Saturday, May 21, 2016

Bila YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang Nasihat, EXCO Pahang Kena Dengarlah...



Program Slide The City Kuantan




Logo Slide The City Kuantan iaitu Masjid Negeri Pahang Sultan Hj Ahmad Shah yang menimbulkan kemarahan umat Islam Pahang. Orang kafir pergunakan gambar masjid negeri niat mahu hina Islam tak kan EXCO Pahang tidak sedar.


Institusi Agama Islam Pahang-JAIP dibawah Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) diPengerusi oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

Autoriti Agama Islam adalah diketuai oleh Tuanku Sultan Pahang. Sultan Pahang adalah Ketua Agama.

Di Negeri Pahang, YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang adalah EXCO yang bertanggungjawab menjaga hal Agama Islam.

Pahang adalah negeri tanah tumpah darah WZWH.

Bila isu Slide The City Kuantan menimbulkan kemarahan umat Islam Pahang ianya sama hebat dengan isu Sungai Tembeling kering kontang.

Bab hal agama ni WZWH mengaku WZWH bukanlah religiousman tapi WZWH cukup respect orang agamawan lebih-lebih lagi YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang DS Dr. Hj Abdul Rahman bin Hj Osman.

Pertama kali WZWH bersua secara live bila YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang di Masjid Kuala Tembeling sempena Majlis Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang berbuka puasa 4 tahun lepas. 

Ketika itu YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang memberi penerangan bahaya fahaman Syiah.

Jadi bila isu Slide The City Kuantan viral di alam maya, maka bila YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang memberi nasihat maka EXCO Pahang yang berkenaan kena dengarlah...

YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang itu adalah boleh dikira "Orang Tua Beta" selain dari YAB Perdana Menteri Orang Kaya Indera Shahbandar dan YAB Menteri Besar Pahang.

Bila YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang bersuara...itu adalah secara tersurat dan tersirat adalah juga pandangan dan kehendak KDYMM Tuanku Sultan Pahang atau KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

Tak kan benda ini pun WZWH mahu mengingatkan kepada EXCO Pahang. Tidak Reti.

Surat Nasihat YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang kepada EXCO Pahang yang berkenaan:






WZWH sangat bersetuju dengan nasihat "Orang Tua Beta" YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang berkenaan isu Slide The City Kuantan.

Kalau kita ikut nasihat dan pandangan Sahibul Sahimah Mufti Pahang, insyallah kita akan beroleh jalan yang lurus diberkati oleh Allah menuju kejayaan di Dunia dan di Akhirat.

10 comments:

Anonymous said...

Hahaha... dah jadi pekak bila bersama dgn peka tu...

Anonymous said...

Anon 10:39,
Salam PEKA itu APA?

Anonymous said...

PEKA itu NGO Alam Sekitar Komunis

Anonymous said...

Ada pemimpin PEKA yang sudah ada tanah resort di Raub dan Bentong kini berminat nak tanah di Tembeling. Pemimpin ini memohon 80 ekar tanah bersebelahan Mutiara Resort di Taman Negara di kawasan sensitif alam sekitar.

Anonymous said...

Wow baler deme ter....dalam berjuang jaga alam sekitar tu nya mahu rembat tanah Taman Negara pulak...hipokrit...hipokrit...hipokrit

Anonymous said...

Napenya Sharkar rambut tegak landak itu bawa Sabrina ke Dubai. Tak ada ke usahawan pelancongan anak Pahang jati ke , anak Temerloh ke yang bersepah boleh diketengahkan. Tak faham koi.

Anonymous said...

Sarifah Sabrina dibawak oleh kerajaan ke luar negara ptt utk promosikan negeri tp dipromosikannya pembalakan yg akibatkan pelancong enggan dtg... apa citer?
Pemgusaha pelancongan mengeluh pelancongan tak berkembang
Jawatan oleh org yg bukan pakan tapi sekadar beri ruang kpd kroni
Pelancongan perlu melihat Terengganu dan Perak yg lebih maju serta berwawasan

Anonymous said...

In shaa Allah exco Pelancongan pahang iaitu org Temerloh yg akan jd next MB... isu2 ni tak tergugatpun apatah lg utk berharap wakil Jtut jd next MB!

Anonymous said...

Anon 10:50 pastikan Sharkar bertanding di DUN Lancang menang PRU 14, jangan kalah sudah. Biar parlimen Temerloh kalah, DUN Semantan dan DUN Mentakab kalah takpa asal jangan DUN Lancang kalah he he he.

Anonymous said...

Hahaha,, tolonglah jgn sharkar, janji nak bawak IPT ke T'loh, satu apa pun takde.. bawaklah ipta kerajaan atau swasta, gerenti ramai anak muda khususnya yg akan kembali sokong BN/UMNO dan Sharkar.. hidup BN

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024