Wednesday, May 4, 2016

Pembukaan Ladang Ulu Tembeling Bukan Sebab Utama Sg Pahang Surut Dan Kering



Bukan sebab pembalakan.

Itu bukan faktor utama Sungai Pahang surut dan kering.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Ketua Kluster Alam Sekitar Universiti Malaysia Pahang, Abdul Syukur Abdul Razak.

Pembukaan tanah di lembangan Ulu Tembeling bukan faktor utama Sg Pahang semakin kering dan surut seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak sebaliknya fenomena El Nino menyebabkan situasi itu berlaku.

Paras air Sg Pahang di kebanyakan tempat didapati pulih selepas hujan semalam.

Menurutnya ia membuktikan faktor utama Sg Pahang menjadi surut disebabkan cuaca panas dan kemarau sejak awal tahun. 

Sekiranya penurunan paras air disebabkan aktiviti pembukaan hutan dan pembalakan , air Sg Pahang sudah lama surut kerana pembalakan di Ulu Tembeling bukan perkara baru.

Lagi pun paras air sungai dan empangan di negeri-negeri lain juga menurun ketara sedangkan tiada aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah di punca utama sungai.

Saya secara peribadi berpendapat pembalakan bukan punca utama dan setakat ini masih tiada kajian mendalam atau bukti saintifik mengatakan aktiviti itu punca utama Sg Pahang kering.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengambil sampel air telaga dan air bukit di kawasan Felda Chini bagi memeriksa samada air tersebut sesuai digunakan untuk kegunaan domestik mahu pun sebagai minuman yang turut disertai ADUN Chini Dato' Abu Bakar Harun.

Sebelum ini penduduk di kawasan itu terjejas selepas paras air Sg Mentega yang menjadi punca utama bekalan air surut hingga memaksa penduduk menggali air perigi atau mendapatkan air bukit.



ADUN Chini YB Dato' Abu Bakar Harun.


Sementara itu kata Dato' Abu Bakar Harun, hujan lebat semalam menjadikan paras air Sg Mentega naik ke tahap normal dan bekalan air paip di Chini telah pulih.

Kenyataan ini tidak menyenangkan NGO Alam Sekitar (bukan semua) yang sering menggunakan isu alam sekitar untuk menuding jari menyalahkan dasar-dasar Kerajaan Negeri Pahang. 

WZWH mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang supaya mengadakan seminar alam sekitar dengan menjemput pakar-pakar El Nino dan La Nina memberi ilmu dan pengetahuan kepada kepimpinan dan ahli NGO Alam Sekitar, PEKA atau PEKAK dsb supaya mereka faham ilmu alam sekitar yang sebenarnya.

Elok juga dijemput Ketua-ketua Editor suratkhabar media massa arus perdana, TV Astro Awani, Bernama, TV3, RTM dll termasuk pengamal media baru supaya berita-berita yang tidak mendapat maklumat tepat dan benar serta half truth tidak disensasikan hingga boleh membuatkan rakyat terpengaruh dan menyalahkan pemimpin dan kerajaan.

1 comment:

Anonymous said...

"Apa-apa pun kita minta jabatan untuk beri laporan seberapa segera"
- MB Pahang, DS Adnan Yaakob

Penulis boleh percaya apa2 pun tapi DOE belum lagi keluarkan laporan penuh. Itula sebab sebelum buat aktiviti, DOE suruh buat EIA dulu supaya boleh monitor.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024