Tuesday, August 13, 2013

Malaysia Sudah Tidak Aman...Parlimen Mesti Hidupkan ISA dan EO...Atau 222 Ahli Parlimen Perlu Letak Jawatan Segera!!!



Malaysia sudah tidak aman....macam Colombia dan Mexico.

Selepas beratus kes tembak menembak...

Bila berlaku satu letupan membunuh seorang kerani sekolah di Kelantan.

Bila pembunuhan tikam bertalu-talu membunuh sorang peniaga kedai makan di Terengganu.

Bila seorang perempuan ditembak bertalu-talu di Pahang.

Itulah indikator Malaysia sudah tidak aman wahai DS Najib!

DS Najib tidak perlu merasa malu kerana menghapuskan ISA-EO.

Kerajaan BN tidak perlu rasa malu...

Pembangkang Pakatan Rakyat yang kuat mendesak ISA dihapuskan tidak perlu rasa malu...

Kerajaan BN dan pembangkang Pakatan Rakyat perlu buang ego politik...

Kini rakyat termasuk penjenayah menjadi mangsa.

Jangan biarkan underworld, kongsi gelap, samseng, gangster dan penjenayah menguasai persepsi keamanan negara.

Ahli-ahli politik dan penguasa perlu bertindak.

Parlimen MESTI hidupkan ISA dan EO atau 222 ahli parlimen perlu letak jawatan segera...

Apa tindakan kerajaan...adakah mahu lihat saja.

Perlukah rakyat yang marah menembak ahli politik-ahli politik baru parlimen sedar?

DS Najib, tidak salah untuk mengaku kesilapan.

ISA adalah Akta genious jadi ikutan dunia tapi DS Najib mansuhkan!!!

Zahid Hamidi apa tindakan sebagai Menteri KDN?

Ketua Polis Negara cepat belajar bagaimana:

  • Negara-negara Amerika Latin menangani underworld-Colombia, Mexico, Brazil
  • Bagaimana Amerika dan Itali menangani Mafia
  • Bagaimana Jepun menangani Yakuza
  • Bagaimana China, Hong Kong dan Taiwan menangani Triad

Ketua Polis-Ketua Polis Negeri perlu ON kan network underworld, cari maklumat siapa the good, the bad and the ugly bandit...

Jenderal-Jenderal Darat, Udara dan Laut...jangan duduk saja betul bukan skop tapi Malaysia sudah tidak selamat.

Apa guna ada peralatan berbilion-bilion. Ketika tentera tidak berperang elok tentera bantu polis jaga keselamatan dalam negara.

Jenderal-jenderal perlu sensitif. Beri cadangan kepada Agong, PM, bahawa kepakaran tentera diperlukan untuk menangani underworld-terroris.

Mana dia skuad gangster, squad 007, skuad penghapus, sniper, penyiasat gred A, team ala SWAT.

Ini masa untuk bertindak.

Bila Malaysia tidak dipandang aman secara persepsi:

  • Pelancong takut mahu datang Malaysia
  • Pelabur tidak mahu melabur
  • Ekonomi tidak berkembang

Apa yang buat polis takut sangat kepada underworld?

Apa yang buat DS Najib takut sangat....???

Perlukah 3.4 juta ahli UMNO dipersiapsiagakan dengan ilmu ketenteraan dan menjadi militan bagi menangani isu-isu keamanan???

2 comments:

Anonymous said...

malaysia adalah negara aman kita patut berbanga.semua peristiwa tembakan yang di siarkan di media arus perdana adalah dakyah pembakang semata-mata.rasanya saudara ni dah termakan dakyah dan fitnah pembakang.semua yang saudara dengar dan lihat itu adalah gosip liar pembakang semata-mata...... malaysia negara aman.

Anonymous said...

Anon 4.32 pm... ini lah sikap pembangkang ...mereka bergembira jika negara ditimpa musibah supaya dapat menyalahkan pemerintah ...dah banyak bukti menunjukkan mereka amat suka negara mengalami masalah dari kes Lahad Datu sehingga kes-kes terbaru. Tak perlu bersikap sarkastik .... jika tak nak membahtu ...jangan jadi penyokong penjenayah. Cuba bertanya dengan diri sendiri jika kes jenayah ini berlaku kepada diri atau keluarga saudara, masih dapatkah saudara bersikap sarkastik demikian.

Kembalikan ISA ...semua negara memerlukannya. Singapore, USA, Britain, Jepun, Korea dan hampir semua negara mempunyai akta sebagaimana ISA bagi membendung jenayah dalam negara....hanya penjenayah dan orang politik yang melampau takut dengan ISA.....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...