Monday, August 5, 2013

Songkok Gundal Kuantan



















Songkok Gundal warisan Hj Ahmad Gundal di Jalan Besar Kuantan adalah pembuat songkok yang unik di Pahang dan Malaysia menjadi pilihan Sultan dan Kerabat, PM, MB, Exco, YB-YB, Orang Besar, Orang Melayu Tradisional, Orang Budayawan, Orang nak bertunang nikah kahwin dsb.



















Songkok Gundal dari saiz kecil hingga saiz 24 1/2. Harga ada yang murah, sederhana dan mahal mengikut kualiti kain, baldu atau tidak baldu.

Terkenal ke seluruh Pahang dan dari KL hingga Johor orang mencari songkok Gundal.

Dulu sejak 1971 kedai songkok Gundal berniaga di Medan Pelancong Pahang. Tapi tempat niaga ini sudah dirobohkan oleh MPK-Pasdec kononnya untuk bina hotel 5 bintang lalu 80 peniaga diarah berpindah sejak 5 tahun dulu.

Sejak 5 tahun hingga kini projek hotel 5 bintang entah kemana...peniaga 80 yang majoritinya orang Melayu yang berniaga kedai makan, tukang jahit, jual songkok, butik, Mak Andam, jual keropok , tukang gunting hilang mata pencarian yang strategik dengan sewa yang murah.

Kedai Songkok Gundal Kuantan ini sebenarnya menyewa dari pemilik bangunan tiga tingkat berbangsa Cina pada tingkat satu RM2000 sebulan. Bila towkay Cina mahu halau nanti ke mana pula Kedai Songkok Gundal mahu berniaga.

Ini satu sebab mengapa orang Melayu tidak menyokong BN Kuantan kerana perbuatan MPK-Pasdec yang sedikit sebanyak telah membunuh perniagaan orang Melayu walau ditawar sagu hati yang tidak seberapa dan dipindah ke lima lokasi tertentu yang tidak tentu disukai pelanggan atau tidak.

Keluarga Hj Ahmad Gundal ini sudah empat generasi membuat songkok. Sejarahnya Ayah Hj Ahmad Gundal yang bernama Hj Contoh berhijrah ke Kuantan dari Sumatera.

Mula-mula berniaga menumpang sebuah kedai Cina Kuantan pada awal abad ke 20. Terdapat kedai songkok ala Gundal di Pekan Pahang. Itu kedai sepupu Hj Ahmad Gundal. 

Skil buat songkok Gundal yang berkualiti diperturunkan kepada generasi baru agar tidak hilang warisan songkok Gundal.

Songkok Gundal Kuantan punya pelanggan VVIP. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Muda Pahang, Tengku Temenggung Pahang, DS Najib PM, DSD Adnan Yaakob MB, Exco, YB-YB, dan Dato'-Dato'.

Manakala Tuanku Sultan Pahang suka menempah songkok di kedai Songkok Pekan.



















Ini songkok Gundal bertebuk tiga lubang di atas songkok (atas permintaan pelanggan). Kenapa songkok Gundal ada tebuk tiga? Mungkin ini dress code ahli politik Pahang atau orang elite Pahang. 

Songkok pakaian Orang Melayu dalam adat istiadat dan program formal. Dulu orang Melayu yang dewasa dan remaja bila ke luar bandar bersongkok.

Bila bertandang ke rumah orang bersongkok.

Bila ada majlis kenduri, tahlil bersongkok.

Bila nak nikah bersongkok.

Bila  di Istana, nak mengadap Tuanku atau apa-apa majlis melibatkan keberangkatan Tuanku Sultan kena bersongkok. Kalau mengadap Tuanku Sultan tanpa bersongkok itu dikira biadab silap-silap kena halau tidak dibenarkan mengadap.

Bila ahli-ahli politik berkempen kena bersongkok. Kalau menang PRU bila nak angkat sumpah kena bersongkok. 

Legasi songkok tinggi Soekarno menjadi ikutan ahli-ahli politik.

Pendek kata bila bersongkok nampak ketokohan. Orang tua-tua suka tengok orang muda bersongkok. Orang Besar pun suka. 

Di Jerantut kalau nak jadi ahli parlimen kena selalu bersongkok sebab MB suka...he he he ...

Calon-calon PAS tidak menang PRU sebab tak suka bersongkok....gamoknya!

Tapi jangan pakai songkok mereng seperti lagu dari utube dalam blog Sakmongkol AK47! Sila klik http://www.youtube.com/watch?v=vP4P8D1hRkY

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...