said...

salam. apabila LGE menuntut guna kalimah Allah dalam penerbitan dakyah kristian, PAS dengan bersungguh sungguh menyokong tuntutan tersebut tanpa sempat berbincang walaupun sesama mereka dlm parti PAS.
Hari ini apabila khutbah jumaat menyeru umat islam mempertahan kan akidah umat serta kesucian agama islam, pemimpin2 PAS kata ianya satu usaha mencetus ketegangan antara agama dan menuduh JAKIM jadi alat BN.
Kafir sentuh sensitiviti umat islam dia tak menyempat2 sokong, bila usaha menyeru umat mempertahan agama islam dia kata usaha cetus ketegangan antara agama. PAS ni berjuang apa bende ni? Agak2 lah kalau nak menang pun .
Jangan pakai 'pakaian kertas' kalau nak bersorak, akhir nya telanjang.

Anonymous said...

Wan ni berguru dengan Ibrahim Ali kut.

Anonymous said...

PAS tak kuat, itu sebab TGNS walaupun dah hampir 23 tahun berkuasa sebagai MB tak nampak pun sebarang kekayaan yg dimiliki. Bodoh sungguh PAS dan orang tua ini...

UMNO pulak memang kuat, hampir kesemua anak2 pemimpin2 UMNO yg kaya raya...anak Mahathir memiliki harta berbillion ringgit termasuk memiliki kilang arak... Adik Najib menguasai bank terbesar diM'sia, anak Pak Lah, anak KM2, anak MB2 semua memiliki harta berjuta2 ringit. Ini tanda UMNO kuat dan memang sentiasa kuat.

Engkau orang tolong pangkah UMNO dalam PRU13 nani. Dgn undi kamu semua pasti UMNO bertambah kuat dan hebat...pasti Islam bertambah terpelihara kerana ada musidul Am UMNO berama TG Mahathir Muhammad yg selalu mencerdikan2 orang2 umno dgn fatwa2nya...ikutlah.

Anonymous said...

ayat macam adik beradik dompok jerr.....kerayan dahh wokmeh... Berat dahh puok puok wan nii...nyer ising pulokk

Anonymous said...

Anon 5.56,

Murshidul am Parti Pas TGNA tak kurang hebatnya.Pengelaman mengurus Kelantan patut dapt bantu menyelesaikan isu Pattani sebab dekat sngt dgn Kelantan.

Akhirnya hanya kerajaan BN jugak yng dapat bantu bangsa Muro.Harap juga isu selatan Thai dan Palastine.Pas buat bodoh aje tidak membantu.Cam mana...

Anonymous said...

BETAPA BAIK dan CERDIKNYA UMNO SELANGOR INI...

UMNO Selangor memang baik...pemimpin UMNO SElangor lagi baik. Rekod kebaikkan UMNO diSelangor tersangat baik dan terserlah. Harun Idris masuk penjara bukan apa...semata2 nak tolong Melayu. Mat Taib kena tangkap kat Australia dgn membawa duit 2 gunni duit bukan kerja jahat tapi nak bina pusat kebajikan disana agar anak2 Melayu yg sesat mudah mendapat perlindungan dipusat tsb. Khair Toyo yg menunggu masa utk dipenjarakan pulak tak kurang baiknya...bina rumah berjuta2 ringgit semata2 nak beritau bahawa orang Melayu pun hebat macam bangsa lain juga..orang Melayu yg bodoh2 hanya layak dapat penyapu...

Yg paling bodoh ialah MB sekarang Khalid Ibrahim...bodoh. Duk pakai duit sendiri nak bantu rakyat tu buat mende....

Dalam PRU13 nanti tolong pangkah Noh...beliau bakal jadi MB terbaik Selangor, sama baik dgn calon MB PHG iaitu SU kerajaan negeri..

Anonymous said...

Saya akan pangkah umno/bn.Sebab pkr, Dap dan pas cakap tak serupa bikin.Isu air di Selangor runcing.Ibu tunggal yng dijanjikan bantuan tidak di tunaikan.Kerajaan pr tidak tunai banyak janji.

Betul Khalid gagap bodoh digunakan dap kepala komunis.pas selangor lagi bodoh macam kerbau di cocok hidung.

Kslau pr mensng sku mahu Teresa kok atau Tony Pua jadi MB sebsb orsng cina adil dan tak korup.Selangor ku.

Anonymous said...

Anon 5:48AM,

Elok benorlah kamu memangkah BN...lebih2 lagi kalau calon yg mewakili BN adalah cina MCA atau India MIC...pangkah jangan tak pangkah.

Kamu jangan pangkah parti TG Nik Aziz sebab TG Nik Aziz ni setiap kali subuh dan magrib selain pada waktu duha Jumaat, beliau sering menyampaikan kuliyah menyuroh orang jadi 'jahat'...
Kamu juga jangan sesekali2 pangkah parti PAS sebab presidennya TG Hadi Awang selalu 'mengkafirkan' orang sampai habis orang Melayu sekarang menjadi kafir dik perbuatannya. Ratusan ribu orang Melayu jadi Kristian (kata Mufti UMNO Harussani) memang disebabkan kerja TR Hj Hadi. Dia bina madrasah di Rusila dan mengajar ribuan orang sebenarnya nak suruh orang menjadi 'sesat'..

Kalau tak nak sesat, elok masuk kuliyah Tun Mahathir atau berguru saja dgn Hj Najib....mereka2 ini memang terkenal hebat. Hebatnya Tun Mahathir sehingga boleh bawak semua orang Melayu jadi kaya macam anaknya juga. Dgn kekayaan ini maka akan dapat menerangkan kegelapan kubur nanti. Demikian pula Hj Najib...beliau boleh bengajar Hammas Palestain dan Dr Morsi Mesir yg sama fikrah dgn PAS apa erti perpaduan...Tolah PAS tapi terima Hammas, kan hebat tu..

Lagi satu nak kabor...TG Hj Hadi ni...bukan cerdik mana. Saban bulan kerja beliau keluar negara sebagai mewakili Pertubuhan Gerakan Islam seDunia bagi menyelesaikan beberapa isu umat Islam seperti di Mesir, Syeria dan Palestain itu hanya kerja2 sia2.....

Anonymous said...

Pok Nik Aziz kita semua mesti ikut jangan ikut umno.Orang umno semua murtad dan masok neraka .Yang masok shorga hanya orang pas tau.Yang lain tak layak.
Hidup di kelate ayer perigi pun boleh minum walaupun tak bersih.Undilah Pas kita selamat dunia akhirat, jangan tak undi.Kali ini Pas mau perintah Pahang.Walaupun pas dulu dapat telor di Pahang kali ini kita bagi umno telor pulak walaupun pas nampak saje bodoh tapi kami boleh janjikan shorga tau..Kita ada pok Nik dan mat sabun .Mat sabun tak de skandal.

SANG SAPURBA said...

undilah pas,dijamin syurga.tak undi pas masuk neraka.

orang umno jangan takut undi pas sebab pas kalau memerintah pemimpin dan kroni tak suka ambil apa projek.sebab dia nak bawak semua orang ke syurga.

orang pas tak akan berebut harta dengan orang umno.semua projek kerajaan pas akan bagi kat umno sebab umno dah biasa buat kerja gitu.

orang pas tak gila harta.jadi semua kerja buruk,rasuah serah ke umno.

tanah-tanah orang pas tak mau.pas akan bagi tanah kat orang umno sebab umno lapar tanah.

jadi kenapa orang umno takut nak pangkah pas.

menteri2 pas tak kan buat harta punya sebab dia orang benci rasuah.menteri pas akan bagi kat pemimpin umno untuk teruskan memulun harta negara.pas hanya mahu
syurga sebab itu haji hadi dan nik aziz beria-ia nak bagi kalimah allah hak mutlak islam kepada keristian.jadi dah tentu allah pas akan bertambah dari satu menjadi empat.

ia itu allah swt,allah ruhul kudus,allah tuhan bapak dan allah tuhan anak.

sebab itu semasa perhimpunan di stadium merdeka sampai ada 4 kiblat sbb tuhan pas sudah ada empat.

tuhan makbulkan keinginan hj hadi dan nik aziz atas dunia lagi.

peluang masuk syurga cerah bagi pas kerana pas ada 4 allah,double syirik.

berbarislah mengekori hj hadi dan nik aiz masuk syurga kerana 4 allah pas telah bri jaminan.

PAS ITU KRISTIAN!KRISTIAN ITU PAS!

Anonymous said...

sang sapurba,

"PAS ITU KRISTIAN!KRISTIAN ITU PAS!"

Diharap sdra tahu dan sedar apa yang sdra ucapkan dan tahu hakikat yang sdra akan bertanggungjawab di hadapan Allah di Padang mahsyar nanti diatas statemen ini, dihari dimana keadilan Allah pada hari itu adalah keadilan yang mutlak.

Sekadar ingatan, berpada-padalah dalam bermain politik.

Jika begini sikap sdra, sdra sepatutnya berada di Butterworth hari ini untuk membakar injil melayu seperti yang dikerah oleh Ibrahim Ali hari ini. Itu baru betul jika sdra betul2 berjuang.

SANG SAPURBA said...

anon di atas,

pas itu parti bukan agama.tak rosak akidah aku kalau aku kata pas itu kristian.sebab pas bukan agama,dan kau ada mata tengok sendiri bila mana ulama lain menentang kehendak kristian,hj hadi dan nik aziz beria-ia nak benarkan kalimah suci allah digunapakai untuk mempengaruhi orang melayumasuk kristian.kenapa sibuk-sibuk nak guna dalam bible bahasa melayu,kenapa tak dalam bahasa cina dan india???
kau jangan jadi bodoh sngat dan jadi pak turut sampai otak letak kat lutut.tinggi mana pun ilmu agama seseorang kalau dia menyeleweng maka jadi kewajiban kita menentang.

pas itu kristian,nik aziz kata umno itu murtad tak salah pulak.jelaslah kau ini bodoh piang tak nampak langsung kebenaran.

Anonymous said...

Inilah seorang pemimpin yang kita cari selama ini di dunia membawa ke akhirat. Tak melatah, tak terpengaruh, tak memuji puja orang lain. Tak terlibat dengan rasuah, tak terlibat dengan percaturan haram. Tiada adu domba. Tidak lempar batu sembunyi tangan. Dan terakhir sekali tak pernah "melukah"...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...