Thursday, August 1, 2013

Pakar Anti-Keganasan Dunia Kata Najib Silap Mansuhkan ISA Dan EO?


Isu  keselamatan negara @ 'national security', mana kita mahu dengar dari ahli politik atau pakar? Logiknya ahli politik dengar pandangan pakar.

WZWH akan jelaskan kenapa Najib berpandangan begitu. Sebelum itu kita dengar pandangan pakar dulu.

Rohan Gunaratna adalah pakar anti-keganasan dunia. WZWH mahu tahu pandangan Razak Baginda tetapi beliau ada di London susah mahu contact. Kalau ambil pandangan beliau pun mungkin rakyat Malaysia tidak mahu terima kerana kes berprofail tingginya.

Rohan Gunaratna adalah Pengarah the International Centre for Political Violence and Terrorism Research di Nanyang Technological University, Singapura adalah pusat kajian dan latihan counter-terroris yang terbesar di dunia.

Pakar Rohan Gunaratna kata:
  • Keganasan @ terrorism masih lagi kuat mengancam dunia sejak serangan 9/11 di New York
  • Ancaman taktikal segera telah berkurangan namun ancaman strategi jangka-panjang masih wujud.
  • Lebih ramai orang Islam radikal dan kumpulan extremis muncul.
  • Sebab Malaysia tidak diserang pengganas kerana ISA sebagai alat pelindungan dan polis SB yang cekap menghalang serangan dan gunakan Malaysia sebagai pangkalan pengganas.
  • Ini boleh berubah bila ISA dimansuhkan.
  • Masa depan keselamatan Malaysia bergantung kepada keupayaan untuk mencegah dengan menahan saspek, kurung dan pulih semula.
  • Mungkin lebih mencabar tanpa ISA kerana mendakwa saspek pengganas di mahkamah mendatangkan publisiti dan bocor kepada jaringan pengganas.
  • Pihak polis terpaksa bersusah payah untuk mensabitkan  jaringan pengganas.
  • Kurang yakin undang-undang baru Malaysia akan lebih tegas dari ISA kerana keputusan Najib adalah populis politik.
  • Bila ISA dimansuhkan maka sangat susah untuk memperkenalkan undang-undang sebegitu di Malaysia lagi.
  • Dulu ISA dikecam dan dikritik hebat oleh Barat tapi sekarang US salin ISA melalui Patriot Act pada Oktober 2001. Ketika Barat meniru ISA Malaysia adalah kurang bijak pemimpin Malaysia mahu memansuhkannya.
  • Apa yang Malaysia perlu ialah debat ISA dikalangan pakar keselamatan Malaysia bukan dikalangan masyarakat sivil.
  • Jika rakyat diberi penerangan sepenuhnya tentang ancaman pengganas pasti rakyat mahu kekalkan ISA tapi jangan salah guna untuk tujuan politik.
  • Pada ketika Malaysia dan Asean diancam pengganas, memansuhkan ISA adalah seperti pergi berperang tanpa pakai perisai.

Tiga letupan bom di bandar Golok, Thailand mengakibatkan lima kematian dan 60 cedera termasuk rakyat Malaysia dibimbangi boleh berlaku di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain di Malaysia. Apa jaminan aktiviti pengganas tidak akan berlaku di Malaysia?

Kenapa Najib bertindak demikian? Najib mahu undi semasa PRU 13 . Pengundi biasanya ada memori singkat. Pengundi suka ISA yang nampak undang-undang tidak bertamadun bila dimansuhkan menaikan graf populariti Najib.

Najib mungkin lihat dan belajar dari India bila Prevention of Terrorism Act 2002 (POTA) digantikan dengan National Investigation Agency Act dan Unlawful Activities (Prevention) Amendment Act yang lebih tegas.

Mahathir kata apa yang Najib buat ini menaikkan moral Malaysia lebih tinggi dari US dan Britain serta Singapura kerana masih mengamalkan undang-undang macam ISA.

Mungkin Lee kuan Yew mendesak Rohan Gunaratna memperlekehkan usaha Najib memansuhkan ISA kerana takut majoriti rakyat Singapura mahu Singapura ikut langkah Malaysia. Lee Kuan Yew tidak mahu ISA dimansuh di Singapura.

Ada pandangan bahawa dua undang-undang bakal menganti ISA itu mungkin lebih ketat lagi. 

Persoalannya mana anda mahu dengar pandangan ahli politik atau pakar?

Bila ISA dan EO dihapuskan kita boleh lihat pengganas Sulu menyerang Sabah, mafia underworlds bertembak-tembak, menembak Pegawai Tinggi Kerajaan, guru-guru, banker, orang awam dan sesama geng.

Sikit hari lagi ramai pula ahli politik-ahli politik yang kena tembak! Tidak mustahil trend ini akan berlaku akan datang.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024