Thursday, August 22, 2013

Idea Genious Barter Projects TG Nik Aziz : Lombong besi Finance Lebuhraya Rakyat Itu Boleh Pahang Pakai!



Dulu bila TG Nik Aziz mantan MB Kelantan lancar Lebuhraya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion, WZWH bersikap sinis. Macamana nak biayai projek jika tak dapat kerjasama Kerajaan Pusat kalau setakat mengharapkan derma, iftah dan donation.

Rupanya TGNA ini genious bila ideanya dari  barter projects : cagar lombong besi biayai Lebuhraya Rakyat.

Menurut sumber blog MAE sila klik sini,...

"Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.

"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu... " - Datuk Husam Musa

FAKTA ANGKA:

◆ Sebelum PRU13 - Lulus

◇ 3,000 hektar kawasan lombong bijih besi untuk dijadikan cagaran

◆ Nilainya RM2.5 BILLION

Pandangan Ringkas;

■ Sebuah syarikar dari Korea telah menyatakan minat untuk melabur dan membina Lebuhraya Rakyat RM1.8Billion pada sblm PRU13.

Dengan nilai Lombong terbabit, maka InsyaAllah Lebuhraya Rakyat mampu disiapkan, malah ada BAKI lagi sebanyak RM700JUTA utk pembangunan negeri.

□ Lepas PRU13, kelulusan tersebut ditarik balik dan diberikan kpd sykt tertentu? SIAPAKAH SYKT dan INDIVIDU yang dpt RM2.5 BILLION tersebut?

■ "Tangan ghaib" manakah yang mengkhianati impian rakyat untuk merasai sebuah LEBUHRAYA ini?

□ Terbaru dikatakan syarikat dari Abu Dhabi, dikatakan "Berminat" untuk membiayai projek terbabit, selepas sykt dari Korea tarik diri.

■ Adakah "tangan ghaib" itu mempunyai kepentingan dlm sykt Abu Dhabi tersebut? Sampaikan DING DONG terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan secara terancang sykt Korea terbabit?

WZWH tidak berminat dengan polemik isu dalaman politik negeri Kelantan. Tetapi WZWH suka idea barter projects cagar lombong besi kepada Syarikat luar negara buat projek infrastruktur.

Idea genious barter projects TGNA ini boleh dipakai di Pahang.

Di Pahang ada banyak lombong besi, emas, timah, tembaga, dan macam-macam galian. Selain dari bantuan peruntukan Kerajaan Pusat kalau ditambah dari biayaan kerajaan negeri dengan kaedah barter projects sudah tentu banyak lebuh raya, jambatan, industrial park, hidropower, hospital, sekolah, kolej, university boleh kerajaan Pahang bina.

Sekurang-kurang bermacam-macam lombong khazanah hasil perut bumi Pahang dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat Pahang.

Kerjanya mudah MB dan EXCO pergi cari pelabur dan kontraktor yang berminat di China, Korea, Jepun, UAE, Arab Saudi dsb. Barter tukar lombong dengan projek-projek infrastruktur baru Pahang lebih cepat maju.

1.5 juta rakyat Pahang mahu kemudahan dan keselesaan serta lancar pertumbuhan ekonomi.

Orang Pahang yang sedikit dan kaya itu cukuplah...RM1 bilion, 500 juta, 200 juta, 100 juta, 50 juta...

Wahai orang Pahang kaya duit banyak bukan boleh bawa mati. Bala lagi ada.

Cukup-cukuplah...nanti kena tulah nenek moyang.

Kebajikan rakyat Pahang perlu dijaga.

2 comments:

Anonymous said...

Apalah kamu ni Wan. Suka sangat sebut perkara2 auta. Aku nak kasi kamu tau perkara yg pada pandangan aku sah memang tak auta punya. C4 memang jenis senjata yg paling cangih didunia...ia boleh begerak sendiri dan boleh masuk kebadan mangsa secara sendiri..

Anonymous said...

Saya saetuju dengan apa yang ditulis. Setidak-tidaknya Daerah Lipis dah maju setaraf Kuala Lumpur sebab hasil bumi banyak datangnya dari Lipis. Ini Kuala Lipis apa pun tadak habuk pun tadak darah mati.







Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...