Sunday, August 18, 2013

Orang Muda Jerantut Perlu Ke Hadapan Mengisi Kepimpinan UMNO Bahagian


Sebagai blogger Jerantut WZWH perlu memperkenalkan pemimpin-pemimpin pelapis dan muda Jerantut kepada umum.

Terutama kegiatan orang-orang muda baik Pemuda, Puteri, NGO, Belia, GPMS dsb di Jerantut. Mereka ini sebenarnya pemimpin-pemimpin pelapis dan muda Jerantut.

Penghargaan kepada Dato' Wan Amizan ADUN Tahan pemimpin muda yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang begitu memahami semua golongan masyarakat Jerantut. 

Ahmad Shah Jamlus Pengerusi GPMS Jerantut dan AJK Pemuda UMNO Jerantut perlu diberi peluang memimpin kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian umpamanya.

Jerantut perlu pemimpin-pemimpin muda bagi menerajui UMNO Bahagian Jerantut yang dinamik dan relevan dengan aspirasi masyarakat dan pengundi Jerantut.

WZWH sangat bersetuju dengan kenyataan terbaru Tun Mahathir- Generasi muda perlu diberi laluan dalam pemilihan UMNO sila klik sini.

Bekas Presiden UMNO itu menggesa agar perwakilan dan kepimpinan memberi laluan kepada muka baru supaya tidak ketandusan di masa depan.

Mereka perlu kaji diri mereka sendiri, parti tersebut telah menjadi tua dan banyak pemimpin yang berada di dalamnya terlalu lama.

"Ia sebabkan orang muda tidak mendapatinya ia menarik lagi," Tun Dr Mahathir 

Tun Mahathir menyifatkan UMNO tidak menyediakan peluang dan keterbukaan untuk mengetengahkan pemimpin muda supaya menonjol.

"Jadi nampak seolah-olah generasi muda ini nak main peranan yang lebih berkesan.

"Tapi dilihat kepada kepimpinan yang ada sekarang, di cawangan, Bahagian, negeri, nasional… kita tak bagi peluang," ujarnya lagi.

Pemimpin muda dalam UMNO tidak wajar dipinggirkan walaupun prestasinya tidak menyerlah tetapi peluang mestilah diberikan.

Pemimpin muda UMNO wajar diberi peluang dan tidak dipinggirkan kerana mereka tidak menyerlah.

Harus buka pintu untuk mereka menyerlah.

Tun Mahathir memberi amaran sekiranya perkara tersebut tidak diteliti akan menyebabkan lebih ramai bakat muda cenderung beralih menyertai parti pembangkang.

Pemilihan UMNO yang akan diadakan secara serentak pada 19 Oktober depan untuk memilih pemimpin di peringkat bahagian dan pusat bukan saja penting untuk kelangsungannya menghadapi pilihan raya akan datang, bahkan juga merupakan ujian kepada ahli peringkat akar umbi yang pertama kali diberi peluang memilih pemimpin serta mencorakkan parti itu.

Jika dulu hanya kira-kira 2,500 perwakilan terpilih yang akan menentukan pemimpin di peringkat atasan tetapi kini peluang itu sudah diperluaskan kepada kira-kira 150,000 perwakilan daripada lebih 20,000 cawangan UMNO di seluruh negara.

6 comments:

Anonymous said...

sokong Ust Mat Shah Jamlus, Cikkgu Faiz Mahayudin, Zamberi.

Anonymous said...

Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

usin gampang said...

jadi pembangkang pun hidup juga.nuar brahim jadi pembangkang pun kebal di sisi undang-undang.dah banyak kali dia hina mahkamah tak kena penjara pun.jadi pembangkang lebih kebal undang-undang berbanding jadi pemerintah yang ramai dah kena penjara.

Anonymous said...

org muda gpms Ust Ahmad Shah dan Cikgu Fais Mahayudin

Kutukandewata said...

ahmad shah jamlus punya pakej lengkap untuk dipilih sebagai ketua pemuda.generasi pelapis perlu diketengahkan agar kepimpinan muda tidak pupus.

dun tahan beri sokongan padu kepada ahmad shah jamlus!

Anonymous said...

group gpms gabung dgn pemuda jerantut kuat. sokong ahmad shah, fasal, zamri, nubhan, azman, faiz.
Ini lah kepimpinan sebenar

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...