Saturday, August 17, 2013

Perebutan Ketua UMNO Bahagian Jerantut Nampak Lebih Meriah Dan Ceria....


Dalam sejarah UMNO Bahagian Jerantut jawatan Ketua UMNO Bahagian bukan free pasti ada pertandingan kerana amalan demokrasi subur di Jerantut.

Walau berlawan merebut Ketua UMNO Bahagian, walau dua pihak yang berlawan ada yang pada akhirnya tidak dicalonkan bertanding semula sebagai calon PRU.

Ada kes yang unik yang mencabar jawatan Ketua UMNO Bahagian dan kalah bertanding tapi tetap dicalonkan pada PRU manakala yang menang tidak bertanding PRU.

Ada yang mahu bertanding Ketua UMNO Bahagian dengan atas alasan kedudukan, legasi perjuangan parti dan amanah.

Ada yang mahu bertanding kerana mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Ada yang mahu bertanding kerana mahu upgrade jawatan sesuai dengan peredaran zaman dan tenaga muda.

Apa-apa pun alasan semua adalah betul belaka dalam demokrasi.

Hakikatnya UMNO Bahagian Jerantut tetap kuat dan padu walaupun perebutan Ketua UMNO Bahagian nampak lebih meriah dan ceria.

Buktinya BN Jerantut menyapu bersih parlimen dan 3 DUN pada PRU 13 baru-baru ini.

Pendirian WZWH menyokong calon yang boleh menang dan kuat serta betul-betul ikhlas dan bersungguh mahu menjaga parti dan pembangunan Jerantut.

Walk the talks and proven by track records.

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

time2 nie la nk kipas nk cari kedudukan dan wang

Anonymous said...

dia kipas pun tak melantak duit awak!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...