Wednesday, July 15, 2015

Malaysia Destinasi Ke-6 Paling Menarik Pelabur Asing Dan Ke-8 Kerajaan Paling Efisien Meletakkan 1MDB Ke Landasan Yang Betul




Ranking terkini meletakkan Malaysia destinasi ke-6 paling menarik pelabur asing oleh Foreign Policy dan ke-8 kerajaan paling efisien oleh Forum Ekonomi Dunia.

Di kala segelintir pihak sering memburukkan nama negara dan usaha-usaha Kerajaan, DS Najib sebagai Perdana Menteri yang sering ditohmah fitnah negatif tetap berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta mewujudkan persekitaran pelaburan yang kompetitif dan mesra pelabur.

Malaysia melonjak lima tangga dari ranking ke-11 pada tahun 2014, untuk berada pada kedudukan keenam mengikut Indeks Keberuntungan Asas (BPI) tahun ini.

BPI merupakan kedudukan destinasi paling menarik untuk pelabur asing, dikeluarkan oleh Foreign Policy Magazine.

Antara negara-negara ASEAN, hanya Malaysia dan Singapura berada di kedudukan 10 teratas, manakala Indonesia berada di tangga ke-12, Vietnam (23), Filipina (30) dan Thailand di ranking ke-38.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata kedudukan yang merangkumi 110 buah negara di enam benua, mengesahkan semula bahawa Malaysia merupakan pusat keuntungan yang menarik dalam rantau ini untuk para pelabur.

“Indeks itu memberi petunjuk yang jelas bahawa Malaysia menyediakan persekitaran perniagaan yang mesra, menjadikannya tempat menarik bagi tujuan pelaburan.

“Ranking ini bukan hanya berdasarkan keadaan sebelum ini namun ia juga berasaskan kepada jangkaan tentang keadaan semasa bagi tempoh lima tahun akan datang,” menurutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azman Mahmud, berkata pengesahan berkenaan melenyapkan salah anggapan yang berlarutan serta membuktikan asas ekonomi negara yang semakin meningkat serta dasar pragmatik, proaktif dan berhemat kerajaan untuk menyusun semula dan mempelbagaikan ekonomi.

“Kedudukan itu mencerminkan kemajuan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam dan kecekapan jentera kerajaan keseluruhannya,” kata beliau.

BPI menggunakan pendekatan holistik berasaskan lapan faktor yang akan mempengaruhi kejayaan besar dalam pelaburan asing.

Faktor tersebut meliputi pertumbuhan ekonomi, kestabilan kewangan, jaminan fizikal, rasuah, pengambil alihan oleh kerajaan, eksploitasi oleh rakan kongsi tempatan, kawalan modal dan kadar tukaran.

Ia turut menggabungkan perubahan yang dibuat Bank Dunia terhadap penilaian Keluaran Dalam Negara Kasar seperti kaedah yang disemak semula untuk membandingkan taraf hidup di kesemua negara yang berkenaan.

Malaysia Destinasi Ke-6 Paling Menarik Pelabur Asing Dan Ke-8 Kerajaan Paling Efisien Meletakkan 1MDB Ke Landasan Yang Betul.

Pengkritik termasuk pemimpin pembangkang dan Tun Mahathir suka mencerita perkara tidak benar dan buruk tentang 1MDB.

Mereka dilihat oleh majoriti rakyat Malaysia yang rasional berfikir sebagai ingin sabotaj ekonomi dan kerajaan pusat dibawah kepimpinan DS Najib.

Mereka sanggup bersengkongkol dengan media asing bagi memburukkan nama baik Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.

Mereka berjaya memecah belahkan masyarakat Malaysia yang mudah percaya kepada viral fitnah media sosial.

Mereka berjaya menimbulkan keraguan, suasana panik, mempengaruhi beberapa pemimpin tertinggi kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya percaya cerita yang direkayasa.

Kalau beberapa orang Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Polis Negeri boleh percaya apa lagi ahli parti dan sebahagian rakyat Malaysia boleh terpengaruh.

Namun kesabaran dan tawaduk DS Najib sepanjang bulan Ramadan ini memperlihatkan beliau adalah pemimpin UMNO yang deserve dan layak untuk menjawat tempat Perdana Menteri buat dua penggal lagi sekurang-kurangnya.

IMDB yang dirancang berjalan dengan empat komponen penting iaitu:

  1. Financial Asset
  2. 7 Independent Power Plant yang besar di luar dan dalam negeri
  3. Pembangunan Tun Razak Exchange/Islamic Exchange
  4. Pembangunan Bandar Malaysia

Empat komponen ini akan melonjak 1MDB secara ekonomi dan ketika itu rakyat Malaysia akan nampak vision jauh DS Najib di dalam membangunkan negara.

DS Najib telah lama dalam kerajaan untuk studi bagaimana Perdana Menteri-Perdana Menteri yang sebelum ini melonjakkan ekonomi negara.

DS Najib mempunyai pendirian yang kukuh terhadap apa yang beliau percaya sebagai formula terbaik membawa Malaysia ke negara berpendapatan tinggi.

Insyallah, DS Najib akan menjadi seorang Perdana Menteri yang terbaik dikalangan lima Perdana Menteri sebelum ini.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...