Sunday, July 5, 2015

Grey, Black & White And BROWN Reporting Of Sarawak Report




Siapakah Perempuan Yahudi Ni, Mari Kita Tahu Serba Sikit Mengenainya..

Ramai macai PR percaya dengan flowcart bingai di portal SarawakReport mengenai kemasukan wang berjuta-juta RM ke akaun peribadi PM, DS Najib walaupun tanpa sokongan dokumen transaksi atau sebarang bukti relevan.

Editor SarawakReport sebenarnya sudah memulakan misi penipuan sejak bertahun lamanya di Sarawak dan Sabah tapi kesemua penipuannya ditolak oleh rakyat Sarawak/Sabah. Bila Clare Rewcastle Brown mencuba nasib dalam skop yang lebih besar, misi menjatuhkan Najib Razak (menggunakan isu 1MDB) tidak sangka lebih ramai rakyat yang bodoh di Semenanjung Malaysia yang termakan mudah segala pembohongan oleh perempuan British ini. 

Mari kita singkap siapa sebenarnya Editor SarawakReport...

CLARE REWCASTLE BROWN adalah seorang wartawan penyiasatan British yang dilahirkan di Sarawak.

Dia adalah pengasas portal Sarawak Report dan Radio Free Sarawak yang pada awalnya mengkritik secara terbuka kerajaan negeri Sarawak di bawah pentadbiran BN.

Dia meninggalkan Sarawak pada usia mudanya dan menetap di London sebelum menjadi seorang wartawan di BBC World Service pada tahun 1983.

Clare berkahwin dengan Andrew Brown, adik kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown. Andrew pernah dikaitkan dengan kes nepotisme menerima bayaran untuk 'pembersihan wang' perbelanjaan Perdana Menteri (abangnya) dalam skandal perbelanjaan kerajaan Britain yang mendapat liputan meluas media popular, The Telegraph pada 2009

Clare, kembali melawat Sarawak selepas lebih 30 tahun sebagai aktivis alam sekitar, kononnya untuk menyelamatkan kemusnahan hutan di Sarawak. Benarkah sesuci itu niat Claire??? Tidak sama sekali...

Clare menubuhkan SarawakReport dan RadioFreeSarawak untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud tetapi gagal sehinggalah Taib Mahmud melepaskan jawatan kepada DS Adenan Satem.

Dia merekayasa satu dunia pembohongan dan penipuan dengan tujuan tersembunyi dan nekad untuk pergi lebih jauh dengan tujuan jahat ini.

Salah satu pembohongan epic yang dilakukan Clare di Sarawak adalah pendedahan adik kepada Taib, Zaleha Mahmud dalam pegangan saham di beberapa syarikat. Bila menyedari pembohongannya dapat dikesan, dia bertindak pantas memadamkan entri tersebut dari SarawakReport. Dengan penangkapan Justo, SarawakReport turut memadamkan beberapa entri yang melibatkan dokumen manipulasi mengenai 1MDB.

Clare juga dikatakan mempunyai hubungan romantis dengan DJ Radio Free Sarawak, Peter John Jaban yang terkenal dengan gaya hidup sosial dan seks bebasnya. Peter John merupakan 'orang kuat' Clare di Malaysia.

Clare pernah berkonspirasi dengan Cullen Johnson, bekas pegawai polis Toronto yang menjadi penyiasat persendirian untuk menggodam ke dalam akaun bank peribadi bekas menantu Taib Mahmud selepas perceraian gadis tersebut dengan anak sulung Taib.

Bekas Perdana England Gordon Brown, adiknya Andrew Brown dan adik iparnya Claire Rewcastle Brown adalah sekutu kepada 'penyiasat wang' Theodore S. Greenberg atau lebih dikenali sebagai Ted S. Greenberg.

Ted seorang bekas pendakwaraya yang menyiasat kes-kes pengubahan wang haram, penipuan, rasuah dan salahguna kewangan adalah Ketua Seksyen Pengubahan Wang Haram dan Timbalan Ketua Bahagian Penipuan, di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Ted adalah orang yang membantu Amerika Syarikat menjejak beratus-ratus juta dollar yang disembunyikan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos. Wang tersebut dikembalikan kepada Kerajaan Filipina dan Ted telah mendapat bayaran lumayan.

Ted kini bekerja untuk beberapa kes berprofil tinggi termasuk menyelesaikan kes AS$15 bilion yang disembunyikan selepas penggulingan Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Tugasnya juga termasuk menyiasat wang dan harta bekas pemimpin Libya, Muammar Gadafi dan Saddam Hussein di Iraq.

Hingga berlangsung PRU13, Claire Rewcastle Brown dan sekutunya Ted, mempunyai hubungan dengan misi yang sama - bersama Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru PR. Abang ipar Clare, Gordon Brown adalah kawan lama Anwar semasa dalam jawatannya sebagai Perdana Menteri Britain.

Claire adalah penasihat rapat kepada Anwar Ibrahim walaupun cara kempennya cuba dibuat bernada bebas, objektif atau non-partisan.

Tentu semua masih ingat SarawakReport yang mendedahkan kemasukan seramai 40 ribu warga Bangladesh ke Malaysia menjelang PRU13 yang diusahakan oleh BN sebagai pengundi hantu. Namun tiada satu kes pun berita penangkapan warga Bangladesh dilaporkan semasa PRU13 berlangsung. Kini entri tersebut juga sudah dipadamkan dari SarawakReport.

Claire dijanjikan satu projek konsesi carigali minyak jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri. Untuk mencapai tujuan itu dia mencadangkan Ted untuk turut serta bagi memastikan BN jatuh tersungkur dalam PRU13.

Selepas gagal di Sarawak, Claire melebarkan sayapnya ke Sabah. Kali ini melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Dengan kerjasama daripada Lo Man Heng, penyokong kuat Anwar di Sabah mereka cuba mengaitkan Musa Aman dan musuh perniagaan Lo, Micheal Chia Tien Foh berkaitan skandal pembalakan haram dan pengubahan wang haram.

Namun siasatan SPRM dan ICIC mendapati semua dakwaan yang dibuat oleh Claire adalah tidak berasas dan keputusan itu menamatkan misi Claire di Sabah bila BN mengekalkan kuasa di Sabah selepas PRU13 

Berapa banyak penipuan dan episod kegagalan Clare dalam cerita silamnya?? Jika hanya pembangkang PR yang bersungguh menebar luas fitnahnya tidaklah begitu dihairankan selepas tiada lagi isu besar yang mereka dapat putarkan di media sosial... tapi bila Dr Mahathir turut terjerumus dalam penipuan SarawakReport, seperti ada sesuatu yang terlalu mendesak misi peribadinya.

Yakinlah janji ALLAH, yang BATIL takkan dapat menjatuhkan yang HAQ! Sudah-sudahlah macai PR menjadi penyambung lidah fitnah & penipuan... sempena bulan Ramadhan yang mulia ini kembalilah ke pangkal jalan, pintu taubat sentiasa terbuka. 

Sumber : 1Peluru.com.

4 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah mudah2an segeralah hendaknya tegak yang haq tu. Biarlah yg batil tu hilang lenyap dari muka bumi ini. Berkat Ramadan, sampai tumbang pokok kat Terengganu. PM ni mana tempat dia nak datang mesti ada hal punya. Pokok tumbang tu tanda ada org nak jatuh. Jatuh dipukul badai ribut yg dia sendiri seru.
BanyakPeluru.Com.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Nanti matahari dan bulan jatuh sebab PM juga ke? ekekekekekekkekee

Anonymous said...

What for kill the messenger. She sent message oni what.. Read the content of the message lah..Even if kill messenger no use one, 1mesia oredi read message. Only thing to do verify message, true or not. If not true very easy, like peanut ( kacang saje ) Ask Ambank to deny. Finish story. No need Bank
Negara one, why turn turn ( pusing-pusing ) make difficult oni.

Anonymous said...

Matahari dan bulan tak jatuh bro. Yang akan jatuh manusia yg degil, kufur, bongkak, ingkar. Buat pantun kan main hebat "Biar badai melanda" sekali datang banjir gempa badai ribut lari pulak. Lari pegi shopping. Sesama manusia punya dialog pun lari. Apa nak cakap. Lagi mau keluar sabda semayang tungang tebalik tak jamin syurga. Diri sendiri pun tak pasti masuk mana. 
Permainan orang2 suci ni memang hebatlah. Cuma tak ke mana dan tak tahan lama. Hanya nafsu, perasan dan perasaan je yg rasa masih berkuasa. Tapi sebenar dekat ke binasa. Tungguuuu.....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...