Empat Emas Walau Kemudahan Aquatik Primitif Lagi Dhaif Murid-Murid Ulu Tembeling Sangat Membanggakan Jerantut

Image may contain: one or more people, sky, outdoor and nature



Latihan guna kemudahan aquatik papan anjal paling primitif dan dhaif hasil gotong royong orang kampung Gusai Ulu Tembeling dan Kg Chebong Tembeling Tengah membolehkan murid-murid pendalaman Ulu Tembeling dan Tembeling tengah menghasilkan 4 pingat emas dalam Kejohanan Aquatik MSS Pahang 2018 Bawah 12, 15 dan 18 tahun pada 25 hingga 28 Februari 2018 di Kolam Renang MPK Kuantan.

Sungguh mengharukan WZWH walau kemudahan begitu dhaif dan primitif tapi murid-murid SR Kg Gusai Ulu Tembeling dan SR Chebong Tembeling Tengah membuktikan bahawa semangat jitu mahu bersaing yang tinggi dengan lawan dari sekolah-sekolah di kota dan bandar besar yang punyai kemudahan aquatik yang lebih moden dan canggih tetap bangga berdiri sama tinggi dan handal dengan membolot 4 emas.

Kejayaan yang begitu 'touching' dan menyentuh perasaan serta melorong pencapaian imaginasi yang lebih futuristik memberi motivasi kepada semua murid-murid di Lembah Tembeling.

Image may contain: 1 person, standing


Tahniah, Adik Nur Imanina Insyirah binti Khairul Amin murid tahun 4 SR Kg Gusai Ulu Tembeling capai 2 emas Acara Terjun Papan Anjal Kejohanan Aquatik MSS Pahang 2018 walaupun latihan guna kemudahan dhaif dan primitif. Murid SR Chebong juga dapat 2 emas. Ini satu kebanggaan kejayaan murid-murid di Lembah Tembeling. Hebat, Terbaik dan Tahniah.

Image may contain: 8 people, including Ahmad Hafizee Mohamad, people smiling, people standing and shoes

No automatic alt text available.

Pasukan Aquatik MSS Jerantut semuanya terdiri dari murid-murid Alur Tembeling dari SK Gusai, SK Kuala Sat, dan SK Chebong.

Empat Emas Walau Kemudahan Aquatik Primitif Lagi Dhaif Murid-Murid Ulu Tembeling Sangat Membanggakan Jerantut

Comments

Anonymous said…
Ramai murid berjaya. Alhamdulillah, keringat mereka akan menjadi saksi dihari kemudian nanti.
hasan hamid said…
Tahniah kepada anak anak Lembah Tembeling. Kedaifan tidak menghalang untuk berjaya. Sewajarnya sebuah kompleks sukan renang dibina di Lembah Tembeling. Sy ada membuat kertas cadangan berkenaan perkara ini dan berharap pihak kerajaan memandang serius cadangan saya.
hasan hamid said…
Menyetuh bab sukan..aebenarnya alur tembeling sejak dari tahun 70an lagi terdapat ramai individu yg berbakat2 besar dalam sukan..tapi bakat2 ini putus ditengah jalan atas faktor2 tertentu. Tapi mereka2 ini berharap ada generasi seterusnya yg akan menyambung aliransetwrusnya. Nah bukti yh kecil sebagai pembuka mata.. sekiranya diberi peluang dan kemudahan .. anak2 ini mampu membuktikan sesuatu yg lebih besar...

Popular posts from this blog

Badak Pahang Terakhir

Boleh Drive Hanya 35 Minit Dari Kg Mat Daling ke Terengganu Bila Siap Fasa 3

Protokol Gelaran Dato' Pahang