Basement sebuah shopping mall di Kuantan ditengelami air banjir kilat.
Kuantan ibu negeri Pahang. Boleh dikatakan tempat paling bertamadun dalam negeri Pahang.
Penduduk Pahang 1.5 juta. Hampir 41% penduduk Pahang berjumlah 607,778 tinggal di Kuantan.
Ditambah hujung minggu orang Terengganu suka membeli belah di shopping mall di bandar Kuantan. Begitu juga orang dari KL dan Singapura suka berehat di hotel, chalet di tepi laut pesisiran Kuantan.
Gambar-gambar banjir kilat di Kuantan boleh dilayari di internet.
13 jam hujan tanpa henti bukan sahaja bandar Kuantan boleh tenggelam, kota London dan Paris pun tenggelam.
Banyak pihak menyalahkan sistem perparitan dan longkang. Itu skop bidang kerja MPK.
Pakar perumahan dan perbandaran MPK perlu melihat dari sudut ini dengan lebih serious. Jangan hanya penguatkuasa MPK sibuk menyaman parking atau cukai pintu dinaikkan tapi apa cadangan MPK mahu mengatasi masalah ini?
kalau perlu dirujuk kepada consultan atau pakar.
Jika tidak bulan Disember tahun depan bandar Kuantan banjir lagi. Ini memalukan DS Najib PM dari negeri Pahang.
Juga tidak senang duduk DSD Adnan Yaakob MB Pahang.
Tuanku Sultan dan Tengku Mahkota pasti kecewa lagi murka.
Orang kata ini banjir paling teruk buat Kuantan sejak 40 tahun dulu.
Banjir yang buat orang Kuantan panik kerana air naik mendadak dari parit dan longkang. Banjir yang merosakkan gedung perniagaan, melumpuskan bisnes dan urusan perbankan serta banyak kenderaan tersadai.
Apa lagi rumah kediaman dinaiki air sedalam 1-1.5 meter. Banjir kilat kalau tidak diawasi boleh meragut nyawa.
Pasti pelancong tidak akan mengunjungi Kuantan fobia dengan banjir kilat di musim tengkujuh.
Taskforce mengenal pasti punca-punca banjir kilat, longkang dan parit yang tersumbat, rosak. Sikap penduduk Kuantan jangan buang sampah ke perparitan, longkang dan sungai. Kolam-kolam buatan bagi menampung lebihan air hujan perlu dibina.
Teknokrat dan Bureaukrat Pahang perlu hantar segala cadangan dengan kos ke Putrajaya agar peruntukan besar mengelak banjir kilat di bandar Kuantan boleh diluluskan.
Beginilah air banjir kilat bertakung dibasement sebuah bank di Kuantan pada 26 Disember 2012. Semasa tengahari 24 Disember pula air ampuh menenggelam basement.
Ada bank yang terputus bekalan elektrik selama 3 hari. Banyak basement shopping mall digenangi air sedalam 1.5 meter. Banyak kedai-kedai perniagaan dimasuki air menyebabkan barang perniagaan rosak.
Ini menyebabkan shopping mall menutup perniagaan. Kedai makan, restauran dan gerai terjejas teruk.
Pekerja sekuriti sedang memantau kerja-kerja menyedut air.
Pasti pelancong tidak akan mengunjungi Kuantan fobia dengan banjir kilat di musim tengkujuh.
Taskforce mengenal pasti punca-punca banjir kilat, longkang dan parit yang tersumbat, rosak. Sikap penduduk Kuantan jangan buang sampah ke perparitan, longkang dan sungai. Kolam-kolam buatan bagi menampung lebihan air hujan perlu dibina.
Teknokrat dan Bureaukrat Pahang perlu hantar segala cadangan dengan kos ke Putrajaya agar peruntukan besar mengelak banjir kilat di bandar Kuantan boleh diluluskan.
Beginilah air banjir kilat bertakung dibasement sebuah bank di Kuantan pada 26 Disember 2012. Semasa tengahari 24 Disember pula air ampuh menenggelam basement.
Ada bank yang terputus bekalan elektrik selama 3 hari. Banyak basement shopping mall digenangi air sedalam 1.5 meter. Banyak kedai-kedai perniagaan dimasuki air menyebabkan barang perniagaan rosak.
Ini menyebabkan shopping mall menutup perniagaan. Kedai makan, restauran dan gerai terjejas teruk.
Pekerja sekuriti sedang memantau kerja-kerja menyedut air.
13 comments:
Pindahkan jer pusat pentadbiran from Kuantan to Temerloh... kawasan Temerloh-Mentakab luas, is shaa Allah bukan semua tempat yg banjir..
komer setuju ngat ape yg org atas ni cakap
Setuju dgn anon 11:09, ura2 Temerloh jadi ibu negeri dah lama sangat diusulkan oleh Kerajaan BN. Lepas tu diam jer.. 2, 3 tahun lepas pas pulak usulkan semula, kalau PKR menang, ibu negeri tukar ke Temerloh. Hakikatnya, lokasi temerloh amat sesuai... bukan setakat Titik Tengah Semenanjung, tapi dekat dengan daerah2 lain di Temerloh, Kuantan terlalu timur. Temerloh juga lebih berdekatan dengan ibu kota. Dengan kemudahan LPT dan adanya jalinan jalan keretapi, pindahkan jer sekarang, tak payah tunggu Kuantan naik bandaraya atau jadi Wilayah Persekutan. Tentang infrastruktur, dah jadi ibu negeri, slow2lah upgradekan Temerloh ni...
Bukan apa, banjir Allah melihat sesuatu yang tak kena. Segala pusat2 samada dari dalam,luar, ulu, hutan, dan segala2 pusat manusia telah dikumpulkan di Kuantan. Banyak perkara yang aleh dan tak aleh dimarkas di Kuantan. Jadi mahu tidak mahu banyaklah kejadian akan terus berlaku. Jika bawa ke mana2 daerah dalam Pahang jadikan ibu negeri pun masalah banjir tidak akan terlepas. Hanya Maha Kuasa yang mengetahui...
Mengapa cadang Temerloh mengapa tidak Jerantut dijadikan ibu negeri...
PUSAT PENTADBIRAN boleh didirikan diantara Sg Lekuk dgn Temin...
Cadangan awal tahun tahun 60 dulu mmg JERANTUT, permainan org besar dulu..sila rujuk arkib negeri berkenaan cadangan ibu negeri pahang di suk.tun razak penah cadangkan..ibu negeri pahang di kuantan adalah tdak bijak dr dahulu lagi..
Saya pula cadangkan Karak jadi ibu negeri Pahang sebab saya orang Karak.Itu saja sebabnya.
Mempatih Balok
Saya setuju dengan pandangan2 yang mengatakan Temerloh patut dijadikan ibu negeri. Faktor utama adalah kedudukannya di tengah2 negeri Pahang, senang daerah lain datang berurusan. Lagipun Temerloh sekarang bandar kedua besar di Pahang, populasi pun kedua ramai. Temerloh-Mentakab amat membangun dan kawasan masih luas utk dijadikan pelabuhan darat dan pusat pentadbiran. Yang kurangnya di Temerloh adalah tiada IPTA, dari tahun 2000 dijanjikan BN sampai sekarang pun JANJI TAK DITEPATI! Semoga Temerloh dapat ahli Parlimen baru tak kisahlah dari parti apa untuk PRU13 ini!
Kas setuju dgn pndpt mengatakan Temerloh patut jadi ibu negeri. Walau pun kas anak jati Jerantet tapi dah lama idup di perantauan, bila kas kabor kat orang luor kas dari Pahang, semua akan kata dari temerloh ker? Mesti tanya pasal ikan patin, mesti cuba cakap pahang loghat Temerloh (koi dll). Pandangan kas, Temerloh paling berjaya menjenamakan pahang. Temerloh lebih femes dari kuantan di mata org luor. Sebut je pahang, org luor sampai sabah sarawak akan ingat Temerloh, Patin, Pekan Sari dan Koi! Begitu hebat org Temerloh jenamakan tempat diorang. Orang Kuantan pun cakap takder bunyi loghat Pahang sebab ramai org trengganu kat situ. Kas nengok pun Temerloh dgn Mentakab maju betul sekarang ni masa kas balik kg baru2 ni.
Temerloh mmg sesuai sgt pasai di tengah2..byg kan kalau org di Cameron ada mesyuarat di Kuantan..bapok lah jauhnya..kalau Tloh separuh jln je..
tukar aje pentadbiran mpk, separuh masalah ini selesai. hantar pegawai ke luar negara bukan nak belajar tapi sibuk dengan golf. kalau bercakap tak sah kalau tak ada perkataan golf. macammana kuantan nak maju
pegawai-pegawai MPK semuanya orang Pakatan Rakyat kot, semua kaki golf, tak reti buat kerja. Mereka tak reti nak mentadbir.
Kalau orang Umno yang ketuai MPK, gerenti Kontan dah gerenti lebih hebat dari New York,LA atau pun Paris.
Dalam kes banjir pun boleh lg dijadikan bahan politik. Adakah itu akhlak yg patut ada andai anda seorg muslim. Kalau dipindahkan ibu negeri pun org tetap akan bertumpu ke kuantan. Tempat menarik atau pusat pelancongan bkn boleh dipindahkan ke temerloh. Hanya sekadar pusat pentadbiran dan bangunan atau pusat membeli belah. Kecuali la temerloh ada pantai. Lebih baik kita membantu daripada hanya menuding jari. Setiap kejadian tu atas kehendak-NYA.
Post a Comment