Sunday, July 12, 2015

Lagu Mandailing Bukti Cinta...








Orang Mandailing yang merantau ke Semenanjung Tanah Melayu memiliki sifat-sifat keberanian, berilmu agama, elmu hadatuon (ilmu pendukunan) dan memiliki semangat ingin maju. Penghijrahan beramai-ramai dipercayai berlaku selepas Perang Padri (1816-1833). 

Mereka adalah pelombong emas. Orang Mandailing daripada marga Nasution dan Pulungan dikenali sebagai pedagang emas. Batak Mandailing terutamanya marga Harahap adalah penternak dan pedagang kuda yang terkenal.

Selain itu keinginan untuk menuntut ilmu agama, berniaga, membawa diri kerana perselisihan faham di kalangan ahli-ahli keluarga atau menghindarkan penjajahan Belanda juga menjadi faktor kedatangan mereka ke Semenanjung.

Biasanya, orang Mandailing boleh dikenali melalui pemakaian marga (nama keluarga) pada namanya. 

Antara marga orang Mandailing yang biasa dikenali di Malaysia dan Indonesia ialah Nasution, Lubis, Pulungan, Daulae, Batubara, Rangkuti, Parinduri, Mardia, Dalimunte, dan Matondang. Marga Batak Mandailing pula, terdiri daripada Hasibuan, Harahap, Siregar, Simalungun, Sinambela, Simanjuntak, Sinaga, dan Siotang, Namun kini pemakaian marga pada nama orang Mandailing di Malaysia sudah semakin kurang dan hampir pupus.

Orang Mandailing adalah berbeza dengan orang Batak yang tinggal di Mandailing atau disebut Batak Mandailing yang terdiri daripada marga seperti Hasibuan, Harahap, dan Siregar. Mereka berasal dari pedalaman pantai barat Sumatera dan Tapanuli Selatan di utara Sumatera, Indonesia.

1 comment:

Anonymous said...

Nak suruh sokong kau lagi ke Najib?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...