Nuffnang Ads

Pages

Sunday, May 14, 2017

Apa Faedah Fasa 2 Projek Keretapi ECRL kepada Rakyat?




Dari Blog PM.

Saya ada berita baik untuk penduduk di Lembah Klang dan Pantai Timur, hasil daripada kunjungan saya di China pada pagi tadi.

Kita telah menandatangani perjanjian bagi pembinaan Fasa 2 Projek InfraRakyat ECRL yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Gombak.

Perjanjian ini adalah susulan kepada pengumuman pembinaan Fasa 1 dari Wakaf Bharu ke Gombak pada November tahun lepas.

Dengan itu, sukacita saya rumuskan bahawa inisiatif kerajaan untuk membangunkan dan meningkatkan kesalinghubungan antara Lembah Klang dengan Pantai Timur kini berada pada landasan yang tepat dan berjalan dengan lancar.

Kerajaan akan terus memantau rapi dan melipatgandakan usaha kita agar projek ini dapat direalisasikan.

Projek InfraRakyat ECRL ini, secara peribadinya, saya lihat membawa makna besar kepada bukan sahaja sektor perdagangan kerana ia memudahkan pengangkutan dan pengalihan barangan di Semenanjung Malaysia sekaligus mengurangkan masa dan kos.

Ia juga bakal memanfaatkan penduduk luar bandar dari segi peluang perniagaan serta kemudahan perjalanan.

Tambahan kepada itu, projek ini memerlukan tenaga kerja yang ramai dan dianggarkan bahawa 45,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan secara langsung. Saya telah menegaskan bahawa peluang pekerjaan ini haruslah dibuka kepada rakyat Malaysia, dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan tenaga kerja asing.

Bagi meningkatkan keupayaan rakyat Malaysia dalam pembinaan dan pengurusan projek InfraRakyat ECRL ini, satu program latihan upskilling berkaitan dengan pembinaan dan pengurusan ECRL akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Insya-Allah, semoga ramai dapat menerima manfaat dalam arus transformasi ini.

2 comments:

pip koi said...

Alhamdulillah

Anonymous said...

Semoga bandar2 yg dilalui ECRL ni akan bkembang maju.. Tolonglah agihkan projek2 ke tempat lain jugak, jgn fokus di Kuantan saja.. dah bosan dgn keadaan pembangunan dan kemajuan di Phg skrg ni.