Monday, May 30, 2016

Puaka Sungai Kembir Dan Saka Penyelam Ikan Paling Lama Dalam Dunia (Unofficial)

Posting ini WZWH cuba bicara cerita mistik atau paranormal yang berlaku di kampung pedalaman Ulu Tembeling. Of course mungkin ramai pembaca yang tidak percaya tetapi ini cerita betul yang WZWH dapat cerita ini first hand dari sumber yang pertama.

















Cerita Pertama: Puaka Sungai Kembir

Kejadian berlaku pada bulan Dec 1983. Dua orang lelaki penduduk Kg Mat Daling yang pergi ke hutan mencari kayu gaharu hingga ke Ulu Sg Kembir. Dua orang ini mahu kembali ke kampung tapi setiap kali mencuba tetap berjumpa pada tempat yang sama. Bererti mereka hanya mengelilingi lokasi yang sama. Mereka sesat selama 2 minggu. Dengan makan daun-daun dan umbut mereka survive hingga pakaian mereka mereput. Mereka jadi bingung dan takut kerena sepanjang malam selama 2 minggu ada sesuatu yang menemani mereka, memandang kepada mereka dari jauh seolah-olah memberi mesej jangan lari dari situ.

Oleh kerana sudah 2 minggu masih lagi tidak dijumpai dua orang lelaki itu setelah anggota keselamatan, polis, askar, rela, orang kampung semua mencari tapi tidak juga jumpa. kelauarga telah pun buat kenduri arwah bagi kedua lelaki yang sesat di hutan itu.




Seorang dari mangsa itu bercerita kepada WZWH, " Lembaga itu tinggi, berbulu dan bermata merah menyala tepat memandang kepada mereka berdua. Kedua lelaki itu berasa sangat takut dan tidur dibawah akar kayu. Hampir setiap malam lembaga itu akan muncul.

Akhirnya kedua lelaki itu dapat juga jalan keluar merempuh hutan tebal, semak dan belukar. Keadaan mereka berdua begitu teruk sekali dengan kedua mata masing-masing cengkung ke dalam. Akhirnya mereka berdua terjumpa kongsi balak dan tukang masak kongsi balak itu seorang nyonya perempuan Cina telah menyediakan makanan untuk mereka.

Ini bukti pembalakan sudah berlaku pada tahun 1983 di hutan berdekatan Hulu Sg Kembir.

Kedua orang lelaki itu selamat tiba dikampung dan keluarga masing-masing dan sanak saudara gembira dalam tangisan.

WZWH diberitahu memang puaka Sungai Kembir itu wujud. Lembaga itu tidak bercakap bila berjumpa manusia. 




Ironinya pada bulan Dec 1983, WZWH ada di Kg Mat Daling bercuti selepas exam SRP. WZWH ada di Sg Kembir itu kerana pemandangan di Sg Kembir sangat indah dan cantik seperti foto di  atas. Tetapi tidaklah WZWH mudik hingga Hulu Sg Kembir. 

WZWH diberitahu oleh orang-orang tua bahawa di Sg Kembir dulu ada kegiatan perlombongan emas secara tradisional oleh orang Melayu dulu-dulu.


















Cerita Kedua: Saka Penyelam Ikan paling lama dalam dunia (Unofficial)

Cerita ini diceritakan oleh seorang Penghulu di Ulu Tembeling kepada WZWH tentang pengalaman yang menakutkan bila beliau menemani kawan pergi mencari ikan (menyelam ikan) pada waktu malam di Kg Kuala Sat.

Kawan beliau adalah orang Ulu Tembeling. Cerita orang Ulu Tembeling boleh menyelam lama bukanlah satu benda yang pelik bagi WZWH kerana  sejak kecil lagi WZWH tahu orang Ulu Tembeling boleh menyelam hingga 3 atau 4 jam.

Terlalu lama boleh menjadi penyelam paling lama dalam dunia tetapi ada sesuatu yang misteri.

Ini yang Penghulu itu cerita , menakutkan , tidak mahu ikut lagi kawannya itu mencari ikan di Sg Tembeling.



















Berperahu, Penghulu tunggu di perahu, kawan penghulu sudah terjun sungai menyelam. Lama 3 hingga 4 jam. Timbul pun hanya ganti bateri lampu dan kembali terjun menyelam.

Penghulu menunggu di dalam sampan. Hari sudah jauh malam, malam makin gelap gulita. Tiba-tiba menjelma sesosok tubuk orang tua depan Penghulu dalam perahu.

Siapakah gerangan orang tua yang tidak diundang itu. Orang tua lelaki itu samar-samar wajahnya dalam malam pekat kegelapan. Orang tua itu memandang Penghulu.

Penghulu sudah mahu terkencing dalam seluar. Penghulu tidak sanggup memandang kepada orang tua itu.

Yang buat WZWH pelik dan hairan orang tua itu bercakap," Saya dulu jaga ayah pada budak ini (kawan Penghulu). Sekarang  saya  jaga  budak ini."

Penghulu diam membisu. Penghulu tidak faham apa maksud orang tua itu.

Untuk membuat Penghulu sedikit berani terus menghulurkan rokok Surya kepada orang tua itu. Tapi tiada respon dari orang tua itu.

Lama kelamaan orang tua itu hilang dari pandangan Penghulu.

Sebaik sahaja kawan Penghulu itu timbul dengan membawa banyak ikan . Kedua mereka pun terus mendayung sampan ke tebing sungai. Penghulu tidak bercakap sepatah pun.

Esok hari Penghulu telah bercakap kepada seorang kawan yang lain tentang pengalaman menakutkan malam semalam. Kawan itu cakap," Saya pun dah terkena juga!"

Dia bawa Penghulu teman dia pergi cari ikan malam itu sebab dia tahu Penghulu kuat jiwa dan berani".

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024