Nuffnang Ads

Pages

Sunday, May 4, 2014

Berita Politik Pembangunan Ulu Tembeling Minggu Ini: Kg Gusai

Hujung minggu ini WZWH berpeluang meninjau perkembangan politik pembangunan Ulu Tembeling terutama Kg Gusai dan Kg Mat Daling. Walau bagaimana pun apa yang akan disentuh di dua kampung ini akan juga memberi kesan kepada beberapa kampung lain.

Ini posting WZWH menyentuh Kg Gusai...



















Kg Bantal merupakan 'City Centre' kampung Ulu Tembeling. WZWH tidak berpeluang singgah di Kg Bantal.



















Kg Gusai...dulu ada banyak kampung berdekatan seperti Kg Sasak, Kg Kuala Aung, Kg Kasah, Kg Mugan, Kg Gelang, Kg Jejak, Kg Lancar tapi kini tiada penduduk. Pembukaan Felda buat penduduk pindah. Sekarang ramai orang berkumpul di Kg Sasak.

Tapi orang masih panggil Kg Gusai...



















Balairaya Kg Gusai berdekatan dengan klinik kesihatan dan masjid depan sekolah.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan berucap. Panjang sangat ucapan beliau...WZWH ringkaskan:

  • 12,000 ekar tanah tanam gaharu satu lagi inovatif komoditi negara untuk penduduk Kg Gusai.
  • Rumah disediakan
  • Pendapatan lumayan dekat RM6000 sebulan
  • 8000 ekar ladang getah Felcra matang pada 2016 untuk peserta-peserta penduduk Ulu Tembeling.
  • Semua ladang getah seluas 22,000 ekar diusahakan oleh Felcra dan Anak Syarikat Yayasan Pahang 
  • Projek Jalan Ulu Tembeling dari Kg Tuit ke Kg Pagi hujung tahun siap tar.
  • Bukan senang mahu buat jalan kena habis masa karenah birokrasi Alam Sekitar, Jabatan-Jabatan Kerajaan dsb...kena tarah gunung.
  • Projek jambatan Kg Kucing dan jalan merentas Kg Bantal melalui Kg Mogol dan jambatan Sg Sepia sudah lulus RM26 juta.
  • Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Daling RM280 juta telah mendapat kelulusan dan mesti dimulakan pada 1 Jun 2014 bermula dari Kg Pagi.
  • Orang Kg Gusai mahu tanam padi maka ADUN Tahan berjanji kalau bersungguh dan serious beliau mahu berjumpa Menteri Pertanian minta peralatan jentera.



















Part ini yang orang Kg Gusai tunggu..ADUN Tahan cakap sekarang kalau orang kampung mahu apa-apa beliau lebih suka pendekatan 'cash on delivery' terus beri wang tunai, senang tidak payah tunggu lama-lama nanti orang kampung tidak percaya.

Maka ADUN Tahan memberikan sumbangan peribadi beliau:

RM10,000 tunai untuk UMNO Cawangan termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri. Beliau mahu aktiviti-aktiviti parti digerakkan. Kena meriah. Mesti ceria selalu. Tidak cukup beliau tambah lagi.

Memang itulah janji Dato' Wan Amizan kepada 103 cawangan dalam UMNO Bahagian Jerantut. WZWH kira 103 cawangan X RM10,000 bererti jumlah total = RM1,030,000.

Walau beliau merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut tetapi oleh kerana Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang merupakan Ahli parlimen tidak mengiktiraf jawatan Dato' Wan Amizan kerana tidak diberi sebarang Pengerusi Biro dan kerja pengurusan maka Dato' Wan Amizan tidak kisah untuk mengeluar sumbangan peribadi beliau lagi pun peruntukan ahli parlimen Jerantut sebanyak RM5 juta setahun itu sikit sangat...tak padan untuk menampung kegiatan politik dan masyarakat Jerantut.

RM10,000 tunai untuk baiki jeti baru.

Akhir sekali ADUN Tahan meluluskan peruntukan untuk membina Rumah UMNO sebanyak RM50,000 untuk UMNO cawangan Kg Gusai.

Dilain posting WZWH akan menulis tentang kegiatan dermawan politik untuk kampung-kampung di Ulu Tembeling, dalam DUN Tahan dan beberapa cawangan di DUN Pulau Tawar dan DUN Damak.

Mana-mana Ketua UMNO Cawangan yang belum mendapat suntikan dana mengerakkan parti maka cepat-cepat berjumpa Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan seorang budiman dan dermawan politik Jerantut.

10 comments:

Anonymous said...

Patut sumbang lebih lg, masuk pun bnyk.. UMNO jerantut menuju khancuran.. selamatkan perpecahan sekiranya tidak mahu tewas di PRU akan dtg, Kami pengundi Jerantut dah bosan dengan senario berpuak-puak ni..

Anonymous said...

Yang menjadi kubu kuat bagi umno sebab orang kampung gusai dan bukit mat daling mudah ditipu oleh umno,guna orang kuat cikit buat liga kampung pastu bangga,tak pelikla sebab orang orang kampung ni bukan cerdik sangat pun

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Selagi sikap pembangkang memandang rendah IQ orang Ulu Tembeling selagi itulah sampai selamanya pembangkang tidak mendapat tempat di Lembah Tembeling.

usin malaun said...

selagi pemimpin bn memperbodohkan org ulu tembeling dgn membawa anak jogek selagi tula org ulu tembeling mundur dan diperbodohkan.yg merendahkan IQ org ulu tembeling ialah org umno sendiri sejak turun temurun.

Anonymous said...

Usin Malaun...dulu Almarhum Sultan Abu Bakar suka bawa anak joget bagi hiburan orang Ulu Tembeling...Adakah Usin Malaun mengata dan menuduh Raja membodohkan orang Ulu Tembeling?

Anonymous said...

bile pulok Hj Lan bawa anak joget ke Ulu Tembeling....weh Hj Lan jadi gitu pulak dah!!!!

bekas rakan zina usin malaun said...

usin malaun ni gila demeh!dia ni anti wan amizan,pemuja matlan.tapi dia boleh tuduh mat lan bawak anak joget! usin malaun kaki joget,selalu aku jumpa dia parking kat kiambang dangdut,kuala lumpur! kaki joget malaun ni demeh!

Anonymous said...

singkir je dompok dari umno jerantut baru tiada perpecahan kat jerantut;satu lagi aok ni zuri semua posting aok lebih kpd memecah belah org umno kat jerantut je.sudah ler aok duk buat kerja pandir tu

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Haish cerita politik pembangunan pun boleh buat orang politik Jerantut berpecah belah.....???

Usin Gampang said...

anon bodoh 3.02pm,setaraf aje dengan usin malaun orang feri tu!