Tuesday, May 23, 2017

Cerita "Orang Liar" Pahang

Orang Pendek_illustrate


Ini cerita betul. Bukan pungkar (bohong) dicerita oleh orang tua-tua di pedalaman Pahang dan nota Orang Inggeris.

Pada mulanya WZWH pun tidak percaya tapi bila dengar dari beberapa orang tua-tua dan pesara Perhilitan  dan WZWH pun baca beberapa article maka ada betul cerita ini.

Ini cerita "Orang Liar Pahang". Ini "Orang Liar Pahang" lebih primitif cara hidupnya dari Orang Asli. 

Sebenarnya tidak diketahui dengan tepat apa sebenarnya nama suku etnik bangsa "Orang Liar Pahang" ini. Tidak tahu hendak dipanggil apa.

Dulu-dulu Orang Asli di Pahang dipanggil dengan bermacam nama: Orang Dalam, Orang Asal, Orang Sungai, Orang Bukit, Orang Hulu, Orang Hutan, Orang Darat dan Orang Liar.

Semua itu orang Melayu dulu-dulu panggil Orang Sakai. Tapi sekarang istilah Sakai dianggap taboo lebih elok guna istilah Orang Asli.

Kalau dilihat kategori JAKOA pula Orang Asli terbahagi kepada 3 group besar: Negrito, Senoi dan Melayu Proto.

Negrito pecah kepada: Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, Bateq.

Senoi pecah kepada: Temiar, Semai, Semoq Beri, Jahut, Mahut, Che Wong.

Melayu Proto pecah kepada: Kuala, Kanaq, Seletar, Jakun, Semelai, Temuan.

Penduduk Orang Asli di Semenanjung berjumlah tidak sampai 200,000 orang mengikut banci 2010.

WZWH ada terbaca JOURNAL ARTICLE

A Note on the "Orang Liar" of Ulu Kĕpasing, Pahang

Edna Windsor
Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society
Vol. 20, No. 2 (142) (December, 1947), pp. 137-139

Nota tentang "Orang Liar Pahang" di Rompin Sila Klik Sini.
Juga dipanggil Orang Pendek Liar di kepulauan Indonesia terutama di Sumatera, Sulawesi, Irian yang majoriti lebih kepada rupa ape (beruk) yang berjalan dengan dua kaki. Sila Klik Sini
Orang Pendek

Cerita "Orang Liar Pahang" yang WZWH dengar dari orang tua-tua dan pesara Perhilitan begini:

Orang Asli sendiri kata "Orang Liar" ini memang sangat liar dan pemalu. Bila Orang Asli terjumpa atau terserempak dengan "Orang Liar" ini mereka "Orang Liar" ini cepat-cepat melarikan diri.

"Orang Liar" ini dalam jumlah 20 ke 30 orang. Mereka tinggal dalam gua-gua, celah gunung. Kalau siang hari suka berada di alur-alur sungai di lembah pedalaman terutama disempadan Pahang-Kelantan.

Kadang-kadang "Orang Liar" ini suka melepak di atas pokok-pokok dalam hutan.

"Orang Liar" ini memiliki ciri-ciri tubuh kerdil dengan ketinggian sekitar 5 kaki, rambut terurai panjang hingga ke pinggang, sebahagian dari mereka bertelanjang.

Mereka memiliki kulit cerah, tubuh berotot dan kasar, serta wajah bersegi dengan dahi sempit. Kedua alis mata bertemu dipangkal hidung yang tampak pesek.

Mereka mungkin suku etnik Orang Asli yang terawal tinggal menetap di Pahang.

"Orang liar" ini suka makan makanan yang mentah tidak payah dimasak atau tidak guna garam. Mereka makan babi hutan, monyet, rusa, kancil dan ikan selain dari buah-buahan hutan.

Mereka paling suka mencari siput dan udang sungai di hulu anak-anak sungai terutama di waktu malam. Mereka tidak berani turun ke kuala sungai mungkin takut berjumpa dengan Orang Asli dan Orang Kampung.

Ada satu peristiwa di sebuah kampung di Ulu Tembeling yang orang kampung berjaya menangkap beberapa "Orang Liar" ini. Orang kampung terpaksa mengikat "Orang Liar" ini kepada sebatang kayu.

Apabila diberi makan dan minum tidak mahu. Bila waktu malam tiba pada tengah malam, "Orang Liar" ini akan melolong dengan irama yang sangat syahdu dan sedih seolah-olah memanggil kaum mereka di hutan.

WZWH tidak tahu apa yang jadi kepada nasib "Orang Liar" yang ditangkap itu. Mungkin orang kampung melepaskan tawanan "Orang Liar" itu.

Ada ada satu cerita yang WZWH dengar terdapat seorang "Orang Liar" yang berjantina perempuan telah berjaya "dijinakkan" oleh seorang penduduk kampung yang akhirnya sampai berkahwin. Tidak perlulah WZWH cerita siapa anak pinaknya.

Kini ini tidak diketahui apa jadi dengan komuniti "Orang Liar Pahang" ini. Mungkin mereka masih hidup di hutan belantara dan kaki gunung serta gua-gua.

Mungkin juga sudah pupus "Orang Liar Pahang" ini kerana arus pemodenan. Atau sudah bercampur dengan suku Orang Asli lain.

Sekarang ini "Orang Liar Pahang" telah bertukar status merujuk kepada Orang Pahang yang tidak meyokong kepimpinan Orang Pahang entah apa sebab musabab kerana dulu mereka ini sangat menyokong sekarang sudah tidak menyokong sebab itu juga di panggil "Orang Liar Pahang"!

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024