Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, April 4, 2017

8 Tahun Pemerintahan Najib Antara Sentuhan Sang Kelembai dan King Midas

Image result for king midas


Blogger A Kadir Jasin (Datuk) @ ahli MKT Parti Bunga Raya sejak balik berceramah di Felda Sg Tekam Jerantut,

telah menulis satu posting mengkritik penuh emosi sempena 8 tahun DS Najib mentadbir negara. SILA KLIK SINI: 8 Tahun Derita Di Bawah Najib.


Manakala Blogger Sakmongkol AK47 (YB Dato') @ MP DAP menambah dua isu: 1. Corruption dan 2. Bad Leadership SILA KLIK SINI.


Maka WZWH menulis posting 8 Tahun Pemerintahan Najib Antara Sentuhan Sang Kelembai dan King Midas.

Sebelum itu WZWH kena cerita siapa watak mitos Sang Kelembai dan    King Midas supaya pembaca blog WZWH boleh faham.

Kita ikut kronologi dulu...

King Midas ini seorang Raja dalam mitos Greek. Aristotle cakap King Midas hidup zaman 2000 tahun SM. 

Ringkas cerita King Midas dapat keajaiban apa yang disentuh King Midas semua jadi emas. Pada mulanya King Midas sangat suka dan gembira.

Tapi bila seorang Puteri kesayangannya marah bila semua Bunga Raya di dalam taman istana telah bertukar menjadi emas kekuningan kemudian...

Bila King Midas mahu memujuk dan memeluk Puterinya tiba-tiba Puteri bertukar menjadi emas keseluruhan badan.

Lalu King Midas dukacita dan bersedih. Mengutuk diri sendiri bahawa kelebihan ini adalah sumpahan.

Akhirnya King Midas mati kebuluran.

Sang Kelembai adalah watak mitos sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu Nusantara. Tun Sri Lanang cakap mungkin ini zaman Pre-Islam ribuan tahun dulu.

Sang Kelembai ini makhlok besar dan tinggi dikatakan ada hubungan dengan alam ghaib kayangan hidup di hutan belentara.

Tragedi bermula bila ahli keluarga Sang Kelembai mati sorang demi seorang. Anak perempuannya mati makan buah larangan perah. Isterinya juga mati bila terjatuh ketika meniti sebuah sungai.

Lalu Sang Kelembai bila menegur atau sentuh sesuatu boleh bertukar menjadi batu. Kenapa bertukar menjadi batu tidak seperti emas seperti King Midas tidaklah diketahui.

Sang Kelembai tidak suka dengar bunyi bising atau suasana keceriaan pesta pasti buat Sang Kelembai marah maka banyaklah juga binatang, burung, flora dan fauna menjadi batu termasuk Orang kampung dan Orang Asli.

Akhirnya Sang Kelembai menbawa diri dan menyorok di sebuah gua misteri di Gunung Tahan. Hingga kini tidak diketahui akan nasib Sang Kelembai ini apa jadinya.

Berbalik kepada posting Blogger A Kadir Jasin terutamanya dan Blogger Sakmongkol AK47 mengenai 8 Tahun Najib jadi PM itu bolehlah WZWH ulas seperti berikut:

WZWH link kan ini ulasan dan komen pakar-pakar ekonomi dari luar negara dan dalam negara yang arif lagi bijaksana menilai 8 Tahun Pemerintahan Najib seperti dibawah:



Demikianlah:

Sang Kelembai sentuh jadi batu,

King Midas sentuh jadi emas,

DS Najib sentuh hati dan minda rakyat jadi ceria dan bahagia!