Wednesday, May 14, 2014

Kemelut Pelantikan MB Sudah Beres...Selamat Bertugas MB Baru Terengganu



Perjumpaan PM dengan ADUN BN Terengganu di Putrajaya.



ADUN-ADUN BN Terengganu kembali ceria dan bersemangat selepas pertemuan dengan PM dan TPM.




Selamat bertugas MB baru Terengganu.

YAB Dato' Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar baru Terangganu akan masuk ke pejabat beliau pagi ini di tingkat 6 WDI. Kemelut perlantikan MB sudah berakhir selepas pertemuan YAB TPM dan PM dengan wakil rakyat BN Terengganu menghasilkan muafakat yang baik.

YB Roslee Daud ADUN Bukit Besi yang isytihar bebas telah menarik balik dan setuju kekal bersama UMNO.

Difahamkan YB Ghazali Taib ADUN Ajil juga akan kembali semula kepada UMNO.

Dengan itu sehingga ini BN15, PAS 14, PRK 1, Bebas 2. Bila sahih YB Ajil kembali semula kepada UMNO nanti BN akan lebih baik kedudukannya.

Sementara itu suasana negeri tenang, tiada apa apa perkara yang tidak diingini berlaku..rakyat kembali kepada tugas masing-masing.

Yang paling kecewa sekarang adalah pemimpin PAS yang sentasa mengambil kesempatan di atas kekalutan yang berlaku dalam UMNO. Ada usaha usaha agar DUN Terengganu dibubarkan setelah mereka gagal mendapat sokongan dari tiga orang YB yang keluar UMNO menjadi Bebas tersebut. Dikhabarkan ada tawaran daripada Pembangkang untuk tubuh kerajaan campuran namun ianya ditolak dan tidak berlaku. 

YB Bebas menyatakan sokongan kepada BN. Hal ini berbeza dengan Negeri Perak di mana YB Bebas dari PR menyatakan sokongan kpd BN lalu BN dapat menubuhkan kerajaan..

Semoga kemelut kedua yang berlaku selepas kemelut pertama semasa perlantikan YB Ahmad Said dulu memberi pengajaran kepada pemimpin UMNO/BN agar bertindak lebih cerdik demi kesinambungan perjuangan rakyat.

TERKINI...

Bekas MB Terengganu YB Ahmad Said memaklumkan kepada PM bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku. Perkara ini dimaklumkan oleh ADUN Kuala Berang, YB Tengku Putera pada sidang media.

OK beres..dan settle...buang yang keruh...ambil yang jernih...

UMNO Bersatu...Bersetia...Berkhidmat...

6 comments:

Anonymous said...

Apa2 ajelah.. bila pulak nak tukar MB Pahang ni..

Anonymous said...

ape ko cakap ni...

kedudukan 15-15-2 jadi bila adun bersidang usul undi tak caya kat MB camne? katalah si-2 nie buat undi berkecuali kire rak sokong mane2 bauk BN@PR camne tu... bN tak dapat majority mudah so kedudukan MB gantung... syarat pertama nak sahkan calon MB mestilah dapat majority mudah ahli2 adun. manenya kalau 15-15.. tu kire seri.

tak settle lah, camne korang ni buat analisa... lekeh betul.

Anonymous said...

hahaha,

dah settle dahnle,. ini kes merajuk jea
hahahaha;
hebat sunngguh org melayu yg layu berpolitik secara matang.. teruskan, mari kite sokong ramai...
hahahaa

Anonymous said...

aku syor biar pr ambil alih terenganu biar najib tau skit klau nak buat sesuatu tu kena pakai otak jgn pakai lutut

Anonymous said...

Nila mainan umno,bukan membela rakyat sangat,habisla umno di terengganu pru akan datang,semalam pm cakap nak naikkan harga minyak lagi,tak fahamla kenapa ada lagi nak menyokong barisan nasional yang banyak merosakkan melayu

Anonymous said...


Ngor leh, nok cayer tak tau ler cakap YB ADUN Tanah ni...
10 cakap nak pakai 1 pn susah, pedoah belaka..
Dengor cakap harus jerantut mengatasi Kolumpo..
hok bole pakai kita pakat menebang balok, melombong..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...