Sunday, May 29, 2016

Hikayat Ratu Saba, Khadam Kurap Dan Batara Matab



Ini ceritera hikayat yang tidak diketahui siapa pengarangnya. Tidak juga diketahui bila zamannya.

Ada pun ada baik juga diperdengarkan supaya anak cucu tahu natijah pengajaran cerita hikayat ini yang ada kaitan dengan Negeri Inderapura.

Mengikut yang empunya ceritera ada pun seorang bayi perempuan yang comel dilahirkan pada hari malam Jumaat lalu suka sangat keluarganya hingga diberi nama Ratu Saba.

Ratu Saba ini bila besar suka kepada kemewahan dan kemasyuran. Maka berkahwinlah Ratu Saba dengan Orang Kaya-Kaya tidak mengapa walau jadi isteri yang ke berapa.

Ratu Saba suka kepada keindahan kehijauan Alam Buana maka dipilihnya satu negeri yang besar dan luas Alam Buananya. 

Dulu-dulu negeri itu dipanggil orang Negeri Inderapura. Negeri tempat tinggal para dewa-dewa.

Lalu diberi tempat di satu daerah Rau. Tempat itu diperelok tempat tinggal maka sukalah sakai-sakai daerah Rau melawat Ratu Saba.

Ratu Saba sangat gumbira. Bertambah lagi kemahuan Ratu Saba. Maka dapat lagi tempat yang juga sama cantik seperti di daerah Rau iaitu di daerah Ben. Barangkali sakai-sakai daerah Ben pun mahu tempat itu menjadi tumpuan orang, apa lagi Tok Batin daerah Ben pun setuju.

Ratu Saba jadi semakin tamak. Ratu Saba mahu lagi satu tempat yang di kata orang Inderapura tempat paling mistik dan indah kehijauan Alam Buana.

Ada pun tempat itu duduknya lagenda Sang Kelembai dan Naga Bersisik Emas Inderapura. Bukan senang mahu memiliki tempat itu.

Takut nanti disumpah Sang Kelembai menjadi batu atau disembur api oleh Naga Bersisik Emas.




Ratu Saba tidak peduli. Kalau tidak dapat tempat mistik itu kalau boleh tempat di daerah paling selatan Inderapura sudah kira boleh memuaskan hawa nafsu ketamakan Ratu Saba.

Nasib barangkali baik kerana di daerah Tem ada seorang bernama Khadam Kurap yang boleh membantu mencapai cita-cita Ratu Saba. 

Dipanggil oleh Ratu Saba akan si Khadam Kurap itu menjelaskan maksudnya mencapai cita-cita.

Khadam Kurap meyakinkan Ratu Saba bahawa perancangan itu boleh dilaksana tetapi dengan syarat. Mesti minta bantuan Batara Matab.

Hanya Batara Matab boleh meyakinkan semua sakai-sakai hingga kepada Tok Batin Besar Inderapura bahawa Ratu Saba lah sosok tokoh Alam Buana Negeri Inderapura.

Pada zaman itu menjadi sosok tokoh Alam Buana sangatlah beruntung kerana ramai saudagar-saudagar suka memberi harta benda kepada sosok tokoh Alam Buana.

Maka Batara Matab, Khadam Kurap dan Ratu Saba pun bermesyuaratlah seadanya 3 hari 3 malam bagaimana mahu memberi malu kepada Sang kelembai dan Naga Bersisip Emas yang berdiam di tempat paling mistik dan indah itu.

Maka tersebarlah berita ke seluruh Negeri Inderapura bahawa Sang Kelembai sudah mencabut semua pokok perah dan kering segala air sungai kerana habis diminum oleh Naga Bersisip Emas.




Lalu menjadi perbualan di seluruh negeri-negeri jiran.

Tersangat mashurlah Ratu Saba, dan banyak mendapat laba dari saudagar-saudagar dari negeri-negeri di sebelah Titiwangsa.

Berjayalah rancangan Ratu Saba, Khadam Kurap dan Batara Matab dan akhirnya dikurnia oleh Tok Batin Besar tempat paling penuh mistik dan indah di Negeri Inderapura.

Sang Kelembai menghilangkan diri lari ke puncak Gunung memanggil awan-awan.

Naga Bersisip Emas akhirnya melimpahi air di sungai-sungai di Negeri Inderapura.

3 comments:

Anonymous said...

Hebat sungguh cerita Ratu Saba. Macam cerita Putri Tanjung melumur ranbutnya dengan santan. Maka tempat itu sehingga kini di kenali seantereo dunia sebagai Tanjung Rambutan.

Tak usahlah berbelit-belit, direct to the point.

Anonymous said...

Hahaha.... macam cerita Sabrina, khaidir dan pro makatab pulak dah

Anonymous said...

boring. gaji aku rm1500 juga. takde bantuan melainkan brim. lol. baik tak payoh ada yb. org2 yb suka merepek.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024